Ahad, 17 Ogos 2014

Kenapa Aku Pilih UniSZA ?


ASSALAMUALAIKUM...


 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dahulu UniSZA dikenali sebagai KUSZA (Kolej Sultan Zainal Abidin), terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira 30 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan 10 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Dah lebih setahun nik tinggalkan UniSZA.. Rasa rindu dengan suasana UniSZA. Dan for sure, suasana ni hanya dapat uolls rasa sendiri kalau pergi sana. Lain dari yang lain. UniSZA ada aura tersendiri. :) 

Btw, result budak-budak STPM dah keluar 12 ogos hari tu kan? So how? friends kat fb ramai duk update status dapat sambung belajar. Tahniah untuk korang. Dan pada yang  tak dapat tu, jangan putus asa, itu bukan pengakhiran hidup korang okey. Banyak lagi peluang dan kesempatan lain. Jangan terlalu set your mind, bila tak dapat UPU, then its the end of your life. Jangan ye sayang. :)

Okey.. those who yang dapat UniSZA tu, tahniah untuk korang ya. Jangan risau akan mulut-mulut yang mengata...  
"UNISZA?tak pernah dengar pun. takyah la."  
"UNISZA tak femes la."  
"UNISZA? tak setanding u lain la wei." 

Satu yang nik nak pesan kat korang yang dapat Uni kesayangan nik ni, abaikan mereka. Kalau korang dah dapat sini, dan ni satu-satunya pilihan yang ada, korang teruskan. Jangan pandang belakang lagi. Pengalaman setahun di UniSZA, banyak ubah dan sedarkan nik menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni, opss... nik bukan kata nik baik, cukup sempurna, tapi at least, better than before. 

Memang ramai yang tak tahu pasal UniSZA. Dan ramai yang memperlekehkannya. Its like you don't know a person, then you just condem he/she? How could??? Okey korang, meh sini baca dan hadam betul-betul sebab kenapa korang patut pilih UniSZA sebagai tempat belajar korang. Btw, point-point nik nik copy dari salah seorang student UniSZA. 5 tahun beliau study kat Uni ni, start dengan dip and terus sambung degree sana jugak. Syukran atas perkongsian beliau.

1) Suasana yg aman.....jauh hiruk pikuk kota dan bunyi bising. Kalau nak study dan belajar dalam kuliah korang akan rasa aman dan nyaman serta tenang..Boleh pergi study kat student hall yang kalau waktu petang terasa amat dia punya angin sepoi-sepoi bahasa.

2) Unisza daripada kusza.. asal usul unisza korang boleh google, yang pasti unisza ni asalnya dulu adalah kusza. Dan ramai lepasan kusza yang grad menjadi ulamak dan ustaz, ustazah.Insyaallah unisza adalah tempat belajar yang mempunyai aura keberkatan daripada mereka.
3) Senang dapat kawan..ukhwah kat UniSZA sangat kuat. student di sini cepat mesra dan mudah untuk bergaul,tidak sombong..senang nak buat kawan. Tolong menolong dan mcm2 lagi.
 
4) Pensyarah yang sporting.. unisza mempunyai pensyarah yang sangat-sangat sporting..kebanyakan pensyarah kat sini senang diajak berbual walaupun di luar kuliah dan di luar unisza.... smpaikan pensyarah ada yg suka belanja studentnya makan..hehehe..nak drop atau nak blacklist pelajar pun mereka tak sampai hati...sentiasa memberi peluang untuk student berubah... 
5) Baju kurung...student2 unisza ni DIWAJIBKAN memakai baju kurung bagi student perempuan..tapi sebenarnya, taklah sampai wajib tahap memang wajibbb, asalkan menutup aurat dengan sempurna. itsokey...even non muslim pun ramai jugak pakai.. malah ada di antara mereka pakai jubah! nampak tenang dan sejuk mata memandang. And, nik harap sangat unisza keluarkan peraturan ketat kena pakai baju kurung. Sebab bila peraturan tu longgar, akan adalah yang pakai jeans ketat, baju sendat. Serius, benda ni akan jatuhkan imej UniSZA.!

