Isnin, 14 Februari 2022

Pengalaman Sungguh! Anak masuk hospital.

 Assalamualaikum.


Anok juruh ibu. Kesayangan ibu selamanya dunia akhirat.


Pengalaman Sungguh! Anak masuk hospital

Ni pengalaman kali pertama anak kena warded nik. Dah nama blogger kan, kena tulis kat sini jugak. Biar satu hari nanti Anis Farhana buka blog ibu dan baca.

Anis Farhana petang khamis dah start selsema. Selsema biasa je. Nik tak buat apa-apa pun sebab dia kemain aktif manjat sana manjat sini.

Sabtu pagi badan dah mula panas, nik call papa anis. Nak minta dia balik awal sikitlah, nak bawak Anis ke klinik. Mula-mula plan nak ke swasta je, tapi dah pergi swasta semua tak terima pesakit yang ada gejala demam, batuk, selsema. Hanya 1 je klinik yang terima, tapi tutup.

Ni masa kat Emergency. Sian anak ibu.

Dapat keluar rumah petang tu, anis nampak okey sikit. Bawak dia jalan-jalan naik kereta tengok pantai. Maghrib balik ke rumah semula. Dia macam dah okey. Tapi papa anis tetap nak bawak ke hospital. Nik okey je. Asalkan anis sihat.

Lepas dah solat apa semua, nik perasan nafas anis macam laju. Laju sangat! Lain dari kebiasaannya. Anis macam susah nak nafas biasa. Dalam dia tarik. 

Rasa macam nak terjun tangga terus ke hospital. 

Sampai kat emergency, kat kaunter Triage 1 Medical Assistan yang nik kenal check Anis. Dia terus suruh masuk kat tempat asma. Doktor datang tengok Anis, bila dengar doktor pun cakap macam runsing je, nik terus nak nangis. Hati tisu betul kalau bab anak ni. 

Kena Transfer HSNZ

Sebab nafas anis laju(lebih kepada dalam sebenarnya) pastu ada "wheezing doktor nak masukkan ke wad. Nik okey jelah walaupun sebenarnya kalau boleh tak nak masuk wad. Nak masuk wad, kena swab dulu. Bab swab ni satu hal. Sakit takleh nak bincang kali ni. Mak dengan anak, dua-dua kena.

Anis Farhana first time kena masuk ward. Sampai ke HSNZ pulak tu. Sedih ibu. Kat sini sekali lagi masuk kecemasan. Nik terpaksa tinggal anis sorang untuk pergi daftar masuk wad. Punyalah kuat dia meraung. Papa anis memang nik tak bagi ikut, sebab tak boleh nak masuk jugak kalau datang jauh-jauh.  

Kat HSNZ macam sejam sekali nurse/doktor datang ke katil. Hari pertama tu lemah je. Makan tak nak. Tido pun kejap-kejap je. Makan hospital bagi pun ibu yang habiskan. Tapi alhamdulillah, anis cepat sihat. Sekejap je duduk kat wad. Ibu punyalah seronok bila doktor kata dah boleh balik. hehehe

Hari boleh keluar wad tu, punyalah aktif. Macam orang tak sakit dah. Dia boleh terjun dari katil hospital yang tinggi tu. Nak luruh jantung ibu dia. 

ni masa dekat HSNZ dah. Ibu siap daftar, doktor dah pasang semua wayar tu kat badan anis. 



Tidur keletihan. Asyik buang je neb yang kena pakai tu.


ni masa dah sihat sikit. suruh ibu gambar tangan dia. Cerdik.


Apa tengok-tengok? hahah ni nak balik dah turun dari wad. 
Tunggu papa datang, park kereta punyalah jauh, papa anis suruh je tunggu sini. Teduh sikit.



5 ulasan:

  1. kesian nyaa. tak sanggup tengok ank2 berselirat wayar mcm tu kan. semoga anis sentiasa sihat

    BalasPadam
  2. Risau anak anak sakit bila musim COVID ni. Syukur segala urusan Allah permudahkan. Anis kuat ni, Alhamdulillah dah keluar wad boleh balik rumah.

    BalasPadam
  3. Semoga sihat selalu ya, Aamin..Kita memang hati tisu kalau bab anak-anak kan :)

    BalasPadam
  4. Semoga Anis Farhanah terus sihat ya. Aamiin!

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.