Jumaat, 31 Oktober 2014

Oktober Wrap

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi dan Salam Jumaat korang. Hari ni hari last untuk bulan Oktober!!! Huhuhu. Dua bulan lagi masuk tahun 2015. Insyaallah kalau panjang umur dapat kita jumpa dengan 2015. Ihiks...



Tak banyak perkara yang berlaku pada Oktober kali ni. Tapi setiap kali oktober datang, nik orang yang paling excited sebab 25 Oktober dan 17 oktober adalah birthday kesayangan nik.. hahaha. Sayangnya, kami jauh; tak dapat nak sambut bersama-sama. Calling calling je la jawabnya. Btw, happy birthday both of you. You guys know i love you all so much right. ..muehehhe. semoga korang berdua di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang berpanjaan serta sentiasa dalam lindungan Allah.. Aminnn..

28 oktober pula, nik hadirkan diri untuk exam di Pejabat Pentadbiran Negeri, di Sepanggar. Exam apa? Ada nik ceritakan di entry "exam mood" ni. Alhamdulillah.. lega rasanya bila dah lepas exam ni. Rasa syukur sangat sebab tak ada masalah semasa menjawab tu. Walaupun boleh buka buku tapi gementar tu tetap ada.

Lepas tu masa awal bulan nik pergi ke Labuan. Makan angin orang kata. So memang pergi makan angin jela... hikhik. Pergi 29 november balik 1 oktober. Dapat kenal tempat orang, memang nik suka. Tambah lagi nik ni jenis yang suka berjalan. Aidiladha hari tu pulak nik tak balik kampung juga. Sob sob. Taklah sedih sangat kan sebab nik plan awal Disember ni nak balik kampung. Tapi belum beli tiket lagi.. huhuhu.

Bulan Oktober ni juga kita sambut Awal Muharam kan? Bermula tahun baru dalam kalendar islam. Semoga tahun baru ni nik jadi manusia yang lebih baik dari sebelum sebelum ni.. Amin..

Okeyy.. thats all about Oktober dari nik. 
Say Hi to November. 👋👋 


11 ulasan:

  1. betul , kejap je masa berlalu. Wah nk jalan2 di Labuan. Cantik dan bersih tempat dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. memang rasa cepat je.
      Hehehe. Nak ke Labuan, moh la ke Sabah dulu.

      Padam
  2. Exam ?? Mudah-mudahan Nik berjaya..InshaaAllah :-)

    BalasPadam
  3. bulan 10 mama berlalu begitu je dear.. bulan sedih...

    apapun, blog ini mama senaraikan dibloglist mama... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai mama.. be strong. Kami sentiasa ada menyokong mama.. :)

      Terima kasih mama.

      Padam
  4. Tak terasa masa berlalu, kan Nik??
    Sy doakan niat Nik yg baik tu terlaksana...

    BalasPadam
  5. Salam kenal..hi dear
    Sekejap je kan dah november..tak terasa..
    In shaa
    Allah..sama2 kita berubah kearah lebih baik

    BalasPadam
  6. Cepat je masa ni berlalu..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.