Khamis, 28 Disember 2017

Dah Kahwin Dah.

Assalamualaikum.

Fuh.. gigih sungguhla nak update blog setelah 2 tahun meninggalkan arena blogging ni. Dua tahun jugak blog ni diprivate atas sebab sebab tertentu. Nak dapatkan balik mood menulis ni bukan mudah. Tapi alhamdulillah. Ada mood booster.

LOVE.
Apo pandang pandang?

Dalam 2 tahun ni macam macam jadi. Yang paling perlu dihighligt kat sini adalah.... jeng jeng jeng... status ai dah bertukar daripada cik kepada puan. Alhamdulillah. Terima kasih pada Allah atas segala anugerah yg di beri. Tanggal 25.11.2016 tahun lepas ai dah selamat jadi isteri kepada suami ai. Hehehe. Dah basi kan ceritanya. Tapi takpelah. Sebagai kenangan nak jugak cerita kat blog. Nanti tua-tua esok bosan duduk rumah boleh baca blog sendiri. Kakaka.

Majlis nik buat tahun lepas biasa-biasa je.
Majlis kecil je, ajak dalam 300-400 orang. Majlis nik takde pelamin cantik macam korang pun, cuma hias bilik bergambar pun dalam bilik je. Hias bilik je pun dah makan RM800. Nak kawin rasa duit keluar macam airrrrr je. Bila fikir balik rasa macam membazir upah photographer tapi takde pelamin elok kan? Tapi nik nak jugak gambar elok buat kenangan. Nasib abam photog berbaik hati ajak kitorang buat photoshoot kat outdoor. Katanya gambar tak banyak.. alahai.. 


























Mohon doa korang. Doakan kebahagian kami dunia akhirat. Semoga ikatan yang terbina ni dikurniakan sakinah dan mawaddah dannnnnnn kekal hingga ke jannah serta dikurniakan anak yang memberi manfaat kepada agama. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.