Selasa, 22 Julai 2014

Puteri.. Dia Suami Nur ! (PART 5)




Usai mengemas meja makan, aku dapatkan Zara di ruang tamu. Masih bertudung lagi dia. Elok menjaga auratnya di depan abang ipar. Aku halakan segelas air kosong untuk dia makan ubat. Dahinya aku sentuh. Sudah kurang panas. Alhamdulillah.
"Kak gaduh dengan abang Megat eh?" Soal Zara tiba-tiba. Dia yang sedang baring berselimut nipis memandng aku ibarat mahu aku jawab soalannya itu sepantas mungkin.
"Kalau namanya rumah tangga kan Zara, kalau tak bergaduh tu, tak normal tahu. Tengok cerita P. Ramlee kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula akak dengan abang Megat awak tu"
Zara ketawa kecil.
"Dah makan ubat ni.. lepas tu boleh masuk bilik sembahyang Isyak dan terus tidur. Kalau nak apa-apa panggil akak"
Aku menyuakan gelas pada Zara. Alahai. Kesian pula adik aku ni.. pucat mukanya. Langsung tak bermaya. Tulah, belajar tak ingat dunia sampai lupa nak makan. Kalau aku dulu, huishhh... Selagi tak makan, selagi tu tak boleh nak belajar. Perut harus diisi bro!  Mana boleh buat kerja masa lapar. Tidak ketahuan nanti kerjanya!
Zara meneguk air sejurus ubat bulat sebesar kuku itu ditelannya. Aku pulak yang bekerut dahi. Pahit! Ni kalau aku yang sakit ni, sorry to say lah. I tak makan ubat-ubat ni. I lebih rela di cucuk. Hehehhehe..
"Abang Megat pesan tadi suruh bagi ni kat akak"  Zara mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna hitam. Aku senyum pahit sambil menyambut huluran Zara.
"Akak gaduh eh?"
Aku geleng kepala.  Kotak hitam itu aku letak di meja.
"Jom masuk bilik. Rehat!" Selimur zara aku rungkai. Badannya aku cuba bangunkan.
"Akak ni kan suka berahsia dengan Zara.  Ceritalah dengan Zara. Mana tahu zara boleh tolong"
"Awak tu demam Zara oii.. dah! Jangan cakap banyak. Jom!" Malas aku mahu layan Zara bertanya. 'Kurung dia dalam bilik lagi senang kerja.' Heehee. Demam pun masih nak korek rahsia orang. Ishhh..
"Sweet la Abang Megat ni. Tadikan, masa dia suruh bagi hadiah ni kat akak, dia pesan suruh cakap kat akak yang dia sayang akak sangat-sangat." Zara menyambung lagi. Bukan dia tak tahu Si Zara ni kamceng dengan suaminya.
"Yelah tu Zara.. Jangan-jangan awak saje nak mainkan akak."Aku cuba menduga. Mana tahu Zara sekadar mahu kenakan aku. Budak ni bukan boleh harap sangat. Masih ingat lagi dulu semasa aku mengajaknya temankan aku keluar membeli persiapan untuk berkahwin. Dia tinggalkan aku terkontang kanting degan Megat Zamani. Punyalah kekok aku masa tu. Mana taknya, sepanjang aku kenal dengan Megat Zamani tak pernah aku jumpa dengannya berdua. Malah berjumpa pun hanya dua kali secara tak sengaja dulu. Tup tup si dia masuk meminang. Aku istikharah seminggu dua, lepas tu macam jawapan pun positif, aku setuju sajalah. Mak ayah pun tak ada apa-apa halangan.Yeayyy! ! boleh kahwin sudah! 
"Betul kak.. Abang Megat yang suruh bagitahu. Jangan la gaduh-gaduh kak nanti Zara yang tak selesa tau."
Aku berkerut dahi. "Kenapa?"
"Yelah, akak dengan abang bergaduh, sorang utara sorang selatan. Zara tak tahu nak pergi mana. Nak borak dengan Abang Megat lama sikit takut akak merajuk dengan Zara pulak. Nak borak dengan akak, nanti kesian Abang Megat berbual sorang diri. Haissshhh..."
"Eh eh Zara ni. Macam tu pulak zara fikir ya."
"Zara cakap betul la."
Aku tersenyum. Takda maknanya aku nak merajuk dengan Zara kerana hal seremeh itu. Hahaha. Poyolah si Zara ni.

