Selasa, 29 September 2015

Sidney..Anak Che Ta Comel

Assalamualaikum.

Malam-malam ni boring scroll facebook sampai lebam. Tetiba terhenti dekat satu gambar budak comel sangat-sangat. Masyaallah. Anak Che Ta, Aisyah Dhia Rania. Huhuhu. Bertuahnya la.


Tak puas rasa nik duk tengok gambar comey Aisyah ni. Huhhhu















Sama comel sama cute macam Lara Alana, anak Schawal. Dua dua buat nik tak tido duk scroll IG dorang. Hahaha. Tertunggu video dan gambar terbaru dua budak comel ni. Sebelum ni nik ada buat entry pasal Instagram Lara. P lah baca situ ye korang.

Tambah pulak gambar-gambar si Aisyah kat Sidney dengan family dia. Huhuhu. Makin comel. Makin cantik.! Dah la view kat Sidney tu dah cantik. Ada pulak si Aisyah lagilah cantik !

Ps: Aisyah comel sampaikan nak kena simpan gambar dia kat blog ni.

Kredit gambar kat Fb Page Oh Bulan dan Ig Che Ta.


Khamis, 17 September 2015

KK view dari Bukit Bendera

Assalamualaikum..

KK view dari Bukit Bendera | Sebelum berpindah balik hari tu, ni sempat ke Bukit Bendera untuk melihat dan menyaksikan sendiri keindahan pemandangan waktu malam keseluruhan bandar Kota Kinabalu. 


Nampak cantik kan? Ni guna kamera fon biasa je. Bayangkan kalau gambar guna DSLR ke iphone ke. Lagi cun !!






Sebenarnya nik pernah ke sana dulu sekali bawak adik adik yang datang bercuti, tapi kami sesat tak jumpa tempat yang nak dituju ni. Tak tahu kenapa, padahal tempat tu senang je nak jumpa. 'Jalan kami kena tutup kot' hahaha..

Dari bukit Bendera ni korang dapat melihat bandar Kota Kinabalu. Dan pemandangan pada waktu malam memang cantik. Memang nampak keseluruhan bandar Kota Kinabalu. Akhirnya tercapai jugak hasrat nik nak ke sana.. Terima kasih kat kakak dua orang yang sudi bawak. Hehehe. 

Rabu, 16 September 2015

Bila waktu kerja berubah !

Assalamualaikum.




Terkejut tengok kat achive blog bulan ni. Hanya dua entry berjaya di taip ! Memang tak boleh jadi. Kalau ben ashaari boleh buat 3 entry dalam sehari, kenapa aku tak boleh. errrkk. Tapi aku tak rajin .. huhuhu..

Tapi nak cuba sedaya upaya jugak. Btw korang.. kalau yang baca entry entry sebelum ni, mesti tahu nik dah transfer balik semenanjung kan. Alhamdulillah. So far so good. And i'm really happy for that walaupun banyak yang amat gaji akan dipotong nanti. Huaaa..

Kat tempat baru ni nik kerja office hour so no more night syift yang menyeksakan anak mata for 10 hour ! Seriously penat kerja syift. Nik yang muda ni pun tak tahan.. macam mana la nurse, MA, Doktor dan yang lain nak hadapinya. Dorang lagilah; kebarangkalian kerja syift sampai habis perkhidmatan la kot.  So korang kat luar sana jangan terlalu menghentam ye. Mereka ni bekerja dan bekorban demi sesuap nasi untuk masyarakat. 

Berbalik pada cerita nik... syukur sangat sekarang sebab dapat kerja office hour. Masa tidur pun slow slow dah boleh manage. Kalau dulu tido tak kenal masa. Sekarang cukup 6 jam tido. Jam 11 malam tido.. pukul 5/6 pagi esok dah bangun dah. Dan rasa nikmat sangat kehidupan ni. Hihihi.  Kepala pun dah tak sakit dah setakat hari ni.. Sebelum ni selalu sangat sakit kepala.

Betullah kata orang. Jangan segan atau takut untuk berhijrah. Susahnya memang ada. Tapi insyaallah kesannya pasti ada yang baik. 

Isnin, 14 September 2015

Cerah Muka dan Seluruh Badan Dengan Mika Sakura White

Assalamualaikum..

Fuhh..lamanya rasanya tak update blog. Sibuk punya pasal. Apa yang di sibukkan pun tak tahulah. Nik sebenarnya dah lama tercari-cari produk nak cerahkan kulit, secara keseluruhan. Maksudnya bukan muka je. Kalau boleh nak putih tangan, kaki dan tempat-tempat lain. Tapi tulah. Payah kan nak jumpa produk yang sesuai. Nak p inject vitamin c mak aihh.. Taknak sampai gitu sekali. Setakat makan; telan boleh lagi.. 


