Khamis, 27 Ogos 2015

Selamat tinggal HQE

Assalamualaikum..



Korang... nak bagitahu satu berita gembira..Minggu depan 1 haribulan nik akan melapor diri ke tempat baru di Jabatan Kesihatan Selangor. Tak sangka dapat pindah secepat ni. 

Gembira tapi ada sedihnya jugak sebab nik suka tinggal di Sabah ni. Kalau boleh nak stay sini lebih lama lagi. Tapi permintaan mak lebih penting kan. Dia nak nik balik semenanjung. Kalaupun tak dapat balik kelantan, sekurangnya balik di semananjung 

Akhirnya Allah makbulkan jugak doa mak abah. Alhamdulillah. Hari hari mak duk menanya bila dapat pindah. fuhhh.

Tak tahulah macam mana nak menempuh saat di tempat baru nanti. Nik ni dah la jenis manusia yang tak pandai nak bercakap dan beramah mesra. Kaku semacam je. Dah kena di cop sombong banyak kali dah. Dan nik paling takut nak masuk kelompok baru tak kira apa jenis  kelompok.. Gementar tu lain macam ! Harapnya nanti orang orang kat sana macam mereka kat sabah ni jugak.. Verry welcoming. hikhik..

So, selamat tinggal sabah. Ni mungkin entry terakhir di bumi bawah bayu. Semoga ketemu lagi lain masa. I will come again ! 

Orang sabah, kalau rindu wasap wasaplah ye. Kalau mood tak swing, dibalas jugak tu. hahaha. 



11 ulasan:

  1. takpaa boleh tambah kenalan dan pengalaman..:) adat dlm kehidupan sampai satu masa kita pasti akan meninggalkan dan ditinggalkan..

    BalasPadam
  2. rindu kat sabah.. dua tahun tinggal sana.. 2tahun kerja di Hosp Likas..banyak kenangan..
    tahniah nik.. pasti akan merindui sabah nanti..nak g sabah xta la bila lagii

    BalasPadam
  3. alhamdulillah boleh balik kg jenguk mak ayah selalu. all the best ye dear

    BalasPadam
  4. Selamat pulang.. heee...

    semoga dipermudahkan...

    BalasPadam
  5. babai macik nikkk....jgn lupa dtg sini lagi ya..nanti rindu lah keja sama ko lagi..

    BalasPadam
  6. Selamat menempuh suasana baru, Nik.

    BalasPadam
  7. guna cari ilmu supaya bermanfaat dunia akhirat

    BalasPadam
  8. jommmmm kbba semenanjung plak hehehe

    BalasPadam
  9. pengalaman yang tidak boleh dijual beli di mana-mana sahaja....

    BalasPadam
  10. selamat berkhidmat di tempat baru....

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.