Selasa, 26 Februari 2013

Kecintaan: Tak Sabar

Assalamualaikum..:)
Salam senyum sejuta rasa dear...


hummm..:p Dah lama teringin nak beli novel baru, lagi-lagi novel hijau yang orang tengok pom dah mula rasa kesejukkan dihati..ceewah! Alhamdulillah..beli kedua-dua buku ni pom sebab ada baucar buku.. biasalah..yang selebihnya simpan nak bayar buku kat lecturer,.tahu lah ye, buku akaun harganya agak tidak berkemampuan la bagi nick yang nyata terang lagi bersuluh tidak bergaji mahupun bekerja.. masa beli tu,dah tak sabar-sabar nak baca and habiskan..hihi^^^





Meh nik nak ulas sikit apa yang ada kat dalam buku ni..tapi kalau nak tahu lebih lanjut,dear semua kena beli sendiri la..alaa. kan ada baucar..:)

Sebarkan Cinta-Mu
Sebuah novel Tauhid yang betul-betul meruntun jiwa. Seperti biasa, Fatimah Syarha Mohd Noordin menulis dengan gayanya yang tersindiri. Yang jelas, beliau cuba berdakwah dalam karyanya.. macam skema je ayat nik kan?

Oke,novel yang mengisahkan seorang wanita dan isteri yang taat dan tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. di situ pelbagai persoalan timbul dan dan dia cuba membantu walaupun dia sendiri ada masalah. Perlahan-lahan dia mendekati warga kolej dan dalam senyuman dia menyebarkan cinta.

Untuk endingnya,dapatkan di pasaran dan nik yakin, novel ni mampu membawa kita muhasabah diri dan menjadi lebih baik...In Shaa Allah..:) tidak mahal dan nik rasa mampu milik untuk semua orang. Hanya RM31.00 (semenanjung) dan Rm34.00(sabah serawak)

Belailah Kalbu.
Acctually, nik belum habis baca lagi buku ni tapi agak menarik sebab sesuai dengan jiwa nik..hehehe.. Buku Dr. HM Tuah  yang satu ni ada siri soal jawab, so bagi student ia memang lebih senang untuk kita faham..

Tak rugi beli dengan harga RM19.90  (semenanjung) dan RM22.90 (sabah serawak) sebab dia macam menjawab apa yang kita nak tahu dalam mendidik hati, dan seterusnya memahami nikmat bahagia dalam hidup kita..

So, apa kata beli dan dapatkan sorang satu..ada jual kat toko-toko buku kat seluruh Malaysia..^^
selamat membaca.


Selasa, 19 Februari 2013

AKU INGIN MENDOAKANNYA

Assalamualaiku..:)

Give a big and sincire smile before reading oke dear...lapangkan hati, tenangkan jiwa, damaikan rasa..kerana untuk dia, sesungguhnya AKU INGIN MENDOAKANNYA.. mak ! umi ! ibu ! mama ! bonda ! mummy !







Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,

Perindahlah ucapanku di depan mereka,

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan pahala yang berganda
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, Ya Allah
sebab Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila Magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika Magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, maka
izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santun-Mu
di tempat kediaaman yang dinaungi kemuliaan-Mu,ampunan-Mu
serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tidak berakhir
dan engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.

Sekian..:)
ikhlas ^^

Khamis, 14 Februari 2013

MY CUTE IRFAN WITH KFC

Assalamualaikum dear..! :)
^__^


Ahad lepas kfc time with my youngest brother and sister..dah lama janji nak bawak irfan makan kat restoran kcf,dia merungut coz asyik bungkus makan kat rumah. haha..:) seblom g kene marah sebab dia tunggu lama kakak2  dia bersiap! biasalah dik,,..^^ 













sekian..:)

Selasa, 12 Februari 2013

KUE TEOW KUNGFU DAN NASI GORENG COMEL



Assalamualaikum... :)

Sekali lagi menulis pada wadah yang sama.. Biasalah analogi kehidupan niCk tak ubah seperti semua, sama sahaja. Sesekali terasa ada secalit bahagia tak kurang rentetan duka. inilah nama kehidupan. jadi apa salahnya kita serikan moment dengan sesuatu yang boleh beri bahagia..ceewah !!

Cuti final dah nak habis.. Rrrrr.. macam ngeri je ! tak puas lagi bangun tidur dan makan pakai kat rumah.. next three day got to go to Kuala Terengganu demi sesuap ilmu. Ikhlaskan hati untuk belajar niCk... :P  HIKHIK....^_^
ketawa tak de motif!!

Oke, berbalik pada tajuk: dalam pada bercuti ni niCk ada la belajar memasak sikit2. boleh la sekadar nak makan mulut sendiri.. hehehe.. sebenarnya , belajar masak ni niCk try and error je. Tengok resepi pastu masukkan je semua yang ada.. dan sekarang i'm fallen in love with kue teow kungfu! Carot susu pom ! ahah! meleleh ayak liur !




hihihi.. jadi tak jadi suku kira, yang penting siap kue teow kungku by niCk! benda alah yang menghijau ala2 hutan hujan tropika tu sebagai penyeri jer!! tak makan pom.. :p




yang kat bawah ni pulak nasi goreng comel..haha..nama pom kemain.. tak de la comel sangat, niCk saja je letak. dia macam nasi goreng pataya kot,  entahla labu..  bentuk dan rasa jer lain...habis tu apa yang sama??? wondering  @#^987&* tapi pedasnya memang superb ! adik niCK makan berapa sudu je. Pedas katanya!


telur bahagian luar hangus dah hangit!



apa-apa pom, thanks kat adik2 yang sudi makan masakan yang tak seberapa sedap ni..:)
sekian kisah niCk..^^







Selasa, 5 Februari 2013

BUKAN MENONGKAT LANGIT

Assalamualaikum..

