Rabu, 29 Mei 2013

Promosi & Review Figure Up !

Assalamualaikum...

Fenomena Figure Up belum habis dear..antara produk yang terlaris dipercayai ramai kerana kesannya yang  boleh dilihat dalam masa seminggu! Mudah dan berkesan... Cuma ambil 1 biji dan telan sebelum sarapan dan minum segelas air putih.. Makan macam biasa, tak perlu berdiet..hanya banyakkan minum air putih. Lepas 5 hari tgk hasilnya...menakjubkan!!!!!! Hari ni nick buat promosi untuk FIGURE UP...

2 botol RM100..harga sebenar sebotol RM70 termasuk postage..
murah-murah!! Boleh pm di HUMAIRA AULIYA BIZ atau komen kat bawah ye kalau nak order..:)

* HALAL
* 100 Herba
* Blh amalkan ketika period
* Ibu yg menyusu boleh amalkan (anak 7bln ke atas)
* Mengandung tidak dibenarkan
* Tiada pantang larang dlm pemakanan


                                                       


Jom dapatkan sekarang ! Bagi yang tak tahu apa tu Figure up, meh baca sini.
Kapsul Figure-up adalah formulasi bahan-bahan herba semulajadi yang bertindak menurunkan berat badan dan membakar lemak berlebihan di dalam tubuh badan. Tanpa perlu menahan lapar dan tidak membuat anda cirit-birit. Dikeluarkan dari kilang bertaraf GMP dan diselia dengan begitu rapi semasa proses pengeluarannya. 

Kapsul “Figure-Up” mengandungi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera yang mempunyai fungsi pelangsing dan membakar lemak.Telah di ekstrak menggunakan teknologi moden yang canggih untuk menghasilkan produk yang mampu memberi kesan untuk menahan aktiviti enzim dalam perut dan usus supaya lemak berlebihan didalam makanan yang diambil tidak dapat diserap oleh tubuh. Kesan ini dilihat pada najis yang berminyak semasa pembuangan air besar yang mana seseorang boleh mengeluarkan jumlah lemak yang sama seperti yang telah diambil. Dapat meningkatkan kadar metabolisma.



KANDUNGAN UTAMA: Maltodextrin, Garcinia Cambogia, Green Tea Extract, Citrus Aurantium, Alor Vera. 

FUNGSI BAHAN AKTIF: 
1. Maltodextrin – Maltodextrin adalah dirantaikan pendek pati gula, agar-agar dasar hibrida, (dextrin), yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan. Hal ini dihasilkan juga oleh hidrolisis enzimatik daripada gelatinated pati dan biasanya dijumpai sebagai krem-putih higroskopik spraydried bedak. Maltodextrin mudah dicerna, diserap secepat glukosa dan mungkin juga akan cukup manis atau mungkin hampir tidak mempunyai rasa sama sekali. Kebanyakan Maltodextin dikelaskan dengan DE (dekstrosa ekuivalen) daripada 20 atau lebih tinggi.

2. Garcinia Cambogia - Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembentukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan. Kebaikan Garcinia Cambogia: 
      1. Berkesan menurunkan berat badan 
      2. Mengawal selera makan 
      3. Menghalang pembentukan lemak 
      4. Mengurangkan kolesterol 
      5. Menambah tenaga 
      6. HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman 
      7. Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migrain, gastrik, kencing manis, darah tinggi. 

3. Green Tea – Teh Hijau atau dikenali dengan nama Camelia Sinensis memang mempunyai pelbagai khasiat. Ia menurunkan berat badan ekstrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan, menurunkan tahap gula dalam darah, mengatasi keracunan makanan teh hijau dapat membunuh bakteria.pengambilan teh hijau yang pekat dapat merawat penyakit cirit-birit.dalam teh hijau mengandungi catechin yg berfungsi sebagai agen pembasmi kuman ketika berakunya keracunan makanan dan mencegah penyakit kanser pengambilan teh hijau dipercayai dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk esophagus,paru-paru,payu dara dan penyakit jantung.. 

