Khamis, 26 Mac 2015

Bila Manusia Dah Tawar Hati

Assalamualaikum.


Masalah hati dan perasaan ni, payah sangat kita nak jangka. Kita boleh saja rasa dan alami pelbagai perasaan. Tapi satu yang boleh buat kita "okey, aku dah penat nak fikir" maka, masa ni rasa tawar hati tu akan muncul tiba-tiba. 




JAGA-JAGALAHLAH!

Akan terlalu payah bila manusia dah mula tawar hati. 
Akan jadi sukar untuk memeriahkan hubungan andai benda ni terjadi. 
Betul..

Bila hati dah tawar, perasaan tu akan sedikit demi sedikit akan pergi, ibarat di bawa angin.
Benda tak nampak. Susah nak terang. 
Tapi hati bila ia merusuh, semua jadi sebu. 

Jangan pernah harap lagi ada kata pujuk. 

Jangan harap lagi ada pihak megalah. 

Sebab semua tu payah. 
SEBAB bila tawar hati, rasa pun menghilang. 
Jiwa pun mula "KUAT" untuk kata tidak, menolak.

Jangan pernah, biar manusia tawar hati dengan kau.
Lebih lagi jika manusia itu wanita.
atau mereka akan kosongkan hati,
dan kau akan selamanya "tiada". 


Selasa, 24 Mac 2015

Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau korang ada terbaca entry nik yang sebelum ni, mesti korang tahu nik ada mengamalkan diet atkins.. hehehe. sebulan jugaklah tempohnya.. And guess what.. nik turun dalam 7kg gituuu..fuhhh.. alhamdulillah la, walaupun tak nampak sangat penurunannya ssecara fizikal, tapi kira okeylah. 

Serakang ni nik masih latih diri untuk diet, tapi tak buat atkins dah. hehehe.. Kenapa? hahaha, tak menahan nak makan nasi. Kehkehkeh. Nak buat atkin memang betul-betul kena kental. Nik respect la dengan mereka yang buat Diet Atkins berbulan bulan ni.. sampai ada yang paling hebat nik pernah baca ada yang dari berat 90kg boleh berkurang sampai 50kg.. hebakk ahh...

Nik pun memula plan nak buat selama 3 bulan tapi tak kesampaian.. kehkehkeh. takpe, kita cuba cara lain. 
 
Kalau ada antara korang berminat nak tahu pasal Diet Atkins boleh refer  entry sebelum ni... Ketosis Dalam Diet Atkins, Cara shopping Atkiners, Diet Atkins: Induction fasa 1, Diet Atkins Serasikah?.
 
Tapi sekarang nik nak share beberapa alternatif lain untuk kurus.. hehehehe. Benda ni tak menjanjikan "buat hari ni, esok terus kurus". Korang kena usaha banyak. Terlalu banyak! Terutamanya yang mengalami masalah obesiti melampau. Bukan setakat JAGA MAKAN. Bukan setakat BERSENAM. Kita kena gabung dua-dua baru resultnya meletopsssss...dan nik sendiri try so hard untuk kedua-duanya. Selagi termampu. 
 
Kadang ada jugak mengelat. Makan eskrim magnum la. Chipsmore la. kekekeke *Jangan tiru aksi ini*
 
So, here we go : Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet
 
1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.  
 
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
 
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
 
5. Badan Langsing Selepas Bersalin: Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
 
6. Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.    
7. Petua yang mudah dan kos yang murah untuk mengempiskan Perut. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 
 
Benda ni senang je kalau ada bahan-bahannya kan? Sape-sape yang tengah gigih nak kuruskan badab=n macam nik ni, jom sesama try. Manatau berkesan. Tapi jangan lupa jaga makan dan jaga senaman. hehehe. Selamat mencuba :)
SUMBER
































Jumaat, 20 Mac 2015

Sakit Tapak Kaki

ASSALAMUALAIKUM...

Sejak kebelakangan ni, dalam dua tiga minggu la.. kaki nik selalu sangat sakit. Especially waktu pagi lepas bangun tidur.  Seksa nak berjalan. huaaaa.. Nik ada tanya kawan apa penyebabnya...dia kata mungkin toksin dalam badan banyak sangat. Betul ke eh?  hummm. Kalau betul nak kena buat apa ? 

motif letak gambar ni???


So untuk perkongsian, nik google la "sebab-sebab sakit tapak kaki waktu pagi". Mana tau, ada antara korang alami masalah macam nik. 

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki - nik rasa ni sebab kenapa tapak kaki nik selalu sakit..
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?
 
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.

Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics

Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
– balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
– bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar

Lepas ni, nik dah nak start tuam ais kat kaki. Tak tahan la asyik sakit je, nak jalan pun macam tak imbang.. hahaha.. dah la gemuk.. :P Masa mula-mula sakit hari tu, tak delah teruk, sebab sakitnya awal pagi je.. sekarang dia menyerang bila-bila mana, di mana-mana. Jalan pun cover sakit. Tak nak orang tahu.


*kredit sumber

Selasa, 17 Mac 2015

Movie Review: Chappie

ASSALAMUALAIKUM..

