Isnin, 16 Mei 2016

Pengalaman ajar kenal dunia

Assalamualaikum..


Payah nau nak buka dashbord blog. Dulu hari hari duk buka fikir nak tulis apa
 Tapi sekarang dah jadi mcm lain pulak. Faktor umurlah kot kan? Korang macam mana.? Okey ke dengan blog masing2? Ke ada macam nik jugak, dah terfikir nak resign? Wakakak.. mohon jangan!



Banyak benda dah berlaku sepanjang dekat 9 bulan nik berhijrah kat bumi Selangor ni. Dan boleh dikatakan semuanya tough enough untuk dihadam. Fikiran pun jadi bling bling untuk beberapa ketika. Hahaha. Tak sangaka banyak betul dugaan kat sini. Dari utara selatan timur barat... semua dalam satu masa menghempap. Tapi still lagi under control orang kata. 

Dan rasanya orang lain kena lebih teruk lagilah kot.. rilek je depa nik tengok. Nik pun dok belajar jadi lebih rilex dan matang. In  case datang lagi ribut taufan ke...kena banyak cool... malas dah rasanya nak melenting bagai macam sebelum ni. Yaaa. Pengalaman mendewasakan kita. Lagi banyak pengalaman lagi banyak kita akan rasa kita kebudakkan. Lagi banyak pengalaman, lagi senang kita nak hadapi situasi. Setuju? 

Yang penting kena banyak banyak tanam sabar kat hati. Kalau hilang sabar tu, dunia boleh terbalik. Kan?  


Jumaat, 6 Mei 2016

Aku gila steamboat & grill.

Assalamualaikum.

Hai korang. Sedang berkursus sekarang ni. Haha. Tapi sempatlah jugak nak update blog. Mengantuk weeei. Bwt, hari selasa hari tu sempat nik melepaskan hajat yang telah sekian lama terpendam. Gigih okey. !








Nak makan steamboat & grill katanyaa.. tapi susah nau nak dapatkan steamboat kat hulu selangor ni. Duk google cari.. ada kat bukit sentosa.. tapi bila pergi tempatnya.. tak jumpa pun kedai steamboat tu. Keciwaaa.. pernah juga nik cari kedai steamboat kat rawang.. kat google kata adalah satu kedai kat tesco rawang.. tapi tak jumpa jugak. Kecewa jugak. 

Semalam, dek kerana teringin sangat nak makan steambot and grill, nik gigih google sekali lagi. Sampaikan cari kat insta. Gigih cari melalui hashtag.  haahaha. Nampak tak kegunaan # ni? Akhirnya jumpa la satu #steambotkalumpang . Nik apalagi usha ka profile semua igers yang berhashtagkan #steamboatkalumpang tu. Kebayakkan gambar dorang masih baru. Means kedai tu masih ada di alam nyata. HAHAHA. 


Tunggu apa lagi kan, kedai dah jumpa, pastu tak jauh dari tempat nik dalam 15km je atau lebih dekat, nik terus peceut ajak si kawan pergi. Alhamdulillah.. pencarian berakhir.. Dengan bantuan waze nik akhirnya bertemu dengan restoren steamboat and grill kat kalumpang tu. Dan makanlah nik dengan jayanya. Nikmat hidup! Syukur. 

Lepas ni kalau nak makan lagi, nak pergi situ je. Harga berbaloi dengan apa yang disediakan(buffet).  Suasana pun okey. Pelayan pun takdelah kerek ke apa ke. 


p/s: Entry ni dh lebih seminggu di simpan dalam draf. Baru teringat nak publish. Sibuk bak hang.