Sabtu, 17 Ogos 2013

KERANA CINTA KLON BAB 2

BAB 2

Subjek Bahasa Melayu di tingkatan 5 Sains 2 diajar tanpa persediaan yang sepatutnya. Hazriq yang sepatutnya menjadi guru praktikal, tiba-tiba di saat akhir terpaksa menjadi guru ganti selama dua bulan. Mungkin bagi yang sudah biasa dengan persekitaran mengajar setiap hari, itu hanya satu rutin harian yang biasa. Tetapi bagi Hazriq, perkara itu janggal dan asing bagi dirinya. Bukan dia tidak pernah berdiri di hadapan puluhan orang dan berbicara, pernah.. tetapi itu dihadapan rakan-rakan sekuliah. Namun di hadapan insan-insan yang mengharapkan ketelitian dan sokongannya untuk menjadi insan berjaya di dalam ujian penting, dia tidak jadi gentar, tambahan lagi pelajar-pelajar itu adalah ayam tambatan untuk mengharumkan nama sekolah. Dia adalah semut kecil jika hendak diletakkan di dalam kelompok guru-guru lain, tetapi impiannya semasa mengajar, hanya ingin melihat para pelajarnya berjaya dalam pelajaran. Dalam khayalan dia dikejutkan dengan suara garau lelaki. Kalau tidak silap, suara itu milik ketua kelas, Saiful.

“Ada apa Saiful?”
“Cikgu, boleh saya ke tandas kejap ?” pinta Saiful Izuddin penuh hormat.

Hazriq mengangguk tanda membenarkan Saiful ke tandas. Sejurus ucapan terima kasih diucapkan, Saiful bergegas ke tandas. Dia berlari anak, mungkin sudah tidak tahan. Gelagatnya yang mencuit hati itu membuatkan ramai yang tertawa. Hazriq turut  sama tersenyum. Dia kemudian terpandang seraut wajah manis yang begitu serius menulis sesuatu. 

Pemilik wajah itu langsung tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Tumpuan ditumpukan penuh kepada kerja sekolah yang diberikan kepadanya.Seketika kemudian dia meneguk air mineral di dalam botol yang diambil dari dalam laci meja. Gadis itu sedang dahaga. Apa tidaknya setelah meneguk sekali dia meneguk untuk kali yang kedua dan seterusnya kali yang ketiga. Selapas itu barulah dia mengeluarkan tisu dari dalam poket baju kurung sekolahnya dan lantas mengelap bibirnya yang kebasahan. Kemudian dia menyambung kerjanya.
Insan itu tidak sedar dia diperhati lucu oleh seseorang. Hazriq tersenyum memandang wajah gadis itu. Lirikan matanya yang galak menarik lelaki untuk mendampinginya. Hazriq juga tidak menafikan gadis itu mempunyai ramai peminat.

Seseorang mengetuk pintu. Pantas pandangan Hazriq menghala ke pintu hadapan kelas. Dia bingkas bangun dan menuju ke situ. Azman, rakan yang sama-sama menjalani praktikal mencarinya.

“Ada apa Man ? ” Serius Hazriq menyoal.
“Seriusnya kau ni. Relakslah. Petang nanti aku ada hal.Kau baliklah dulu.”
Hazriq mengangguk-angguk tanda faham. Pandangannya terlirik sedikit pada gadis tadi yang berada disebalik tingkap.

“Kau nak pergi mana Man?”
Somewhere. Dahlah pandang-pandang tak ada faedah pun. Kalau dah angau sangat cakap jelah pada dia, ini tak…Riq, kalau kau pendam, sampai mati pun dia tak tahu..Gentlemanlah sikit.Jangan jadi penakut.”

Mendengar kata-kata Azman yang sememangnya betul itu membuatkan Hazriq lemah. Tangannya membaiki tali leher berbelang yang terikat kemas di leher. Bukan dia tidak mahu berterus-terang juga bukan dia takut, sekadar menunggu masa yang sesuai. Masa yang betul-betul elok untuk memberitahu segala-galanya. Dia tidak mahu tergopoh-gapah, biarlah semuanya terjadi secara semula jadi.

“Kau cakap senang la Man. Macam mana kalau kau kat tempat aku, apa kau akan buat?”
“Aku buat bodoh je.” Azman ketawa.
“Dah la. Cakap dengan kau, buat pening kepala aku aje.”
“Okey apa pening..ada yang tolong picitkan.” Azman berbisik perlahan.
Beberapa minit kemudian perbualan mereka berakhir.

