Rabu, 27 Mac 2013

Saat Diuji Resah..

Assaalamualaikum dear semua...
Salam senyum buat semua...:)

Sempat lagi ni nick menaip entry walaupun lewat malam dah ni..haha..esok klas pukul 10..in shaa Allah bangun awal...Lagipun sedang berusaha menyiapkan tutorial ekonomi.. *rajin la sangat nick ni kan..dah seminggu lecturer bagi pun masih tak siap!*   nick buzy la sikit dear..bisness tengah masyuk...hehehe..alhamdululillah.. rezeki dari ALLAH..nick cuma usaha sikit je.:) Allah tak pernah terlepas pandang pada setiap mahkluknya..

Doakan nick ye dear semua..doakan nick berjaya..berjaya dan terus kuat mengharungi dunia sementara ni..yelah, nick manusia biasa..kadang-kadang pernah terasa 'ya allah..aku dah tak mampu nak teruskan perjuangan ni..kenapa mesti aku yang diuji begini?' pernah nick sampai ketahap tu. Sebak kat dalam hati ni Ya Rabbi... Allah maha mengetahui. 


Allah pasti akan ganti segala KEKECEWAAN yang kita lalui dengan sebuah KEGEMBIRAAN yang tidak terkata. Percayalah pada kuasa Allah. ♥


Sabar!!

Tabah!!

Ujian kecil saja ni!!

Itu yang sering nick ingatkan pada diri.. Asyik mengeluh dengan takdir Allah pun tak guna juga kan dear? Zikrullah mampu mendamai jiwa nick cuba sedaya upaya amalkan,praktikkan dalam setiap langkah.. pada siapa harus nick salahkan bila mengeluh dek ujian yang mampu diibaratkan setitis air di lautan? Orang sekeliling? kenapa? mereka cuma pelengkap cerita dunia.. penambah gula dan garam dalam hidup nick.. ya, nick sendiri yang tidak cuba membetulkan hidup nick.. hanya mengeluh meratap masalah..


Sungguh..nick bukan manusia sempurna..baik apatah lagi, tapi nick ada azam! azam yang kalau boleh mahu semua doakan..nick mahukan sebuah perubahan..dan nick sedang merangkak melaluinya.. payah? memang sukar..tapi nak dapatkan kemanisan azam tu, nick cuba kuat. Ingatkan diri kerdil ini untuk sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama mengawasi...

Kepada hati yang gundah, pergilah jauh..andai jiwa rapuh tetap setia mahu menemani, kalbu tetaplah sentiasa ishgtifar. Mengingat Allah sentiasa..




Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

1 ulasan:

  1. saya selalu mendoakan untuk kebaikan nik,,,,jangan putus asa nik, saya sentisa menyokong nik untuk terus melakukan perubahan menuju ke arah kebaikan...amin, ya Rabulalamin...................................

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.