Selasa, 30 April 2013

Wanita VS Senggugut..Like untuk Lotion Felinna

Assalamualaikum...
Salam senyum buat semua..:)

Alhamdulillah, petang tadi nick selamat sampai rumah..macam biasa, dari kampus ke rumah ambil masa 2 jam lebih je..nick akan tumpang kereta(si oyen) kawan..:: btw, terima kasih daun keladi kak farah sebab sudi tumpangkan nick balik..jasamu dikenang! 

Berbalik pada tajuk..
Nick yakin, semua wanita ada pengalaman penyakit senggugut ni kan? amacam? hebat tak penangan sengggugut ni pada awak, awak, awak semua? haa.. meh sini nick nak story mory.. nick sejak first period lagi dah alami benda ni.. Ya Allah.. sakitnya tak boleh nak ucap..duduk tak boleh. berdiri tak boleh..tidur pun tak boleh..habis satu badan dia serang..adui..yang alami mesti dapat gambarkan macam mane kan?

Tapi tak lagi sekarang..:P say no to period pain!!
jeng jeng jeng!


felinna lotion..tapi yang ni yang lama punya packaging..
bawah pun..



yang ni new look felinna lotion..whooa..
ada bentuk hati gitu..:)


Haa...ada lagi yang masih samar-samar apa sebenarnya lotion felinna ni? oke nick explain sikit ye..
Lotion felinna ni acctually lotion pemecah lemak kat bahagian badan kita..bagi yang nak kempiskan perut, kecilkan lengan dan paha. serta runsingkan dagu memang digalakan mencuba..nick cuba..dan resultnya, dalam masa kurang 14 hari lilitan perut berkurang 3 inci..amazing kan?? nak tahu lebih lanjut pasal produk ni ke sini.. Nick ada buat penerangan..

tapi!!!
Ada rahsia tersembunyi di sebalik kegunaan utamanya..nick sendiri dapat merasainya..SENGGUGUT! lotion felinna ni mampu kurangkan dan hilangkan rasa sakit senggugut. Jangan tak tahu, sejak adanya felinna dalam hidup nick ni..bila tiba ABC lotion felinnalah yang nick akan gapai dulu..panadol?? dah lama nick buang jauh-jauh..hikhik..   

So, bagi wanita ataupun gadis di luar sana, nick cadangkan dears try produk ni..halal, buatan Malaysia dan bumiputera..Tak rugi dan memang berbaloi..banyak kegunaannya..bagi yang ada masalah angin pun boleh. nick pernah urut kawan nick guna lotion ni, and dia rasa lega..dengan izin Allah juga..tapi kita ikhtiar..:)

Kalau nak dapatkan felinna lotion ni boleh pm nick kat fb ye..SINI atau SINI ...
Sekian sahaja malam ni..
Selamat malam dears..
Sweet DREAMSSS..










Isnin, 29 April 2013

Tukar Theme Facebook Dah..

Assalamualaikum..

 Tadi masa online, ada la hamba Allah post pasal facebook theme..so, nick pun tak semena-mena excited nak tukar fb theme nick ni..hahah.. jom tegok bawah ni..warna purple gitu..comey..xoxo :) yang penting ada banyak lagi theme lain..boleh pilih ye.


yang nie wall facebook nick


ni pulak home.cantik kan?


ni page blog nick..Kisah_Nick..jemput like ye kalau sudi..


haa..yang ni page untuk bisnes nick..
kalau ada yang nak dapatkan produk kecantikan dan kesihatan
 boleh la berkunjung ke Humaira Auliya Biz ye..:) in shaa allah, 
nick bagi service terbaik!

:P bagi yang nak tukar theme Fb korang, klik sini oke..:)
thats all..TQ

PRU 13..Rasa Lain Macam...

Assalamualaikum..:)
Salam senyum seindah suasana..

Sedar tak sedar, beberapa hari lagi PRU 13 akan berlangsung..walaupun diri masih lagi tak layak mengundi tapi semangat untuk memangkah tetap berkobar-kobar.. Tak tahu kenepa, tapi PRU kali ni lain macam, kelainannya jelas terasa. Masa balik kampung cuti hari tu, penuh hijau biru kiri kanan.. tapi sayang, nick tak sempat menghadiri perarakan selawat beramai-ramai masa hari penamaan calon hari tu..rugi kan? Sumbangan?? huhu... buat masa sekarang masih tak mampu nak beri kecuali share apa sahaja yang berkaitan di facebook.Moga ianya bermanfaat..Yang penting nick sentiasa doakan moga-moga hanya yang layak dapat memerintah negara seterusnya membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dari segala aspek.