Terlintas di fikiran Hazriq tentang kata-kata Azman tengah hari tadi, walaupun berbau usikan dan gurauan namun ada juga benarnya. Buat apa hendak ditunggu lama-lama kalau boleh buat sekarang. Hazriq bermonolog sendiri. Tetapi beranikah dia meluahkan segala-galanya? Ah! Pening! Terlalu sukar untuk memutuskan hal berkaitan hati dan perasaan. Hazriq bangun dari pembaringan dan menuju ke meja kerjanya yang berada di satu sudut biliknya. Lantas dia membuka fail poket yang dipenuhi dengan salinan fotokopi sijil lahir dan kad pengenalan para pelajar 5 Sains 2 yang dipungutnya siang tadi. Antara 32 salinan yang ada di dalam fail itu, satu salinan kad pengenalan menarik minatnya.

Hazriq tersenyum. Gadis yang di minatinya memang cantik. Memiliki  kening yang hitam dan lebat, itu menambahkan lagi kecantikkan luaran gadis itu.Wajahnya ada iras-iras Thai. Hazriq khayal dalam angan-angan untuk memilikinya suatu hari nanti. Lelaki mana yang tidak mahukan pasangan yang secantik dia? Sedang dia memasang angan-angan indah untuk hidup dengan puteri pilihan hati, telefon bimbitnya berdering. Siapa lagi kalau bukan mamanya. Wanita kesayangannya ini bolah dikatakan setiap hari menelefon.

Anak lelaki kepada pasangan yang hampir 27 tahun mendirikan rumahtangga ini memang mengerti perasaan ibunya, dan kerana itulah dia seboleh mungkin mahu menjadi anak yang baik kepada kedua orang tuanya. Helaian kertas ditangannya diletak dan kemudian mencapai telefon bimbitnya. Seperti hari-hari yang lepas, tiada perkara yang terlalu penting oleh ibunya. Hanya bertanyakan khabar semasa. Sebaik sahaja telefon dimatikan, Hazriq kembali meneliti satu persatu helaian kertas. Dia bagaikan terpanggil untuk meneliti segala-galanya tentang dua pelajarnya yang selalu bermasam muka. Kenapa dan mengapa mereka harus bermusuhan? Hazriq yakin dia akan mendapat jawapan yang pasti jika dia terus menyelidik tanpa henti. Kedengaran suara Mak Ngahnya memanggil dari luar. Mungkin untuk makan.

“Mana Ayah Ngah,Mak Ngah?”
“Belum balik lagi, Riq. Makanlah, tak payah tunggu, Ayah Ngah kamu tu makan kat surau agaknya. Ada jamuan.” terang isteri bapa saudaranya.
“Kamu makanlah dulu, Mak Ngah ingat nak ke rumah Mak Cik Som. Nak tengok cucu baru dia.”
“Cucu baru? Siapa yang mengandung?”

Hazriq agak terkejut.Dalam pengetahuanya, Mak Cik Som  mempunyai 4 orang anak lelaki yang rata-rata masih lagi belajar dan hanya seorang anak perempuan, itupun baru berumur 22 tahun.

“Bukan mengandung, dah beranak pun. Dengarnya kembar. Bertuah si Salwa…”
Berdebar dada Hazriq mendengar nama yang sudah lama tidak didengarnya. Entah bila si Salwa berkahwin; sekarang dah ada anak pun.

“Mak Ngah pergi dulu Hazriq. Tambah la nasi tu!”

Mata Hazriq memerhati langkah ibu saudaranya. Dia kemudian meneguk air suam. Teringat kisah lalu ketika bergelar remaja belasan tahun. Kisah cinta monyet antara dia dengan Salwa, anak jiran bapa saudaranya. Dulu, dia selalu mengajak orang tuanya bertandang ke rumah Ayah Ngahnya semata-mata untuk menemui Salwa. Dia dengan Salwa bercinta bagai nak rak, tapi akhirnya terputus  begitu sahaja setelah dia mula memasuki universiti. Apapun dia pasti, cinta dia dengan Salwa bukan cinta yang sejati tetapi cinta yang wujud sekadar fantasi dalam kehidupan remaja. Dan sekarang Salwa sudah pun berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Dia tidak tahu bila Salwa melangsungkan hari bahagianya, namun doanya semoga wanita itu akan bahagia bersama pilihan hati. Hazriq tersenyum mengingati kisahnya. Tidak sedar nasi di pinggan sedang menunggu. Habis sahaja makan dia menuju ke biliknya mengambil telefon bimbit dengan niat untuk menghubungi seseorang dan dia terus ke ruang tamu. Telefon bimbit direnung. Hazriq mula berfikir-fikir, keputusan yang baikkah jika dia membongkarkan segala-galanya terlalu cepat? Akhirnya dia mendail.

