Selasa, 14 Julai 2015

Depa kata jangan balik kampung kalau nak jimat...

Assalamualaikum..

Hi. Ada yang dah sampai kat kampung ke? Best ke idok ye tahun ni? Kita beraya bersama gst dan sekutunya.. haha.. Yang dah sampai kampung tu alhamdulillah Allah lindungi perjalanan. Bestlah korang boleh balik kampung awal kan. Boleh berpuasa sekejap dengan orang kesayangan di kampung. Nik tahu, memang seronok tak boleh nak cakap! Perasaan gembira tu hanya Allah je yang tahu.




Perkara paling best balik beraya di kampung

Depa kata jangan balik kampung kalau nak jimat...mak aih ! mana boleh macam tu. Kat kampung tu ada mak abah. Kalau tak balik time raya, apa pulak kata mereka kan. Kecil hati orang tua. Tak boleh. Tak dak duit sekalipun, kalau dapat cuti kena balik kampung. 

Selain nak jaga hati mak ayah.. nak jaga hati sendiri jugak. Boleh ke nak tahan hati tengok orang lain..adik beradik lain beraya kat kampung dengan seronok dan gembira. sedangkan kita gara-gara nak jimat minyak jimat tol. Aduhh! 

Masa raya nilah nak jumpa kawan. nak jumpa kenalan sekolah. nak jumpa saudara waris dekat dan jauh. Kalau bukan time raya, bila lagi? Duit tu insyaallah boleh cari lagi. Jimat jimat jugak. Kita sahut la saranan mereka nak berjimat, tapi hal tak payah balik kampung semata mata nak jimat, mana boleh.


Ke macam mana?

Eh..Yang bersiap sedia nak balik kampung, bawak kereta lelok okey. Hati-hati di jalan. 




3 ulasan:

  1. hahaha. demi keluarga takkan nak berjimat sangat kan. terpaksa la balik jugak.

    BalasPadam
  2. Bersangka baik la akak, yang bgai statement tu mungkin sebatang kara takdak kampung , itu dia suggest org lain pun takyah balik kampung. opss

    BalasPadam
  3. hurmmm sy harap satu hari nanti anak2 dia xnak balik kampung untuk beraya dengan dia :/

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.