4. Citrus Aurantium - juga dinamakan bitter orange. Ia diguna sebagai bahan mengawal berat badan. Kebaikan Citrus Aurantium: -meningkatkan kadar metabolisma -menurunkan berat badan -bertindak mengawal selera makan. -membantu membakar lemak, -membantu sistem pencernaan berfungsi normal. 5. Aloe Vera – Antara kegunaan adalah untuk pelembap semulajadi, menghilangkan kesan lemak, membantu proses penghadaman dan atasi masalah sembelit


Selasa, 28 Mei 2013

Segalanya Tentang Mata

.Assalamualaikum..
..Salam senyum dears..

Dua minggu kebelakangan ni, tidur jadi dah tak menentu..semalam pun pukul 4 baru lelap..mana taknya, nak siapkan assignment yang banyak ini...tapi tak boleh nak salahkan sesiapa la,.dah kita buat kerja bertangguh ! cenggini la jawabnya..hehehe..no komen la !

Tapi yang tak bestnya, akibat daripada tidur yang tidak menentu ini, telah terlnya satu penyakit.!! TIDAK!! bukan penyakit pun,cuma eye bag je,..hikhik.  Mintak dijauhkan segala semua jenis penyakit...memandangkan kita dah ada produk yang superb(crystal callogen eye mask), nick pun tak nak la ketinggalan...



haa..tempek benda ni...rasa segar sikit area mata...sejukk je..
nak order boleh inform nick ye..tak pun boleh pm kat FB page ni ye..


Tapi, bagi yang lebih suka cara tradisional, meh baca sini...ada beberapa petua menarik yang nick nak kongsi dengan u all okay..in shaa allah..

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA
Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.


sekian sahaja untuk kali ni...
:)

Rabu, 22 Mei 2013

KISMP Annual Dinner at Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...
Salam Senyum Sejuta Bicara untuk semua..:)

Memandangkan hari ni, nick sedikit free walaupun assignmen masih berlambak tapi gagahkan jua diri ini untuk mengupdate entry terbaru buat tatapan semua..hekhek..yang nick pasti, kalau lama sangat tak update blog, perasaan membuak-buak tu mesti datang.haishh...ketagih la kot! mesti ada dalam kalangan u all rasa macam nick kan?? :P

Seperti yang dijanjikan dengan entry INI, nick nak bagItahu apa itu KISMP..xoxo...it stand for Kelab Ijazah Sarjana Muda Perakaunan...dan nick salah seorang exco for this club..itu je..:) tak ada yang gempak pun..hihihi
Okey! Tengok tajuk kat atas..nick nak relate dengan entry ni..Jumaat lepas nick dan a few other friends organized the annual dinner for our course club.english nick too much!! Acctually dinner ni lebih kepada nak meraikan kakak dan abang senior semester 8..tak lama lagi diorang dah nak graduate..jeles nick! 
ehsan pak cik google

Bagi yang duduk area Terengganu mesti tahu kat mana Grand Continental Hotel ni...tengok SINI ye kalau u all nak pergi honeymoon ke apa ke..hikhik..best tau, sebab kat belakang dia ada pantai..Laut China Selatan terbentang di depan mata! 

Jom check it out the dinner..dan ada beberapa keping gambar yang tak memuaskan sebab guna fon cabuk cap itik nick..tapi tetap bersyukur..:)



 sebelum masuk dewan..sempat!!



 the beautiful them..masing2 cantik menawan..menunggu VIP..



 VIP..ketua jabatan perakaunan and ____.
nick lupa siapa...so sorry miss/madam.



 persembahan pembuakaan yang berseni...gerak tari yang slow.



 ulam dan pencuci mulut..hekhek..ini hanya sebahagian..


Tengok masing-masing lapar..seharian kot tak makan sebab nak dinner punya pasal..hikhik..yang penting makanan dia best! sesuai la dengan wang yang dilabukan oleh kami, kami dan kami semua..yang penting nick makan sikit je dah kenyang, tak tahu kenapa..tapi air kerap tambah..dahaga!





 gambar atas dan bawah adalah antara lelaki idaman malaya..hahah..semua warna ada..yelahkan..dah temanya pon colour block...mestilah warna warni..next entry nick update about fesyen and dressing diorang oke...
 



ni classmate nick..tunggu masa nak makan..tengok makanan penuh satu pinggan..hahaha..



gambar last yang tak menjadi sesangat!!!!



last, seronok sangat..hahaha..balik je dinner terasa letih satu badan..pulak tu tidur dekat pukul 4!! hope semua yang join pun puas hati..tataaa..:)
sekian..