“Mimpi apa kau Riq call aku ni? Rindu kat aku ke?” usik suara yang agak garau dihujung talian.
“Aku boring la. Kau kat mana ni?”
“Kat rumah la. So, macam mana sekolah? Okey?”
“Sekolah macam biasa je. Tapi best tau, budak-budak sini panggil aku cikgu. Rasa macam dah betul-betul jadi cikgu pulak.”

Hazriq begitu excited berceritakan pengalamannya kepada Shahrul, teman yang terbaik yang dia punya. Kepada Shahrul tempat dia meluahkan rasa dan kepada dia Shahrul bercerita keluh kesahnya. Hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Daripada teman sekuliah, menjadi teman serumah dan kini seperti adik-beradik. Berselisih pendapat memang pernah, tetapi bergaduh bermasam muka dan bermusuh-musuhan berhari-hari, mereka tidak pernah. 

       “Okey apa dia orang panggil cikgu. Aku dulu budak-budak panggil cikgu  jugak. Nampaknya tak lama lagi jadi kaunselor la kau ye! Tak sabar nak tengok kawan aku ni jadi cikgu. By the way, dah jumpa dengan princes kau?”

“Siapa? ooh..anak angkat Ayah Ngah aku tu? Dah …tapi dia buat tak tahu je. Aku ni je yang terhegeh-hegeh. Dia langsung tak hiraukan aku.” kata-kata Hazriq umpama orang yang sudah berputus asa. Ada keluhan di hujung bicaranya.
Shahrul nun di sebelah pantai barat tergelak.

“Apasal kau gelak?”
“Aku nak tanya ni, kau dah bagitahu kau suka kat dia?”
“Belum..” lemah Hazriq menjawab.

Gelak Shahrul makin besar. Bukan apa, teringatkan perangai kawannya yang tak pernah berubah sejak mereka berkenalan. Belum mendapat jawapan dah menyerah kalah.

“Kalau belum bagitahu, maknanya dia belum tahu lagi. Jadi kalau dia buat tak tahu, adatlah. Just tell her what you felt. Aku pasti dia tak akan tolak bulat-bulat. Kalau dia tak terima pun,sekurang-kurangnya kau dah bagitahu, right?”
“Macam mana kalau dia reject aku? Malu wei.”

Shahrul menggeleng. Hazriq langsung tak fikirkan apa yang sedang dia cakapkan 

“Riq, soal reject atau tak itu hal lain. Yang penting bagitahu dulu. Confident la sikit. Lagipun kau boleh tahan jugak hensemnya.. perempuan mana yang tak nak.” ujar Shahrul. Dia bukan nak menyedapkan hati Hazriq tapi memang sudah kenyataannya Hazriq memiliki fizikal yang cantik dan sempurna. Bukan sahaja itu, hati temannya itu lebih cantik. Budi pekertinya tiada cacat cela. Tidak angkuh, tidak sombong walaupun mempunyai latar belakang yang hebat. Pokoknya, tak akan ada gadis yang akan menolak Hazriq tanpa sebab yang munasabah.

        “Aku tahu la aku hensem, tapi suka ke dia kat aku ni?”
Firstly, aku nak cakap jangan nak perasan lebih. Hampeh betullah ada kawan macam kau! Secondly, bagitahu dia as soon as possible, and then tunggu jawapan. Jangan buat andaian sendiri. Faham?”suara Shahrul sedikit meninggi, geram dengan sikap Hazriq yang mudah sangat memikirkan hal yang bukan-bukan.


*****************************************************************************

Haji Zainal pulang hampir jam sepuluh malam. Ketika itu Hazriq baharu sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Dan kemudian diikuti pula dengan isterinya beberapa minit  selepas itu. Mereka berbual sekejap. Tanpa disedari Hazriq tertidur di sofa. Malam berlabuh namun Hazriq masih lagi di situ sehinggalah dia dikejutkan ibu saudaranya. Suasana fajar subuh menyenangkan jiwa. Dengan sayup-sayup kedengaran azan Subuh, Hazriq bangun.

