Selasa, 31 Disember 2013

Hukum Sambutan Tahun baru





Assalamualaikum...
Hari  ni nak share sikit pasal sambutan tahun baru.
Dalil yg berkaitan dengan hukum sambutan tahun baru adalah sebagai berikut :
Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :
Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.
Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.
Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].
Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.
Tetapi ada pendapat yang mengatakan hukum menyambut tahun baru itu HARUS secara bersyarat.
Mengikut pandangan Ustaz Zaharuddin:
 
Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
..renung2kan sahabat sekalian. Berlandaskan syariatkah cara kita ?
Kalau bukan.. ubahlah.

2 ulasan:

  1. Sy dah tak sambut new year.... Dok umah je.... Tapi apa hukumnya kalau kita ucap selamat tahun baru?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wbt.. Tasha nak jemput join Giveaway tasha dan cik akie yang pertama dalam tahun 2014... macam hadiah menarik... tinggal lagi seminggu tarikh tamat
    jom join ramai-ramai...
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2013/12/happy-new-year-giveaway-by-tasha-cik.html

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.