Sabtu, 31 Mei 2014

PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

ASSALAMUALIKUM..

http://www.teaoais.com/2014/05/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html
BANNER PERTANDINGAN


TUJUAN:TUJUAN PERTANDINGAN INI DIADAKAN IALAH UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SUASANA BLOGGING YANG DILIHAT SEMAKIN HAMBAR UNTUK TAHUN 2014 INI. SELAIN ITU IA JUGA SEBAGAI SALAM PERKENALAN DARIPADA BLOG PENGANJUR IAITU WWW.TEAOAIS.COM.

TARIKH PENTING:
TARIKH TUTUP PERTANDINGAN: 30 JUN 2014
TARIKH MENGUMUMKAN PEMENANG : ANTARA PERTENGAHAN HINGGA HUJUNG BULAN JULAI
HADIAH UNTUK PARA PEMENANG:
TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU.

Uolls dah baca kan tujuan blogger .teaoais. buat segmen ni..So, dengan suka dan gembira nik berbesar hati untuk join segmen ni. Bukan senang nak join segmen yang begini. Nak kena menaip panjang-panjang lagi. nak kena berfikir lagi nak tulis entry terbaik.. Hehehe. dah nama pun join PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM entry pun kena terbaiklah kan?! -_-

KENAPA  FATIHAHFAZLIN ?
Blog ni mula beroperasi pada oktober 2012. Lama sudah kan? Awalnya nik dan adik perempuan nik sepakat  sama-sama nak menaip dan berkisah di sini. Kerana itulah dulu, kami namakan blog kami dengan nama KISAH NICK. Nama FatihahFazlin ni baru je nik tukar..gabungan nama kami berdua.Nak kasi gempak dan cathy serta mesra disebut. gituuu! Tapi malang, adik nik tu malas nak berblog, jadi nik sorang saja teruskan usaha sampailah sekarang.Dan sampai sekarang and bila-bilalah kot nama ni akan kekal. Insyaallah. huhuhu

APA YANG TERBAIK DI BLOG FatihahFazlin ?
Sebenarnya yang terbaik tu takdelah. Sebab nik rasa pencapaian nik dalam dunia blogging ni belum sampai mana pun lagi. Kalau diberi skala 10 mungkin nik di skala 3 nak masuk 4 kot. hehehe. :)
Kalau uolls perasan, kat blog nik nik dari dulu lagi warna biru muda. Tak pernah bertukar kan? Nik memang suka warna biru muda atau biru laut. Orang kata sejuk je mata memandang. Salah satu kebaikan juga tu bagi uolls yang singgah berkungjung ke sini. Uolls akan rasa kelembutan disebalik warna blog nik.

Kat blog ni juga uolls akan dapat baca novel online sacara percuma. >,< Hasil tulisan tangan nik sendiri. Ada dua novel yang nik tengah tulis sekarang. Uolls boleh tgok kat sidebar. Inshaallah nik akan cuba habiskan cerita yang nik tulis tu secepat yang mungkin. Jangan lupa baca. !! Dan komen sekali. :P

Secara keseluruhan, blog nik ni memang sebuah blog personal. Setiap entry yang nik upkan tidak akan lari dari pengalaman, perasaan dan pandangan peribadi diri sendiri.  Sesekali mungkin akan ada perkongsian ilmiah tentang agama dan sebagainya. Tetapi nik juga suka petik mana-mana quotes yang menarik dan mampu menjadi motivasi untuk diri sendiri dan pembaca.

PENGALAMAN FATIHAHFAZLIN BERBLOGGING.
Bulan 10 ni genap dua tahun nik terlibat dalam dunia glemer ni. Nak kata banyak pengalaman sangat tu takdelah. Tapi ada yang betul-betul bagi kesan pada nik ada. Dan yang paling nik suka, bila berblog nik dapat lebih ramai kawan. Kawan alam maya. Tak bersua muka, tapi mampu saling tolong menolong dan bantu membentu. :) Dan yang penting, nik banyak dapat ilmu-ilmu baru yang selama ni nik tak tahu. 

JEMPUT DATANG KE FATIHAHFAZLIN.
Akhir sekali..orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau nak kenal jemput-jemputlah singgah ke teratak nik. Dan jangan segan-segan tinggalkan jejak uolls sebab nik selalunya akan balas kunjungan balik. Dan setiap komen-komen uolls kat blog ni nik anggap ia sebagai satu motivasi untuk nik untuk terus kekal dalam dunia blogging ni.  Buat yang sudi singgah terima kasih daun keladi.. :)

Sekian..
Salam Sayang..



