Sabtu, 18 Mei 2013

Birthday & Me: Jalan-Jalan di Pantai Batu Buruk

Assalamualaikum dears..:)

ambil masa yang secoet cuma untuk update blog.. firstly, nak mintak maaf sangat-sangat pada yang invite atau tag nick untuk join segmen..seriously,nik tak sempat..apatah lagi kalau yang banyak syaratnya..ditambah pula line kat tempat nick ni slownya semacammm je..:( rasa macam nak sepak-sepak je line ni..erk??

Okey..kat entry ni bukan nak menyatakan ketidakpuasan hati nick tentang line ke apa..cuma nak berkongsi personal activity nick bebapa hari lepas.hehe..rasa macam malu la pulak nak bagitau u all semua..oke! macam ramai sangat yang baca blog ni! al kisahnya bermula pada 15/01/13.
ulangtahun kelahiran nick..:D alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur untuk menghirup udara di muka bumiNya..mencari ilmu semampu mungkin..membawa diri ke arah yang lebih baik..

 happy birthday to nick!!!
happy birthday to kak long!!! happy birthday to sayang..
happy birthday to me!!! syukur..
jemput jamu mata dears..kek dah habis,tinggal gambar je..

scroll down lagi ye..

berkelapangan pada tarikh ini juga, nick bersama kawan ke pantai Batu Buruk.. yeahh! pencinta dan penggemar pantai macam nick ni tidak akan berkata tidak untuk pantai..ketenangan digigi air lain perasaannya..gituuu..jangan tak tahu pantai kat area Terengganu masih bersih dan kurang pencemarannya..nick suka! 

mungkin muka orang dalam gambar di atas adalah muka kepenatan..boleh pejam mata jika tengok gambar ni,.


menulis digigi pantai adalah satu kewajipan.biarpun ia akan hilang dipukul ombak...tanda kenangan nick pernah sampai di sini..dan tempat ni akan terlakar dalam memori.



gambar di atas..hanya kaki yang mampu mandi laut..sebenarnya nick tak nak sentuh air..tapi sayang datang pantai tak merasa nikmat airnya yang sejuk kan? so basahlah sikit kaki seluar tu..bak kata pepatah,kalau tak nak dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..so,bagi nick kalau tak nak seluar/kain basah, jangan datang ke pantai terus..hikhik..

gambar di bawah..tiada motif.tapi mungkin ada seni...rumpai laut yang hanyut sebagai objek.memang tak ada kerja..tapi nick memang suka gambar ni.

tapak kaki alien .><


dan..kemuncaknya..nick dapat Novel KUALA LUMPUR DI MANA SUAMIKU by Sri Diah dari kawan..bertahun juga nick mencari..terima kasih sebab anda sudah bersusah payah mendapatkannya..walaupun second hand, tapi nick really appreciate that dear..nick tahu awak buat semampu mungkin untuk dapatkan novel ni..:)  thanks again!


last but not least...*macam karangan BI form 3*.. terima kasih pada semua yang wish my birthday..kat fb ke, sms ke, twitter ke..pada family nick yang sentiasa ada untuk ni..pada yu yien..balik rumah nak tuntut hadiah..pada mak..hehe..hadiah yang masih menjadi tanda tanya...:) sayang semua...

Khamis, 16 Mei 2013

Kena Ambil Tahu: Senarai Kabinet Baru Kerajaan Malaysia

Assalamualaikum,..
Salam senyum...
Hari ni nick nak share Senarai Kabinet Baru Kerajaan Malaysia..Berbeza parti politik pun, kita still kena tahu pasal benda ni tau..nanti nak temuduga ke apa senang..sebab kebanyakkan penemuduga memang diorang akan tanya benda ni..tak dapat jawab kang susah pulak...