Dear.. :(
macam bersedih..kenapa sedih? kenapa? sesuatu yang buruk berlaku? yup!  jawapan kepada soalan last tu 'ya' ! Sabar dan tabah duhai sekeping hati, kerna hidupmu bukan akan sentiasa menongkat langit. Tak pasti dengan apa yang sebenarnya berlaku,tapi hati ini sedang dilanda kesedihan. tiba-tiba rasa hiba.. tap jangan fikir sangat kerana selagi kita ingat Allah DIA juga akan sentiasa merindui kita. Malahan, dia tidak akan sesekali terlepas pandang tentang kita.


Mujur sedih ini tidak berlarutan. Mujur ada hati yang masih kuat ! ya..jangan pernah takut untuk kehilangan sesuatu yang secara terangnya bukan milik kita niCk. Seseatu itu akan kembali pada kita andai kita berjodoh dengannya. Tak perlu persoal bila.dimana dan bagaimana kerna semuanya telah tertulis.

Namun, kepada diri jangan pernah berhenti mengharap walau saban hari terukirnya jarak,...

SEKIAN.
Salam Tenang ^^



Ahad, 3 Februari 2013

ABADIKAN HIDUP DENGAN KENANGAN

Assalamualaikum semua!

yuhuu..senyum dulu :P  :) huehue..sihat tak dear2 semua?ceh! siap tanya khabar lak plak kan..Tapi tak pe,niat ikhlas dan betul-betul maksudkannya.hikhik..wokeh!kali nie kisah nik lain sikit..nak bagi dear semua rasa feel la sekali sekala kan..jeng jeng jeng..cuba teka apa agaknya?haha..main2-main la pulak niCk ni!!sepak kang..

tARA!!!!!!! 
kali nie niCk nak dear sudi-sudi kanlah diri baca entry niCk yang satu ni seterusnya baca niCk punya puisi yang tak seberapa nie..tp AWAS! bukan puisi jiwang tau..its all about me..my felling..hah hah! gituh! Actually benda nie niCk dah nukilkan lama dah..masa niCk form4 lagi..bayanglah dah berapa tahun,,4 tahun kut lebih dan kurang. 

 terimalah,,:)


Aku Ingin Berubah.

Dalam dunia berlatarbelakangkan era globalisasi,
Aku leka dalam arus budaya kuning,
Aku leka dalam arus usia mentah,
Aku leka dalam arus tautan kebebasan maksima,
Aku leka dalam arus kegilaan fantasi hidup,
Tapi sampai bila?

Dalam dunia berpaksikan ilmu pemikiran ini,
Aku bijak menulis madah impian,
Aku bijak mengira tahun impian,
Aku pandai melakar indah impian,
Tapi terlaksanakah impian aku tanpa sujud Yang Maha Pencipta?

Dalam dunia berfatmorgana indah ini,
Aku tahu ada nabi junjungan ummah,
Ada rasul mentaati Allah,
Ada malaikat mencatit dosa,
Aku tahu ada takdir ditentu Allah,
Tapi selalukah Allah di satu sudut pada tubuh kerdil ini?


Apakah bila nyawa di kerongkong aku kan sedar?
Apakah bila jasad berkecai aku kan insaf?
Wahana jiwa meronta menolak,
Hati keras melambat perjuangan,
Aku resah menanti damai,
dalam kalbu nikmat dunia…

dah abis baca?camne?komen ye dear.Teringin gak nak tahu pandangan anda semua..ok ke ko ke..hikhik..

sekarang niCk nak kongsi lak dengan dear semua beberapa gambar-gambar niCk kat Gua Musang bersama kawan tersayang..tp sedihnya,gambar my dearest tu tak dapat nak dikepilkan sekali untuk tatapan..hehe,,sebabnya,dia pemalu.....hehe..Oke,kawan niCk tu acctually special tau sebab dia selalu teman niCk,,:) Dan dalam trip nie dia bawak niCk pergi tengok alam indah ciptaan Yang Maha Kuasa..Tahu-tahulah! niCk nie memang suka tengok alam semulajadi sejak dulu lagi..
sekerang jom tgok mane niCk jalan selama sehari setengah kat sana..!??^__^





gambar ni masa kat restoren tepi tasik,,^___^ 
kitaorg lunch kat situ.Btw nasi goreng ayam kunyit dia memang de best!



kat tasik jugak..nama pe ye tasik tu?lupa..:P




abaikan jari yang menyibuk tu..enjoy the view!








gambar niCk..huehue..nk jugak!





   
bacalah niCk kat mana tu!
jang penting Cintailah Sungai Kita..tanpa sungai siapalah kita..hehe




                                                  jambatan gantung..gua batu madu:)






Orang kata kat bumbung gua bahagian luar tu ada sarang lebah dulu..
Tapi sayang,masa niCk kesana benda tu semua dah lama takde..





sangkar ikan..wujud sebab ada kedai makan kecil kat bawah.





manis air bandungnya..Abaikan mata yang terbelia tu 
@$&^&&*






pakok ni rasanya lebih 20m tinggi.^_^









gaya orang gayat nie!


haa! ni view yang paling niCk suka and sayang!





done!sekian sahaja.. salam senyum sejuta rasa.
p/s:abadikan hidup dengan kenangan!