Rabu, 28 Mei 2014

Kerana Cinta Klon BAB 7

BAB  7

Fazlia, Syakila, Haniff dan Kartini tekun mendengar penerangan Saiful, merangkap ketua kelas mereka. Bahang mentari petang itu kurang dirasakan kerana kehadiran angin yang agak kuat. Perbincangan berkumpulan mereka yang pertama bagi tahun ini berjalan lancar. Subjek Sejarah yang dipilih untuk dibincangkan agak menarik buat mereka. Saiful yang sememangnya hantu sejarah menawarkan diri untuk menjadi ‘cikgu’ mereka pada hari itu. Hampir jam lima petang, mereka selesai berbincang sesama sendiri. Pastinya banyak subtopic yang tidak difahami dirujuk oleh mereka. Nyata, masing-masing begitu bersemangat untuk belajar demi membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan besar pada hujung tahun nanti.
Setelah usai membasuh kain di pantry, Fazlia turun ke ampaian untuk menyidai pakaiannya. Kemudian, dia naik ke dorm menunaikan solat asar. Setelah solat, dia menggosok pakaiannya. Syakila pula tidur berlingkar di katil. Letih katanya. Sebaik sahaja loceng makan dibunyikan, Fazlia terus sahaja mengejutkan kawannya itu. Mereka turun ke dewan makan setelah menyiapkan diri. Kedua-duanya memang memerlukan sesuatu untuk dimakan.
Laju Hazriq menunggang motosikal Yamaha RXZ milik Shahrul. Angin kuat menampar seluruh tubuhnya, menghilangkan terik panas sang suria yang kian membakar bumi. Kelajuan yang melebihi had laju yang dibenarkan membolehkan Hazriq tiba lebih awal di rumah Ayah Ngahnya. Tanpa menunggu lebih lama, Hazriq bergegas pula ke Kota Bharu. Jam 12.30 tengah hari tadi dia mendapat panggilan dari setiausaha 3H Holding mengatakan bahawa client dari Korea telah tiba di Kelantan lebih awal dari tarikh yang dijanjikan. Malah mereka sekarang berada di pejabat 3H Holding!
Hazriq penat, dia benar-benar keletihan. Dari satu tempat ke satu tempat dia berkejar. Namun, demi mama, demi papa yang telah banyak menabur jasa padanya, dia rela mati keletihan.
You know what Hazriq? First time I heard about you, I actually did not sure with your capability…you know…How can I accept that young man like you can handle a big bussines like this? But now, you proof it young man! I’m sure Dato’ Hisyam was so proud of you. He’s really lucky. Well done!” Panjang Mr. Koon mengakhiri perbincangan mereka. Kembang-kempis hidung Hazriq mendengar pujian untuk dirinya itu. Nyata, Dato’ Hisyam tidak salah dalam memilih.
I..Well..it’s was my responsibility, I’m his son. Anyway thanks so much, Mr.Koon. Thank you for believing all my work.” Bertalu-talu ucapan terima kasih Hazriq. Dia membalas huluran tangan dari lelaki Korea itu. Beberapa wakil lain yang turut bersama Mr.Koon tidak ketinggalan berjabat tangan dengan Hazriq.
Setelah hilang sahaja wakil-wakil dari syarikat Korea dari pandangan yang hanya terpisah dek cermin lutsinar, Hazriq tersenyum puas. Jujur, pada mulanya dia agak gementar untuk menguruskan mesyuarat itu tanpa kehadiran Dato’ Hisyam. Manakan tidak!Mr. Koon dan rakan seperjuangannya tadi bukan calang-calang orang, mereka datang dari syarikat gergasi besar dari Asia Timur semata-mata untuk melihat dan meneliti beberapa proposal baru yang dikemuka oleh 3H Holding.
Alhamdulillah..Akhirnya terjawab sudah kegelisahan yang melanda dirinya sejak awal tengah hari tadi. Nasibnya baik kerana orang kepercayaan Dato’ Hisyam ada bersama ketika mesyuarat itu berlangsung. Jika tidak cuak juga mengendalikan mesyuarat tanpa insan yang lebih berpengalaman.
“Mama tahu anak mama pasti boleh handle. Kalau tidak papa takkan ambil risiko ni and bagi sepenuh kepercayaannya pada Hazriq. Mama bangga dengan Riq!”
“Riq hanya buat yang termampu ma..nervous jugak mula-mula tu.”Datin Hasna ketawa di hujung talian. Dia tahu bagaimana perasaan Hazriq. Tanggungjawabnya besar.
Congratulations Riq!”
“Ma..mama tahu kan Riq tak nak terlibat dalam bussines papa. Riq terpaksa.”Akhirnya terluah jua apa yang terbuku di hati. Hazriq sebnarnya terseksa hidup bergelumang dengan kesibukkan yang tidak bertepi. Sesungguhnya, hanya mama yang tahu akan hal ini, kerana hanya pada mama dia mencurahkan segala yang terpendam.
Walau apapun yang berlaku, dia harus memikul tanggungjawab ini sama ada dia mahu atau tidak! Hazriq terima…dia terima demi mahu menjaga hati Dato’ Hisyam, seorang ayah yang selama ini telah memberikan dia kehidupan. Hazriq lebih rela mempertaruhkan minatnya yang mendalam dalam profession perguruan daripada mengingkari kata muktamad Dato’ Hisyam.
            Cita-citanya besar mahu menjadi seorang pendidik yang berjaya untuk anak-anak bangsa. Masih segar lagi dalam kotak fikirannya, beberapa tahun lepas dia berperang dingin dengan Dato’ Hisyam. Orang tua itu mahu menghantarnya ke Austaralia, namun dia tetap berkeras mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Akhirnya terpaksalah orang tua itu mengalah, namun dia masih lagi menetapkan satu syarat. Hazriq hanya memiliki tiga tahun untuk menjadi seorang guru setelah graduasi. Setelah itu, dia harus melupakan terus impiannya itu. Tika itu, walaupun dengan hati yang berbelah bagi, namun dia terima. Demi papa.
“Riq tak kasihankan papa?” soal mamanya.
“Sebab kasihan dan sayangkan papa Riq buat senua ni ma. Walau terpaksa berkejar, walau letih sekalipun Riq tetap mahu tunaikan janji Riq. Tapi Riq penat ma..” Datin Hasna sebak. Ya! Dia faham perasaan Hazriq. Tapi, apa lagi yang bisa dia lakukan selain mejadi tulang belakang, menyokong Hazriq. Hazriq adalah kurniaan Tuhan yang hebat biarpun 23 tahun lepas dia terpaksa menahan sakit yang teramat untuk melahirkan. Tidak terlintas di benak untuk memuji anak sendiri, hakikatnya Hazriq punya periadi yang baik, lebih baik dari abangnya, Hakim. Amat memilukan hati bila berbicara mengenai Hakim. Datin Hasna keliru dan tidak mengerti di mana kesilapannya bersama suami dalam mendidik anak sulung mereka. Semua kasih sayang dan wang ringgit telah dibahagi sama rata. Tiada yang dapat lebih, dan tiada yang dapat kurang.
*****************************************************************************
Setiap kali dia rindu untuk menatap wajah manis Fazlia, dia sentiasa membuka dompet kecilnya. Di situ terselit gambar gadis itu. Rasa rindunya tidak dapat dibendung. Setiap masa fikirannya melayang teringatkan Fazlia. Sungguh kuat penangan gadis  itu. Setelah puas meratah raut wajah Fazlia, Hazriq kembali pada kerjanya yang menuntut seribu satu ketelitian. Kontak baru yang diterima petang tadi daripada Kak Imah, merangkap setiausahanya di 3H Holdings. Hazriq meneruskan pembacaannya dengan lebih teliti. Dia tidak mahu menurunkan tandatangan secara membabi buta. Hampir satu jam dia bersama kontrak-kontrak tersebut. Letih, penat, mengantuk semua ada. Namun, ditahannya juga kelopak mata agar tidak terkatup sewenangnya. Petang tadi, dia telah berjanji dengan Kak Imah, kontrak itu akan diambil awal pagi esok. Jadi, dia harus menyelesaikannya malam ini juga.
“Duduk dulu Kak Imah, saya pergi ambil fail kat dalam” jemput Hazriq. Setiausahanya patuh. Sebentar kemudian Hazriq keluar dengan beberapa buah fail dan pendraf.
“Bos, pihak NRQ Maju ada call, mereka nak disscus fasal proposal yang kita bagi. I dah confirm the date, Isnin depan jam 4.30 petang. High Tea at Hotel Perdana. Bos free that time?”
My schedule macam mana?”Hazriq pula bertanya tanpa mempedulikan pertanyaan setisusahanya. Dia sibuk meneliti dokumen diatas meja buat kali terakhir. Takut-takut ada kesilapan.
I dah tengok, ok..on! Tapi tak tahu la kalau Bos ada temujanji peribadi yang tak masuk dalam schedule. Kalau ada may be I boleh tukar…”
“No..no..no..confirmkan tarikh tu.”cepat Hazriq memintas. Dia tidak mahu mengubah apa-apa. Nanti, apa pula tanggapan yang diberikan NRQ Maju. Dia tidak mahu reputasi diri dan syariakt terjejas dek kerana selalu sangat postponed meeting yang dia sendiri aturkan.
“Bos, I dengar Dato’ akan lawat 3H Holdings bulan depan. Betul ke?”
“Siapa bagitahu Kak Imah? Entahlah I pun tak dapat apa-apa berita lagi, I akan cuba tanya Dato’.Masih lagi sibuk dengan fail, Hazriq menjawab. Di hadapannya, setiausaha 3H Holdings setia memerhati gelagat bos kesayangan staf-staf di pejabat. Macam mana tak boleh sayang, bos muda ini amat menitikberatkan tentang kebajikan anak buahnya. Ramah, baik, teliti, tegas dan yang paling penting tidak pernah menyombong.
“Okey, beres! Semua dah sign. Ada lagi Kak Imah?”
Lega Hazriq. Kerjanya selesai. Dua tiga hari ini, mungkin dia boleh berlapang dada. Kontrak besar sudah diselesaikan. Kerjasama bersama NRQ Maju hampir ke kemuncak. Besar kemungkinan proposal yang dibentang akan berjaya menarik minat pihak tersebut. Harapan 3H Holdings untuk bekerjasama dengan pihak NRQ memang menggunung.