 Jam 7.00, dia bertolak ke sekolah dengan motosikal Yamaha RXZ kuning nilik Shahrul yang sengaja dipinjamnya. Manakala kereta miliknya ditinggalkan untuk Shahrul. Dia lebih senang menunggang motosikal daripada memandu kereta. Menghirup udara asli lebih nyaman daripada udara buatan manusia, itulah pendapatnya. Sampai sahaja di sekolah, Hazriq  ke bilik guru. Dalam perjalanannya, dia sengaja melalui kaki lima tingkatan 5SC2. Insan yang hendak dilihatnya tiada di situ. Lagu NEGARAKU berkumandang di speaker yang ada di bangunan-bangunan sekolah. Dari jauh kelihatan langkah kemas yang diatur olah dua pelajarnya. Syakila Marini seorang exco pengawas dan Nik Fazlianira seorang yang sukar dijangka sikap dan perbuatannya. Masing-masing memegang akhbar di tangan. Rupanya mereka dari Wakaf An-Nur membeli surat khabar. Tamat sahaja lagu NEGARAKU, Hazriq meneruskan perjalanannya menuju ke perpustakaan sekolah tempat dia dan beberapa orang guru praktikal lain ditempatkan. Kesemua mereka pernah belajar di sekolah ini, hanya Hazriq seorang sahaja bukan bekas pelajar sekolah tersebut.

Hazriq bertembung dengan kedua-dua pelajar yang rapat itu. Salam mereka dijawab tenang. Hatinya berbunga kembang apabila mendapat sebuah senyuman yang memang di dambakan selama ini. Dan inilah kali pertama dia mendapat senyuman yang benar-benar ikhlas dari insan yang tidak pernah tahu akan gelodak perasaannya, insan yang membuatkan dia sering kali berkhayal.

Dalam sedar dan tidak, Hazriq kini sudah seminggu berada di salah sebuah sekolah menengah di bumi Machang. Mungkin persekitarannya tidak begitu asing kerana warga sekolah kebanyakannya amat memahami dan saling menolong antara satu sama lain. Hazriq membelek-belek surat khabar Berita Harian yang ada di tangannya. Dia sedang menunggu masa untuk ke Blok A, di mana tingkatan 5 Sains 2 ditempatkan di situ. Adat pelajar sekolah , tidak kira sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa, apabila tiada guru di dalam kelas, banyak mulut yang akan bersuara. Bising! Keadaan ini sudah biasa dengan persekitaran di sekolah. Tiada satu pun sekolah di seluruh dunia akan sunyi setiap masa.

Warga 5 Sains 2 mengambil tempat masing-masing apabila cikgu mereka melangkah masuk. Terdetik hati seorang pelajar puteri kelas itu, betapa tingginya pekerti cikgu praktikal di hadapannya.

“Ada sesiapa nak Tanya?” Hazriq menyoal setelah dia habis menerangkan persoalan tentang novel ‘Putera Gunung Tahan’ yang dikaji oleh para pelajarnya. Syakila Marini mengangkat tangan. Hazriq menyuruhnya bangun.
“Kenapa Fazlia tak nak tanya sendiri? Ada masalah ke?”

Fazlia yang tadi tekun mendengar pembelajaran yang sedang berlangsung kini tidak tentu arah apabila rahsianya terbongkar. Dia menggeleng dan mindanya tertanya-tanya bagaimana Cikgu Hazriq boleh tahu tentang perbuatannya sedangkan selama ini tiada seorang pun yang perasan apatah lagi untuk menegur.

“Fazlia, menggeleng bukan jawapan kepada soalan saya. Please stand up and ansewer me. Kenapa tak tanya sendiri?”
Fazlia teragak-agak untuk bangun. Dia memandang sekeliling.Rata-rata rakan sekelas melihatnya.
“Saja je cikgu.” pendek dia menjawab.
“Emm..duduklah! lain kali kalau nak tanya tak payah la nak suruh orang lain. Saya tak suka. Awak bukannya bisu.” pedas sungguh kata-kata Hazriq.

