ASSALAMUALAIKUM...
GAMBAR FB RAHSIAPERKAHWINAN |
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat
berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada
waktu pagi dan malam.
2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat
diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang
mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan
mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa
penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana
dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak
21 biji setiap hari.
3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat
diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia
diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,
badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan
mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar
masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah
halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti
sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Selamat beramal korang :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.