Bersambung.. :)

Isnin, 26 Mei 2014

Selamat Pagi Cinta!

Assalamualaikum..

Hai semua.. awal pagi tadi lagi rasa nak update blog.. ni baru sempat, baru balik dari keje malam acctually, nak tidur tapi mata tak lelap.. so kita berkisah la kat sini sepatah dua..  Soooo.. selamat pagi kepada semua.. yang sudi berkunjung ke blog nik yang tak berapa nak suam-suam kuku ni. Hehehe..
Reader... let's be posittive. Let's think positive.  Ceriakan Isnin anda dengan sesuatu yang bermakna. Ada yang dah kena marah pagi-pagi? Stay cool ya.. jangan balas kemarahan dengan kemarahan. Nanti kita yang susah. Senyum. :)  And may Allah bless our day.  Semoga hari ni lebih baik dari hari semalam untuk kita.. 


Sabtu, 24 Mei 2014

Tutorial: Cara letak iklan di header blog


 
First time buat tutorial setelah lebih dua tahun berblogging. Harap dapat membantu uolls yang masih mencari tutorial ni. Mungkin ada ramai yang tahu, tapi nik percaya ramai jugak yang tak tahu. Terutamanya newbie. Macam nik dolu-dolu! haha.. Tanya diri uolls, perlu ke tak letak iklan nuffnang ni kat blog, especially header blog kita?  Nik BAGI STAU JAWAPAN...ia akan meningkatkan CTR (click through rate) blog uolls..
Tak caye? cer try dulu oke.

Cara-cara:
1. Seperti biasa uolls pergi ke dashboard ---> Template ---> Edit HTML
2. Cari kod di bawah ini ye
<div id='header'>
3.Kalau anda tak jumpa kod di atas, cari kod di bawah ni pulak. Blog nik pun guna kod ni. Lain blog mungkin lain templatenya.
<div id='header-wrapper'>
4. Bila dah jumpa kod tersebut, copy and paste kod nuffnang di bawah kod yang uolls jumpa tadi.

5. Sila gunakan  CTRL+F untuk cari dengan cepat ye.

6. Tekan Save and
    SELESAI !!

Jumaat, 23 Mei 2014

Blogku bertukar rupa.




ASSALAMUALAIKUM..

Hai..blog nik dah bertukar wajah.. Dah lebih setahun rasanya nik tak tukar rupa belog nik ni. Boring jugak kan kalau sama je sepanjang masa. So beberapa bulan lepas lagi dah mula decide nak edit. Gigih la nik pm orang tu pm orang ni tanya pasal tempahan edit blog ni. Tak lupa juga tengok hasil kerja dorang. Tapi ada yang nik pm tu tak balas. And ada yang balas, tapi nik pulak tak mampu..sebab mula-mula tu nak tema vintage blue rose yang paling meletop! Haaa. Bincang punya bincang, hai mahal la pulak. Tak mampu eden sebab vintage yang nik nak ni bebetol lain... Sampai akak tu kata, susah sikit ni dik.. hehehe. Sorry ye kak. 

Last-last tengok kat blog cik mawar dia ada buat iklan tempahan edit blog.. kita pun pm dia. Tapi masa tu dah give nak buat vintage blue rose yang meletop tu.. then.. jadilah macam sekarang.. tengok gambar kedua.

Yang asal ni Miraa Hussin yang editkan. Dolu-dolu kita tempah dengan dia. Heee..nik memang failed bab-bab edit blog ni. Mekasih mira sebab sudi edit blog kita jadi biru.


Yang ni Cik Mawar Khayalan aka aimi syafiqah punya hasil tangan. Serius nik sukaaaa.. mekasih aimi. Anda menjadikan impian saya menjadi realiti.. gitu..


Both of them really talented. Kalau uolls rasa nak edit blog jadi cantik-cantik macam yang uolls impikan hirelah cik berdua ni. Highly recomended !! Harga pulak.. hummpphh. Tak yah cakap la, affordable and berpatutan.. Tapi, ape-ape pun, siapa-siapa pun yang nik minta edit blog nik, blog nik tetap kena biru..heee..

Till then, bye..
Salam sayang. :)





TIPS:Cara-cara Kecilkan Dagu Berlapis

ASSALAMUALAIKUM..

Entry ni dah dalam draft sejak dari malam semalam
So kita sambung la ye.  Nik ada borak dengan kawan semalam pasal dagu berlapis ni..hahaha.. memasing pegang dagu.. pastu kata ada dagu dua.. eeii. Gemuk la tu. Ishh.. tak suka.  Redha jela. Siapa suruh kuat makan, kuat tidur..? Kan..  pastu gigih google cara nak membuang segala lemak tepu lagi degil di bahagian dagu. Yelah kita sebagai orang perempuan manalah suka benda-benda lemak ni. Anti sangat kan. Tapi kalau bab makan lemak tak lemak selalu rembat je. Pastu 'menyesal la makan tu..menyesal la makan ni.' Tak payah menyesal sangat la. Pilihan kat tangan kita. *katakatdirisendirinisebenarnya*

Kalau double chin cue macam ni takpelah jugak kan..-_-

Dagu berlapis ni istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang terkumpul di antara dagu dan leher. Actually, untuk menyahsingkirkan Dagu berlapis ini, kita perlu menurunkan paras lemak badan secara keseluruhan. Tapi kat sini nik nak share dengan uolls 5 langkah yang boleh diamalkan untuk menyingkirkan dagu berlapis kita tu dengan lebih berkesan. Hihihi..lepas ni kita kena buat sesama 5 langkah ni tau. 

 1. Kawal pengambilan kalori (defisit kalori). Untuk menurunkan paras Body Fat, kita kena memastikan yang body fat itu digunakan sebagai sumber tenaga alternatif secara optimum dan bukannya otot (catabolism). Dan untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, kita kena memastikan yang bekalan tenaga harian (Daily Calorie Requirement) adalah kurang dari yang sepatutnya, namun janganlah terlalu rendah. Pastikan juga pengambilan makanan (macronutrien) adalah seimbang.

