Selasa, 28 April 2015

Best Sangat Ke Jadi Blogger?

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam rancangan tulis menulis ya. Kali ni dengan tajuk panas meletop semeletop nabil dan neelofa, Best Sangat Ke Jadi Blogger? Gempak kan tajuk nik hari ni? Jangan tak tau..nik tak tahu nak apdate ape kat blog, jadi tadi ni jalan-jalan la kat 50 blog bertuah. Kahkah. Bertuah la sangat. 


Ada yang nik dah follow, datang singgah say hai jela.. yang ni tak follow, nik follow dan godek-godek entry pertama korang. Lawak okey. Mohon jangan balas dendam. hehehe Acara jalan jalan kat blog korang hari ni terjadi dengan dorongan daripada entry BLOGGER & BLOGWALKING.


Okey melalut banyak! 


Korang sebagai blogger? Rasa rasa best ke korang jadi blogger? Best yang so so ke best yang gempak? Nik rasa nik kat tengah tengah. Sebab suka menulis i'm here. Sebab suka membaca i'm still with this blog. Banyak lebih dan kurangnya. Tapi sekali dah jadi blogger, blog akan jadi keutamaan daripada nasi ayam kat dapur. Bila dah jadi blogger, kalau entry takdak yang baru korang akan rasa bersalah sampai tak lena tidoq. Inilah blogger. Dan inilah nik. Serius! 


Tanya hati, kenapa nak jadi blogger?


Nik tak boleh cakap, jadi blogger ni best yang teramat. Sebab kadang kadang ada juga rasa macam.. humm.. boringnya nak update blog.  Tapi nik boleh cakap, yang seorang blogger akan jadi best bila korang faham apa itu blog, apa itu blogging, apa itu blogger!


 Tak perlu nak famous untuk orang berkunjung ke blog kita sebab apa yang kita sampaikan, kalau dari hati, insyaallah akan ada yang singgah. FAMOUS itu satu bonus.Cantik/hensem/comel/kacak tu satu bonus yang lagi besar.


Dan nik tak akan sesekali cakap jadi blogger tu tak best. Sebab? Dengan berblogginglah nik dapat ramai kenalan. Dari kenalan maya, sampailah jumpa dan makan-makan. Benda ni nik rasa tersangatlah bermakna. Kawan dalam dunia maya jauh bezanya dengan kawan kat sebelah yang kita ada sekarang. 

Jadi blogger dengan identiti kita sendiri bak kata otai. 


Korang pulak macam mana? Setakat ni best tak bergelar blogger?


7 ulasan:

  1. alhamdulilah best, i rasa macam tulis jurnal pulak..dan lebih pada tu adalah make a memory. salam singgah babes.

    BalasPadam
  2. sy tulis blog asalnya hanya utk suka2 ,, tp mkin lama makin sukaaa .. hehe ... n sy suka blogwalking :)
    salam kenal :D

    BalasPadam
  3. betul-betul. Blogging ni best sebenanya. tapi lgi best kalau dapat update entry hari2 hihi. Singgah sini :)

    BalasPadam
  4. orang yang cakap jadi blogger tak best bukanlah blogger sejati.

    BalasPadam
  5. Kalau macam tu, mungkin sebenarnya saya faham apa itu blog, apa itu blogging & apa itu blogger. Sebab itulah saya rasa blog ni sesuatu yg best dan selama mana pun hiatus tetap ada rasa dlm hati tu utk kembali berblog. Walaupun apa yg saya tulis bukanlah best sangat, just random post about random things. '^_^

    Salam singgah dari blog Diari Dandelion!

    BalasPadam
  6. hi..bw sini laaa.. hari ni kerajinan nk ber bw jugakk.. =) mulanya berblog suka2 je... tp rasanya skrg nk serius laa kot.. nak update entry at least 1 minggu 1 topik pon dah 1 kejayaan..ekekeke

    BalasPadam
  7. seronok sebab dapat bercerita dan berkongsi pendapat serta pengalaman dengan blogger2 lain :)
    btw, saya dah follow awak, kalau sudi jemput ke blog saya ya? Salam perkenalan :)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.