Jumaat, 16 Oktober 2015

Riadah Pagi di Taman Millenium, KKB

Assalamualaikum korang..

Riadah Pagi di Taman Millenium, KKB |Cuti sempena maal hijrah hari tu nik tak plan nak pergi mana-mana pun.. masa tu dah terfikir.. esok memang mereput dalam bilik jelah. Hahaha. Tapi nasib baik ada kawan ajak keluar. Jalan-jalan sambil breakfast katanya.



Pagi tu dalam jam 9 pagi, kami menuju ke Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu. Nik masa mula-mula tahu di pindahkan ke sini, nik tahu ada Taman ni sebagai tempat ridaha best kat Kuala Kubu ni. Hahaha.. tulah.. kurang membaca..

So.. masa sampai tu.. dah banyak dah kereta park. Ada yang jogging.. huaaa seronoknya jogging. Nik tak de alatan nak jogging. Eh. Maksudnya kasut sukan.. seluar sukan masih lagi dalam kotak di Sabah. Bila nak ambiknya tak tahu.

Insyallah lepas ni nak ajak kawan kawan datang selalu Taman Millenium ni. Nak jogging. . Tempat dia luas. Satu pusingan tu agak2 300 kalori boleh kot dibakar. Ngeeeee..



I love this great green view ! 






Biarlah gambar gemuk pun .. bkn nak tunjuk gambar tapi view tu.. photoshoot kahwin pun okeyhhh ni. Errr.



Suasana pun nyaman je. Berangin. Nik suka sangat. Dan yang paling penting, bersih sebersihnya. Payah tau nak jumpa tempat riadah tumpuan yang bersih macam tu.






Ada tasik. Ada taman untuk kanak kanak bermain. Ada jugak pondok pondok untuk berehat. Tapi kawan nik dah beli bekal siap siap. Kami makan nasi goreng kat pondok. Hihi.

Lepas tu pusing satu taman tu sampai ke belakang. Naik ke menara tinjau. Gayat weii. Nik memang gayat nak nak lagi kalau tempat tinggi tu takde dinding. Allah. Rasa macam menara tu bergerak gerak je. Pastu boleh pulak terimagine rekahan situ sini. Macam macam.

 Ni gambar masa kat atas. Cara berdiri pun dah nampak dah kan. Ambo memang takut ! Padahal 4 tingkat je ni.

Ni menaranya..

Bawah sebelah tepi menara ada benda ni...



Dari atas menara boleh nampak pemandangan hijau ni..  tenang ye. Tapi nik tak tenang sebab duk fikir pasal takut je.. ni jugak tapak perkemahan.. mungkin bebudak PLKN la kot yang berkhemah kat sini.



Kalau korang yang tak tahu tempat ni, senang je nak cari. Kalau dari Pekan KKB korang akan jumpa balaik bomba.. jalan lagiiiii.. ada Sekolah Agama Darul Quran. Masuk je simpang Darul Quran tu.. then ikut pagar tepi. Pandu je kereta terus kedalam. Di penghujungnya korang akan jumpa pintu masuk Taman Millenium. Sampai... jangan terlajak ke pintu Ikbn pulak korang.


1 ulasan:

  1. Nik... Alasan taknak jogging konon seluar kat sabah....haha

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.