    2. Kardio, bersukan, bersenam. Apabila badan kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen) badan akan mula menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif. Sumber tenaga ini (lemak) tidak terhad diambil dari satu-satu bahagian sahaja kerana apabila badan membakar lemak, ia akan mengambil lemak dari seluruh badan. Boleh jadi ia adalah lemak dari bahagian tangan, kaki, dada dan bawah dagu. Perut (bagi lelaki) dan punggung (perempuan) adalah 2 tempat terakhir (paling liat) di mana badan akan ‘mengorek’ lemak badan. Maka, anda masih mempunyai peluang untuk menyingkirkan lemak di bawah dagu dengan sedikit mudah.

     3. Senaman muka. Berdiri di hadapan cermin dan sebut A E I O U, gerakkan secara perlahan, namun cuba cekangkan otot muka (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka (mencebik) untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang amat lebar. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin, setiap pagi, selepas menggosok gigi.

Senaman yang boleh anda amalkan;
Kunyah gula-gula getah: Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.
Percikan air: Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air. Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.. Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.
Menjulurkan lidah: Pertama sekali, buka mulut dan               keluarkan lidah anda. Cuba sentuh hidung anda dengan lidah. Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu. Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.
Tepukan @ tamparan: Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda. Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda. Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu. Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat. Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.
Mendongak: Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu. Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

    4. Senyum dan ketawalah selalu. Selain dari mewujudkan suasana yang lebih ceria dan harmoni bersama orang-orang sekeliling, senyum juga sebenarnya merupakan senaman-senaman kecil muka yang boleh dilakukan setiap hari. Tahukah anda, sekurang-kurangnya 15 otot terutamanya di bahagian muka akan bekerja sekiranya anda ketawa. Tapi jangan pula ketawa sensorang...huhuhu


Sila amal ye untuk dagu yang tak berdouble.. hehhe 
Sekian..

Rabu, 21 Mei 2014

Selangkah ke PJJ USM

Bismilllah.
Hai assalamualaikum semua.

Hari tu nik ada update entry pasal semakan keputusan untuk PJJ USM SIDANG 2014/2015 kan? Siapa-siapa yang rasa dia dah mohon dulu p la ke link tu. Semak, mana tahu dapat kan? Rezeki tu.
Acctually nik nak cerita pengalaman nik masa mula-mula buat keputusan untuk sambung belajar balik. Dalam fikiran masa tu berbelah bagi. Tapi mak memang suruh belajar. And nik pun memang dah berniat akan sambung. Tapi tak tahu bila je. One day officemate bagitahu dia dah beli no pin  Program Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM . Nik pun masa tu dalam dilema lagi.. Telefon mak tanya dia.. And last-last mak kata biar dia beli. Nanti tinggal isi je. Nik okey la. :) 60 hengget untuk no pin PJJ USM tu mak belanja.. hihihi

Nik isi kursus yang sama dengan kawan nik tu. Konon nak belajar sesama la nanti kalau dapat. Tapi masa tu memang nik risau takut bos tak bagi ke ape. Hehehhe.*risautakbertempat* Akhirnya semakan keputusan dah boleh dibuat. Itupun nik terbaca kat blog siapa entah.. nik lupa. ^_^ Nik pun cepat-cepatlah cek. Waaaa.. tak sangka secepat ni nik akan bergelar pelajar balik. Macam tak bersedia pun ada. Tapi alang-alang menyeluk perkasam kan.. biar sampai ke bahu orang kata. Nik dah terima pun tawaran tu. Alhamdulillah. Berkat doa mak abah kot. Nik dengan senang hati je terima. Niat dari dulu pun memang nak sambung belajar.

Kita boh gambar eh..

11-14 Ogos ni orientasi. Tapi nik tak pasti lagi orientasi nik kat mana. Sebab ada nik baca kalau from sabah/serawak orientasi kat sini-sini je. Kalau yang stay semenanjung kena orientasi kat Kampus induk USM. Nik tak sure but harap sangat dia buat kat sini je orientasi tu. Jenuh la nak book tiket ke Penang. Udahlah mahai.. uhuhuu.. Soon, nik nak call pihak yang terlibat. Nak confirmkan.

Please. Siapa-siapa yang dapat tawaran untuk PJJ USM ni,komen kat sini.. nanti boleh kita kenal-kenal. Rapatkan ukhwah. :) Ramai kawan lagi bestkan.Sebenarnya banyak info pasal PJJ USM ni nik baca kat blog Kak Jaakechik . Banyak input yang kak Jaa ni share. Nik terpaut nak apply pon sebab baca dia punya sharing kat blog. Mekasih kak Jaa.

Sekian. Salam sayang.
:)

reupdate... nik terpaksa tunda dulu nak sambung belajar atas sebab-sebab tertentu. dan orientasi ahri tu nik tak pergi ye kawan-kawan.. selamat belajar semua. all the best !

Selasa, 20 Mei 2014

Invitation dari nuffnang

Assalamualaikum..

Hai semua.. bertemu lagi kita ya! *tangankebahumatakeatas*
Pagi kelmarin nik cek email, acctually dah jadi rutin setiap pagi bila pegang fon kita akan cek email dulu.. ala macam ceo2 kat Malaysia buat.. erkk^#&#@ 
Cek punya cek, ada one of the unread email tu dari nuffnang.. woaaaa.. kita dapat invitation la.. ohmaiinglish.. punya excited tu nak leh nak cerita la..al maklumlah pestime dpt invitation dari nuffnang ni.. tahap kekampungan tu memang menggunung la. Tapi siapa kisah kan... 

Macam tak percaya je. Tapi ni haa ---


Invitation ni untuk Mamee Chef-Malacca Factory Visit. Kira nanti yang hadir event ni kena promote Mamee chef la kat satu entry. Alaaa.. kita dah la suka makan Mamee chef tu.. yang dalam cup tu.. perghh..sedap tau! Tapi tulah. Tak berpeluang nak pergi event ni. 31 hb tu nik syift malam. Plus.. ingat bos senang-senang nak bagi cuti??? Langkah longkang 2 meter dulu pun belum tentu dapat ! Plus lagi nik kat sabah okey.. kalau kat kelantan confirm nik join.. Kalau kat sabah ni, nak naik flight lagi.. ce kira la tiket dia berapa lak. Macam tak berbaloi la pulak.. Mula-mula baca email ingatkan dia sponsor jugak tiket flight. Hihihi.. silap faham rupanya.. Dia fetch kita kat subang je pergi Melaka. Hummm.. Tak pergilah nik. Itulah kesudahannya, walaupun dalam hati macam 'nak pergi!' 'Tak kira nak pergi jugak'... 

Itulah alkisahnya.. 
Sekian.
Salam sayang..

Ahad, 18 Mei 2014

Menghapus Ego dan Takbur




ASSALAMUAKUM.

Ego?? adalah salah satu sikap mazmummah ye. Jangan terlalu 'peraja'kan ego ni sebab ia boleh membuatkan seseorang menjadi tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar. Yes, semua orang ada egonya sendiri..me too..cant deny it! cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut yang perlu kita kawal sebaiknya. sebab ego ni kadang-kadang boleh buat hidup kita merana! AWAS!


