Khamis, 2 Julai 2015

Manusia oh Manusia.

ASSALAMUALAIKUM..

Salam 15 Ramadhan korang..



Pernah tak korang jumpa dengan manusia yang pelik.. bukan yang pelik fizikalnya tau tapi yang pelik perangai atau lebih tepat lagi mengada-ngada ! Sakitnya jiwa nak melayan manusia manusia macam ni.. Kalau korang jumpa dalam kehidupan korang, fuhh.. penat ooii.. tapi doa doalah tak jumpa, sebab nanti pening nak melayan. hahaha


Tapi tulah. Tak boleh nak elak dah sebuah pertemuan tu. Kunfayakun. Allah kata jadi, maka jadilah.


Tapi nik macam wondering la sikit kan dengan manusia yang macam ni. Yang mudah label orang. Yang suka cakap belakang. Yang rasa diri sempurna sangat. Yang tak leh orang lebih dari dia. Yang tak reti nak kenang jasa orang !! eh jap, nik tak kata diri ni smepurna tau. Atau silap-silap nik pun ada buat perkara yang menjengkelkan orang lain. Tapi nik nak tulis jugak kat sini untuk renungan kita bersama.  hehe 


Yang mudah label orang.
Whoaaa.. ni bahaya ni. Baru jumpa orang tu, dah siap label dia macam-macam. Si polan bini dia kaki kikis. Si polan kuat makan. Si polan bukan orang baik-baik.. Amboooiiii.. Awak siapa nak label orang. Tak baik tau. Tak kenal dia, maka kita tak boleh cakap macam tu. Tak boleh  ! 


Jangan suka cakap belakang saya, sebab 'saka' saya ada kat belakang awak ! 


Yang suka cakap belakang.
Manusia ni lagi bahaya. Cakap belakang kita yang buruk-buruk tapi depan kita pijak semut/kuman tak mati. What ! Kalau nik, manusia gini elok pupus jelah. Sebab dorang nik boleh cetuskan konfontasi,, hahaha. Daripada duk bercakap yang entah betul entah tidak tu, baiklah istigfar33x..


Yang rasa diri sempurna sangat.
Mungkin la kan, mereka yang rasa diri mereka sempurna ni mempunyai tahap confiden yang melangit sampaikan semua yang lain buat, dia pandnag rendah. Pulak tu memperlekehkan. Takpun dorang rasa dorang ni memang throbaik.. paling bagus. hahaha. Tapi kita toksah la jadi macam ni kan. Sebab orang sekeliling tak suka. 


Yang tak reti nak kenang jasa orang.
Erkk.. Kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa. Jadi wahai umat sekalian alam..kadang dalam tak sedar, ramai sebenarnya insan lain yang bantu kita.. tolong kita. boleh jadi kawan kita.. orang sekelilinglah. Yes, ada yang tak berapa nak membantu, tapi percayalah seorang yang tak sudi nak bantu tu kalah pada mereka yang menghulur dalam senyap. Budi baik dan jasa orang orang ni kita kena sentiasa ingat..


6 ulasan:

  1. Tambah sikit. Orang yang mulut laser tak ingat dunia. Tak reti nak jaga perasaan orang. Geram jugak bila jumpa orang macam ni. Suka cakap ikut sedap je tak dek fikir apa orang rasa. Ha, emo kejap haahhaa.

    Anyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    BalasPadam
  2. Memang banyak jenis manusia dalam dunia ni... kena sabar dengan perangai sorang sorang kan!

    BalasPadam
  3. satu lg yang talam dua muka.. huhhh cukup tak suka orang camni

    BalasPadam
  4. huhu memang sakit ati dengan orang mcm ni ni.. rasa nak hindari org mcm ni.. sakit jiwa, stress..

    hehe reen tag nik join : http://masrinasidek.blogspot.com/2015/07/giveaways-65jam-saya-nak-domain-percuma.html

    BalasPadam
  5. kebanyakan sifat itu memang pada perempuan tuh

    BalasPadam
  6. mungkin itu di sebut musuh dalam selimut, kedinginan kali hehehe..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.