Khamis, 8 Mei 2014

Kerana Cinta Klon BAB 5





BAB 5

Fazlia memekakkan telinga mendengar bebelan Syakila. Saat dia muncul di kelas jam tujuh pagi tadi, temannya itu seakan tidak mahu berhenti bercakap. Mulut becoknya seolah-olah tidak mengenal erti penat. Bebelannya yang entah apa-apa membuatkan Fazlia sekadar memasukkan butir bicaranya ke telinga kiri, singgah sesaat di minda seterusnya keluar melalui telinga kanan. Lebih baik kiranya dia menelaah buku kimia daripada menyesakkkan telinga.
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?”
“Dengar..”
“Habis tu, nak maafkan dia tak?” Fazlia memandang tepat ke wajah Syakila. Apa dia tersalah dengar atau Syakila yang tersilap cakap. Lain macam saja kata-kata yang terkeluar dari mulut temannya itu.
“Maaf apa pulak kau ni?” Syakila menepuk dahinya. Rasa mahu saja dia menyiat-nyiat telinga Fazlia.
“Dengarlah konon! Bagi perhatian boleh tak?” Marah Syakila. Sakit hatinya dengan perangai Fazlia yang satu itu.
“Hah, cakap apa dia?” Fazlia berlagak bengang. Salahnya juga tidak bersungguh-sungguh awal tadi.
“Faizol..dia nak minta maaf dengan kau. Dia menyesal cari gaduh dengan kau.”Riak wajah Fazlia berubah serta-merta. Lagi-lagi nama lelaki itu yang menjadi santapan telinganya. Ada sahaja cerita mengenai Faizol yang mahu disampaikan padanya. Memang semua orang di sekelilingnya sudah dibutakan oleh Si Faizol.
Stop it Ila! Aku tak nak dengar..”
“Tapi..”
“Kalau kau sebut nama dia depan aku, maknanya kau bukan kawan aku.” Tanpa berfikir panjang, Fazlia memutuskan begitu. Dia sudah benci mendengar nama Faizol dilafaz berkali-kali oleh insan-insan yang disanyanginya. Benci yang terlalu benci!
“Okey.. Lepas ni aku tak cakap. Janganlah emo sangat. Asyik nak marah aje.”Ujar Syakila. Dia menarik muncung panjang. Fazlia seakan tidak mahu berhenti membenci Faizol.
“Dahlah, aku tak mahu dengar apa-apa lagi, jom kata ke library..Nanti orang ingat kita ponteng.” Fazlia menarik tangan Syakila. Mereka beriringan berjalan menuju ke Blok F. Perpustakaan agak penuh dengan kehadiran tiga kelas pada satu masa. Kedengaran satu pengumuman dibuat. Semua pelajar kelihatan menyepikan diri memberi laluan kepada pengumuman tersebut. Fazlia dan Syakila yang sedang asyik menyiapkan kerja sekolahnya berhenti seketika.
‘Perhatian kepada semua exco pengawas tugas-tugas khas, anda dikehendaki berkumpul di Anjung Jaya sekarang juga.’
Syakila tersenyum demi mendengar pengumuman tersebut. Sedar dirinya adalah salah seorang exco pengawas, dia mengemas semua buku-bukunya, hanya sebatang pen dan sebuah buku nota yang dicapai. Persediaan jika terdapat apa-apa nota penting yang perlu dicatatnya semasa perjumpaan nanti. Fazlia tahu panggilan tersebut adalah berkaitan dengan watikah pelantikan pengawas yang bakal diadakan minggu hadapan. Dia ditinggalkan sendirian. Terkebil-kebil juga dia tanpa Syakila. Rakan-rakan lain bukannya tidak ada cuma dia agak kekok untuk menegur dan berbual tanpa Syakila. Selalunya Syakilalah yang memulakan perbualan sama ada rasmi ataupun tidak. Dia bukan seperti Syakila yang mudah beramah mesra dan bertegur sapa dengan orang lain. Untuk bergurau senda dan bergelak tawa, itu lagi jauh sama sekali.