********************************************************

Aku buka kotak hitam yg di beri oleh Zara. Ada sekepjng kad di dalamnya. Dan ada sebuah pen berjenama !
'Nur sayang.. i'm really sorry for what happend thing morning. I lost my control. I'm really sorry ya sayang.  I love you ! I love you !'
Korang yang baca kisah aku ni jangan muntah hijau eh. Suami aku memang kalau tiba masa dia, romantik dia mampu buat orang naik menyampah. Tapi aku suka ! Hehehe. Payah tau nak dengar dia ucap I LOVE YOU. Heavennya rasa... Aku senyum kambing.
Sebelah kiri kad tu pula ada pesanan.
'Nur sayang.. Pen baru untuk Nur. Pen kilometrico Nur hilang kan? Ni abang ganti yang baru ya. ? Jangan marah abang ya?'
'Sooo sweet abang...' aku berkata-kata dalam hati.. Puji suami sendiri la pula. Eh eh.
Tiba-tiba pintu bilik di kuak. Macam biasa suami kesayangan aku tak pernah tak hensem. Sentiasa kacak! ! Aku buat muka biasa. Hadiah tadi aku simpan di meja lampu tidur.  Aku hargainya. Aku capai buku Sebarkan Bahagia tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan baring di katil. Aku lihat suamiku memerhati setiap langkah dan pergerakan aku. Dah kenapa pula abang ni. Haishhh... Aku sebenarnya masih dalam mood tidak puas hati dan merajuk kerana di tengking siang tadi. Aku pura-pura khusyuk membaca. Dalam hati sudah memasang niat untuk tunggu dia menegur. Lepas tu, aku akan lupakan perang dingin tadi.
Dua minit menunggu dia masih senyap dan hanya memerhati. 3 minit... 4 minit... 5 minit... Air mata seolah-olah mahu keluar sudah. Penat jiwa bila terpaksa menahan rasa. Lantas aku katup buku tebal yang aku baca itu, dan masukkan badan dalam selimut. Lampu meja aku tutup.
"Nur tak nak maafkan abang?" Tiba-tiba Megat Zamani bersuara. Aiii.. boleh pulak buka mulut laki aku ni.. tadi bukan main membisu. Aku cuba beri senyuman. Tak baik bermasam muka dengan suami. Eh.. bukan tadi aku masam jugak ke? 'I'm sorry too abang'
"Tak marah dah. Tunggu abang tegur je" aku luah apa yg dirasa.
"Abang tension sikit dengan masalah kat office. Sorry ya sayang?"
"Okey no problem. Jom tidur." Ujarku ceria. It shuold be like that. Kalau aku simpan dalam hati, alamatnya kemanisan dalam rumahtangga tu hilang. Boleh saja aku lupakan moment pahit tadi asalkan suami tidak mengulanginya. Lagipun mana pernah dia melayanku begitu. Mungkin benar dia ada masalah di pejabat. Dan untuk apa aku menambah masalahnya. Walaupun jauh di sudut hati masih ada persoalan lain; biar sahaja dulu. Nanti-nanti pun aku boleh tanya.
Sang suami menarik tangan aku dan diletakkan di dadanya.
"Nur, Nur tahu kan abang sayang Nur. Pasal tadi tu abang sumpah abang tak sengaja. Abang mengaku salah, dan abang minta maaf ya sayang". Romantik kedengaran ! Ni yang buat aku melting ni Abang Megat oii..
"Abang.. Nur tak simpan dalam hati. Nur maafkan abang. Let forget about it okey." Aku beri senyuman paling manis. Semut pun tak tahan dengan kemanisan senyuman aku.! Over !
"Thanks sayang.. "
Megat Zamani menarik aku dekat dengannya. Dahi aku di cium lembut.
"Kita tidur awal, malam ni bangun ya. Kita solat sunat sama-sama. Dah lama tak bangun malam kan?"
Aku mengangguk. Bertuahnya diri.. Nyata, suamiku masih lagi menyayangiku macam biasa. Mungkin aku yang terlalu berdrama..hehehe.
"Kalau abang bangun dulu, kejutlah Nur." ujarku tersengih. Mungkin suamiku pun dah masak dengan perangai aku yang susah nak bangun tengah malam. 
"Tak de hal. Kicik punya hal tu sayang." 
Bahasa Bangla pulak ye suami aku guna. hihihi. Sejak bila belajar pun aku tak pasti. Begitulah perangai Megat Zamani. Gemar mengusik aku. Perangainya yang satu itu memang tak berubah sejak mula-mula aku kenal dia lagi. Tapi kadang-kadang takut juga aku dengan sifat mudah mesra dia tu. Kat luar sana macam-macam dugaan. Aku takut dia tak mampu menepis. Dia lelaki cukup lengkap berpekej. Aku yakin banyak mata yang memandang dia..

Dan setiap kali aku fikirkan hal itu, aku cuba lakukan yang terbaik untuk menjadi isterinya. Aku tak mahu kehilangan dia. Megat Zamani; sejak lafaz akad nikah dulu, dialah nyawa aku...

********************************************************* 

Bersambung...
Part 1, 2, 3 dan 4 sila lihat di sidebar. :)
Happy reading and sorry banyak typo. hehe

2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.