Selasa, 23 April 2013

Memang Aku Rindu PadaNya

ALLAH..
Betapa rindunya untuk hati kembali 100% mengingatiMu
betapa rindunya untuk merasai geratan jiwa dan deraian air mata
kerana takutkan dosa-dosa lampau yang tak terhitung..

Betapa rindunya untuk sujud dalam penuh kekusyukan
betapa rindunya untuk merasai sepenuhnya
erti sebagai hamba yang kerdil..

Betapa rindunya jiwa untuk menjadi solehah
betapa rindunya untuk merasai nikmat kemanisan iman 
kerana diri seolah lalai dari nikmatNya..

Betapa rindunya jasad untuk mencari secebis cinta buatMu..
mencari redhaMu..




Bekunya air mata kerana kerasnya hati..kerasnya hati dari banyaknya dosa..banyaknya dosa dari lupanya mati...lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia..

Dosa memisahkan kita dari Allah..




2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.