Sabtu, 2 Mei 2015

Kemalangan Maut, Mereka Tak Bersalah Jadi Mangsa.

Assalamualaikum.. 


Tarik nafas dalam dalam sebelum nak menaip kali ni. Awal pagi tadi rakyat Malaysia di gemparkan dengan berita yang terlalu menyayat hati dan tragis. Kes kemalangan maut yang berlaku sekitar jam 12.00 - 1.00 pagi di Lebuhraya Duke arah Damansara.


Yang menyedihkan nik, semua penumpang kereta pajero yang dilanggar oleh beberapa buah kereta Myvi meninggal dunia. Yang mana penumpangnya sepasang suami isteri dan anak yang masih bayi! Apa yang nik baca, bayi tu terpelanting keluar. Boleh bayangkan macam mana keadaan mereka.


Nik yakin satu malaysia kesal dan marah dengan apa yang berlaku. Ye, kita bukan nak menyalahkan takdir tuhan, dah ajal mereka kat situ. Tetapi yang membuat rakyat Malaysia marah kerana perlumbaan yang tak sepatutnya, orang lain yang tak bersalah jadi mangsa. Dan dua anak kecil menjadi yatim piatu hilang mak ayah sekelip mata. Lebih menyedihkan, mereka yang menjadi punca ada yang melarikan diri ! 

Tak mampu nak bayangkan macam mana perasaan keluarga dan kenalan rapat mangsa. Kita yang takde kena mengena dengan mereka pun rasa sedih dan geram, macam mana pulak dengan mereka? ?


Menitis air mata bila tengok video anak mangsa yang diupload, mungkin oleh kaum keluara mereka. Menangis tanpa mampu buat apa-apa. Hilang mak ayah di usia kecil. Ya Allah. Sebak.






Al-fatihah untuk mereka. Semoga anak-anak dan keluarga mereka yang terlibat tabah dan sabar. 

Harap juga, mereka yang bersalah di kenakan hukuman setimpal. Untuk kita, sentiasa beringat semasa di jalan raya. Malang tidak berbau.




4 ulasan:

  1. sedihkan anak2 kecil dah jadi yatim piatu...

    jemput like sini tq - https://www.facebook.com/mbherbs/photos/a.607060426095992.1073741857.172523436216362/607060666095968/?type=1

    BalasPadam
  2. sedih bila tengok anak2 arwah kan? nak berlumba pergilah litar lumba. org tak guna akal dgn betul mcm ni la. hmm

    P/s: kita yg pakai myvi pun malu sbb ade myvi lain yg bawa seteruk itu.

    BalasPadam
  3. Al-fatihah.. Sampai saat ni kakmi x mampu nk tengok video2 yang tengah viral tu. Tak sekuat tu untuk tengok. Sbb kakmi terlalu sensitif, dengar berita kat radio pun dah menitik air mata apetah lagi nk tengok video sedih. Semoga mangsa dicucuri rahmatNya.. :(

    BalasPadam
  4. Betul2 menyentuh jiwa bila ada berita2 macam ni...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.