Jumaat, 13 Februari 2015

Kehilangan Besar.

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam kita di kejutkan dengan berita sedih, Tuan Guru Nik Aziz telah pergi mengadap Pencipta. Innalillahiwainnarojiun... sebak sungguh bila dapat tahu. Geng group wassap KBBA Borneo yang bagitahu.. Masa mula mula nik macam tak percaya. But it was the truth. 

Dan nik telah kehilangan seorang agamawan dan ahli politik yang nik paling sayang dan hormat. Dan Malaysia juga telah kehilangan seorang ulamak yang begitu zuhud dalam kehidupannya. 

Tiba-tiba nik terfikir..macam manalah selepas ni,, Tok Guru dah takde. 

Tapi lumrah..setiap yang hidup pasti akan mati. 12 Februari 2015 tok guru pergi mengadap Ilahi. Esok lusa, mungkin kita. 

Semoga roh almarhun Tok Guru dicucuri rahmat. 



Demi Allah, nik rasa kita semua dah kehilangan seorang lelaki, bapa, atuk,dan penasihat yang hebat.

Dan terima kasih Tok Guru atas semua yang dah Tok guru sumbangkan kepada kami semua.  

"JIKA KERETA ROSAK, MEKANIK YANG AKAN MEMBAIKINYA, JIKA TUBUH BADAN BERMASALAH, DOKTOR YANG AKAN MENGUBATINYA. JIKA KEHIDUPAN MANUSIA BERMASALAH, MAKA PENCIPTA MANUSIA ITULAH YANG PERLU DIRUJUK. PELIK SUNGGUH MANUSIA YANG MENGAKU ALLAH SWT SEBAGAI TUHAN TETAPI ENGGAN MERUJUK KEPADA SYARIAT ALLAH BILA BERDEPAN DENGAN MASALAH" -Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat-

2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.