  suasana masjid unisza waktu malam.. cantik kan?
6) Program keagamaan..di unisza ni banyak sangat buat program-program berunsur keagamaan..Yang nik perasan, fakulti Kontemporari Islam la. mereka tak pernah lekang dengan program sebegini, bermanfaat untuk semua. Dan selalunya freelah. huhuhuhu.. Terpulang pada kita nak cari makanan hati atau tak kan?  Sebagai orang Islam, nabi menggalakkan kita pergi mendalami dan mendengar ilmu agama.. kan??
7) Asrama baru.. Asrama baru unisza adalah asrama yang terbaik daripada ipta yang lain..sangat selesa,luas,mempunyai kemudahan dan keperluan telah disediakan..asrama baru macam apartment tahu. siap ada ruang tamu, ruang dapur..boleh memasak.hehe.Kalau blok lama pun tak kurang hebat tau..sebab kat blok lama suasana lebih meriah dan ukhwah mereka lebih rapat sebab kedudukan bilik yang bersebelahan sepanjang satu level..

8) Kenderaan sendiri..part ni paling best! student unisza boleh bawak kenderaan seperti motor,kereta, dan sebagainya.Lori? pun boleh! hahaha.. walaupun student tu masih lagi sem 1, korang dah boleh bawak kereta sendiri..dan student unisza ni jugak ramai yang buat perkhidmatan kereta sewa..so,nak pi mana-mana senang je..dah payah sewa kereta luar..

9) Unik..Yang uniknya unisza ni korang boleh berjalan di atas bumbung kalau nak pergi kuliah..jalan atas bumbung? nak tahu macam mana, kena p unisza lah!.hehehe..unisza ada, ipta lain ada?? Lagi satu, korang yang tak pernah merasa banjir tu memang berpeluang merasainya di unisza ni..

 ni unisza masa banjir, dekat blok baru. Nak pergi kuliah payah la sikit. tapi serius heppening kalau time2 banjir kat sini. main air dengan roomate, classmate... hhihiho.. kan dah terimbau memori lama!

10) Berdekatan dengan PANTAI !! korang boleh layan kepala di sana untuk hilangkan stress akibat terlalu banyak belajar dan sbgainya..masyaallah, bagi penggemar pantai macam nik ni, memang sesuailah sanagt tau! Sambil2 tu makan udang celop tepung, sotong celop tepong, ikan pari, kopok lekor, dAn pelbagai lagi makanan ganu yang korang boleh pilih. 

11)LIBRARY yang best.. bagi sesiapa yang jenis ULAT BUKU tu, kita ada  library yang beroperasi sampai malam tau.. korang boleh baca sampai muntah kat situ..LIBRARY unisza ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik perbincangan, komputer PC lebih 30 biji, dewan, lif pun ada tau, library kita ada 3 aras(tingkat)...kalau korang nak buang lemak, guna la tangga..hehe air cond confirm sejuk, tambah-tambah lagi kalau malam. Digalakkan memakai jeket, sweater atau sewaktu dengannya okey. :P
13)HOSPITAL sendiri.. InsyaAllah, tak lama lagi unisza bakal ada HOSPITAL yang akan dibangunkan dalam kawasan unisza sendiri..akan ada padang kawad dan macam-macam lagi... tengok la dalam 3-5 tahun lagi, pasti Unisza akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan IPTA2 yang femes.. insyaAllah...

See.. ni baru sikit yang dapat nik konsikan. Actually, banyak lagi benda menarik kat sini. Tapi uolls semua kena pegang pada benda ni satu je, setiap ipt ada baik dan buruknya..kita(korang la, nik dah jadi ex) sebagai mahasiswa kena menaikkan nama ipt kita, bukannya menjatuhkan.okey??

Dan kat mana u pun yang kita dapat.. bersyukurlah.Apa yang Allah dah aturkan adalah yang TERBAIK buat kita.Ada hikmah disebalik yang terjadi.. wallua'lam..


Selamat belajar :)
Kredit pada pemilik FACEBOOK ini kerana sudi berkongsi pandangan beliau.