Yang PALING penting lagi, calon-calon yang diamanahkan rakyat dapat melaksanakan tugas sehabis baik. Mereka bukan sahaja bertanding untuk menang, tapi di sebalik itu, ada tanggungjawab besar yang digalas..hehe..kalau tengok, bersemangat sungguh seluruh warga Malaysia sempena PRU ni kan!! tapi apa pun 5 MEI 2013 in shaa allah akan terlakar sejarah baru..xoxo

Bagi yang di perantauan, moga anda semua dapat pulang menjalankan tanggungjawab anda..Mengundi adalah satu kewajipan..Ini amat penting untuk kita memilih pemimpin..so, harap yang stay di perantauan dapat balik la ye..hehe :P  bukan apa, satu undi anda amat berharga.. ia menjadi penentu masa depan negara! nick yang tak boleh mengundi lagi pun akan balik kampung! hehe.. bukan apa, nak memeriahkan suasana dan memberi sokongan padu...PRU 13..moga rasa lain macam nick ni adalah sesuatu yang baik..amin...


Sekian!
Ini kalilah!

Selasa, 23 April 2013

Coporate & Classmate


Assalamualaikum..
beautiful morning dear..such a great creation from Him..
alhamdulillah..wanna to share a few picture, my classmate..
 they are in coporate suit..for monday..
pinky of them, BAC^^


    beautiful in pink..
get ready for information technology midterm exam..





Sahabat..Ujian Allah itu tidak pernah memberatkan,Tidak pula membebankan,
Tika rasa berat untuk memikulnya,Titisan indah itu telah dikurnia sebagai teman setia,
Mengurangkan rasa,
Menitipkan kata..diri ini..hanyalah hamba-Nya yang kerdil..yang hina,
Bila ujian menjenguk khabar..ingin singgh bersama,jatuh terkulai...Lemahnya...
Apakan daya..hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang diberikan,
Mungkin juga sebagai penguji kesabaran..
Bagi secebis keimanan yang ada.



Memang Aku Rindu PadaNya

ALLAH..
Betapa rindunya untuk hati kembali 100% mengingatiMu
betapa rindunya untuk merasai geratan jiwa dan deraian air mata
kerana takutkan dosa-dosa lampau yang tak terhitung..

Betapa rindunya untuk sujud dalam penuh kekusyukan
betapa rindunya untuk merasai sepenuhnya
erti sebagai hamba yang kerdil..

Betapa rindunya jiwa untuk menjadi solehah
betapa rindunya untuk merasai nikmat kemanisan iman 
kerana diri seolah lalai dari nikmatNya..

Betapa rindunya jasad untuk mencari secebis cinta buatMu..
mencari redhaMu..




Bekunya air mata kerana kerasnya hati..kerasnya hati dari banyaknya dosa..banyaknya dosa dari lupanya mati...lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia..

Dosa memisahkan kita dari Allah..




Isnin, 22 April 2013

Ingatan Dari Cik Yaya.

Assalamualaikum dears...
Such a great thanks to CELOTEH CIK YAYA
I've got three cute things from her..
 dah lama dah cik yaya pos 
tapi nick baru saje dapat sebab hari tu bagi alamat kampung,
so sampai la hadiah ni kat kelantan sana.. 
then, minta tolong mak poskan ke sini..huhu
terima kasih mak! much much love u.. :P

btw.. terima kasih juga buat cik yaya..bookmark pink cute..comey je!


mucas-muca gracias..

Rabu, 17 April 2013

The Story Behind Annual General Meeting

Assalamualaikum..hai my dears..
senyum dulu secebis, tambah seri muka sambil bersedekah..:)
dah 3 hari nick tak update blog kan..join segmen je yg sempat, tu pun yang very fast way punya..lau yang banyak-banyak syarat nick KIV dulu..tak sempat and malas nak ikut syarat panjang-panjang..
tapi..:::tak pe dear..any how, nick akan  join tapi bila dah free la..XD

seriously, nick tak sempat nak taip entry.assignment baru je sudah,tapi ada lagi yang lain menunggu.. ni ambik masa sikit..acctually entry ni ditaip sebab someone mintak nick buat entry, dia tak sabar nak komen..hehe..macam la ada yang nak baca kan???^_^ panjangnya intro! xoxo''' so, tajuk kat atas tu apa benda? hehe..mesti nak tahu kan. acctually beberapa minggu lepas nick pergi interview untuk jawatan kelab under fakulti.. *yekot,nick tak pasti*  dua hari lepas pihak sana call suruh datang sebab dapat jawatan tu..:) 

jawatan ape?  bukan pengerusi la yang penting..yelah nick! jangan pernah sesekali mimpi nak jawatan tu..hang tak layak oke.^^ awal nick pergi sebenarnya meeting semalam..dengan tiga kawan..nak mention la sebagai penghargaan kat mereka,,Teah and mira..teah dapat jadi s/u! tahniah kawan..mira? lupa tadi...xoxo, jangan marah.. In shaa Allah, nick akan jalankan tanggungjawab dan amanah ni sebaik mungkin..



nick edit tak jadi..:(

                                             keadaan auditorium..lengang sebab awal lagi..majlis belum mula



suka tak dia punya dinding..waaa..merah merang + oren + kuning..gabungan mantopss!




cerita yang paling menyayat hati, masa balik tu hujan, dengan payung tak bawak, masyaAllah..seksanya, hujan lebat dan berangin.mula-mula tumpang payung kawan..tapi tetap basah..teruskan redah hujan sebab nak tunggu pun dah lewat..kawan ada kerja lagi nak buat..huhu, satu pengalaman baru semester dua nie..lebih dramatik bila makan kat susur gajah*lebih tepat lagi kaki lima*..bihun goreng + sosej + teh o ais...huhuhu..sejukk!!!!


love this roses so so so much..anyone want to buy for me??hehe

p/s: congratulations to my beloved sister! so proud with you fazlin harun..good job! but make sure SPM get straight A's okay?? buat mak abah bangga..aminn..






Jumaat, 12 April 2013

40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam


Assalamualaikum..
.....Sedikit perkongsian tentang wanita petang jumaat ni....



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak
.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Khamis, 11 April 2013

Baby, All About You


Assalamualaikum..

Just to share somthing about the newborn today..hehehe..amboi!! speaking la sangat..muet cukup makan je nick oii..don't judge the book by its cover..macam tu jugalah dengan nick, jangan sekali tengok nick, dear semua cop nick garang, sombong and tak suka budak-budak especially baby.. the truth, i love baby so much. Kalau ada baby kat sebelah nie, confirm kena cubit and gigit tau!

Kalau nak tahu jugak,kat lappy nick nie pun banyak gambar baby yang kiut miut...hehe..wodering if one day i have one of them..hehe..mengarut!! belajar tak habis ada hati nak baby..tahu kat mak mahu tak dibenar makan nasi 44 hari.

xoxox...
:P
Oke,serius! Jom ketahui serba sedikit tenteng baby kita nanti! Yang tidak pernah anda ketahui.
Berikut disenaraikan fakta menarik dan menakjubkan mengenai bayi.

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.^^patut la nick tak leh jalan    masa kecik dulu^^
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.^^ so,jangan pandai-pandai nak menyamar!^^
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.^^owhh^^
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.^^maknanya babay lebih hebat daripada orang dewasa^^
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan muzik klasik menambah kepintaran bayi.^^nasyid dan alunan surah al-quran lagi afdal^^
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.^^syok jadi baby,tak yah pergi kelas^^
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya. 

sekarang jom tengok wajah-wajah cute baby..





comelkan??hihi..geram!!! so, moral of the value kat sini, pada yang terasa nak buang baby-baby mereka yang tak bersalah tu, fikirlah balik..anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai..

#anak nanti nak letak nama HUMAIRA.^^

Rabu, 10 April 2013

Ya ALLAH...Permudahkanlah..

Assalamualaikum...


When problems are so big and your strength is no longer enough to carry them, don't give up!

Because, Where your strength ends,
The Grace of ALLAH begins...






ujian itu tanda Allah S.A.Y.A.N.G...
moga Allah redha walaupun diri ini memang tak sempurna.

Selasa, 9 April 2013

Red Pomegranate Lotion & Cleanser, Shiseido Black Mask Dan Figure Up

Assalamualaikum...
Salam Senyum Semua..

Hari ni nick nak promote sikit..hehe..jom tengok!!


L GLUTHATIONE RED PEMOGRANTE LOTION @ CLEANSER
                                                                               
Ekstrak buah red pomegranate:
* memutihkan 
* menghaluskan kulit tubuh
* mencemar bekas jerawat dan parut
* mengecilkan pori-pori
* melembut dan melembab
* memberi effect glowing
* berkesan melindungi kemerahan & bintik2 hitam
* menghilangakn warna kulit tak sekata dan kulit kusam
* melindungi dan membantu mencerahkan kawasan gelap di badan
seperti bawah lengan, celah peha dan lain-lain lagi sebagai sunlock kerana mempunyai SPF50/PA + +
yang mampu melindungi kulit dari sinar matahari.

L-GLUTATHIONE Whitening Cleanser khusus untuk wanita tropika dengan kandungan L-Gluthathione 5 kali lebih tinggi khusus untuk mencerahkan dan melindungi kulit dan dapat menjadikan kulit lebih lembut & licin...



