Assalamualaikum.
Allahduilllah berjumpa lagi kita dengan ramadhan tahun 1444H. Sedar-sedar dah masuk 6 Ramadhan dah kita ye. Sekejap je ni, tahu-tahu masuk Syawal pulak. Cerita ramadhan nik kali ni, takde apa yang menarik sangat.. Azamnya tak mahu jejak kali jejalah bazar ramadhan. Nak jimat! Setakat hari semalam memang tak pergi lagi. Puasa hari kedua hari tu je, drive adik ke bazar. Tapi nik tak turun. Acilah kan?
Selain tu, menyambut ramadhan dengan dua anak ni lain sungguh ye. Time kita sibuk nak masak juadah berbuka, macam-macam hal pulak yang jadi. Yang kakak nak basuh beraknya..yang adik menangisnya. HaHAHA. Kita dengan balik kerja berkejar nak masak. Menguji imah bethol. Tapi nikmatnya bila dengar azan tu.
Ramadhan pertama dan kedua nik berbuka dan bersahur kat kampung. Mak masak meriah la. Tiga empat lauk. Dengan kuihnya lagi. Kalau nik masa sendiri satu dua je dah cukup. Balik rumah sendiri memang nik masak lagi setakat ni. Semalam buat ikan singgang + telur masak kicap bergedik resepi cik epal. Hari sebelum tu buat ikan masak air asam + peria goreng telur dan tempe. Petang ni nik plan nak buat ikan masak kicap. Pastu nak buat sayur air je. Masak simple-simple je.
Di kesempatan ni, nik nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua yang membaca blog nik. Semoga ramadhan kita semua kali ni lebih diberkati Allah. Semoga semua amal ibdah kita diterima. Semoga semuanya baik-baik untuk kita semua. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.