Jumaat, 24 Oktober 2014

Jenayah.

ASSALAMUALAIKUM.

Hampir setiap hari nik terima kes-kes jenayah yang di kongsikan oleh kawan-kawan dari group wassap(macam inspektor polis pulak siap terima kes). Macam-macam jenis jenayah. Dari yang sekecil-kecil hingglah pelbagai kes pembunuhan dan penculikan.  


Dah lama sebenarnya kes jenayah ringan mahupun berat ni menular di negara kita. Tapi sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi. Manusia jadi makin rakus ! Hilang timbang rasa dan perikemanusiaan. Hilang adab sopan dan jati diri. Hilang pedoman dan pegangan hidup! Hilang sifat kerohanian!

Perrghh.. bercakap kalah abg Mazidul Akaml Sidek dan Kamal Affendi kan? Serius weh.. apa yang nik tulis ni lahir dari hati. Yang teramat risaukan keselamatan sendiri dan insan-insan tersayang. Bayangkanlah, hari-hari keluar rumah pergi kerja, rasa macam dup dap dup dap je. Takut! Jalan pun lajuu semacam. Pandang kiri kanan takut ada orang ikut. Dalam beg letak pisau kecik(pisau yang 20 sen satu tu; yang guna buat asah pensel masa zaman sekolah) sebagai langkah berjaga-jaga.. 

Kalau kat luar rasa tak selamat sangat dah sekarang. Macam-macam boleh berlaku. Bila-bila je. Memang kena berhati hati sentiasa. Kes ragut, rogol, curi, bunuh dan macam macam lagi. Setiap hari kita baca dan dengar. Ada kes berlaku terlalu dekat dengan kita. Seram sejuk bila dengar. Yang paling latest ni baca pasal kes rompakan.  Bukan di kedai emas atau bank; tapi di rumah. Mangsa kena tetak teruk kerana melawan. Alhamdulillah umur dia masih panjang. Tapi yang menjadi persoalan, berani betul penjenayah sekarang kan? Langsung tak takut dengan hukuman dunia apatah lagi akhirat. Tetak orang macam biasa je. Bunuh orang macam bunuh nyamuk. Nyawa sesama manusia bagi mereka seolah tak de nilai . Kenapa boleh jadi macam ni ? 

Siapa yang bersalah sebenarnya?  Nik tak mampu nak jawab secara ilmiah. Tapi nik betul-betul berharap akan ada jalan penyelesaian untuk semua ni one day. Tak nak kes jenayah di negara kita makin teruk. Kesian generasi akan datang ! Duduk di rumah pun takut.

Berbalik pada diri masing-masing.  Kalau ada masalah, kalau tertekan.. please do something sebelum ianya melarat dan membawa masalah pada orang lain. Kita boleh cegah jenayah daripada berlaku. Kepada mereka yang terniat untuk lakukan jenayah, please.. tolong fikir dua kali. Tolong fikir kesan dan akibatnya. Kalau korang tak sayang diri korang, tolong fikirkan mangsa tu. Jangan letak "masalah" yang korang miliki pada orang lain pulak. 

Kepada mereka yang dah terjebak, selagi hidup.. Allah buka pintu taubat. Tak semestinya anda jahat dan buruk hari kelmarin, anda akan jadi begitu selamanya. Sesiapa sahaja boleh berubah. Kesianlah pada masyarakat kita. Kesianlah pada anak cucu kita nanti. Hidup dalam ketakutan. 


Sekian sahaja.
Salam keamanan dari insan pencinta damai. 

Ps: Jom amalkan "bismillahitawakkaltua'lalla" sebelum keluar rumah. Semoga Allah lindungi kita.

Ps sekali lagi: Ini bukan blog risikan jenayah, penyiasat persendirian atau web pdrm. Sekadar berkongsi rasa dengan mereka yang sudi membaca.



7 ulasan:

  1. Berhati hati ketika diluar..sentiasa alert dgn keadaan sekeliling..

    BalasPadam
  2. Cantik slogan tu.... Jenayah, segerun nama.... Hehehe apa apa pon berhati2 n tawakal padaNya

    BalasPadam
  3. btl tu nth cmne la zaman akan dtg ye? risaunya rsa keadaan ank2 nt :-(

    BalasPadam
  4. memang sekarng pasal isu kecil pun dibawa gaduh,lepas tu bila tak dapat control emosi, bunuh. adik beradik ke jiran tetangga ka saudara mara dah tak kenal asalkan hati puas.

    BalasPadam
  5. didoakan supaya kita tidak menjadi mangsa jenayah

    BalasPadam
  6. semoga negara kita bebas daripada berlaku kes jenayah

    BalasPadam
  7. betol tu Nik. zmn skrg ni mana2 pon rasa x slmt dah :'(



    salam kenal,
    ana-mizu.blogspot.com

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.