Sudah lima jam Hazriq di hospital menemani Fazlia yang terbaring kaku di katil hospital. Cikgu Zailan dan Syakila
Marini sudah lama pulang. Badan Fazlia kelihatan lemah. Menurut doktor dia
mengalami demam panas. Suhu badannya menigkat mendadak. Hazriq sejak tadi setia
menemani dan dia langsung tidak berganjak dari kerusi di sebelah Fazlia sejak
balik dari masjid berhampiran hospital. Dia diberitahu oleh jururawat bahawa
Fazlia sudah sedar waktu ketiadaannya dan jururawat tersebut juga telah sekali
lagi menelefon kedua orang tuanya untuk memaklumkan keadaan terbaru Fazlia. Malangnya
mereka tidak dapat datang dengan segera yang mungkin kerana berada di Kerteh, Terengganu.
Hazriq hanya duduk dan termenung di kerusi. Dia tidak mahu pulang ke rumah juga
tidak mahu kemana-mana. Dia mahu selalu dekat dengan Fazlia.
Hazriq sedar semua yang berlaku adalah salahnya. Hanya
kerana terlalu mementingkan diri sendiri, insan lain terpaksa menanggung
derita. Malam kian menjelma cuba menutup tirai senja. Hujan turun agak lebat diluar
sana. Hazriq masih menanti Fazlia untuk berbicara dengannya. Walaupun hanya
sepatah, dia tetap mahu bibir gadis itu bergerak bertanya atau mengucapkan
sesuatu. Wad yang memuatkan empat pesakit dalam satu masa lengang dan sunyi. Tiada
kehadiran insan lain melainkan mereka berdua. Fazlia mahupun Hazriq sendiri
membisu seribu bahasa.
Tidak tahan keadaaan begitu berlanjutan lebih lama, Fazlia
membuka mulut meminta segelas air bagi manghilangkan dahaga di tekak. Seketika
kemudian terdengar dua suara berlainan memberi salam.Fazlia menguntum senyuman
pahit buat mereka. Hazriq bangun, lekas dia menghulur salam perkenalan.
“Kenapa lambat umi? Along boring duduk seorang kat sini.”Manja Fazlia mengadu.
‘Amboi..bosan pulak, yang aku duduk kat sini tak dilayan
pun! Macam-macam.’
“Sorry sayang, umi
kat rumah Nenek Yam, dia tengah nazak masa umi balik sini tadi. Untie Yati called semalam..Anak umi macam mana
boleh masuk wad lagi ni?”
“Umm..tak tahulah umi. Sakit sikit pun kena tahan di wad.
Mana Ayie dan Adik?”
Hazriq terus memerhati dua beranak itu berbual. Datang dua
orang budak menyertai mereka.
“Along, siapa tu?” Irfan, adik bongsu Fazlia perasan ada
orang ketiga antara mereka sekeluarga.
“Yelah, Along tak kenalkan pun.” Encik Harun pula mula
bersuara setelah tadi menjadi pemerhati. Dia juga apa gerangan anak muda ini
menemani anak perempuannya. Fazlia melihat sekilas wajah Cikgu Hazriq.
“Oh! Lupa, cikgu BM Along, Cikgu Hazriq. Dia buat
praktikal kat sekolah.”jelas Fazlia pendek.
Hazriq sedar kehadirannya tidak disenangi Fazlia. Jika
tidak,dia tidak akan disindir. Walauapapun, Hazriq yakin dia perlukan lebih
masa dan usaha untuk menyedarkan Fazlia tentang dirinya yang sama sekali bukan
seperti apa yang disangkakan oleh gadis itu.
“Jadi inilah Cikgu yang Along cerita pada abah hari tu. Muda
lagi! Dah lama sampai cikgu?” Encik Harun beramah mesra.
“Tak lama sangat bang..Baru je.”Sopan Hazriq berbicara.
Fazlia pula begitu meluat dengan sandiwara Cikgu Hazriq, jika
tidak mengenangkan lelaki itu adalah seorang guru, tidak mustahil dia akan
menghamburkan segala yang terbuku di hati.
