Assalamualaikum...
Suka Duka 10 Terakhir Ramadhan | Dulu masa kecik suka sangat-sangat kalau puasa dah nak habis. Excited nak sambut raya kan. Sampai siap doa bagai supaya cepat-cepat raya.. Budak budak.. semua macam tu kan. Siap lagi kalau puasa penuh dapat upah.. lagilah excited nak tunggu hari terakhir puasa.
Tapi tulah.. bila dah tua ni baru nak faham...Alim ulama sedih kalau puasa dah nak habis.. Mereka menghitung amal kebaikkan yang mereka ada di bulan puasa. Cukupkah? Memadaikah? humm..
Bila dah sedar betapa banyak fadhilat bulan ramadhan ni, lama-kelamaan nik pun macam terfikir balik.. Macam mana pengisian ramadhan yang sebelum ni..haihhh.. mengeluh panjang kan.. Tapi manusia berubah kan..

Teringin nak hayati bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang mendatangkan ganjaran akhirat. Sebab banyak sangat keistimewaan bila kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan.
1) Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2) Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) .
Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
3) Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
4) Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
5) Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
6) Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4).Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
7) Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
sumber DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.