Isnin, 27 Januari 2014

I, u, we deserve to be happy

Assalamualaikum.
Happy morning! Dari semalam terasa nak update blog, tapi banyak bonar keje nak di buat. Tangguh jap. Pagi ni selesai semuanya, niat nak update blog.. maka terhasillah entry tak seberapa ni.

We have the right to be happy.
Yess!! Happy. Bahagia. Kita ada hak untuk miliki semua tu. Just find it. Kata orang nak seribu daya , tak nak seribu dalih. Thats it. Kalau kita hendakan pada rasa bahagia, usaha untuk dapatkannya. Kalau kita nak pada kejayaan, fight for it. Lambat atau cepat kita akan dapat. Tapi make sure niat asal tu betul dulu ya. :)

Niat plus usaha plus tawakal. Allah ada bersama kita di setiap nafas kita. Every seconds! He with us. Yang penting hablum minallah and hablum minannas kita, kita jaga. 


Just a short entry. Want to motivate myself acctually. Suka sangat tulis something yang bila next time nick baca balik nick akan rasa 'sesuatu'. Rasa lebih semangat bila baca. Ecece...:p


yess! 


Jom! Kita cari bahagia. Cari bahagia berserta redha Allah.  inshaallah..

Selasa, 21 Januari 2014

Kisah Aku di Kolumpo.




Assalamualaikum..
hai dears.. take some time to say Alhamdulillah for the life that we have.

Malam ni terasa rajin nak update blog since the broadband lajuuuuuu overdos! sesambil layan di massage oleh adik! huaaa.. heaven wokeh! 
nak bercerita pasal nik pergi jalan-jalan kolumpo hari tu. ambik kesempatan ni acctually. mintak cuti 10 hari sebab nak balik kampung. Flight dari kota kinabalu sampai KL. Dari situ dah plan nak p jalan sampai kematu kaki. Dan terbukti bila kasut tercabut tapak. huaaa. 

Tak mo tulis panjang-panjang la ye. jemari ini terasa kebas. lets see the picture je ye.




seumur hidup eden tak pernah pergi pasar seni kat KL tu. almaklumlah.. jarang keluar dari kelantan.sejak keje ni je dapat p jauh sikit.. :)



yang ni dekat dataran merdeka. hehehe..at last dapat jugak bergambar kat sini..cita-cita dari kecik ni tau!



 kembar!

ini tengah siap-siap nak pergi KLCC.
orang kata gambar cantik kalau p KLCC malam-malam. so, nick pon terpengaruh la jugak..

dek kelaparan, p la singgah kat food court Suria KLCC. punya la penat tak jumpa food court tu. alahai padahal kat atas tu je.. nak tanya orang malas. malu le konon. ceh! 




tak de la cantik mana pun gambarnya. jurugambar tak pro! udahla kita tak bersedia. tapi kalau kena gaya memang superb la gambar yg terhasil.



Oke...itu sahaja. memang kita nak update entry bergambar. sebab tu malas nak tulis panjang-panjang. lagipun dengan keadaan kat kampung yang sejuk ni, menaip pun tak selesa. sangat sejuk, especially malam. rasa macam sejuk semacam. kadang nak mandi pun tak jadi sebab sejuk,.hihihi..


humm..setakat tu sahajalah cerita nick. cerita dan kisah nick di Kolumpo. :)
sekian.::) 

Ahad, 12 Januari 2014

Keselamatan kita ibarat telur di hujung tanduk!!




ASSALAMUALIKUM...

Say cheese. 
Saya Alhamdulillah untuk segala yang Allah hadiahkan pada kita. 
Selawat salam pada junjungan nabi.

Alhamdullah. Dapat disisip sedikit masa untuk melakar tulisan pada blog kali ini. Entry kedua untuk tahun 2014. fuhhh. cepat je masa berlalu. bertambah lagi umur, semakin dekat dengan kematian. muhasabah. adakah amalan juga bertambah seiring dengan pertambahan umur? Selagi bernafas kita masih punya peluang, tapi yang menakutkan kita tak tahu bila-bila masa saja nyawa kita akan ditarik. dan bagaimana saja caranya. Allahu.



2014.
Awal tahun lagi dah macam-macam berita dan cerita tak sedap kita dengar. kes bunuh ada di mana-mana. kes rogol tak pernah berenti. Orang biasa, orang awam macam kita, ada senjata api.  menakutkan! banyak perkara boleh berlaku tanpa kita jangka. bukan minta perkara buruk terjadi (nauzubillah) tapi, ini adalah kenyataan. keselamatan kita bagai telur dihujung tanduk. bila-bila masa boleh terancam. 

Jenayah ada di mana-mana. nak berjalan ke kedai runcit di depan rumah pun dah tak selamat. kita kena peduli. mungkin hari ini tidak berlaku pada kita atau keluarga terdekat tapi malang tidak berbau. Jangan sesekali ambil ringan. Ke mana sahaja kita pergi, berjaga-jaga. jangan rasa kita selamat. penjenayah tak akan pilih yang kaya sahaja. 

tak kira anda nenek, mahupun anak dara, berhati-hatilah.
tak kira anda kanak-kanak mahupun belia tegap, berhati-hatilah.

Keselamatan kita sudah tidak terjamin, walaupun di dalam rumah sendiri. Nick yakin, setiap kalu mahu keluar rumah, anda akan cuba pastikan diri anda selamat. pandang kiri kanan, depan belakang. hakikatnya, sejauh mana kemungkinan kita akan pegi dan pulang dengan selamat.
wallahua'lam.
tapi walaubagaimana pun.. tawakkal tua'lallah.

mulakan setiap perjalanan kita, walaupun hanya ke rumah jiran sebelah, mulakan dengan BISMILLAH HITAWAKKAL TUA'LALLAH. Semoga Allah menjaga kita. aminn...