Rabu, 31 Julai 2013

Nikah Khitbah- Antara Mindset Masyarakat dan Hukum

Assalamualaikum...
Tadi sedang elok ber "twitter" tertarik la pulak dengan tweet2 rakan di laman sana..perbincangan tentang NIKAH KHITBAH..ramai yang dah tahu tentang ni, tapi nick yakin masih ada lagi yang tak full aware pasal benda ni. So, nick rasa elok dikongsi ilmu ni dengan semua..


Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan,ia tidak sama sekali tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan untuk di "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

 Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma dan kesedaran ibu bapa amat diperlukan. Zaman kini fitnahnya berleluasa. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma dan menerima realiti yang sebenar. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Definisi Nikah Khitbah

Khitbah bermaksud bertunang. Oleh itu, maksud nikah khitbah (atau, dalam sebutan biasa di Malaysia, nikah gantung) adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, tetapi pasangan belum hidup bersama. Cara nikah khitbah sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin belum diadakan.

Di samping itu, tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri belum lagi diwajibkan keatas suami, sehingga mereka menjalani kehidupan suami-isteri seperti lazimnya.

Oleh kerana mereka sudah pun berkahwin, mereka boleh keluar bersama atau belajar bersama atau apa-apa saja aktiviti yang melibatkan hanya mereka berdua. Cara ini lebih baik dari berkapel atau bertunang.
Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah taraf.

Rasulullah dan Aisyah tidak terus tinggal bersama selepas perkahwinan mereka. Mereka tinggal berasingan selama 2-3 tahun. Sesudah itu baru mereka tinggal bersama. Ini adalah contoh nikah khitbah.


Hukum Nikah Gantung Dalam Islam

Hukum nikah khitbah adalah harus dan majis kenduri ditangguhkan. Majlis boleh ditangguhkan seberapa lama sehingga pasangan bersedia dari segala segi.

Kebaikan Nikah Gantung


Perkahwinan cara ini memenuhi semua rukun nikah - ada wali, ada dua orang saksi, ada calon suami dan calon isteri, dan ada ijab kabul. Lelaki juga memberikan mahar (maskahwin) kepada perempuan yang dikahwininya. Oleh yang demikian, nikah gantung adalah sah kerana memenuhi semua syarat-syarat sah nikah dalam Islam.

Dalam keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah agak bebas dan para remaja sering berkapel, nikah khitbah adalah satu alternatif yang baik untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan mengurangkan kelahiran anak ltak sah taraf.

Setelah berkahwin, pasangan boleh bersama kemana sahaja. Tidak timbul soal zina atau kelahiran anak tak sah taraf. Tapi, kalau masih belajar atau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah dan ibu, cubalah mengawal nafsu, sehingga masa yang lebih sesuai.
alam kita membayangkan sesuatu yg indah, jangan lupakan tentang risikonya juga.. Kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Kalau takutkan risiko, usah bicara soal perjuangan..




Hadis Rasulullah (saw)

"wahai pemuda pemudi, barangsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"


Nick sekadar berkongsi dengan pembaca. Apa yang silap boleh perbetulkan. Wallahua'lam.

Sumber: sini dan sini

Sabtu, 27 Julai 2013

Mencari yang Dicari



Kalau kata risau,
Ya..
aku risau.

Engkau..sang yang dicari..
muncullah..
kerap titisan air mata,
laju merembes dek risau.

Memang.
mencari yang dicari susah,
kasih jadi penyebab,
sayang jadi kerana,
muncul..
kerana di sini...
aku terduduk lemah.

yang dicari,
gundah sakit sang mencari menunggu..
penyelesaian tiada terus lesu.
berita senyap jadi tamu..

Engkau..sang yang dicari..
tibalah.
kerana aku mencari yang dicari.



p/s: worried! May Allah help.

Isnin, 22 Julai 2013

Survive for the better!

Assalamulaikum..^_^
Salam 13 Ramadhan buat semua..
yang pasti bulan penuh barakah ini akan meninggalkan kita tanpa sedar. Dan syawal akan mula menjengah. Inilah namanya kehidupan.







gambar masa naik flight hari tu,..hahaha.


Dan nick pun sedang menempuh kehidupan baru. Menjadi anak rantau. Di Sabah rezeki tersurat. Dan di sini kudrat di perah.xD  tapi tak akan ada keluhan sikit pun sebab ini jalan yang nick pilih sendiri. biar seorang diri menjalani kehidupan di tempat orang, tanpa kenalan, tanpa keluarga, nick akan tetap teruskan perjuangan yang nick pilih.


Yup! ramai yang persoalkan..
"tak menyesal ke berhenti?"
"tak menyesal ke tinggal degree akaun? orang lain berpusu-pusu nak masuk U"

Hurm...bagi nick, in shaa Allah jalan yang nick pilih ni, adalah yang terbaik untuk nick and family. Kalau ada rezeki, in shaa Allah, nick akan sambung diploma/degree lagi.mungkin next 4/5 years..dan yang penting bukan bidang tu lagi.."TRAUMA" sains politik mungkin..hahaha..angan2!

