Rabu, 27 Mei 2020

Aidilfitri 2020 | CovEID

Asslamualaikum.

Bersempena Hari Raya  blog pun ai dah tukar baju sikit. Tak tahu kenapa masih belum puas hati dengan rupa paras blog yang tak seberapa ni. Tapi okeylah, templete free je pun kita guna. 

Hari raya ke empat dah hari ni, cepat je masa berlalu. Sebelum nik tulis panjang-panjang lagi nik dengan rendah hati nak minta maaf pada semua yang membaca blog ni jika ada tersalah tulis yang mana menggores hati kalian. Selamat Hari Raya jugak buat semua. Semoga hari raya tahun ni korang semua bahagia bersama keluarga.

Ye, lain kan perasaan pada raya tahun 2020 ni. Kita beraya tapi dalam masa yang sama kita berperang untuk melawan virus. Terkesan pada amalan-amalan kita yang sebelum ni kita buat pada aidilfitri. Nak balik kampung tak boleh. Nak bersalaman tak boleh. Nak menziarah jiran dan keluarga jauh tak boleh. Nak pergi rumah jiran sebelah rumah pun takut-takut. 


Kenangan bersama. Tak tahulah tahun depan boleh sambut raya bersama lagi atau tak. Umur panjang insyallah.

Pagi raya anis bersiap pakai jeans dan dress je sebab baju raya anis tak sampai, sampailah hari ni. Nik belikan baju kat online shop tapi sampai kesudah. Kecewa, kesian anis.

Nak pergi beraya baru pakaikan baju kurung. Mama pengasuh anis jahitkan. 
Adalah jugak baju kurung raya. Bolehlah walaupun tak sedondon dengan ibu.


Luasnya dahi anak kita. hahhaha
One with ibu. Bukan mudah ye tuan puan nak dapat gambar cantik.

Nik tak tahulah korang macam mana. Tapi pada hari raya pertama nik pergi dua buah rumah je untuk beraya, wich is rumah jiran sebelah yang setiap hari pada bulan puasa sedekah makanan sedap-sedap kat kami sekeluarga. Lepastu pergi rumah mama pengasuh anis farhana. Itu sahaja. Nak jumpa mak abah dan adik-adik lain kt kampung tak boleh walaupun jarak kami dekat tapi berbeza negeri. Sedih tapi ini pengorbanan kita. 

Kita tak mampu nak bantu negara sendiri dengan wang ringgit dan lain-lain, tapi kita boleh bantu dengan cara ni. 

Cuma nik tak faham dengan manusia yang masih anggap virus ni sebagai benda biasa. Arahan kerajaan untuk ber"PKPB" pun tak endah langsung. Social distancing entah ke mana. Takkan dah kena baru kita nak menyesal !

#kitajagakita

bye! 


2 ulasan:

  1. SELAMAT HARI RAYA dari aida ye.
    aida x kemana pun. pagi raya solat, bergambar & makan.
    abis dah... selebihnya tgk tv.
    moga thn depan kita boleh beraya dgn sempurna semula, kan :)

    BalasPadam
  2. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.