Movie Review: Chappie| Sementara mood ada, baik ambe tulis cepat kan. Nanti tak tulis, menyesal pulak. hihihi. Korang dah tengok movie CHAPPPIE? Belum? Alaaa..rugi tau sebab cerita ni best *my personal oppinion la* lain orang lain citarasa, maka pendapatnya pun lain. 

Cerita macam ni, nik suka sebab senang nak hadam. Tak yah nak fikir apa, just tengok.  bila habis keluar panggung. releks. Nik p tengok movie ni kat centre point, sabah. Tak ramai manusia sebab hari isnin malam. Kalau weekends, tak ingin la nak p tengok, penuh! nak jalan pun tak sanggup..





Okeyy.. meh nak cerita serba sedikit pasal cerita CHAPPIE.

Cerita bermula bila si Deon ni mencipta satu chip baru..before this memang dia banyak cipta robot untuk kegunaan polis(droid). chip baru tu di pasang dekat robot droid yang dah musnah. Robot dengan chip baru ciptaan Deon ni, menariknya tak sama dengan robot yang sebelum ni. Robbot baru ni ada jiwa. Sama macam manusia. Malah dia lebih berperikemanusiaan!  


 Comel tak chappie? hehehe

Dalam pada deon nak test robot untuk chip baru ciptaan dia tu, dia di culik oleh geng gangster. Tujuan mereka culik deon sebab mereka tahu deon boleh buat sesuatu untuk tolong mereka dapatkan duit untuk bayar hutang or something like that la.. mereka paksa deon untuk hidupkan robot yang dah musnah tu.. 

Then.. lahirlah CHAPPIE dengan rupa droid(polis) tapi memiliki akal budak-budak..macam baby. part ni lawak. satu panggung ketawa.. me tooo! hahaha. Chappie di ajar untuk mengenal sesuatu. Semasa proses pembelajaran tu, bermacam benda lawak la yang berlaku. Chappie tinggal bersama gang gangster iaitu Ninja, Amerika dan Mummy(watak perempuan,chappie panggil mummy) hehehe. 


 mummy..ninja..amerika...chappie

Macam macam berlaku kat Chappie. Ninja nak gunakan chappie untuk buat rampasan sebab nak bayar hutang. dia banyak putar belitkan keadaan sehingga chappie terjebak sama. Rakan sepejabat deon pulak marah kerana hasil kerjanya tidak diterima. Dia plan untuk balas dendam. So masa ni banyak la situasi cemas.  banyak watak meninggal. 

Endingnya sedih sikit.. huaaa.. nik pun terkeluar air mata. dah tak mampu nak tahan.. tapi agak tak logik pulak, yang nak meninggal/dah meninggal boleh hidup balik as a robot.. hummm. Tak nak cakap banyak, overall not bad la movie ni. Mungkin boleh bagi 7/10 kot.. hehehe..  

So korang kalau nak tahu the real story CHAPPIE, kena tengok lah ye. :)


Isnin, 16 Mac 2015

Its March!

Hi Assalamualaikum.. 

Huaaaaa.. menangis sedu sedan keluar anak tekak bila buka blog.. kering terkontang kanting tanpa dipedulikan tuan. Ohhhhh.. its march beb.. tapi ambe tak tulis sepatah kata pun kat sini bulan ni. Apakah ini petanda kesibukan melampau.. atau blog akan berkubur.  Nehhii. Blog ni akan hidup selagi tuannya masih bernyawa... gitewwwww.. 




Apa khabar wahai rakan blogger sekalian.. para pembaca yang singgah? Sesungguhnya ambe tak dak kekuatan dan keazaman untuk menulis. hahaha. Insyaallah lepas ni kita cuba gigihkan diri. Cari bahan yang bermakna untuk dikongsi di sini.Hehehhe.. 

Sedar tak sedar..orang kelate kata kelip pah kelip pah... dah pun masuk bulanMac . Malah bulan Mac pun dah di pertengahan 2015.. Kurang 15 hari lagi kita akan berdepan dengan GST. Banyak yang tak puas hati.. tak kurang ramai yang menyokong. Heee. Ambe...? Hummm. Kalau semua benda mahal, tak berasap la dapur.. Tapi harap harap leee GST ni sekadar mainan PM kesayangan.. hehehe.. 

Okeee.. stop pasal GST.. nak cerita pasal blog.. dunia blogging.. blog ni dalam proses nak tukar domain dah.. hehehe.. insyaallah.. akhirnya akan bertukar jugak.. dah lama mengidam nak guna domain dot com. Kikiki.. Selain tu.. tahniah jugak untuk pemenang iphone 5s yang bertanding sama-sama dengan nik dulu kat blog denaihati.com. Usaha korang berbaloi baloi bak hang.. hehehe.. Selain tu.. Tahniah jugak untuk #kelabbloggerbenashaari sebab semakin melebarkan sayapnya.. korang semua memang terbaik.. hihi.. 

Nak cakap apa lagi eh.. 

Banyak sebenarnya tak cerita tapi.. tunggu entry senterusnyalah.. wiwiWi. Siapa yang sudi... meh follow instagram nik.. @fatihahfazlin333 nanti mention nik, nik akan follow balik . Tapi jangan follow lepas tu unfollw balik.. takk sukaaa yang amat manusia jenis tu. Kekee. 

Baiiii.