“Cikgu ni sejak tadi lagi terpacak kat sini abah. Tak
tahulah apa yang ditunggunya sampai sanggup duduk berjam-jam!”
“Eh, betul ke ni Cikgu?”tanya Encik Harun dalam keadaan
terkejut demi mendengarkan kata-kata anaknya. Hazriq pula hanya tersenyum. Mengiakan
tidak, menafikan pun tidak.
“Maaflah kami dah menyusahkan Cikgu. Terima kasih
banyak-banyak sebab sudi temankan Faz.”ucap Puan Fauziah.Dia senang anaknya
punya guru yang sebegini prihatin.
Fazlia memandang
Cikgu Hazriq dengan perasaan yang bercampur baur. Jika diikutkan hati
mahu saja dia menghalau, namun apabila terpandangkan seraut wajah yang tidak
asing pada wajah Cikgu Hazriq, hatinya tidak semena-mena menjadi lembut. Ah! Susah
hidup bila hati tidak mahu mengalah. Fazlia mula benci dengan perasaan
miliknya. Mengapa dia mudah lembut pada Cikgu Hazriq sedangkan cikgu itu tidak
punya keistimewaan melampau melainkan wajah yang kacak dan menenangkan. Itulah
persoalannya. Keistimewaan itu menutup sedikit-sebanyak permainan dia dan
Faizol. Sedangkan sikapnya itu umpama tiada bezanya dengan Muhd Faizol Bin
Aminuddin! Penuh dengan tipu muslihat dan sandiwara.
“Setakat temankan Fazlia, tak ada yang susahnya kak, dia
bukan budak kecil pun. Lagipun ini memang tanggungjawab saya. Selagi saya ada, insyaallah…saya
akan jaga dia.”tutur Hazriq ikhlas.
Di satu sudut lain, Puan Fauziah terasa tidak asing
dengan ayat terakhir yang dilafaz oleh Cikgu Hazriq.Ya! Memang sah. Dia tidak
pernah lupa akan kata-kata Arwah Hairi tidak lama dulu. Anak muda yang ada
dihadapannya sekarang saling tak tumpah seperti arwah. Wajahnya, tutur katanya,
dan budi bahasanya memang tiada beza yang terlalu. Cuma panahan mata anak muda
itu lebih syahdu, dia ada kelembutan yang tersendiri.
“Macam mana Cikgu tahu Faz ada di sini?”Hazriq gugup, pertanyaan
yang dilempar itu ternyata bukan dalam jangkaannya. Dia cuba mencari idea
terbaik untuk manjelaskan keberadaan dia disitu.
“Umi, Cikgu datang ke asrama petang tadi sebab nak bagi buku
kerja Along yang dia semak. Dia tertinggal buku Along kat rumah, macam mana
Along nak buat homework. Betul tak
Cikgu?”Fazlia memberikan isyarat dari jelingan matanya, mahu lelaki itu
menyokong jawapannya.
“Ya Kak. Petang tadi saya ke asrama tapi warden cakap Fazlia
dimasukkan ke hospital. So, saya
terus aje ke sini.”Sokong Hazriq membenarkan kata-kata Fazlia yang sudah sahih
tidak benar. Maknanya mereka berdua telah berbohong!
“Fazlia dari tadi asyik tanya nurse bila family dia
akan sampai. Sedih aje dari tadi. Agaknya Fazlia ni manja ya Kak?”
“Mmm..Faz memang macam ni, manja sikit. Tapi
kadang-kadang baran pun ada.”ujar Puan Fauziah mengusik anaknya, matanya tidak
berhenti melirik pada Fazlia. Gadis itu mengerling tidak puas hati dengan
omongan uminya. Sepanjang malam itu Fazlia menjadi pemerhati Abah dan Uminya
berbual-bual dengan Cikgu Hazriq. Sehinggalah satu masa lelaki itu akhirnya
meminta diri untuk pulang. Ah…leganya dia apabila Cikgu Hazriq tiada. Lapang
sedikit matanya untuk diarah, jika tidak pasti terasa terkongkong anak matanya
kerana cikgu itu asyik memandang tepat kearahnya. Tidak pasti sama ada
pandangan itu sekadar perasaannya atau tidak,yang penting dia tetap merasakan
demikian.
