Hadiah Untuk Abah - Fatihah Fazlin

Sabtu, 20 Disember 2014

Hadiah Untuk Abah

ASSALAMUALAIKUM.

Dalam lebih kurang sebulan lagi nik akan terbang ke kampung halaman. Alhamdulillah.. cuti dah lulus.. tiket dah beli(rasa nak melompat pun ada sebab dapat harga murah)!! Tak sabar nak tunggu bulan Jan ni! 

Tiap tiap hari nik tengok kalendar. Dengan harapan cepatlah masa berlalu.. the verry over kan. Padahal tengok tak tengok masa tetap akan bergerak. Hahaha

Tiap kali balik, nik suka buat balik ole-ole untuk family. Tapi sayang, jarang nik beli apa apa untuk abah. Selalu blur kalau nak beli hadiah ke apa untuk abah. Hummm.. Last last, dua tiga hari lepas mak call tanya perkhabaran anaknya ni. 

Macam yang korang tahu, kat Pantai Timur tengah banjir sekarang ni dan area kampung nik tak terkecuali. Satu kampung tak dapat keluar sebab air naik di jalan. Harapnya tak de apa-apa yang buruk terjadi. 

Ehh.. lari tajuk. Lepas bercerita panjang lebar, mak bagitahu abah nak jam tangan.. Allah.. senang kerja nik. Punya fikir nak beli apa untuk abah, tiba-tiba je Allah bagi jawapan. 

Kasi teaser dulu hadiah abah ni. Hehehee. Nasib baik abah tak baca/layan blog.

Okey set, kelmarin dulu keluar p setel kad atm, p setel beli barang untuk majlis kat office, p beli sekali hadiah untuk abah tersayang. Cewahhh.. Harap abah sukalah! Jam tak mahal, tapi jam ni hadiah ikhlas dari anok abah.. hihihihi.. 



2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard