Jumaat, 30 Disember 2022

Pregnancy update| 1st, 2nd and 3rd Trimester. Rollercoster sungguh!

 Assalamualaikum. Hi.


Pregnancy update| 1st, 2nd and 3rd  Trimester.



 

Kisah pregnancy kali ni memang tak dirancang langsung. Tau tau, rasa mcm pregnant je. cek Upt memang sah ler naik 2 line.  Masa tu dah 9 minggu dah rasanya. Bila dah tau je pregnant terus muncul alahan. Masa tak tau tu, elok je makan semua benda, semua boleh telan.  Ramai gini kan? 


1st Trimester 


Macam nik bagitau kat atas tadi, dapat tahu je pregnant terus alahan. Takleh bau minyak masak. Pastu takde sebab apa apa pun boleh loya nak muntah. Bukan pagi je tau, petang tengahari malam sama je. Time dia nak datang, dia datang. 


Gi kerja rasa nak menangis je sebab tak larat. Tapi tetap berlakon ok jelah. Sampai sampai office masuk tandas dulu. Muntahkan semua yang nak keluar tu. Tak silap, nik tahu pregnant tengah bulan Feb. Masa tu beberapa hari je sebelum mak nak pergi umrah.


Balik kerje, nak tidur je manjang. Nasib suami memahami. Bab makan pulak ni jadi suka makan buah-buah. Terutama anggur. Tiap minggu beli anggur. 


Nik bukak buku pink at 12w++. Hujung hujung trimester 1. Tak nak buka awal sebab nik tahu dah memang akan menapak tiap minggu lah kat KK tu.


Buka buku pink kat kk pun lancar je sebab kebetulan takde orang sangat time tu. Yang penting memanf misi banyak tanya sikitlah. Terutama pasal previous pregnancy. Nik memang siap2 bawak buky pink masa mengandungkan Anis Farhana dulu. Doc pun terus scan masa tu jugak nak tengok heartbeat baby.


Scan dekat KK. 

Baby girl teringin nak makan nasik kabuu.. 

Papa Anis layannn.. Ibu ngidam nak naik boat.  Gi lah Taman Tamadun Islam. Sana ada buat pakej naik boat malam malam. Dapat tengok drawbridge, cantik pulak view belah malam. 


Masuk ward. Misi klinik pasang branula siap siap sebelum kena naik ambulans ke Hsnz. 


Gambar ni nik ambil masa kat ward Hsnz. Nak tunjuk kat suami dah siap makan and dah kenyang. Dia risau bini dia tak cukup makan. wakaka.  Tapi nak bagitau korang, wad penuh, kena tambah katil and letak katil tengah tengah orang lalu lalang. Sedih betul.  Request 1st and 2nd class, dorang tak open sebab wad tu dah khaskan untuk wad pesakit covid. 

2nd Trimester 


Masa 2nd trimester ni, nik kena covid. Alahai. 3 hari pertama tu rasa macam ajal dah nak tiba je.  Sakit badan masa  tu sampaikan nk ke tandas yang dalam bilik pun merangkak. Seksanya Allah saja yang tahu. Mula-mula tu risau sangat-sangat. Takut jadi pape kat baby dalam perut. 


Alahan pulak memang membawa sampai ke 2nd trimester. Minyak angin cap yuyi tu sebulan sebotol nik guna. Hahaha. Asyik mual loya je keje. Pastu asam memang tak tinggal. Gi memana memang ada je. Nak kurangkan loya. 


Pastu, kandungan kali ni nik takleh makan manis-manis. Air manis tiap pagi nik minum(sebab memang teringin nak minum lagipun kalau tak minum manis nik akan gigil) , lepas minum confirm akan loya tekak. Apaapa yang manis memang gitu jadinya. Beza sangat masa pregnantkan Anis Farhana. Aiskrim lagi manis lagi suka makan. 


At 18week. nik gi scan baby kat Klinik Durani Gong Badak. Tak sabar nak tau jantina baby. Masa tu nik memang berharap nak baby boylah kan. Sebab girl dah ada. Pastu nik pun memang dah plan tak nak mrngandung dah lepas dapat no 2 ni. Tok cekak  doh sek awokkkk. hahaha. Tapi bila dah scan memang terang-terang nampak girl. Nik macam hampa sikit, tapi sikit jelah. Esoknya tu dah excited balik nak dapat baby girl. 


