Khamis, 17 April 2014

Sedekah



ASSALAMUALIKUM .

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Siapa sokong angkat tangan!!! hehehe.



SEDEKAH.
Konsep sedekah ni luas sebenarnya kan. Even benda sekecil senyuman itu pun boleh jadi sedekah, apatah lagi yang lain-lain. Kan?


Harta yang dizakati tidak akan susut (berkurang)
 (HR. Muslim)

Macam Ustaz Azhar Idrus kata,

 -mana tahu sedekah Rm 2 tu Allah selamatkan kita dari mati lemas esok.

 -mana tahu sedekah Rm 20 tu Allah selamatkan kita dari dirempuh lori.

 -mana tahu sedekah Rm 200 tu Allah selamatkan anak kitadi masa depan.

 -mana tahu sedekah yang tak seberapa tu Allah meredhai kita dunia akhirat.


Bagaimana nak dapatkan kesempurnaan dalam bersedekah?

Barang yang elok dan baik. Jangan sesekali bagi orang barang yang kita sendiri pun dah geli nak guna. Bagilah barang yang kita suka yang mana penerima pun suka. 
Memberi sedekah barang yang disayangi. lebih kurang point kat atas jugak. Sunat untuk kita memberi sedekah barang-barang yang kita suka dan sayang.
Sedekah yang tidak dihebahkan. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Lebih afdal jika sedekah kita tidak diketahui siapa-siapa. Ini dapat mengelakakn kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah.
Hasil yang halal. Kalau boleh biarlah sedekah kita tu dari hasil yang halal. pemberian yang halal tu jugak boleh gugurkan dosa kita dan menambahkan pahala. Sekiranya kita bersedekah dengan harta yang haram, sesekali pun kita tidak akan dapat sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. 

Niat yang ikhlas. Kalau nak bagi sedekah kan, lebih baik lagi afdal bersedekah dengan hati ikhlas dan tak mengungkit. Tak de guna kita sedekah kat orang kalau sekadar nak ungkit balik dan meriak dengan pemberian kita tu. Kan??


sekian.. :)
salam sayang.



2 ulasan:

  1. Betul tu Nik...dgn izin Allah juga sdkh amal jariah yg ikhlas InsyaAllah dpt menolong kita kat sana nanti...Ikhlas lah bila memberi...;-)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.