Fazlia duduk dengan hati yang pedih, membara amarahnya. Tidak dia menyangka akan di malukan sebegini rupa. Cikgu Hazriq memang nak mengenakannya. Dia dan  Faizol awal-awal lagi dah berpakat! Fazlia amat pasti tentang itu. Sayang seribu kali sayang  cikgu, kalau Faizol orang yang cikgu sebelahi, maknanya cikgu turut jadi manusia yang saya benci…hati Fazlia berdesis kecil. Tanpa sedar perasaan meluat mula timbul terhadap lelaki bergelar cikgu itu. Bersekongkol dengan Faizol bermakna menjadi musuhnya yang utama. Cikgu…cikgu…

Tamat sahaja bacaan doa oleh pengawas bertugas, berpusu-pusu pelajar melangkah keluar dari pagar sekolah. Semuanya mahu sampai ke rumah secepat yang mungkin. Mana tidaknya, perut masing-masing semuanya sudah bermuzik sumbang. Fazlia dan Syakila antara orang yang terakhir yang keluar dari kelas mereka. Bagi mereka, tidak perlu bersaing dengan orang lain kerana perjalanan ke ‘rumah’ mereka tidak mengambil masa lima minit pun. Cikgu Hazriq masih lagi di meja guru menulis sesuatu.Dia memanggil Syakila Marini. Dari jarak beberapa meter, Fazlia melihat Syakila mengangguk sambil tersenyum.

“Faz, cikgu nak cakap dengan kau. Aku balik dulu okey.”
Fazlia yang tidak tahu apa-apa itu berkerut dahi. Mukanya masam mencuka.
“Jom kita ke kantin.”

Fazlia akur dengan pelawaan itu walaupun dia langsung tidak mengerti apa yang cuba dilakukan oleh Cikgu Hazriq. Dalam langkah yang tenang dia mengikut Cikgu Hazriq dari belakang sambil membawa buku. Entah apa yang hendak dicakapkan oleh cikgu  itu. 

“Awak duduk kat sini, saya nak pergi ke sana kejap.” Fazlia akur. Saat it dia terasa terlalu lemah untuk menolak. Bagaikan ada satu kuasa ‘ajaib’ menyelinap ke seluruh sanubarinya. Dia sempat menjeling ke arah cikgunya yang sedang bercakap dengan seorang mak cik  di tempat makan guru. Apabila menyedari cikgu itu kembali kepadanya dia menglihkan pandangan ke tempat lain.

“Cikgu nak cakap apa dengan saya?” Fazlia bertanya memulakan bicara apabila melihat Cikgu Hazriq hanya duduk tetapi tiada tanda untuk bercakap.
“Sebenarnya saya ajak Fazlia ke sini bukan sebgai cikgu, saya.. saya nak awak tahu yang saya sukakan awak” kata-kata Hazriq tersekat disitu sahaja. Dia tidak mampu untuk memanjangkan lagi bicaranya.

“Tak suka la cikgu main-main macam ni. Cakap jela apa yang cikgu nak cakap. Fasal Faizol kan?”
“Tak..Fazlia saya langsung tak main-main dengan awak. Apa saya cakapkan ni semuanya serius.” ujar Hazriq dalam nada yang biasa. Namun dia amat mengharapkan gadis dihadapannya memahami maksudnya.

Perbualan mereka terganggu apabila mak cik kantin datang membawa dua pinggan nasi dan dua gelas berisi air dan ais.

“Makan dulu Fazlia..”Hazriq mempelawa perlahan.Fazlia hanya memandang makanan itu. Seleranya langsung tiada.
“Fazlia saya tahu bukan mudah untuk awak percayakan saya, tapi inilah kenyataan yang awak kena terima. Saya sukakan awak Fazlia.”
“Suka hati cikgulah! Saya malas nak cakap apa-apa.” Fazlia memutuskan begitu.

Hazriq diam, dia cuba untuk berkata sesuatu tetapi kelu lidahnya tidak terkata. Wajah Fazlia ditenung. Tidak mampu untuk mengeluarkan patah kata yang lain sekali lagi dia mempelawa Fazlia makan. Sayang nasi campur yang dipesannya sekadar dikuis oleh Fazlia. Hazriq menyerahkan beberapa keping wang kertas kepada mak cik kantin. Dia menuruti Fazlia beberapa langkah dari belakang. Mereka kemudian mengambil haluan masing-masing. Hazriq benar-benar kesal. Fazlia langsung tidak melihat akan kehadirannya. Betul kata Ayah Ngahnya, Fazlia susah untuk difahami dan sukar untuk didekati. Dia hanya hidup dalam dunianya sendiri.