Ego jugak kadang-kadang berkait rapat dengan sifat sombong atau disebut juga takbur. Sifat ini jugalah yang tercela dan dibenci oleh Allah swt. . Manusia lebih suka menyeksa diri sendiri kerana mahu mencari peluang untuk dipuji, dianggakat dan disanjung. Sedangkain kita semua tahu yang pujian itu sebenarnya sebuah ujian ! Lagi teruk,ada manusia yang berlakon di depan orang lain. Allah marah kalau kita riak.. takbur dengan apa yg kita ada samada harta, ilmu, amal dan sebagainya.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


 
Peringatan untuk diri sendiri juga, dan kita semua. Kita sama-sama renung balik diri kita. Muhasabah. Moga kita bukan salah satu daripada mereka. Buang ego! Tolak Takbur. Dua-dua satu sifat yang membinasakan.

Sekian.
Salam sayang :)

Sabtu, 17 Mei 2014

Kerana Cinta Klon BAB 6





BAB 6
Gamat keadaan Dorm Syarie dengan suara-suara penghuninya. Masing-masing berada dalam beberapa kelompok dan sibuk bercerita mengenai cuti masing-masing. Hanya dikesempatan sebegini sahaja mereka mampu bersua muka dan beramah mesra dengan ahli keluarga, hanya dua minggu sekali itupun hanya untuk dua hari. 
Disalah sebuah katil, Fazlia, Syakila, Siti Aqlima dan Nur Izzah Hayati sedang sibuk berbual. Siti Aqlima bercerita tentang kakaknya yang baharu sahaja selamat melahirkan anak saudara sulung untuknya. Syakila pula sibuk menuar-uarkan berita tentang abangnya yang bekerja di Jepun akan pulang dan menetap di Malaysia serta akan membawa pulang kekasih hati untuk dijadikan isteri pada cuti pertengahan tahun ini. Tidak putus-putus mereka bercerita.
Fazlia dan Nur Izzah hanya mendengar dan sesekali menyampuk. Tiada yang menarik yang mahu diceritakan oleh mereka. Nur Izzah sendiri lebih senang menadah telinga mendengar adik-adiknya bercerita itu dan ini. Cerita lucu, dia akan turut ketawa dan begitulah sebaliknya. Loceng makan malam telah dibunyikan. Semua mereka bersiap untuk menikmati hidangan yang disediakan. Rata-rata tidak sabar untuk menjamah makanan yang dimasak oleh tukang masak di dewan makan kerana makanan disitu selalunya tidak mengecewakan.
 
*****************************************************************

“Ingat, jawab semua soalan yang saya berikan ni. Hari Khamis ni saya akan check dan jawapannya kita bincang sama-sama. Tapi jangan ada yang tak buat pulak.” pesan Cikgu Cheng dalam pelat cinanya. Beliau merupakan seorang guru Fizik yang mempunyai pengalaman luas dalam menggubal soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Malah beliau juga adalah salah seorang pemeriksa kertas bagi matapelajaran Fizik sejak 15 tahun yang lepas.
Guru Fizik yang mengajar di Tingkatan 5 Sains2 ini begitu komited mahu anak didiknya berjaya dalam bidang Fizik kerana baginya Fizik adalah suatu kehidupan.Sejak dia mengedarkan kertas solan tadi,dia tidak habis-habis mengingatkan supaya pelajarnya menjawab soalan-soalan tersebut.Tidak lama selepas itu,keadaan makmal Fizik tenang dan sunyi,semua pelajar 5 Sains 2 sudah keluar dan kembali meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) di kelas mereka.
“Penatlah macam ni. Habis saja masa ‘Cheng Jarang’ tu, mesti pening kepala aku. Susahlah belajar Fizik ni..” Besar nampaknya keluhan Haniff hari ini
Ada yang tergelak mendengar apa yang baru sahaja terkeluar dari mulutnya. Nama ‘Cheng Jarang’ itu sengaja ditekannya. Malah gelaran ‘Cheng Jarang’ memang telah direka khas buat cikgu itu kerana rambutnya yang nipis dan jarang. Ini semua idea Haniff. Dia memang tidak meminati matapelajaran Fizik, dan mungkin sebab itu dia tidak sekepala dengan cikgu yang mengajar. Ada sahaja yang tidak kena dengan Cikgu Cina dari Selangor itu baginya.
“Kau ni Niff, ada saja yang tak puas hati, relaks la. Kata nak straight A.” balas Faizol.
 Nyatanya, sudah lama Faizol tidak seaktif dulu. Kalau sebelum ini Faizol salah seorang yang tidak jemu menghidupkan kelas dengan perangainya yang selamba, kini tidak lagi. Faizol sudah banyak berubah. Semua rakan-rakan seperjuangan tertanya-tanya bagaimana rakan mereka bisa jadi begitu. Masing-masing rindu akan usikkan Faizol yang bersahaja. Mereka begitu terasa kehilangan. Insan yang selama ini tidak lekang dengan senyum dan tawa bagai sudah hilang. Sekelip mata, dia berubah.
“Ssshh..cikgu dah datang!” Terdengar suara Naziman memaklumkan ketibaan guru mereka.
Sampai di pintu Hazriq tersenyum. Namun jelas senyumannya menggambarkan ada sesuatu yang sedang mengganggu kotak fikirannya.
“Gaduh dengan makwe ke Cikgu? Monyok semacam aje.” usik Haniff. Remaja itu juga perasan akan kekeruhan wajah cikgu kesayangan mereka.
“Monyok? Masalah kewangan negara la Haniff.?” balas Hazriq berseloroh. Masih boleh dia bergurau walau hati sedang beriak berombak.
“Patutlah berkerut semacam. Nampaknya hari ni takdelah senyuman menawan Cikgu eh.” kali ini Syakila pula menyampuk.
“Layan awak semua alamatnya tak mengajarlah saya. Ada je yang nak tambah.” ujar Hazriq sambil menggeleng.
“Kenalah tambah Cikgu, nanti tak cukup rasa..” Riuh satu kelas dengan gelak tawa. Itulah masalahnya bila Mak Cik Haniff sudah mula membuka mulut. Aura menyengat dari mulutnya lebih cepat dari mana-mana siaran berita.
“Tak nak tukar jantina ke Niff?” Lagi Haniff kena denagan cikgunya.
“Alah Cikgu ni, masa single nilah nak cakap banyak bila dah kahwin esok dah tak sempat nak bercakap. Kita pula yang kena dengar cakap”
“Macam-macam awak ni.” Kelas jadi hidup dengan pelbagai keletah dan gelagat. Ditambah lagi dengan tajuk panas karangan yang mereka bincangkan iaitu Faktor Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja menambahkan lagi kehangatan sehangat terik panas mentari. Semua dengan pendapat tersendiri. Kelas juga telah mula membentuk dua kumpulan yang nampaknya sudah siap sedia dengan hujah mereka.
“Jadi Fazlia mesti sayang sangat kat diakan?” Hazriq tiba-tiba teringat akan perbualannya dengan Syakila petang Rabu lalu
“Mestilah Cikgu. Dia orang tu memang rapat sangat, macam tak boleh nak berpisah.” “Hubungan mereka lebih dari sepupukan?”dalam gusar Hazriq menyoal.
“Maksud Cikgu..Mmm, mungkin.Faz tak pernah bagitahu tapi bila tengok Abang Eri pandang Faz memang lain sangat. Tak seorang pun boleh sakiti Faz, dia jaga Faz macam jaga nyawa dia. Abang Eri memang sayang pada Faz, tak ada orang beleh tandingi kasih sayang dia.” Panjang lebar Syakila menjelaskan perihal kawannya. Padanya Cikgu Hazriq perlu tahu semua itu agar dia mengerti dan boleh menyayangi kawannya lebih daripada arwah Tengku Hairi Amer.
Daripada cerita Syakila, Hazriq dapat bayang dan simpulkan betapa dua insan itu saling menyayangi dan memerlukan. Tapi sayang seribu kali sayang kematian telah memisahkan mereka. Dia jadi berfikir sendiri,apa mungkin kasih sayangnya juga begitu pada Fazlia?
“Apa yang dimenungkan tu Riq? Dari tadi tak habis-habis mengeluh. Kita dah lewat nak ke masjid ni.” teguran Haji Zainal membawanya ke dunia nyata.
“Riq dah siap. Kita pergi dengan motor ke Ayah Ngah?”Haji Zainal mengangguk. Mereka menuju ke masjid menaiki motosikal Haji Zainal. Hazriq jadi teringat akan Shahrul. Rindu rasanya pada teman dia yang satu itu. Dia selalu ke masjid bersama Shahrul untuk sama-sama mendirikan solat Jumaat. Padanya Shahrul bukan sekadar kawan, tetapi seorang abang. Walaupun perangai Shahrul sedikit keremajaan, tetapi lelaki itu adalah teman yang baik dan memahami.