“Tak baik termenung.. Dah sampai ke bulan ke apa?” Tergamam Fazlia mendengar suara garau yang seakan begitu hampir dengan deria dengarnya. Romantik! Entah milik siapa suara itu. Dia menoleh.
“Apa ni Cikgu? Buat saya terkejutlah. Macam dah tak ada kerja lain.” Bergetar suara Fazlia menahan marah. Walaupun suaranya tidak sekuat mana. Namun dia pasti ada yang terdengar. Tapi lantaklah! Siapa suruh dia diperlakukan begitu.
“Saya memang tak ada kerja lain selagi awak tak terima saya. Please, maafkan saya.” Ujar Hazriq separuh berbisik, tangannya sibuk membetulkan kerusi untuk duduk walaupun tidak dipelawa. Buku Fazlia diambil dan dibelek beberapa kali sebelum memulangkan kembali kepada gadis itu.
“Cikgu..tolonglah. Saya tak nak dengar apa-apa pun. Setiap masa Cikgu asyik ganggu saya, rimas tahu tak! Saya nak belajar Cikgu..Saya rayu Cikgu..tolonglah..” Fazlia cuba menduga dan mencari di mana dan sejauh mana kebenaran kata yang dilafaz lelaki di sebelahnya.
Yup..you have to study. Saya tak halang. But please..percaya saya. Saya sayangkan awak.”
“Hak Cikgu untuk sayang sesiapa. Jangan kacau saya lagi. Saya tak nak ada kaitan lagi dengan Faizol.”
Dalam getar Fazlia mengutarakan kata. Jauh di sudut hati, kata-kata lelaki itu amat terkesan di jiwanya. Seboleh mungkin dia cuba untuk tidak mempamerkan segala riak yang bisa menggambarkan isi hatinya. Dia tidak mahu Cikgu Hazriq tahu akan hal itu. Sama ada benci yang telah sekian lama terpahat atau sayang yang harapnya tidak akan hadir atau apa jua perasaannya tetap dia tidak mahu pamerkan. Biar dia saja yang mengolah segala rasa di jiwa. Orang lain tidak berhak untuk tahu.
“Mulai sekarang saya pun tak ada kaitan dengan dia. Demi awak Fazlia..Saya betul-betul serius sayangkan awak.”
“Terpulanglah Cikgu, saya tak mahu ambil kisah.”ujar Fazlia senada. Muka Cikgu Hazriq  tidak berani di pandang.
“Jangan macam ni Fazlia, kalau awak tak sayang saya, at least jangan benci saya.” Berkerut dahinya, kenapa lelaki ini boleh bicara sedemikian sedangkan dia tidak tahu apa yang tersirat di sebalik perasaan benci yang ditunjukkan.
“Siapa yang benci Cikgu dan siapa yang tak sayang pulak?”Bulat mata Hazriq memandang Fazlia. Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur.Seakan tidak percaya dengan kebenaran suara yang didengar.
Then?” Fazlia menjongket bahu.
“Entah! Saya nak buat kerja Cikgu..” Hazriq tersenyum, sedar usahanya menyemai cinta akan membuahkan hasil yang tak ternilai harganya.
“Awak serius ke ni?” tanya Hazriq inginkan kepastian walaupun dia sejak awal-awal lagi yaki n cintanya untuk Fazlia memang akan terbalas. Cuma cara cintanya dibalas lain dari yang lain.Tapi siapa yang tahu takdir Tuhan? Segala ajal, jodoh dan maut terletak di tangannya.
“Serius apa bendanya Cikgu ni?” tanya Fazlia buat-buat tidak faham.
“Thanks..ni yang saya sayang sangat-sangat ni!” ujar Hazriq gembira. Jujurnya dia tidak pernah segembira ini. Inilah kata orang, usaha tangga kejayaan. Dia memandang gadis disebelahnya. Fazlia hanya membalas pandangan tersebut dengan wajah yang selamba. Tiada kata yang ditutur cuma gerak mata yang menjelaskan semua yang terpendam….