Kepulangan Hazriq ke rumah Pak Ngahnya tidak lama. Dia
hanya mandi dan menukar pakaian, setelah itu dia izin dari Haji Zainal dan
isteri untuk keluar. Persoalan bapa dan ibu saudaranya ditepis baik dengan
sedikit helah. Tengah malam itu dia kembali ke hospital. Namun untuk masuk dan
menemani Fazlia bukannya mudah kerana waktu sebegini bukan masa untuk melawat. Dia
terpaksa menggunakan cara kotor untuk berada di sisi Fazlia. Bukan merasuah, bukan
menipu tetapi menjelaskan sesuatu yang tentang dirinya yang tidak pernah
dibocorkan pada sesiapa. Perlahan-lahan dia membuka pintu wad. Fazlia terbaring
kaku di katil. Wayar jernih masih lagi tersambung ke tangannya.
Hazriq akui dia sedaya-upaya mencuba menyelami hati gadis
itu, namun Fazlia tidak pernah mahu memberikan kerjasama yang selayaknya. Sedikitpun
pandangan Hazriq tidak teralih dari wajah gadis itu. Akhirnya, setelah tiga jam
bersengkang mata, Hazriq terlelap. Yang nyata, Fazlia sentiasa ada walau mata
terpejam rapat. Hazriq terjaga. Terasa seakan-akan ada sesuatu menyentuh
tangannya. Dalam samar mata, dia melihat Fazlia memandang dirinya yang dalam
keadaan begitu.
“Fazlia dah bangun?” Gadis itu mengangguk perlahan.
“Sorrylah, saya
tertidur. Fazlia nak apa-apa?”Hazriq bertanya, mungkin gadis itu perlukan sesuatu. Dia menggeleng. Hazriq
meminta Fazlia untuk kembali tidur.
“Nak kemana ni?”Soal Hazriq. Pertanyaannya tidak
dihiraukan. Fazlia dilihatnya cuba untuk bangun.
“Nak ke tandas ke?” Fazlia masih lagi tidak
menjawab.Hazriq bangun mendapatkan gadis itu.
“Kalau ya pun awak bencikan saya, janganlah seksa diri
awak. Biar saya tolong awak.”Hazriq memegang dan memapah gadis itu. Walaupun
awalnya dia menolak, tetapi dia tidak terlalu berkeras. Hazriq memapah Fazlia ke
tandas. Tiub air dipegangnya.
“Maafkan saya Fazlia, sebab saya awak jadi macam ni.”Tiada
apa-apa reaksi. Hazriq membawa gadis itu ke katil semula. Badan Fazlia lemah
yang teramat.Dia tidak punya kekuatan untuk berdiri dengan sendiri.
“Cikgu balik la. Tak perlu jaga saya, saya boleh buat
semuanya sendiri. Lagipun dah pagi ni.”Lama barulah Fazlia bersuara.
Hazriq lapang. Satu petanda baik Fazlia sudi membuka
mulut. Butir bicaranya yang lembut membahagiakan Hazriq. Alangkah baiknya jika
Fazlia sentiasa bersikap begini. Hazriq melihat sekilas jam di tangan. sudah
6.34 pagi. Dia meninggalkan Fazlia dengan sejuta rasa. Entah bagaimana mahu
diucap perasaannya. Dia membawa motosikalnya agak laju. Tidak sampai 20 minit,
dia sampai di rumah Haji Zainal. Dengan tergopoh-gapah, dia menggosok
pakaiannya untuk ke sekolah. Tidak menjadi satu kesalahan besar jika dia
terlambat, namun dia tidak mahu begitu
kerana disiplin menjadi pegangan hidupnya. Tambahan lagi, di sekolah itu dia
berada di bawah pengawasan Guru Cemerlang. Sememangnya dia tidak mahu dipandang
tidak berdisiplin pleh warga sekolah itu. Hari-hari yang dilalui Hazriq sebagai
seorang guru praktikal agak mencabar minda apabial dia ditugaskan menjadi guru
ganti selama dua bulan mendatang. Bukan dia tidak sanggup, tapi sekadar
gementar memikirkan tugas-tugas yang diamanahkan.