Fazlianira cuba mencari jawapan yang terbaik agar kata-kata yang bakal terpacul keluar dari mulutnya sesaat dua lagi tidak mengguris apatah lagi melukakan hati Cikgu Hazriq. Walaupun dia maklum jawapan yang sebenar sememangnya akan membuatkan Cikgu Hazriq jauh hati. Mungkin tidak akan dipamer rasa itu, tetapi sudah pasti akan ada impak di kemudian hari.
“Abang Eri sepupu saya Cikgu, dah tentulah saya sayangkan dia”
“Tapi dia dah tak ada Fazlia, awak kena lupakan dia.” Fazlia menggeleng.
“Tak boleh!
“Kenapa? Awak sebenarnya bukan tak boleh tapi awak yang tak mahu cuba. Awak yakinkan diri awak yang dia ada disamping awak. Dia dah lama mati, awak kena terima kenyataan ini. Kalau awak terus macam ni, awak sendiri yang akan tersiksa. Sampai bila awak nak hidup dalam bayang-bayang? Fazlia, awak kena buat sesuatu..untuk diri awak”balas Hazriq. Kalau Fazlia boleh bertegas, dia juga akan buat begitu. Tetapi selagi dia boleh berlembut dia akan cuba.
Dia tidak mahu Fazlia terlalu tertekan. Cuma, dia mahu Fazlia memikirkan sebab dia bertindak demikian. Jika bukan kerna sayang, jika bukan kerna simpati dan jika bukan kerna cinta Hazriq tidak akan berani mengambil risiko ini. Malah mungkin dia tidak akan sampai membuang egonya sebagai seorang lelaki.
“Cikgu tak faham.” ujar Fazlia perlahan.
Yes, saya tak faham dan saya tak akan faham sebab bukan saya yang laluinya. Tapi kalau awak nak hidup normal macam orang lain, awak kena ubah diri awak. Jangan terlalu ikutkan hati.”
“Cikgu tak rasa apa yang saya rasa..saya takut..” Fazlia bersuara, ada sendu dalam suaranya. Ya. Ada titisan kecil mula menjalar di  pipinya. Hazriq merapatkan dirinya, Fazlia disuruh duduk. Dia menggosok-gosok belakang gadis itu dan berdiri di belakangnya.
“Memang saya tak rasa. Tapi tolonglah..kalau awak dah tak tahan nak rasa semua ni, awak lawan!” Hazriq berhenti, dia sendiri bingung apa lagi yang patut dia katakan. Ini semua kerja pakar. Dia tidak punya apa-apa ilmu dalam bidang psikologi.
“Susah Cikgu.”
“Sssh..abang. Paksa diri awak, abang pun tak tahan tengok awak macam ni.”ujar Hazriq menyuarakan rasa hatinya. Dadanya terasa sebak. Dapat dia rasakan betapa Fazlia sedang cuba melawan penyakit misterinya.
“Abang janji, kita sama-sama lawan semua ni..selagi Fazlia tak sembuh selagi tu abang akan sentiasa ada untuk Fazlia. Jangan nangis lagi sayang.”lemah gadis dalam dakapan Hazriq. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala dan melepaskan keluhan berat.
“Cikgu..”
“Abang..Abang.!” Hazriq cuba bertegas.
“Abang tolong Faz?”
Sure sayang! Abang akan tolong selagi termampu. Fazlia jangan risau.” pujuk Hazriq.  
“Dah, stop it. Bengkak mata nanti nangis lama-lama. Ingat Allah. Selawat banyak-banyak.” ujar Hazriq lagi. Dia cuba menyeka air mata di pipi gadis itu namun sepantas kilat dia dihalang.
“Maaf..abang takde niat apa-apa.” sedar Fazlia bukan sembarangan gadis.Dia melepaskan Fazlia dari dakapannya.Gadis itu tunduk.
“Abang call Ila ya? Minta dia datang. Fazlia balik hostel, rehat banyak-banyak.Jangan menangis lagi, habis make up nanti.”
“Faz tak pakai make uplah!” cepat saja Fazlia menafikan. Hazriq ketawa.
“Abang tahu..saja je nak kenakan sayang.”Fazlia tersenyum kelat. Cikgu Hazriq semakin terbiasa memanggilnya sayang. Entah macam mana jika dia tersasul di hadapan rakan sekelas nanti. Haru-biru satu dunia.
Syakila Marini tiba 15 minit kemuian.Masih lengkap berpakain sekolah, tetapi kakinya sekadar menyarung selipar jepun hitam. Hazriq tahu Syakila adalah teman yang baik untuk Fazlia. Gadis itu sanggup berbuat apa sahaja demi temannya yang tersayang.Malah kehadirannya disisi Fazlia menjadikan Fazlia lebih ceria dan gembira. Jenakanya sentiasa sahaja menghiburkan.