“Kan aku dah cakap! Kau tu yang tak nak dengar, ei..firasat aku tak pernah salah la.”ujar Syakila. Walaupun dia pada awalnya sedikit kurang percaya, namun dia yakin tidak ada sebab untuk rakannya berbohong. Maknanya memang betul sangkaannya sebelum ini, Cikgu Hazriq sememangnya ada hati pada Fazlia. Masakan tidak, setiap masa anak mata lelaki itu tidak pernah lari dari melirik pada temannya itu. Malah kejadian yang berlaku pada petang Jumaat di perkarangan asrama beberapa hari lepas sudah cukup untuk membuktikannnya. Hanya Fazlia yang tidak menyedari atau mungkin juga dia pura-pura tidak menyedarinya. Tapi apapun dialah insan yang paling bahagi saat ini. Pesaing kuatnya telah menjadi hak milik orang lain. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan salam dari seseorang.
“Eh Cikgu..tak balik lagi?” tanya Syakila berbasa-basi.Salam yang dihulur dijawab perlahan sahaja.
“Ada datelah!” jawab Hazriq sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, saya balik dulu Cikgu. Faz, aku chao lu..” Syakila berpamitan.
Fazlia memerhati gelagat pengawas sekolah yang juga merangkap Penolong Pengerusi Kadet Bomba Sekolah. Tidak dinafikan, Syakila memang agak terkenal dalam kalangan guru dan pelajar sekolah. Pengawas itu sudah acap kali mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian ko-kurikulum dan akademiknya. Syakila Marini adalah salah seorang pelajar aktif disekolah, tidak seperti dirinya yang hanya pandai melihat orang kain berkawad.
“Fazlia dah makan?” tidak ada jawapan, hanya gelengan kecil.
“Kita makan kat luar nak? Abang belanja...” cadang Hazriq.
‘Hai, baru aje kenal berabang-abang. Betul tak mamat ni?’
“Saya janji dengan Abah, dia jemput saya hari ni. Cikgu ni sihat tak?” soal Fazlia,dia kelihatan serius. Sekali lagi senyuman Cikgu Hazriq mendetakkan jantungnya dengan lebih laju.Lelaki itu seakan menganggap kata-katanya sebagai gurauan.Tidak pernah dia kisah dengan kata sinis mahupun pedih yang dituju padanya.
“Of course saya sihat..kenapa?” soal Haziq kembali.
“Dah tu siap bahasakan diri tu abang apasal?”
“Saja..saya nak awak panggil saya abang. Saya tak nak dengar lagi panggilan lain, bolehkan?” Fazlia menjeling. Dalam masa yang sama dia mencebik. Cikgu Hazriq memang mengada-ngada!
“Eh! suka hati sayalah nak panggil apa..cikgu ke, abang ke, sayang ke..mana boleh suruh-suruh..” marah Fazlia perlahan.
“Fazlia ni garanglah. Panggillah apa pun, abang tak kisah sayang.”balas Hazriq dengan niat mahu mengenakan gadis yang menjadi pujaan hatinya sejak beberapa bulan yang lepas.
“Cikgu ni tak tahu malu eh?”
“Dengan awak je, orang lain tak..”
“Yelah tu..saya nak baliklah.Abah tengah tunggu.” tukas Fazlia cuba meloloskan diri daripada Cikgu Hazriq kerana setiap saat lelaki itu tidak lepas dari mencuri pandang wajahnya. Dia malu diperlakukan demikian.
“Eh, nantilah! Kan panas ni..” sekat Hazriq. Bukan niat mahu menghalang cuma tidak mahu Fazlia berpanas. Demamnya masih belum sembuh lagi..


bersambungg ...:)



2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.