**************************************************************************
Pagi yang agak panas membuatkan peluh memercik di dahi
Hazriq. Hatinya benar-benar berdebar-debar menanti penerimaan Fazlia tentang kedatangannya. Jika boleh dia mahu
menjadi orang pertama yang ditemui Fazlia
sebaik dia tahu bahawa dia dibenarkan keluar dari wad. Entah mengapa
Hazriq sentiasa mahu mempersembahkan yang terbaik pada Fazlia. Mungkin benar
kata Shahrul dia terlampau obses dengan Fazlia. Tapi dia tidak peduli,yang
penting dia mahu Fazlia kembali normal seperti insan lain.
Sejak mendapat SMS daripada doktor yang merawat Fazlia di
hospital semalam yang mengatakan bahawa gadis itu dibenarkan keluar wad
tengahari ini, dia begitu gembira. Semangatnya berkobar-kobar untuk melihat
Fazlia kembali ke sekolah. Dia berazam mahu mengubah pandangan Fazlia terhadap
Faizol. Dia mahu Fazlia sedar akan segala-galanya. Dia mahu Fazlia sembuh dari
penyakitnya. Langkah Hazriq dipercepat. Terasa begitu lama dia menghayun
langkah, akhirnya sampai juga di wad gadis itu. Dilihatnya, Fazlia sedang asyik
membaca akhbar. Salam Hazriq langsung tidak mengejutkan Fazlia walaupun dia
sedang asyik membaca.
“Fazlia okey hari ni?” Lembut nada Hazriq. Namun tidak
diendah oleh Fazlia. Tanpa dipelawa, Hazriq melabuhkan punggungnya di atas
katil. Dia mengambil surat khabar dari tangan Fazlia, mahu Fazlia menumpukan
perhatian terhadap apa yang bakal diluahkannya.
“Kenapa Cikgu ni? Tak Nampak ke saya tengah baca?” Fazlia
bengang.Ikutkan hati mahu saja dia mengamuk.
“Saya cuma mahu awak dengar apa yang saya nak cakap ni. Bukan..”
“Okey!! Saya dengar. Cepat cakap apa dia dan lepas tu
Cikgu boleh pergi. Saya tak nak tengok muka Cikgu lagi.” pintas Fazlia kasar. Kata-katanya
menguris hati Hazriq. Pedih memang pedih..sakit memang sakit. Namun dia tetap
tidak mahu berputus asa dan mengalah begitu sahaja. Dia akan guna segala cara
untuk membuktikan pada gadis di hadapannya bahawa dia bukan seperti yang
disangka. Hatinya tulus dan ikhlas mahu menjadikan Fazlia insan terpenting
dalam hidupnya. Lambat atau cepat, Insyaallah impiannya akan tercapai. Apa yang
pasti dia akan berusaha sehabis cara.
“Saya tahu susah nak buat awak percayakan saya. Tapi saya
ikhlas dengan kata-kata saya Fazlia.. Saya sukakan awak. Percayalah.”Mata
Fazlia memandang tajam, tepat ke wajah cikgunya yang nampak seakan
bersungguh-sungguh menyatakan isi hati.
“Kan ss…”
“Apapun anggapan awak, saya bukan bodoh Fazlia. Kalau
Faizol nak bayar saya satu juta sekalipun, saya tak ingin. Saya ke sini nak
capai cita-cita saya dan nak jumpa awak. Saya tak ada niat lain Fazlia.” Hazriq
berhenti di situ.
“Saya pun tak bodoh Cikgu!” Giliran Fazlia pula bercakap.
Bukan dia tidak mahu percaya, tapi terlalu payah untuk dia buktikan di mana
kebenaran di sebalik kata-kata Cikgu Hazriq.