Perdana Menteri 
NAJIB TUN RAZAK

Timb. Perdana Menteri
MUHYIDIN YASIN

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Menteri Kewangan
NAJIB TUN RAZAK

Menteri Kewangan II
AHMAD HUSNI HANADZLAH

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi
MUHYIDIN YASIN
IDRIS JUSUH ke II

Menteri Pertahanan
HISHAMUDDIN TUN HUSIN

Menteri Dalam Negeri
ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan
HISHAMUDDIN -pemangku

Menteri Pelancongan
NAZRI AZIZ

Menteri Luar
ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya
FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan
SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia
RICHARD RIOT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri
MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
DOUGLAS UNGGAH

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
ROHANI AB KARIM

Menteri Komunikasi Multimedia
AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Wilayah Persekutuan
TG ADNAN TENGKU MANSOOR

Menteri Kesejahteraan Bandar
AB RAHMAN DAHLAN

Selasa, 14 Mei 2013

Adi Putra: Rest time with Adiela


assalamualaikum...
see the title okey!
serious gambar ni cute plus comel.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


taraaaa!! adi putra with his daughter..sweeeeettttt...Adiela macam tau-tau je nak masuk kamera.
cute!!
5 bintang untuk adi putra dan puterinya.


Sabtu, 11 Mei 2013

to much thing 'pop up' in my life.


Assalamualaikum dears..
Lately,to much thing 'pop up' in my life. XD Penat yang teramat. Sampaikan kadang-kadang terfikir nak berhenti daripada semua yang nick sedang usahakan sekarang ni..belajar..bisnes kecil-kecilan..lagi?? tu je..huhu.. dua benda ni buat nick tak menang tangan okay. dua tangan tak cukup..sampai begitu sekalikah nick? 

Okay..sebenarnya bukan nick nak stop.cuma badan ni tak cukup rehat..erkk? betol ke? entah.roomate baca ni mesti kata nick tipu..sebab 12 jam sehari dia tengok nick tidur. :) huhuhu tapi yang nak ditekankan kat sini, nick busy dengan kelas. Hari khamis minggu lepas kelas full dari pukul 10 pagi hingga 10 malam..lepas tu pula ada meeting KISMP.adoi..ponat eden! tapi jangan tak tahu..inilah kehidupan sebagai mahasiswa..nak-nak pula kolej tak ada air..huhu..merempatlah pergi blok orang lain nak mandi.bukan dekat tau..jauhhhh..amacam? cabaran tak?? tu tak cerita lagi masa banjir..blackot time study sebab esok nak kuiz/test..

Beginilah adat menjadi pelajar.orang kata bukan senang nak senang..kene besusah-susah dulu..dugaan dan ujian je semua ni..Allah nak tengok kita macam mana..nick banyak mengeluh.baru susah dan sibuk sikit dah melatah.banyak kerja la.penat la..kene positif ye..


 meja study nick..tak kemas dan menarik pun..


Jadi, kepada adik-adik atau kawan yang bakal bergelar mahasiswa.siapkan mental anda ye.bukan nak menakutkan you all semua dear, tapi kita lena jadi lebih kuat dari kebiasaan.. tap jangan panik..kehidupan mahasiswa ni ada kalanya menyeronokkan, terutamanya bila ukhwah yang terjalan erat dengan redha Allah antara classmate, roomate, housemate dan sebagainya..:)

p/s 1:Kepada semua peserta "48 jam topap giveaway by cik yaya nick", nick minta maaf sebab tak sempat lagi nak follow balik blog anda semua.. In shaa Allah, ada masa terluang nanti nick follow ye.

p/s 2:Kurang sebulan lagi nick akan Final Exam, doakan nick ye dear..:)

sekian..
salam sayang dan senyum.._

Selasa, 7 Mei 2013

Dulu Saya Pernah Membenci Tok Guru


Assalamualaikum...
Salam barokah untuk semua..:)
Alhamdulillah..lagi perkongsian dari alam maya..nick terbaca dan mahu berkongsi dengan semua..moga ada iktibar dan pengajaran dari cerita ini..





Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.

Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.

Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.

Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.

Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.

Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.

Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.

Subhanallah.

Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.

Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.

Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:

"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"

Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.

Allahurabbi.

Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.

Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.

Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.

Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.

Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.

Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.

Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.

Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.

Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.

Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.

Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.
Inilah jawapan mereka:"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"

Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.

Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.
"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"


Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.

Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.

Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.

Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.

Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah ku lalui di sana pasti akan ku lalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.

Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.

Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.

Al Bakarah Ayat 208:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"




DOA Tok Guru Nik Abdul Aziz:

Ya ALLAH Ya Tuhanku aku tak brdaya lagi untuk menjaga agamaMU di Kelantan & di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara, oleh itu aku mohon kepadaMU pertahankan agamaMU sebagaimana ENGKAU pertahankan rumahMU dari serangan tentera Abrahah. Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera abrahah.. sprti daun kayu dimkn ulat. 

Amin ya Robb.

sumber..fb