“Awak semua cuma perlu tunggu sampai hujung tahun ini saja. Saya sayang pada masa depan awak semua that why saya tak habis-habis bagi nasihat. Tinggalkan saja niat nak bercouple ni. Tak ada sudahnya. Balik-balik awak semua juga yang akan frust nanti. Ingatlah pesan saya.”
Senyap. Tiada siapa yang berani bersuara apabila Madam Azizah mula memberi motivasi. Yang kedengaran hanya bunyi bising dari aras atas dan blok sebelah. Masing-masing tidak berani membantah atau menyuarakan pandangan. Kalau sekejap tadi, masih ada yang menyampuk tapi kini tidak lagi. Madam Azizah kelihatan serius.
    “Awak semua ada peluang untuik menggenggam segulung ijazah. So please, jangan lepaskan peluang ini.” tambahnya lagi. Hari ini dalam sejarah Madam menyuarakan hal tersebut. Sudah semestinya dia ada terdengar atau melihat perkara yang sudah lama bertapak dan berkembang di sekolah itu. Dia sudah menghidu sesuatu. Selepas ini pasti ada pelajar yang akan ditegurnya. Memandangkan loceng telah berdering, dia mengemas buku-bukunya. Guru yang berumur dalam lingkungan lewat 40-an yang mengajar subjek Matematik Tambahan itu keluar setelah disalami oleh pelajar prempuannya. Dan dalam sekelip kelas menjadi hingar-bingar.
“Kenapa senyap aje ni?”
“Madam sindir aku ke Ila?” Keanehan menjalar di fikiran Syakila. Dia cuba bertanya pada dirinya  sendiri sindiran bagaimana yang dimaksudkan Fazlia.
“Kau perasan tak dia selalu pandang aku masa bercakap tadi. Aku rasa dia tahu pasal Cikgu Hazriq.” Berubah wajah Syakila serta merta. Dia digamit perasaan serba-salah. Patutkah dia membocorkan rahsia yang diketahuinya pada Fazlia? Bagaimana pula nanti reaksi kawannya itu?
“Kau mengarut apa pulak ni? Dia cakap tadi umumlah, yang kau fakir bukan-bukan kenapa?” balas Syakila berbohong. Tidak mungkin dia berterus-terang. Biarlah dia berdosa kerana menipu asalkan temannya tidak berfikir seperti itu lagi.
‘Aku minta maaf Faz, memang Madam dah tanya aku pagi tadi. Dia dah tahu. Tapi aku dah kelentong macam-macam. Kau jangan risau.’
“Aku malulah Ila kalau ada orang lain tahu.” ujar Fazlia jujur.
“Kau malu ada orang sayang kau? Kalau aku, dah aku tayang satu dunia.”S yakila melebih-lebih.
“Bukan itu. Aku tak setaraf dengan dia, dia cikgu. Aku ni apa yang ada?Aku gila Ila.”
“Kau aje yang anggap macam tu. Cikgu Hazriq sendiri tak kisah pasal ni, kenapa kau nak persoalkan? Wei..tolonglah, benda dah lepas.” Syakila bangun sambil mendengus kecil. Dia meninggalkan Fazlia sendiri dan menuju ke luar kelas. Tidak sampai lima minit dia kembali. Dari jarak beberapa meter di belakangnya, cikgu Bahasa Melayu mereka menghayun langkah kemas menuju ke kelas. Berbaju kemeja putih dengan tali leher berbelang serta beseluar slack hitam, cikgu muda itu tampak lebih tampan. Lagaknya bersahaja, namun masih lagi menjadi tumpuan beberapa pasang mata. Tubuhnya tidaklah setinggi Shah Rukh Khan, juga tidak sesasa Salman Khan tetapi masih tetap mampu menjadi igauan ramai gadis.

“Ke mana Ila?” tanya Kartini sebaik sahaja Syakila melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Tandas.” sepatah Syakila menjawab.
“Buat apa?” Fazlia pula bertanya. Dia hairan mengapa tadi Syakila tiba-tiba meninggalkannya padahal mereka masih belum habis berbicara.
“Adalah! Kau orang ni semua nak tahu. Secret okey.” ujar Syakila tersengih. Dia cuba berahsia. Sebaik sahaja dia duduk, Cikgu Hazriq tiba.
“Hensem semacam aje Cikgu hari ini. Ada apa-apa ke?” Faezah yang sedang berdiri di hadapan pintu kelas menegur. Senyumannya yang penuh makna membuatkan Fazlia, Syakila dan yang lain-lain menyampah. Dia memang tidak pernah berhenti meraih perhatian terutamanya golongan lelaki. Fazlia sendiri pernah mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa Faezah menyimpan perasaan terhadap Cikgu Hazriq. Dia juga bertekad mahu mendapatkan guru itu. Dua hari lepas Syakila pernah bertanya akan komennya perihal itu tetapi bagi dia, Faezah punya hak. Dia tidak kisah selagi hal tersebut tidak menyakiti hatinya. Tetapi jika sudah terlalu menyemakkan pandangannnya, dia tidak akan segan-silu melancarkan serangan.
“Saya ada date. Maklumlah, orang hensem…makwe pun ramai.” jawab Hazriq berjenaka. ‘Puji diri sendirilah pula aku ni!’desis hatinya.
“Jangan macam tu Cikgu nanti ada yang marah. Seorang dahlah.” sampuk Saiful.Matanya dilirikan betul-betul pada Faezah, pelajar 5 Sains 2 yang selalu sahaja menimbulkan masalah disiplin. Kebiasaannya, dia selalu tiada di kelas. Ponteng! Sejak dua tiga minggu ini sahaja dia lekat di dalam kelas, sejak kehadiran Cikgu Hazriq!
“Ada yang marah ke? Kenapa tak cakap?”Hazriq masih melayan kerenah para pelajarnya yang sudahpun dia anggap sebagai adik.
“Nak cakap tapi malu, kan Faezah?” tambah Saiful lagi.
“Ha’ah. Tergugat kedudukan dia bila Cikgu sembang dengan Faz.” Satu suara mengusik, menokok tambah kenyataan Si Saiful.
“Kau orang melalut apa hah? Aku sepak kang baru tahu.” Dari riak wajah Faezah yang merona merah, sukar untuk dia menidakkan kenyataan maut itu.
“Ha! Apasal babitkan nama aku pulak?” Fazlia berang namanya disebut.
“Cikgukan sayang kau lebih..” jawab Haniff.
“Mulut kau ni aku ganyang dengan cili baru tahu diam!!” Marah benar Fazlia.
“Sshh..awak semua ni selalu saja bertengkar. Haniff..kalau ya pun nak bergurau, janganlah sampai orang marah.” Hazriq meredakan keadaan yang riuh itu. Hendak tergelak pun ada dia menyaksikan Fazlia dan Faezah dikenakan oleh Haniff dan Saiful. Tidak senang duduk kedua-dua mereka. Hazriq menjalankan proses pengajaran seperti biasa. Tutur katanya yang bersahaja dan sering kali disertai dengan unsur-unsur lawak membuatkan ramai pelajar senang belajar bersamanya. Bagi Hazriq sendiri, masa belajar, kita tidak perlu terlalu serius dan tertekan. Belajar secara relaks dan santai lebih mudah dan berkesan.

