Kenangan Banjir Di Unisza. - Fatihah Fazlin

Jumaat, 21 November 2014

Kenangan Banjir Di Unisza.

ASSALAMUALAIKUM.

Kenangan Banjir Di Unisza. Setahun je nik sempat belajar di Unisza, sekejap je kan? Ada yang sampai kata nik bodoh sebab berhenti belajar macam tu je. Tapi nik tak kisah pun. Dia tak duduk kat tempat nik, so dia tak tahu hujung pangkal cerita. For me, selagi hidup, selagi kita nak..ilmu kita boleh cari.

Tak nak bebel pasal tu, nik nak kongsikan kenangan banjir di unisza yang nik sempat rasa dulu. Rasa rindu pada Unisza. Kalau korang tengok berita, mesti tahu kan, Unisza sekarang tengah banjir. Begitu juga UMT. Biasalah, kat pantai timur hujung tahun macam ni kan?

Rasa nak balik ke Unisza pulak bila nik tengok gambar yang di kongsikan oleh kawan-kawan di FB. Musim banjir kat Unisza memang meriah. 

sumber: FB Unisza Gags


Tengok gambar kat atas. Cantik kan? Dah macam tempat peranginan mewah pulak. hahaha. Padahal kolej kediaman pelajar je pun. Tahun nik dulu, banjir masa exam. huh. jenuh mengharung banjir nak pergi exam. Basah habis kain. Nak pergi kelas ganti tu rasa malas yang teramat. Bab makan, oleh kerana malas nak turun ke cafe, bahan maggie je dalam bilik dengan roomate.Tak pun buat bubur.

Akan ada pelbagai benda yang di highlight masa banjir. Teruk juga banjir kali ni.Harapnya takde perkara buruklah yang berlaku pada kawan-kawan Unisza dan UMT. Jangan leka sangat main air eh. Kang terpijak cacing mahu lari satu U. Hahaha.




Berikut nik kongsikan Makluman Banjir yang di screenshot dari PORTAL RASMI UNISZA. Harap student Unisza alert dengan makluman dan pengumuman yang dibuat. Demi keselamatan masing-masing juga. 

Wallahua'lam.



15 ulasan:

  1. akak belum pernah merasa pengalaman banjir... sekadar membaca...harap-harapnya tidaklah... salam jumaat dear...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheehe.. nak merasa banjir, moh ke kg saya kak.. banjir kalau kecik best la boleh main air, tapi kalau besar sampai boleh meragut nyawa tu yang kita tak nak kan?

      Padam
  2. tak semestinya berhenti belajar x boleh berjaya. Ada cara lain untuk berjaya kan? Emm,sepupu saya kat Unisza juga,baru masuk tahun ni . Mengharungi banjirlah dia gamaknya...hahaha

    http://hanismasturina.blogspot.com/2014/11/spm-2014.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan hanis. Nak berjaya bukan dengan satu cara je,. hihihih.
      Tak boleh elak dah dia. hehhee

      Padam
  3. Kat office ni ada sorang ex-student Unisza.. Memang kerap berlaku kat sana kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh.. kerap jugak beberapa tahun kebelakangan ni. lagipun Unisza di kawasan rendah. dekat pantai.

      Padam
  4. salam jumaat :) dayah pernah rasa banjir time dekat kedah dulu jer..time kecik2 huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam jumaat dayah. :)
      best kan main banjir? saya dulu sampai tak ingat nak balik rumah. hehe

      Padam
  5. me! budak diploma sem 2.. memang first time ah rasa jd mangsa banjir. semalam siap ada pengagihan makanan ke blok-blok lagi sbb paras air naik smpai atas lutut.. xssgup woo nak harung air banjir tuu.. dah la ada bnyak reptilia tidak diundang.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh.. Uniszarian eh? Kem salam orang Unisza ye dik! tahun ni banjir agak teruk kan kat unisza. harap semua okeylah. semoga allah permudahkan segalaya kat sana.

      Padam
  6. sekali sekala merasa banjir,best jugak.hehe :D

    BalasPadam
  7. Kesian umt dan unisza banjir tahun ni. Alhamdulillah Selama 4 tahun bljr kat umt, selamat dari banjir

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. harap takde perkara buruk terjadi. hehehe.
      saya sempat merasa jugak dulu.

      Padam
  8. masa dulu-dulu kawasan di unisza jarang banjir....mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni yang menyebabkan kawasan tersebut mudah untuk mengalami banjir....

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard