Rabu, 18 Februari 2015

Ketosis dalam Diet Atkins

ASSALAMUALAIKUM..

Hi korang pembaca budiman..:)
Ada dalam kalangan pembaca blog ni mengamalkan diet Atkins? Macam mana perkembangan korang? Dah banyak penurunan ke? hehehe. Teruskan sampai capai target ye. Insyaallah, hasil yang positif menanti korang.

Nik? Hehehe. nik on off ni. Dalam 4 hari off Atkins sebab banyak makan sedap dijamu depan mata. Bab makanan ni kalau ada, memang susah nak tolak. Harapnya lepas ni, dah takde godaan menarik dah. Penat tau! Hati kata taknak..mulut kata nak. Nafsu nafsu.

Bagi yang still on Diet Atkins, nik nak share pasal Ketosis, which is benda ni seorang pengamal atkins wajib tahu! 

Apa tu ketosis?
Ketosis ialah proses penukaran lemak dalam tubuh badan kita kepada tenaga, katone dan air. Proses ketosis ni yang paling ditunggu oleh semua Atkiners sebab ini proses untuk kita jadi kurus. Kebiasaannya proses ketosis ni bermula 2 hari selepas kita mula induction. So korang bila dah mula induction jangan laaaaa nak cheat walaupun SEHARI!!! Sehari korang cheat sama je macam korang cheat 3 HARI!! RUGIIII!! Jangan jadi macam nik... kalau asyik cheat, lambat nanti nak kurusnya.

Tempoh induction kebiasaannya amik masa dalam 2 minggu, tapi bergantung pada berat badan kita; berat badan yang kita nak capai. Macam nik, nik target nak buat induction 3 bulan, tapi sebab dah banyak cheat, so macam kena tambah sebulan lagi la.

So, here, nik dengan sukacitanya nak share lagi tanda-tanda KETOSIS berlaku kat diri kita.

TANDA - TANDA KETOSIS
  • Nafas berbau - xteruk pon, cam bau mulut org puasa. Utk mengelakkan org kiri kanan aku pengsan aku banyakkan minum air. So bau tu boleh kurang sikit la. Ngeh3!
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari) - tapi lepas tu korang akan jadi bertenaga, InsyaAllah.
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung) - aku minum green tea Boh jer. Ok gak, hari2 tak miss buang air besau. InsyaAllah.



P/S: Malas pulak nak letak gambar dalam entry ni...

sumber : http://bicikut.blogspot.com

3 ulasan:

  1. semoga berjaya ya. very nice info. . :)

    BalasPadam
  2. ditag :)
    http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

    BalasPadam
  3. wife pcl dah mula sejak sebulan lepas..tp kan pcl pulak kena tempiasnya...dah hilang 5kg as her supporter n advisor..haha.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.