“Suara macam orang frust aje ni.. Ada masalah ke?” tanya Shahrul.Suara Hazriq pagi ini lain benar, persis orang bermasalah besar.
“Dia reject aku Shah…”luah Hazriq hampa. Dari riak wajahnya sesiapa pun akan dapat mengagak dia sedang berdepan dengan masalah, monyok bagai suami yang baru kehilangan isteri. Tidak pernah dia begini.. Kerana seorang gadis dia jatuh tersungkur.
“Bodoh la dia tolak tuah! Dahlah, tak payah nak bersedih sebab perempuan, satu pergi sepuluh yang datang. Cari yang lain jelah!Bukan seorang aje perempuan kat dunia ni.”   
“Aku tahu lah. Tapi lain orang lain perangai.. Aku suka dia kau tahu!”
“Hah! Kalau dah betul-betul suka kenalah usaha lebih. Kau sendiri yang cakap dulu, kalau usaha lebih ganjaran pun lebih. Nak seribu daya, mahu seribu cara.”

Hazriq mengukir senyuman mendengar nasihat kawannya. Dia teringat, dia sendiri pernah melafazkan ayat itu pada Shahrul suatu ketika dulu.

“Macam nilah Riq, kau jumpa dia sekali lagi. Jelaskan pada dia satu per satu. Buat dia faham perasaan kau. Tunjuk kat dia yang kau betul-betul serius.”Shahrul behenti sekejap mengambil nafas. Dia kemudian menyambung.

“Kali ni kalau dia tak terima kau, maknanya kau bukan citarasa dia. Mungkin dia mahukan anak raja!”
“Yelah! Kau doa la supaya dia terima aku”

Shahrul dan Hazriq sama-sama ketawa.Shahrul tahu kawannya itu bukan seorang yang mudah berputus asa. Jika melibatkan perkara penting, Hazriq tidak akan mudah menyerah. Selagi apa yang diinginkannya belum tertunai,selagi itu dia akan berusaha mendapatkannya.

“Wei,macam mana dengan motor aku,buat hal ke?”
“Fasal motor kau jangan risau,aku akan jaga baik-baik.”
“Aku bukan risau fasal mator tu,aku risaukan kau..manalah tahu tiba-tiba dia buat hal kat tengah jalan..kau juga yang susah.”
“Tahulah aku handle nanti.Oh ya,Aza ada cakap bila dia nak datang KB?”

Perbualan mereka berubah dari satu topik ke satu topik yang lain.Keakraban mereka lebih daripada seorang kawan.Jika orang yang tidak mengenali,pasti menyangka dua rakan baik ini yang bukan-bukan.Pernah sekali mereka disindir sebagai homoseksual olah rakan sekampus.Sukar untuk mengubah pandangan manusia.Apa yang pasti mereka bukan manusia sebegitu.Mereka masih lagi digarisi sempadan fitrah azali manusia.
   

Tika itu jam telah menunjukkan pukul 11.25 minit pagi.Fazlia mendengar namanya dipanggil oleh Pak Cik Zainal dari pondok jaga. Ketika itu suasana di kawasan Aspura dan Aspuri tenang sekali. Kebanyakkan penghuni asrama ke pusat Bandar memandangkan semua pelajar dibenarkan outing sehingga jam 5.00 petang. Semua merebut peluang ini kerana ianya hanya sekali dalam dua minggu. Fazlia yang sedang membasuh pakaiannya di bilik pantri cepat-cepat masuk ke dorm dan menukar baju T-shirtnya kepada baju T asrama. Disarung tudung hitamnya dengan cepat. Dia mengambil telefon bimbitnya dan memaklumkannya pada Syakila. Dia amat yakin, uminya yang datang walaupun baru semalam Puan Fauziah menelefon  memberitahu tidak akan datang kerana terpaksa ke Terengganu. Pada perkiraannya mungkin uminya membatalkan perjalanan ke sana.

Dari koridor tingkat dua blok asrama,dia langsung tidak nampak akan kelibat umi atau abahnya. Malah kereta abahnya pun tiada.

‘Siapa pulak yang datang ni? Tak kan Faizol..’hati Fazlia berteka-teki. Dia di dalam dilemma samada untuk turun atau tidak. Sekali lagi Fazlia mencari-cari kalau-kalau ada kelibat manusia yang dikenalinya, tetap juga dia gagal. Tiada siapa pun di pondok pengawal kecuali Pak Cik Zainal. Akhirnya dia turun apabila namanya di panggil sekali lagi.

“Siapa yang datang pak cik?”tanya Fazlia sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Tiada sesiapa!
       “Pergilah tengok sebelah sana ,pak cik kurang pasti.”
       Fazlia mengalihkan pandangannya ke tepi pondok pengawal.
       “Fazlia..saya rindukan awak.”

