Khamis, 2 April 2015

Air Detox untuk Kurus Dan Buang Toksin

Assalamualaikum... 

Hi korang.. Sana sini orang duk bercakap pasal GST. GST itu GST ini.. haihhh... setakat ni, banyak keburukkan la yang nik dengar. Korang acano? Tapi cakap banyak pun buek abis air liur je. Sapelah kita untuk mereka duduk dan dengar.. kann.. 

So. tinggal sekejap pasal Gst, sekejap je sebab sampai bila-bila kita akan ingat 1  April 2015 ni.hehehehe. Meh la kita usaha kurus dan fitkan badan. Ngee. Nik? Masih gemuk lagi, tapi sejak berkecimpung dalam arena diet dan workout ni, rasa badan makin ringan, tak mudah letih, jalan jauh pun tak mengah dah.. dan yang paling best sakit tapak kaki yang ni duk alami selama ni dah tak rasa dah.. alhamdulillah.. dengan izin Allah.. 


nik minum air detox dua hari sekali.. Letak lemon+timun atau buah oren + lemon+ timun atau lemon + limau nipis. Simpan dalam peti ais 5-8 jam(Semalaman pun boleh)


Okeyy.. meh nak cerita apa yang nik buat untuk hilangkan sakit tapak kaki tu.. ni nik ceduk ilmu dari pelbagai tips yang nik baca tau.. ada orang kata sakit tapak kaki masa baru bangun tido sebab dalam badan banyak toksin. Nik pun..eh. Macam betul jugak. Sebelum ni, mana pernah nik ambil kisah apa semua toksin dalam badan. Baca punya baca.. ada yang cadangkan buat air detox. 

Selama ni kita tahu air detox ni memang bagus dan di syorkan kalau kita nak kurus kan.. sebab ianya mampu buang toksin dalam badan.  SEBAB nak buat air detox ni tak susah, nik try jelah.. dua hari sekali selama 3 minggu ni dah amalkan air detox ni. Start minggu kedua, rasa sakit kat kaki dah kurang.. alhamdulillah. Nik tak tahu macam mana dia berfungsi.. tapi ni betul-betul jadi. Nik tak dak sapu apa-apa ubat pun kat kaki. Makan apatah lagi.

So korang kalau ada masalah sakit tapak kaki macam nik, apa kata cuba buat air detox ni. Mana tahu serasai dan berkesan..

Selain tu.. kalau korang nak tahu banyak sebenarnya kebaikkan air detox nii. Antaranya ialah.... 
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • buang toksin dalam badan 
  • mencuci usus yang kotor
  • mencantikkan kulit sebab ada vitamin C
  • mengurangkan masalah selesema & sakit kepala
  • mengurangkan sakit tekak
  • elakkan sembelit

Serius.. bab nak mengelakkan sembelit tu menjadi dengan nik.. Alhamdulilah. So korang apalagi.. jom berdetox reramai. Usaha paling penting..  Dan air detox ni memang nik sengaja amalkan sebab nak menurunkan berat badan sebenarnya. And please, benda ni tak bagi effect "hari ni buat esok kurus" ya.. tolong faham. Kepada mereka yang tengok nik masih gemuk, terimalah Seadanyaa.. giteewww.. hahaha.. 

Kena usahala kan.  So, petang ni mohla kita ke gym... bakar sikit apa yang tak perlu. Sebab dah seminggu badan ni berehat. 



3 ulasan:

  1. Cik Anis pun suka minum air detox ni..especially letak air dengan lemon je..kdg2 teh hijau ngan lemon..

    BalasPadam
  2. Letak lemon memang best TAPI kalau rendam lama2 bersama kulit..PERRRRRR..masam dan pahit gila2 la..AM pun mengamalkan Air Detox juga sekarang..Isteri pun dah komplen Kenapa Perut Dah Tak Maju Ke Depan??kikiki

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.