Hazriq tersenyum dari jauh tatkala dia ternampak Fazlia menjinjit sebuah beg kertas yang sederhaha  besarnya.
“Mana Syakila?” tanyanya sebaik Fazlia tiba di pondok pengwal.
Cancel. Ayah dia datang ambil, family dia nak balik ke Besut.” jawab Fazlia dengan riak wajah yang keruh. Mungkin kecewa kerana kawan baiknya tiada bersama. Dia mencapai pen yang disediakan dan terus mencatat sesuatu pada buku kawalan keluar masuk pelajar asrama.
“Fazlia tak kisahkan balik seorang dengan Abang?” sekali lagi Hazriq bertanya. Fazlia memandang Hazriq dengan dahi berkerut. Dari awal dia sudah mengagak Cikgu itu akan tersasul akhirnya. Nah! Sekarang terimalah padahnya. Matanya beralih pula kepada pengawal asrama, Pak Cik Zainal. Orang tua itu senyum penuh makna.
“Agak-agaklah Cikgu.” Fazlia berbisik.
“Dengan pak cik pun nak sorok juga?” tiba-tiba lelaki itu bersuara. Dia kemudian melabuhkan punggung di meja yang sama dengan Cikgu Hazriq.
“Sorok apa pak cik?” kali ini guru itu pula yang tersenyum padanya. Dia bingung sendiri.
“Fazlia, inilah Ayah Ngah yang Abang cakap tu.” Hazriq memperkenalkan Haji Zainal kepada Fazlia. Haji Zainal pening melihatkan karenah anak saudaranya yang memang sejak dari dulu suka mengenakan orang sekelilingnya. Fazlia duduk dengan agak kasar tanda protes.
“Sampai hati kenakan Faz! Pak cik pun sama.” Kedua-dua lelaki di hadapannya ketawa. Senang barangkali dapat mengusik dan mengenakan orang.

Fazlia berdebar-debar menugggu respon daripada abahnya. Manakala Encik Harun masih lagi dengan wajah yang serius  memikirkan sesuatu. Sebenarnya sejak petang tadi Fazlia sudah berkira-kira mahu memberitahu abahnya  namun dia tidak punya kekuatan untuk membuka mulut, dia tidak cukup berani. Fazlia berdiam diri, membiarkan Encik Harun berfikir. Anjung rumah tradisional moden yang mereka diami sunyi sepi memandangkan jam sudah pun melewati angka 11. Nazri dan Irfan, masing-masing sudah tidur. Puan Fauziah pula sedang melipat kain di ruang rehat.
“Along pasti Along akan kuat kalau suatu hari nanti dia tinggalkan Along?” soal Encik Harun setelah lama berdiam-diri. Si anak terpana.Dia sendiri pernah memikirkan hal yang menakutkan itu. Sayangnya, dia tidak mengerti apa yang harus dilakukan. Dia cuma tahu dia mahukan Cikgu Hazriq sentasa ada dengannya seperti mana arwah Abang Eri dulu. Kini dia pula berfikir. Angin yang dingin menampar kuat tubuhnya menyedarkan dia kembali. Dia memandang Encik Harun. Sesunggguhnya dia tiada jawapan untuk soalan abahnya sebentar tadi.
“Abah tak akan halang, abah juga tak suruh. Along dah besar, dah tahu bezakan yang baik dan buruk. Yang penting Along tahu jaga diri dan maruah keluarga. Jangan terlalu obses dengan hubungan macam ni, okey. Orang lelaki ni, walau sebaik mana pun, nafsunya tetap ada. Along faham kan?” Fazlia mengangguk tanda faham. Lega benar dengan penerimaan abahnya.
“Jom masuk. Dah lewat ni..” Encik Harun mengunci pintu dan gril sebelum mereka anak- beranak beriringan masuk ke ruang rehat. Udara yang begitu sejuk di luar rumah mengcengkam ulu hati.Sejuknya hingga ke tulang hitam.

Fazlia menyalami tangan Encik Harun dan Puan Fauziah sebelum masuk ke bilik. Sedang dia cuba melelapkan mata, telefonnya berdering nyaring. Ada panggilan masuk.
“Waalaikumussalam, siapa ni?” Fazlia tertanya-tanya siapa agaknya yang berada di hujung talian. Suara itu seakan biasa di telinganya.
“Abanglah. Belum tidur lagi?”
“Oh..ingatkan siapa. Boleh cakap ni maknanya tak tidur lagilah.” balas Fazlia. Kedengaran ketawa kecil di talian. Sungguhnya tidak dia menyangka Cikgu Hazriq yang menelefon. Entah dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya.
“Fazlia ni selalu kenakan Abang. Janganlah serius sangat.”
“Bila pula saya kenakan Cikgu?”
“Panggil Abang okey? Cikgu tu kat sekolah takpelah.”
“Malas..tak biasa.”
“Malas? Kalau asyik malas macam mana nak berjaya?”
“Tak ada kaitanlah Cikgu!
Usikan Hazriq mula mencambahkan benih kemesraan antara dia dan Fazlia. Gadis itu semakin menunjukkan tindak balas yang positif. Hazriq yakin suatu hari nanti dia akan bisa menakluki hati Fazlia walaupun dia tahu gadis itu sukar untuk diselami. Dia juga percaya penyakit misteri yang dihidapi oleh  Fazlia akan dapat dirawat. Dia akan berikhtiar sehabis daya mencari doktor yang terbaik bagi menyembuhkan gadis itu.
“Fazlia..” panggil Hazriq.
“Emm?”
“Abang sebenarnya dah lama sayangkan awak. Dah lama Abang tunggu saat ni.” jujur Hazriq menyatakan isi hati. Fazlia diam tidak terkata. Dia menunggu Cikgu Hazriq meneruskan kata.
Say something Fazlia. Kenapa diam saja ni?” Hazriq kekok. Fazlia seolah-olah mahu menjadi pendengar sahaja.
“Tak tahulah. Aaa..Abang cakap Faz dengarlah.” ujar Fazlia lambat.
“Ha! Boleh pun panggil Abang. Ingatkan dah tak boleh sebut perkataan tu.” tukas Hazriq.
“Tak bisu lagilah.”
“Kalau bisu awal-awal lagi Abang tak called. Fazlia happy?”
“Macam biasa, kenapa?”
Nothing. Just want to know. Apa-apa pun, Abang sayang awak tahu.”
Fazlia ketawa. Meremang bulu romanya tatkala mendengar sekali lagi ucapan sayang dari Cikgu Hazriq. Dia cuba sembunyikan perasaan gementarnya. Sukar untuk dibayangkan bagaimana agaknya jika Cikgu Hazriq mengucapkan kata-kata itu ketika mereka bersua muka. Pastinya dia akan mencari tempat yang paling tersorok untuk menyembunyikan muka. Dulu bolehlah dia beralasan lelaki itu bersepakat bersama Faizol untuk memperdayakannya. Tapi kini?

Bersambung .... :)