“Saya..saya sayangkan awak.” Kata-kata Hazriq bagaikan
satu jenaka bagi Fazlia. Ketawanya meledak.
“Amboi.. Kuatnya anak umi ketawa, sampai kat luar pun
boleh dengar.” Hazriq kaget. Dia yang
duduk bingkas bangun lantas menghadihkan sebuah senyuman buat kedua orang tua
Fazlia.
“Tak pernah-pernah abah dengar Along ketawa, ada apa-apa
ke ni?”
“Mestilah ada..kalau tak Along takkan ketawa. Doktor
cakap Along dah boleh balik. So, jom!”Fazlia
masih berpura-pura. Dia cuba berlagak tenang walau dadanya berombak kencang
demi mendengarkan bicara Cikgu Hazriq sebentar tadi. Kehadiran lelaki itu
membuatkan jiwanya tidak aman, jantungnya asyik berdebar setiap waktu.
“Eh..kalau ya pun sabar la dulu. abah nak jumpa doktor
kejap.”
“Kenapa bang? Ada masalah ke?”Hazriq cemas.
“Bukan macam tu Cikgu, cuma nak tahu keadaan Faz selepas
ni aje.”
“Kalau macam tu, saya ikut sekali bang, boleh?” Encik
Harun menyatakan kesudiannya. Walaupun aneh dengan sikap anak muda itu tetapi
dia diamkan sahaja. Lantas dia mengajak Hazriq ke bilik Doktor Zakaria yang
juga salah seorang daripada kenalannya. Puan Fauziah membantu anak perempuannya
turun dari katil. Fazlia diarahnya duduk di kerusi. Dia memasukkan beberapa pakaian Fazlia ke dalam beg kecil
yang dibawa.
**************************************************************************
“Umi, Along pergi sekolah esok eh? Boring lah duduk kat rumah.” Fazlia mencadangkan sesuatu yang tidak
disenangi umi dan abahnya. Pasangan suami isteri itu berpandangan sesama
sendiri. Untuk mengatakan‘ya’ mereka risaukan keadaan Fazlia yang masih belum
sihat sepenuhnya.
“Along baru aje keluar wad, takkan dah nak pergi sekolah?
Kan doktor bagi cuti. Duduk kat rumah boleh rehat.” Mendengar apa yang
dicakapkan oleh abahnya Fazlia tunduk membisu. Nazri dan Irfan juga tidak
menyampuk.
“Tak apalah, Along masuk tidur dulu.”
“Along..” Puan Fauziah dan suami memanggil serentak. Fazlia
berpaling lemah.
“Abah benarkan Along pergi sekolah dengan syarat Along
jangan pusing satu sekolah macam biasa. Make
sure Along makan time rehat. Boleh?”
Encik Harun mengalah. Mungkin bagi yang tidak mengerti akan menganggapnya seorang bapa yang terlalu memanjakan anak. Tetapi dia sebenarnya tidak sanggup melihat Fazlia bermuram dan bersendirian jika dia bertegas dengan keputusannya.
Encik Harun mengalah. Mungkin bagi yang tidak mengerti akan menganggapnya seorang bapa yang terlalu memanjakan anak. Tetapi dia sebenarnya tidak sanggup melihat Fazlia bermuram dan bersendirian jika dia bertegas dengan keputusannya.
“Abah tak marah?”
“Abah tak marah kalau Along ikut cakap Abah. Semua yang
abah dan umi buat untuk kebaikkan Along. Tapi janji, ikut syarat abah!”
“Okey Along janji.”Fazlia tersenyum. Dia menyalami tangan kedua orang tuanya dan meminta diri untuk masuk ke bilik.
Fazlia sedar Abah dan Uminya sudah terlalu banyak bekorban masa, tenaga dan wang ringgit untuknya. Tapi apakan dayanya, dia tidak mampu untuk mendengar kata mereka. Jiwanya sentiasa kacau-bilau dan mahu memberontak. Dia tidak bisa menolak. Kenapa? Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Hanya Tuhan yang mengerti.
Bersambunggg..
happy reading dearss :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.