Isnin, 20 April 2015

Bayam Goreng Berkuah

ASSALAMUALAIKUM..



Bayam Goreng Berkuah 


Huaaaa.. Gedabak besar tempek gambar makanan. Tak ke lapar. Haihh. Gambar lama ni, dah berminggu up kat instagram tapi baru hari ni sempat nak update dan share kat blog. Always lambat khenn. Makanan pun dah basi.

Tak nak lah cerita panjang, Jom Buat Bayam Goreng Berkuah sama-sama. Sesuai untuk makan tengahari atau dinner. Tapi nik, subuh subuh pun boleh. HAHAHA. Ni resepi sukahati je tau, tapi boleh tahan. Tapi kalau tak sedap pun tolan ajolahhh..


Bahan-bahan: 

Bayam hijau ofkos!
Ikan bilis
Cili padi 3 tangkai
Cili besar 1 tangkai
Bawang Putih seulas
Bawang Merah seulas
Sos tiram
Minyak 
Secawan air
Garam gula secukup rasa yawww..



See... bahan-bahan untuk buat Bayam Goreng Berkuah ni tak susah nak cari pun.. Bahan yang paig basic dan simple. Mudah seperti Abc. Menu macam ni sesuailah bagi kita kita yang bujang..yang tak pandai masak.. dan malas nak masak. haha. 

Cara nak buat pun senang jugak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris. Masukkan sos tiram, ikan bilis,cili padi, air dan garam serta gula secukupnya. Agak agak dah nak mendidih masukkan cili besar. Cili besar ni lebih kepada hiasan sebenarnya. hehe. Lepastu masukkan bayam. Kacau sekejap, then masak. Boleh hidang! 



Maka siaplah Bayam Goreng Berkuah. Cepat dan pantas kan?


4 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.