       Bicara yang ditutur Hazriq benar-benar menarik keluar seluruh urat nadinya. Dan hanya membisu respons darinya. Tiada sepatah pun kata yang mampu terkeluar dari bibirnya yang pucat itu. Malangnya bukan sekadar bibir yang berubah, tangannya juga tetiba menjadi teramat sejuk. Wajahnya ditundukkan. Gerak tubuh Cikgu Hazriq mengingatkan dia kepada insan yang amat dirinduinya. Cuma…yang menjadi persoalan, apa tujuannya kemari? Dia mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, dalam getar suara Fazlia cuba membuka mulut. Sungguh dia tidak menyangka lelaki ini datang menemuinya.

“Cikgu datang nak apa?”
Hazriq cuba membuang gementar yang sejak sekian tadi beraja di hati.

“Nakkan jawapan daripada Fazlia.”jawab Hazriq, terus kepada matlamat utama dia kemari. Namun begitu dia tetap tidak pasti apakah dengan cara mendesak begini, Fazlia akan dapat menerimanya. Menurut Ayah Ngahnya, Fazlia tidak patut diasak dan didesak, boleh jadi akan timbul masalah. 

“Cukuplah cikgu!Saya dah bosan dengan semua ni.Faizol memang nekad nak kenakan saya. Dia tak habis-habis mahu bermusuh dengan saya. Sampaikan Cikgu pun dia sanggup gunakan. Memang dasar lelaki gila!”
Wajah Fazlia merah menahan marah.Dia benci sebencinya pada Faizol.Lelaki itu bersama keluarganya telah memusnahkan seluruh hidupnya.

“Fazlia jangan serkap jarang okey! Hal ini tak ada kena mengena dengan Faizol. Saya! Saya sendiri yang nak datang sini, nak jupa awak. Saya tak digunakan sesiapa. Saya sukakan awak, sayangkan awak.. Susah sangat ke awak nak faham?”  
  
Bagaikan halilintar membelah tubuhnya tika itu. Apakah betul apa yang sedang dia dengar ini atau hanya ilusi pada pandengarannya? Dia pernah berikrar pada diri untuk melupakan segala-galanya tentang Arwah Eri. Tapi mengapa kini bila ada sedikit cuma memori tentangnya terbias, Fazlia kembali lemah. Kenapa harus begini jadinya? Fazlia keliru bermain perasaan. Dia kembali ke dunia nyata. Dia sedar siapa dirinya, dia juga sedar siapa insan dihadapannya. Lelaki ini tidak boleh masuk ke dalam hidupnya apatah lagi dia sekutu Faizol.

“Fazlia, are you okey?”Hazriq menggelabah melihatkan wajah yang berhadapan dengannya tidak semena-mena pucat dan berpeluh.
Fazlia menarik nafas panjang.Dia duduk di atas pasu sebesar pemeluk orang dewasa yang tidak ditanam dengan sebarang pokok.Nafasnya makin tidak menentu.Beberapa kali dia menelan air liur.

“Fazlia?? ”Hazriq memanggil.Dia mula risau,panik dan cemas.
   
Tangan Cikgu Hazriq yang cuba menyentuhnya ditempis kuat oleh Fazlia.

       “Berapa Faizol bayar Cikgu untuk buat saya jadi lebih gila daripada ni?”Agak kuat Fazlia menengking cikgunya.

Hazriq berundur setapak dari gadis itu. Dia ternampak Pak Cik Zainal sedang memerhati dari jauh. Mungkin pak cik itu ingin tahu apa yang sedang terjadi.

“Bukan saya nak buat awak gila Fazlia, tapi saya yang tergila-gilakan awak...Please.. Percayalah. Faizol tak pernah bayar saya! Dia bukan macam tu, dia baik Fazlia.”

Fazlia ketawa.Baginya, apa yang dilafazkan Cikgu Hazriq bukan dari minda yang waras.

“Ya! Saya mengaku Faizol memang baik,tapi cuma baik sedikit sahaja daripada iblis dan syitan! Faizol di mata saya kotor dan jijik! Dan tak lama lagi, Cikgu pun akan jadi macam tu kalau Cikgu berterusan menyebelahi dia. Dah kira untung saya layan Cikgu agungkan pembunuh tu!”

Hazriq terkedu mendengar pengakuan dan tengkingan Dari Fazlia. Dia hairan mengapa remaja bernama Faizol begitu rendah di mata Fazlia. Daripada riak wajah dan pergerakan mata, Hazriq begitu pasti kebencian Fazlia tiada batasan. Dan, ahri ini juga dia dapat menyelami cerita-cerita yang dibawa oleh Ayah Ngahnya selam ini.

