Sabtu, 1 November 2014

Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral

ASSALAMUALAIKUM.

Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral di seluruh negara. Semua orang asyik bercerita pasal Mangga Asam Boi ni. Kat tempat kerja nik pun tak terkecuali. Siap ada yang nak order kat seller internet. Fuh.. laris terlajak lariss ni! 

Amacam.. kalau terasa nak makan buat je tau. Kalau beli macam tak berbaloi.  Tapi kalau takde mangga memang kena order dengan orang la.


Nik macam biasa.. sentiasa tertinggal kereta api. Orang dah puas makan baru nik nak cuba Jeruk Mangga Asam Boi ni. Nak tahu la jugak sedap setara mana rasanya. Kat sana sini orang duk pung pang bagitahu sedap tu. Ambe nak la try test jugak. 

Dengan tekadnya, nik ajak kawan nik pergi ke Pasar Philipine kat KK tu semata mata nak beli mangga dan lada burung nak buat Mangga Asam Boi. Fuh.. duk menaip pun kecur air liur. Jangan tak tahu, nik ni hantu asam. Yang masam-masam semua nik telan. Rilek and steady katanya adik bongsu. Hehhehe

Dah lengkap semua barang.. Apa lagi.. mulakan prosesnya la. Tak susah pun nak buat mangga asam boi ni korang. Campak-campak. Done! Tapi kena sedia kan barang-barangnya la. So korang kena ada:

MANGGA
ASAM BOI PUTIH
LADA BURUNG
GULA GARAM

Tu je. Resepi mangga asam boi ni paling simple dan senang la nak buat. Nak bubuh banyak mana?? Terpulang. Kalau nak masin boh la 5 sudu garam. Errrrrr?????!?!??!?! Secukup rasa la korang. Siap semua masukkan dalam peti ais. Then. JERUK MANGGA ASAM BOI korang SIAPP!! Kalau nak resepi yang kebabom sila rujuk entry blogger ni.

hehehe. 
Selamat mencuba.. ^_^

22 ulasan:

  1. Wahh sedapnya..terliur nih. hehe :)

    BalasPadam
  2. memang viral habis..buat air liur melilih je

    BalasPadam
  3. memang senang sangat nak buat jeruk asam boi ni kan...cuma ikut rajin ke malas je...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Kalau malas benda paling senang pun jadi susah.. kan mama?

      Padam
  4. haish.. macam sedap...
    asek tengok gambaq ja nih...
    mangga tak jumpa lagi...
    mempelam ada lah... huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari tuh.. try lah buat guna mempelam.. test rasa dia mcm mana dulu.

      Padam
  5. kedondong adalah kat kebun , tukar dengan kedondong/amra boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kot awak.. sebab ada yang buat guna buah epal hijau.. trylah dulu mana tahu rasa dia ngam.

      Padam
  6. Aimi dah lama nak makan tapi tak beli beli pun -.- Tapi teringin. Haha

    BalasPadam
  7. Haah Diana.. nik rasa buat sendiri lebih baik. Boleh beli mangga banyak2,.boleh buat berbalang-balang.

    BalasPadam
  8. Buatlah yunk.. huhuhu.. kalau beli rugii..

    BalasPadam
  9. uit..sedapnye..memang glamer betul jeruk mangga asam boi ni..buat sendiri memang berbaloi..apa je modalnye kan..kompem mangga naik harga la ni

    BalasPadam
  10. kecur dengar jeruk mangga assamboi ni, macam2 rasa ada, masam, manis, pedas...itu yg sedap sangat tu...

    BalasPadam
  11. memang sedapppp...kita pun lambat tapi takpe asalkan buat jgk hehe

    BalasPadam
  12. bak satu bekas.

    tolong hantar ke banting. leh?

    BalasPadam
  13. tulah..wife semalam baru tapau satu balang..seddap jgk..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.