31 ulasan:

  1. Part stress pegi pantai tu plg bez

    BalasPadam
  2. aaaa.... rindu nak balik unisza :')

    BalasPadam
  3. wah mcm best je yang part banjir tu. saya dpt tawaran ke uniSZA. erm makanan die mcm mane ek? murah ke? sedap ke cafe?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. memang best ! Best main air. Makanan alhamdulillah.. sepanjang sy kat sana okey jugaklah. Harga tak mahal x murah..

      Padam
  4. Tahniah kak.in shaa allah saye pon akan menjadi warga unisza.

    BalasPadam
  5. hai,,, sy pun student unisza.... :)

    BalasPadam
  6. salam..nk tye ni,pelajar yg baru daftar pon boleh bawak kenderaan sendiri ke??

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Nak tanya,kalau ambil asasi dekat unisza ni,kalau nak sambung dekat U lain untuk degree boleh ke? Ke dia macam unimas,kena sambung dekat unimas jugak. And,dia ada guna upu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Rasanya kat unisza cuma ada pengambilan tuk dip and degree je.. mungkin master pun dh ada skrg. Asasi akak tak pasti. And kalau ada pun rasanya kena smbung degree kat situ jugak..

      Padam
  8. Assalamualaikum akak :) hehe kalau akak tak keberatan, boleh tak akak listkan sikit2 barang2 yg perlu masa kt asrama, orientasi, majlis, dan utk ke kuliah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam.. kalau kat asrama. Bwk semualah kelengkapan tidur tapi tilam bantal disediakan, mandi.. bwk jajan jugak sikit tau.. manatau lapar mlm2...

      Masa orientasi lak.. baju kurung dgn t shirtlah. Bykkan bju kurung pun xpa. G kelas nanti pun pakai bju kurung.

      Padam
  9. Assalamualaikum akak :) hehe kalau akak tak keberatan, boleh tak akak listkan sikit2 barang2 yg perlu sepanjang masa orientasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam..Baca kat komen atas ye dik.. tahniah dpt masuk unisza..

      Padam
  10. ada sesiapa yang ambik asasi sains dan perubatan uniSZA untuk tahun nie??cer reply skit..huuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa.. kena tunggu sape singgah entry ni lah. Nak jwb pun akak tak reti sgt.

      Padam
  11. amek kos ape?Nak tanye kalau sy diploma dari ipts and nak smbung degree engineering kt unisza agak2 ok tak...hmm still konfius antara unisza dgn uthm....hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya sy ye? sy dulu degree accounting. dapat offer degree engineering kat unisza ke? saya tak berani nak bg cdgan dari segi pemilihan kos. maaf ye. mungkin boleh reffer pada yg lebih tahu. tapi yang boleh sy ckp, persekitaran unisza seronok.

      Padam
  12. amek kos ape?Nak tanye kalau sy diploma dari ipts and nak smbung degree engineering kt unisza agak2 ok tak...hmm still konfius antara unisza dgn uthm....hahaha

    BalasPadam
  13. assalamualaikum akak.. unisza boleh pakai purdah atau niqab tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam.. ye boleh. takde masalah setakat ni.

      Padam
  14. assalamualaikum akak.. unisza boleh pakai purdah atau niqab tak ?

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak..saya nak tanya.Dekat unisza ada mesin atm tak?Kalau ada,untuk bank apa je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam.. ada. zaman akak dulu ada bank islam. dulu katanya nak tambah mesin atm lagi.. tapi tak pasti sekarang dah tambah ke belum

      Padam
  16. Slm, brpa kos yuran pengajian Islam Quran & sunnah di UniSZA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam.. pasal yuran kena refer portal unisza lah kot.. sbb lain kos lain yurannya. rasanya yuran pun barubah dari masa ke masa.. https://www.unisza.edu.my/index.php?lang=en

      Padam
  17. Assalamualaikum kak nak tanya boleh je kan kalau lebihkan jubah dr baju kurung ? hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam.. boleh takde masalah. pakai jubah lagi selesa kan?

      Padam
  18. Assalamualaikum, boleh pakai niqab atau purdah tak ya ?

    BalasPadam
  19. Bila tengok gambar asrama kena banjir tu, teringat kembali kenangan belajar di kusza 1998-2001. Rindu rasa nak melawat bilik yg pernah diduduki..rindu kawan2 seperjuangan yg telah membawa haluan masing2...😢

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.