Dan sebaik-baik perancangan adalah rancangan daripada Allah.
Alahamdulillah..ramai kenalan baru yang nick kenal kat sini.rakan sekerja pun sangat sporting dan excited nak makan budu. ada yang siap tempah kat nick dah,,huhu..dan yang paling penting..penduduk Sabah the best..Rakyat Malaysia..you all must come to Sabah. Negeri Bawah Bayu ni memang best..!! nick sendiri tak akan lepas peluang untuk melancong ke segenap tempat yang best kat sini.  As soon as possible!

Allhamdulillah sekali lagi, nick dah ada rumah sewa. dekat sahaja dengan tempat kerja.by car kalau jalan tak jem only 10 minutes. .Nampak macam kena beli kereta cepat-cepat ni! haahaa..:P doakan untuk nick yerp dears..>^_^
sebelum jumpa ruma sewa yang ohsem ni(sebab ada wifi agak laju), nick tinggal dengan kawan cousin nick..hiihi.dialah yang jemput nick kat airport and really appriciate what you have done kak su. Thanks sebab sudi hantar pergi and balik kerja.will miss your cute son and daugther.: :D

p/s : hOspital queen elizabeth

Rabu, 10 Julai 2013

Bermula di Perlis, kemudian Terengganu, lepas tu Sabah..then??

Assalamualaikum dears..:)
Salam senyum satu sedekah..
Senyum bia nampak gigi,
Sama-sama tingkat ibadah,
1 Ramadhan menjelma lagi.


Dah!! yang kat atas tu pantun ke apa nick oi? macam orang tak pergi sekolah je gamaknya berpantun begitu..haha ^__^ helloo.. itu adalah puisi..bebas and suka hatilah!

Apa cerita nick? semua negeri kat Malaysia awak jadikan tittle.haha..t

begini ceritanya sayang-sayang semua..06062011 nick ke Perlis belajar di sana..03092012 nick ke Terengganu juga belajar..

dan 1407013 ni nick akan berangkat ke sabah, negeri di bawah bayu.^_^ dapat posting kerja kat sana.ala, dulu masa interview untuk kerja ni nick pernah cerita kat SINI..hewhew..seronok memang seronok..tapi bab posa kat tempat orang ni nick sedih sikit..galau semacam dalam hati ni..

dan besar kemungkinan tahun 2013 ni nick tak akan dapat beraya dengan family lagi...huaaaaa. first time ni tau! geram ! marah ! sedih ! gembira ! semua bercampur. hadoooiii...

dan lagi first time nick naik flight. hehe,.gemuruh kalah lagu Faizal Tahir .Apa-apa pun , nick harap uolls semua dapat doakan nick selamat sampai kat sana..doakan tabah di pagi raya nanti jugak *nagessss

p/s : tadi singgah blog cikepal..tengok resepi cheesecak biskut dia buat! mudah dan menarik..petang ni nak pergi beli bahan2 ..heheh

Isnin, 8 Julai 2013

Tanggungjawab "Aku Terima Nikahnya"...

'Tanggungjawab Suami Selepas Ijab Kabul, Saat Ijab kabul terucap''.






”Saya terima nikahnya si.... binti si.... dengan mas kawin......di bayar tunai....”.

Singkat, padat dan jelas.Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut?

Itu tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat?

Yang tersirat ialah :

Artinya: ”Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan istri) dari ayah dan ibunya. Dosa apa saja yang telah dia lakukan.

Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang ia jadikan isteri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku”. 


Ak­u juga sedar, sekiranya­ aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahwa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk ke dalam Neraka Jahanam.. 

dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ".

Jika aku GAGAL (si Suami)?

”Maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka. Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku”.(HR. Muslim)

Duhai para isteri...

Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu. Kerana saat Ijab terucap, Arsy-Ny­a bergoncang karena beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH, dengan disaksikan para malaikat dan manusia.


Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu, maka itu pun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu...

Semoga jadi untuk pengalaman yang sudah berkahwin mahu pun yang belum...

Subhanallah.. beratnya beban yang di tanggung suami. Bukankah untuk meringankan tanggung jawabnya itu berarti seorang isteri harus patuh kepada suami, menjalank­an perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya? Juga mendidik putera-puteri kita nanti agar mengerti tentang agama dan tanggung jawab.


Semoga kita semua menjadi orang tua yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah, mawadda­h, dan warahmah. Aamin Yaa Rabbal'alaminn.­ ...

Sahabat semoga kita selalu dalam lindungan-Nya yang dilimpahkan kesihatan,kebah­agiaan,keselama­tan dan kemudahan untuk selalu beribadah kepada-Nya..Aam­iin Yaa Rabbal'alaminn.




p/s: sebuah perkongsian di fb

wanna the shine.



Never give up
never lose hope
always have faith,
its allows you to cope.

Trying time will pass, 
as they always do.

Just have patience,
your dream will come true.
So put on a smile,
you'll live through your pain,
know it will pass,
and strength you will gain.

Just know one, 
when you go, go and go,
then at the end,
you will find the shine.


kunun-kunun shine macam diamond la..werkk..T.T


p/s: shine bright like a diamond !