Listen, dalam hal ni, Faizol langsung tak terlibat. Sayang saya pada awak bukan kerana berpura-pura atau bersubahat dengan Faizol. Saya betul-betul ikhlas.”

“Oh…Terharunya saya. How sweet. Saya yakin ini akan jadi kenangan terindah dalam hidup saya. Cikgu boleh balik dan bagitahu Faizol, rancangan dia memang tahap terbaik. Saya respect dia sebab pandai buat plan. Lepas plan A, plan B. Never give up!”Fazlia membalas sinis kata-kata Cikgu Hazriq. 
Dia langsung tidak memandang wajah guru itu. Pandangannya dilempar jauh ke arah jalan raya yang ada di luar pagar asrama. Yang jelas pandangan itu tidak tertumpu kepada apa-apa atau sesiapa. Hanya untuk melarikan matanya daripada terus diratah pandangan Cikgu Hazriq yang bisa menggetarkan jiwa. Ironinya, dia tidak mampu untuk bertahan jika berterusan direnung setajam itu.

“Berapa kali harus saya bagitahu untuk buat awak percaya? Come on Fazlia, dahlah buat tak tahu. Saya suka awak dan saya yakin awak pun sama…Betulkan?”

Fazlia tersengih.Dia mula membuka langkah.

“Fazlia ,I want the answer!” pinta Hazriq.Dia menarik kuat pergelangan tangan Fazlia agar gadis itu tidak terus pergi.

“Biarkan saya pergi Cikgu.”

“No!Till I get the answer.”

Fazlia dan Hazriq masing-masing sama-sama berkeras.Kedua-dua tak mahu mengalah.

“Cikgu janganlah paksa saya menjerit.Lepas!”
Fazlia merentap tangannya dari genggaman Cikgu Hazriq.Dia masih tetap dengan egonya. Begitu juga dengan Cikgu Hazriq. Pak Cik Zainal, pengawal asrama begitu risau menyaksikan apa yang sedang terjadi di hadapannya. Namun tiada sebarang kemungkinan untuk dia turut masuk campur.

“Lepaskan saya Cikgu..Tolonglah..”
Kali ini Fazlia seakan mengalah. Lemah kedengaran suaranya. Wajahnya yang tadi sudah pucat kini bertambah pucat. Tangannya juga kian sejuk. Manakala kepalanya yang tadi agak pening kini bertambah pening. Akhirnya tubuhnya yang kurus itu hampir rebah ke tanah, namun masih sempat disambut oleh Cikgu Hazriq.

Desakan demi desakan menjadikan Fazlia begini. Hazriq sedar akan salahnya. Menyesal dahulu pendapatan menysal kemudian tidak berguna. Hazriq tidak tentu arah. Belum pernah dia mengalami situasi sebegini. Pahanya dijadikan alas untuk kepala Fazlia menyandar. Tubuh kurus di ribanya itu bagaikan mayat. Pucat! Hazriq tidak berani memutuskan apa-apa waktu itu. Pak Cik Zainal menguruskan segala-galanya bersama-sama warden asrama yang juga salah seorang guru sekolah itu.

Untuk beberapa  jam, Fazlia ditempatkan di bilik sakit asrama. Namun,menyedari gadis itu meracau dan suhu badannya kian meningkat, pihak asrama memutuskan untuk membawa gadis itu ke hospital kerana tidak mahu perkara  yang lebih buruk berlaku. Hazriq yang tetap tidak berputus asa masih setia di pondok pengawal.

“Kenapa masam aje Cikgu? Janganlah risau sangat fasal Faz. Mungkin demam biasa aje kot. Lagipun dia memang selalu begini.”

Hazriq mengangguk. Tiada sepatah kata yang diucapnya. Salah dia, Fazlianira jadi begitu.

“Takpelah Cikgu, Cikgu Lan dah panggil tu. Saya nak papah Faz masuk dalam kereta.”
Belum sempat Syakila Marini membuka langkah,Cikgu Hazriq mengutus pertanyaan.

“Syakila,awak dah tahu?”

Gadis itu tersenyum dan kemudian melangkah pergi. Dari jauh, Hazriq memerhati Fazlianira dipapah oleh beberapa pelajar lain masuk ke dalam kereta Wira milik Cikgu Zailan, warden asrama Jejak Gemilang sekolah itu.  




BERSAMBUNG........

1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.