Khamis, 29 September 2022

Pengalaman Minum Air Gula di Klinik Kerajaan

 Assalamualaikum.



Pengalaman Minum Air Gula di Klinik Kerajaan


Dah hujung-hujung 3rd trimester baru nak update ye. Nik memang check up kat klinik kerajaan(KK) je ye. Dari zaman Anis lagi. So, minum air gula pun kat KK jelah. Apa yang dorang bagi, itulah yang nik minum. haha


20 April nik minum air gula untuk pregnancy kali kedua ni. Masa tu baru masuk 15w of pregnancy. Nik rasa macam awal sangat, tapi tak pastilah orang lain macam mana. Mungkin disebabkan berat badan melebih-lebih, kena minum air gula awal sikit. Mungkinlah..


Datang klinik pagi tu, tunggu giliran dalam 15 minit(malam sebelum tu kena puasa ye start dari pukul 10 malam), nurse panggil ambil darah kali pertama, bacaan gula nik 5.3(puasa). Tinggi jugak untuk ibu mengandung. Kena dapatkan bacaan 5.1 kebawah baru okey.


Minum air gula perisa oren


Lepas ambik darah, barulah minum air gula. Perisa Oren. Manis melampau, nik memang set dalam fikiran nak kena minum sekali nafas je segelas besar tu. Masa minum nik okey je. Selepas setengah jam, nik dok rest dalam kereta luar klinik. Nak muntah, sakit kelapa dan tak selesa dalam tekak. Nasib suami ada. Dia tolong urut sikit sikit. 


Penantian 2 jam untuk ambik darah sekali lagi tu punyalah lama nik rasa. Macam 2 tahun. Tahan je rasa tak sedap tu. Bacaan gula kali kedua, 5.8.  Pelik jugak nik, dah puasa tinggi bacaannya, minum air manis nak arwah tu tak naik banyak pulak.  Oh ya, selesai je urusan kat klinik tu, nik terus balik rumah. Bagitau bos, nak cuti sebab memang tak boleh nak buat kerja dah kalau masuk ofis balik. Otw balik tu pun muntah habis air gula yang nik minum. Nasib ada plastik dan kotak tisu dalam kereta. kalau tak membasuh la kete laki kita wak.. 


So, disebabkan bacaan 1st tadi dah lebih dari yang sepatutnya, tertambahlah satu lagi masalah, GDM on Diet Control. Setiap sebulan sekali kena buat BSP. Alaaa.. yang kena cucuk kat hujung jari empat kali sehari tu. Untuk bsp ni, nik just jaga makan dalam dua tiga hari sebelum nak buatlah. So far bacaan okey. Kalau tak  beranak lagi dalam masa terdekat ni, 10.10.2022 nanti kena buat Bsp sekali lagi. hehehehe. 


So korang, jangan makan manis-manis sangat ye time pregnant ni. Seram ye kalau lekat GDM ni, sejarah GDM kita ni akan nurse bawak ke kandungan seterusnya. 



Rabu, 28 September 2022

Mandi-manda di Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan.

 Assalamualaikum.


Terimalahhh...

Mandi-manda di Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan.


Lamanya post ni dok dalam draf. Takde mood langsung nak mengarang sejak-sejak pregnant ni. Padahal masa terluang banyak je. 


Plan asal nik nak bawak anis naik kereta api kat Tanah Merah, nak ke Dabong. Yelahkan, kan sekarang tengah orang berpusu-pusu ke Dabong naik train, kita orang pun taknaklah ketinggalan. hahha. Tapi sebaik baik perancang tu Allah jua, tiket kereta api sold out pulak hari tu. Kecewa dak Anis tak dapat naik train.


Dah satu hal pulak kena google tempat lain yang menarik, yang dekat-dekat di kawasan Tanah Merah. Walaupun orang situ-situ je, nik tak tahu ye mana-mana tempat happening kat Kelantan ni. Tak pernah explore negeri sendiri. 


Dah google, jumpalah review Lata Bijih Campsite & Recreation ni. Apalagi, terus kitaorang ke sana.  Nik tak ambik banyak gambar sebenarnya. Gambar-gambar Anis ni pun mak and pak sedara dia yang tangkapkan. Kalau tak, takdelah kenangan. Kat sini memang sesuai kalau korang nak bawak budak. Kolam dia tak dalam pun, memang khas untuk budak-budak seumur anis. Tempat pun boleh tahan bersih terjaga. At least, masa nik pergi. huhuhu.


Makanan lebih baik bawak sendiri dari rumah. Ada gerai jualan, tapi macam biasalah tempat gini, mahal sikit dari biasa. Korang potluck bawak banyak-banyak, anak boleh makan sepuasnya! Nak masuk kolam pun kena bayar, kalau tak silap nik RM3 je per person. Kalau setakat dok tepi tepi tu tak perlu bayar pun.Lepastu, dia ada sediakan wakaf untuk kita sewa. Nik lupa harga berapa untuk 1 wakaf tu. Tapi tak mahallah. Sementara anak dok mandi, kita lepak kat wakaf sambil makan. hahaha. 


Korang nak camping pon boleh tau. Ada ruang lapang yang disediakan. Tapi sama jugak, perlu sewalah tapaknya.



Mulut dah biru pun tak nak naik ye budak ni. Rela kesejukan.Suka sangat main air.


Seronok ada abang tolong melayan dia.

Ibu, nak makan tuuuu....

Kat belakang tu, parking pun luas. Sungai pun seronok kalau nak bawak budak, sebab air dia cetek je. 


Excited tengok air memancut gitu.




Saya tak naik selagi tak puas main. Ibu panggil pun buat tak tahu je.

Sesiapa datang Tanah Merah tu, kalau rasa tak tahu nak bawak anak pergi mana, try lah ke sini. Anak-anak mesti seronok tak nak balik hahaha. Korang boleh waze atau cari kat google maps location Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan. Dia memang akan terus bawak korang ke sini.