Rabu, 5 Ogos 2015

Raya

Assalamualaikum..

Walaupun hari ni dah hari raya ke 20, tetap nik gigih nak update entry raya yang tak seberapa.. Almaklumlah.. balik beraya  pun dah hari raya ke lima.. Suasana raya pun dah jadi lain.. Bacalah kisah raya di tempat kerja di Malam hari raya nik ni ye.. Tapi steady sebab semuanya adalah pengalaman.

Antara tempat yang nik sempat pergi masa raya hari tu, rumah arwah tok ayah belah abah. Kalau kira tok ayah dengan nenek dah lama takde, tapi orang kata, hubungan kekeluargaan tu kena kekalkan walau orang tua dah takde. Lagipun kat rumah tu ada Paklong kami. 

Lepas tu mak sempat singgah rumah kawan lama tempat dia berniaga dulu.. Sebeleh je dengan rumah arwah tok. Sempat la posing posing ambil gambar dulu.. Tengah panas okey.


Ni masa kat rumah mak sedara. Semua rumah tak kehabisan kuih raya.. hahaha.. tulah datang mengejut pulak tu dah raya ke berapa..



Ni adik no tiga. Dia ni kalau ajak bergambar memang payah. Selfie lagilah payah. tak tahu kenapa.



Yang ni pulak suka bergambar. Fon ni penuh dengan gambar selfie dia sorang.. Jenuh nak delete. Bukan gambar selfie je, gambar kucing dia, gambar anak ayam semua masuk kamera. huhu. Ni terbaru duk menggila nak buat dubsmash.. Ajak semua orang buat dubsmash dengan dia. tapi takdak sapa nak layan.. ahaha





nak jugak tempek muka gemuk double chin yang entah pape kat sini. ni masa beraya kat jerteh. Actually pergi jalan-jalan makan angin kat jerteh je pun.. Tak beraya mana-mana. Hari terakhir di kampung sebelum terbang ke negeri di bawah bayu. Jumpa manusia kesayanganlah kan.. Lepak tepi pantai berpiknik dengan satay dan otak-otak kegemaran. Fullamak.. best !

4 ulasan:

  1. selamat hari raya..

    ena singgah sini yee

    BalasPadam
  2. bestnya blk kg. sanggup tu berpanas sebab nak snap gambar. haha

    BalasPadam
  3. Bestnya beraya kat kampung halaman kan dik....belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.