SHISEIDO BLACK MASK & NATRUGO


Mencerahkan kulit dan kesan anti penuaan Untuk kulit berminyak dan berjerawat Mengurangkan kedutan.memperbaharui keanjalan, Mengekalkan kelembapan dan nutrien Mengurangkan bintik-bintik hitam,tompok-tompok, noda hitam dan jerawat Melembutkan kulit wajah Untuk menghilangkan garis-garis halus Menanggalkan sel kulit mati Sesuai untuk semua jenis kulit Sesuai untuk kulit wanita Asian Penggunaan konsisten menyebabkan kulit lembut dan berseri secara semulajadi.. 
Cara-cara menggunakanya
Bersihkan muka @ cuci muka terlebih dahulu
Sapukan pada muka dan biarkan kering selama 20-30 minit @sehingga benar-benar kering
Buka mask dari bahagian bawah dagu dan keataia boleh dipakai pada hidung malah pada seluruh wajah
rm 2/1 pek
belian pos minimum 5 pek 

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

MAXIMUN PENGGUNAAN 2X SEMINGGU

h


FIGURE UP


Cuma ambil 1 biji dan telan sebelum sarapan dan minum segelas air putih.. Makan macam biasa, tak perlu berdiet2....hanya banyakkan minum air putih. Lepas 5 hari tgk hasilnya......menakjubkan!!!!!!
* HALAL
* 100 Herba
* Blh amalkan ketika period
* Ibu yg menyusu boleh amalkan (anak 7bln ke atas)
* Mengandung tidak dibenarkan
* Tiada pantang larang dlm pemakanan
* Ibu yg menyusu boleh amalkan (anak 7bln ke atas)
* Mengandung tidak dibenarkan
* Tiada pantang larang dlm pemakananDengan hanya 1 kapsul / hari anda dapat rasakan kelainan dalam masa sebulan (30hari).
Figure up mempunyai komposisi bahan yang sangat sempurna. Tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya sehingga memberi kesan sampingan kepada pengguna. Figure up juga dapat membantu mengaktifkan sel-sel dalam tubuh dan membantu menghilangkan pengumpulan toksin yang ada didalam badan selama ini.
- 1 kapsul untuk setiap hari sebelum sarapan, diikuti dengan segelas air suam/bersih dan jangan sekali-kali mengambil 2 biji.
- Jangan mengambil ubat ini jika sedang mengambil ubat/suplemen yang lain dalam satu masa. Jarakkan pengambilan suplemen lain 4-5jam.
- Minum air secukupnya atau makan buah-buahan sekira terasa haus.
- Tidak perlu mengawal makan, tapi banyakkan minum air bersih sepanjang hari untuk proses detox. Makan mengikut waktu (terutama sarapan atau makan tengahari).
- Untuk kesan yang lebih cepat & lebih baik, elakkan minuman berkafein,soya dan susu dalml tempoh beberapa jam selepas pengambilan kapsul ini, Lagi bagus jika tidak minum terus semasa tempoh mengamalkan kapsul ini.

harga: RM65





Bagi yang berminat boleh komen kat bawah atau pm kat fb atau page Humaira Auliya Biz  nick ye...
sekian..wassalam..

Ahad, 7 April 2013

Dia Lagi..

Assalamualaikum..
Salam ukhwah semua..Senyum sikit tambah seri..xoxo.
:P

Malam ni nick nak berkisah sikit..hehee..asyik bersegmen je kan..huhu..sebenarnya, memang kebelakangan ni nick agak sibuk..tak sempat nak taip entry..Entah apa yang disibukkan nick sendiri kurang pasti tapi memang nak taip entry tu, tak sempat dan malas.

Oh..kelmarin, nick pergi KFC lagi, hehehe..adik bongsu tuntut janji lagi..memang kegemaran dia ayam kfc...tapi tetap tak gemuk-gemuk..melidi macam tu je sejak dulu.huhuhu



Dan pagi tadi nick pergi temuduga tau..SPA punya..huhuhu..mintak dah lama,tapi dia orang baru panggil...harap-harap dapatlah ye..doakan ye dear semua..:)  jawatan apa? hehe, biarlah rahsia...tapi seriously, kat tempat temuduga tadi kejap je, tak smpai setengah jam menunggu dah kena panggil..pastu pulak, penemuduga tanya nama PM Malaysia berserta TPMnya sekali...hehehe... agak-agak dear semua boleh jawab tak?
xxoxo

Alhamdulillah..semua berjalan lancar,lepas habis je terus balik rumah..dan tidur,penat sebab semalam tidur lewat dan bangun awal..huhu :) mak and adik bongsu tersayang teman...tapi satu nak komplain,parents and kanak-kanak tak boleh masuk tempat menunggu..kene tunggu kat luar..:(

         
 muka ngantuk yang teramat! fikir nak balik je.



sekian cerita malam ni ye..:)