Present to you, Mika Sakura White. Kemam gitu je. Tak cukup sebiji korang telan dua biji.. sehari...hehehe


Pastu ada rakan blogger kenalkan produk MIKA SAKURA WHITE NI. Nik memula macam terfikir gak apakebenda la Mika ni. Hikhik. Jakun tak tau. Nak cuba gak. Dengarnya elok.. Almaklumlah nik ni baka gelap. Abah hitam manis. Menurun kat anaknya. Kikiki. Manatau boleh cerah sikitt lepas ni. Sikittt pon takpa dahh..




Botol pun comel je. Bunga sakura gitewww.. Hahaha. 

Dalam satu botol ni ada 30 tablet. Kalau makam sekali sehari dan la 30 hari/sebulan.


Setelah di selidik, rupanya Mika Sakura White ni diperbuat daripada 100% ekstrak semula jadi Bunga Sakura. Alaaa. Sakura yang dekat Jepun tu.. yang cantik tu. Dan paling penting takde bahan kimia terlarang serta kesan sampingan yang memudaratkan. Ni yang paling kita kena titikberatkan bila nak beli sesuatu produk kat pasaran. Kesan kat kita sebagai pengguna kena ambil kira okey.

KELEBIHAN MIKA SAKURA WHITE.


Cakap banyak tak guna jugak kan. Meh sini korang baca kat bawah ni beberapa kesan posotif dan kelebihan untuk pegguna Mika Sakura White ni. 


💛MEMUTIHKAN kulit wajah agar tampak berseri
💛MEMUTIHKAN kulit seluruh anggota badan. Termasuk di tempat2 yang
tersembunyi.
💛MENYUSUTKAN jerawat
💛MEMUDARKAN parut jerawat degil
💛MEMUTIHKAN satu badan dengan cara yang paling MUDAH.. Kunyah ke kemam ke ! 


Lepas tu pulak bandingkan dengan lambakan testimoni produk ni. 

Kulit lebih cerah ... jerawat hilang.. dah tak kusam. Apa lagi yang korang nak..!?!??! 


Fullamak.. tak ke tergugat tengok kulit orang laon makin cerah dan mulus.. Takleh jadi ni. Nik nak kena amalkan jugak. Habis botol pertama ni nak kena dapatkan botol ke dua. Mana tau kan.. Kulit lebih cerah. Mika mika jugak. Air masak tu jangan lupa ye.. 

Apalagi korang. Moh la order sekali. Sebab sekarang pihak Procrowd Holding sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal !!! Sebarang pertanyaan korang boleh wasap SIS ARA dari Procrowd - 0132037799. Cepat cepat tau. Nanti terlepas promosi Mika Sakura white ni  kang.. nyesal pulak. 


Sabtu, 5 September 2015

Ke Kuala Kubu Bahru

Assalamualaikum korang. 

Dah beberapa hari tak buka blog kesayangan. Huhuhu. Terlalu sibuk dengan urusan pertukaran tempat kerja. Okey uolls.. dengan ini secara rasminya nik dah bertukar ke ke negeri selangor. Penempatan di pejabat kesihatan daerah hulu selangor.. di kuala kubu bharu. Jauhh yang amat dari hutan konkrit. Tak sangka kan. 


Pekan Kuala Kubu Bharu


Tapi nik okey je kat mana-mana pun. Asalkan di semenanjung. Kat sini setakat ni pun tak de masalah sebab nik duduk di kuarters... so pasal pengangkutan dah tak payah fikir sangatlah. Cumanya bab nak beli barang barang keperluan ni susah sikit. Nik cuba mencari pasaraya besar tapi nehiii.. huaaaa. Pengsan la macam ni. Dorang kata kena pergi ke Rawang atau Tanjung Malim. Gagaga.. kalau ada kereta takpelah jugak. 

Untuk info korang la kan. Kuala Kubu Bharu ni dia macam pekan koboi je. Pekan kecik yang damai dan tenang.. jauh dari kesibukan dunia.  Gituhhh.. jalan tak jem. Tak sesak. Tak panas sangat.  Haaa.. yang paling best tak jauh dengan tempat peranginan tempat tinggi. Insyaallah nanti nak pergi jalan jalan di cameron highlands dan bukit fraser. Hikhik. 


Kat area sini pun banyak actually tempat tempat best nak bercuti. Ada air terjun okey.. !!! And i was so excited nak meneroka tempat tempat best kat sini. hahaha. Orite.. nanti update lagi ye. Bila beli data internet baru.. kasi laju sikit. Ni guna wifi kedai mamak. Hahhaa. 

Bye ..