Waktu hujung hujung 2nd Trimester ni jugak nik dah beli beberapa helai baju baby. hehehe. 


Oh btw, sepanjang pregnant nik ada chronic hypertension dan Gdm on diet control. Gdm tu dpt kesan masa 18w jgak kalau tak silap nik. Berbekalkan macam macam history pregnancy yang lepas, setiap minggu nik kena checkup kat KK. Bosan dan letihnya Allah je tahu. Nik dahlah kerja, kena tinggal office setiap minggu adalah sesuatu yang tak best. Takut bos tak memahami ke, kawan sekerja pulak kena buat keje kita time kita takde tu. Jadi tak best sangat-sangat.  


Minggu ke 20 kalau tak silap nik kena cucuk kancing gigi. Sekali jelah. Kalau 1st pregnancy kena cucuk 2 kali tau. Lenguh tangan 2 3 hari. 


Paling tak boleh lupa, nik kena warded sebab sakit kat bahagian tulang betis. Kena buat Ct Scan. Pastu doc cek ECG(cek jantung katanya) pun tak cantik. Bp of course tinggi. Dua dua belah kaki pulak tu sakitnya. Masuk wad 2 hari, then Mc doc bagi tiga hari.  Nik agak sakit tu terjadi sebab ni dok dalam kereta lama. Nasib badanlah. 


3rd Trimester 


Kemuncak segalanya bermula. Hujung hujung bulan ke enam nik pregnant, nik dah mula sakit kat bahagian dalam paha. Masa tidur tu, nak beralah kiri ke kanan dan sebaliknya tu, punyalah azab. Sakit dia tak leh bawak bincang langsung. Suami belikan maternity pillow pun tak membantu! Last last tersadai je. Nik inform misi Kk dan doc, doc kata biasa. Kalau tak tahan sangat dia boleh bagi ubat tahan sakit. Tapi nik cakap tak payahlah doc. Saya tahan jelah sakit ni sampai beranak nanti. 


Masa perut dah besar ni memang bacaan Bp ni selalu tinggi. So kena buat Bp reading seminggu 2 kali. Nasib baik nik kerja kat hospital, mintak tolong misi misi kat Klinik Pakar yang free buatkan. Ada minggu tu, doc suruh buat setiap hari. Kita yang dah sedia penat, bertambah penat. Tak buat kang gi klinik nanti confirm misi akan marah.  Fikir balik, semua untuk kesihatan kita and baby jugak. Tu nik gagahkan diri jugak. 


Berat nik sepanjang pregnant naik 2.5kg je. Sebab masa buka buku pink, berat nik sekian sekian, lepastu dah alahan apa semua turun 5kg.  Jadi berat tak naik banyak sangat.  


Cukup 35w, nik settlekan barang barang keperluan baby dan ibu. Settle awal tak kalut kan.  Sebab lainnya jugak sebab misi dan doc selalu dok pesan, suruh settle cepat cepat. Lepas tu nik tak boleh bersalin kat hospital nik kerja sebab hospital daerah kena ke hospital besar kat Kuala Terengganu, Hsnz. Setiap kali jumpa doc, doc akan cakap. 


Masalah retained placenta masa lahirkan Anis Farhana dulu yang buat nik kena bersalin kat Hsnz. Doc cakap, kemungkinan nak lekat uri lagi tu tinggi. Nik ada tanya beberapa doc, semua cakap yang sama.  


Okehh! Nik rasa ni entry paling panjang nik tulis kat blog ni. Fuhhh.. Asalnya nak buat by part tapi malas pulak, kang part 1 bulan 12, part 2 bulan 12 tahun depan. Naya!! Enjoy reading korang. Nanti nik update pengalaman bersalin pulak. Babynya dah keluar dah by the time nik publish entry ni. 


Bye. 




Adik Anis.

 Assalamualaikum.

Setelah lebih kurang 7 jam lahir ke dunia. 


Alhamdulillah.  Tepat jam 1.16pm pada tarikh 05.10.2022 nik selamat melahirkan seorang baby girl yang sihat dan montel dengan berat 3.43kg.


Adik Anis keluar secara normal tapi dengan macam-macam drama kat hospital. 🤣 Adik Anis diberi nama Nik Iman Raihana yang bermaksud, Iman:iman, keimanan dan Raihana: Tanaman yang harum/Perempuan yang luhur. Doakan semoga Adik Anis membesar dengan sihat dan ceria ye korang.