Selasa, 31 Disember 2013

Hukum Sambutan Tahun baru





Assalamualaikum...
Hari  ni nak share sikit pasal sambutan tahun baru.
Dalil yg berkaitan dengan hukum sambutan tahun baru adalah sebagai berikut :
Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :
Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.
Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.
Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].
Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.
Tetapi ada pendapat yang mengatakan hukum menyambut tahun baru itu HARUS secara bersyarat.
Mengikut pandangan Ustaz Zaharuddin:
 
Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
..renung2kan sahabat sekalian. Berlandaskan syariatkah cara kita ?
Kalau bukan.. ubahlah.

Isnin, 30 Disember 2013

Popia Pisang Coklat


Assalamulaikum semua...
Hari ni terdetik pula nak share resepi popia pisang dengan coklat. Resepi ni bukan resepi nick tau...dari orang lain jugak. Memang sedap! Senang pulak tu nak buat.


Bahan-bahan dia cuma pisang, kulit popia, telur kuning, dan coklat masakan. :-)


 kat bawah ni ha lebih kurang rupa & bentuk popia pisang coklat!

Pisang tu, kita buang kulit dia. Boleh pilih la nak guna pisang apa.. nik beli kat giant je.tak kenal jenis pisang..hehehe..Pisang ni bloeh la potong ikut saiz yang anda suka. :-)

Bungkus pisang yang dah dipotong dengan kulit popia.
kreatifkan diri anda.

Nak bagi lekat, jadikan telur sebagai gam.

Terhasillah popia pisang ni bila anda cairkan coklat masakan di atas popia pisang yang telah digoreng..
selamat makan!


 

Steamboat di Kampung Nelayan




ASSALAMUALAIKUM..
Selamat pagi dears..♥♥

Dalam sedar tak sedar 2013 dah nak pergi tinggalkan kita .. 2014 nak tiba dah. Settlekan semua 'hutang' lama. Buka buku baru, dengan azam baru dan dengan semangat baru. Semoga 2014 kita lebih berkat, lebih 'sihat' dan bebas daripada 'penyelewengan' kehidupan! Fuhhhh... Ada gaya motivator ni^_^p

Tak nak cerita panjang, nick just nak share dengan uolls salah psebuah tempat makan yg super menarik kat area kota kinabaluni..nanti kalau ada yang datang holiday sini boleh la pergi makan sini. 

Okey. Tempat ni femes dengan stemboat..kampung nelayan. Restoren kampung nelayan. Mungkin ada yang pernah dengar kot sebab tempat ni memang dah dikenali ramai. tempat duduk kat sana pun kalau kena masa memang penuh la..
punya ramai orang.


Gambar atas. Kami sampai awal kat kampung nelayan tu. So, pergilah jalan2 dulu..round area situ. Acctually, track orang jogging ni rasanya sebab around 4-5pm kat sana ramai sangat org jog. ^_^


See the view! Cantik sangat
Penat berjalan berhenti la ambil gambar jap. Start drpd restoren tu kami jalan pusing jauuuhhh lbih 1km kot(x sure). Jalan pusing sampai jumpa restoren tu balik. Fuhhh...penat. dengan pakai kainnya. Dengan jalan berbukit lagi..



Ahah!! Tu steamboat kami. Yang penting sodap! Kenyang! Alhamdulillah... my friend book dlu sebelum datang. So satu kepala dalam rm35. Tapi boleh ambik seberapa banyak yg anda mahu..
Btw.. dari sebelah kiri..yg gak reti guna kayu 2 batang tu nick la. Wani. Judith. Cell. Bella. Azian. And tukang ambil gambar nordin.  semuanya my officemate. :) ♡♡ 



Oke..bagi sesiapa yamg teringain nak makan steamboat ni, kalau datang sabah restoren kampung nelayan ni memang direkomenkan oleh saya. Hahaha. Makan sampai buncit pon boleh. Tapi agak2 la kan. 


Sekian sahaja cerita nick kali ini..
walaupun awalnya malas nak menaip.tapi siap jua sebuah entery..
xoxo.
assalamualaikum semua. :)

Jumaat, 27 Disember 2013

LAGI PROMOSI SEMPENA TAHUN BARU!!!



 
PROMO NEW YEAR!!!
cepat grab uolls..murah2! promosi hingga hujung tahun ni sahaja.



2BE GORGEOUS – RM35
AURASHINE - RM70
AURAMEN – RM105
AURASLIM SHAKE - RM115
AURAWHITE – RM100
AURAWHITE CHOCOLATE - RM110

DNARS SKINCARE – RM55
EMILAY – RM25
FELINNA INCHLOSS LOTION – RM50
FELLINA PMCVC – RM55
FERWHITE 1kg – RM100
K-COLLY 1.5million mg- RM100

SHISEIDO MASK - 1 KOTAK (50pcs) RM30

HARGA TIDAK TERMASUK POs
PM UTK REFER CAJ PENGHANTARAN
SAH DARI SEKARANG HINGGA 31hb DISEMBER


 Pm nick kat facebook Humaira-Auliya-Biz.
atau wassap kat no ni 0198886903

Khamis, 26 Disember 2013

Waiting the date!



ASSALAMUALAIKUM..
Hallu dears..
Gimmie a big smile for today ya :)



Alhamdulillah.now 26.12.2013. macam yang kita dengar and kita baca, banyak perkara2 besar yang berlaku pada tarikh ni. but, for sure tak semestinya nak dekat tarikh ni atau pada tarikh ni je kita nak dekatkan diri dengan Allah. It should be everyday, hasbuminallah kita terjaga. :)
dears.. you should know what i mean.

Today. nick bukan nak bercerita pasal 26.12.2013 or so on, but the upcoming date which is 17 JAN 2014. Save the date uolls!! i'm going to..



__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__
__

Nah..gambar besar gedabak. what? bertunang? bukan..kahwin? pon bukan.hahAha.. just kidding! i'm going home on that date. Nick nak balik Kelantan. huhuhu.takde maknanya nak tunang or kahwin. :-P.
ohohoo. really really tak sabar nak balik kampung. dahla adik kat rumah request nak hamster. hohoho. kat manalah nak cari hamster. anyone know how much a cute hamster price? Acctually, kalau ikutkan nick memang nick tak minat sangat dengan binatang ni. HAISH! tak tahu kenapa. kucing yang orang kata super cute, nick tengok dengan tak berperasaan. so sorry .:( i'M trying to love the animals like others, but i can't.

Tapi, dalam pada nick tak suka binatang tu takdelah sampai nick buat jahat kat mereka. mereka pun makhluk Allah. :) Kat rumah pun ada kucing. not a big deal.
Okay. Dah lari topik ni!
Nak cerita pasal balik kampung ni. excited! excited! so much!! Miss My PARENTS sooo much. My sibling yang suka cari gaduh dengan nick especially yang lelaki 4 orang tu. hhahaha.. Bila tengok kapal terbang, haaa..dalam hati kata. 'ni kot kapal terbang aku akan naik nanti.' hahahaha.still kata macam tu eventhough nick tengok MAS sedangkan tiketnya AirAsia. How childish!



KELANTAN MU TUNGGU AKU DATANG!!


Try to fill your mind and heart with Allah 
as much as you can throughout your day. 
Talk to Him, make duaa to Him constantly.


owh. lupa, yang ada instagram tu, jemput follow nick ya.
@kck_nik


thats all for now.
xoxo. 
:) 

Khamis, 19 Disember 2013

Samsung Galaxy Mega



ASSALAMUALAIKUM..
Senyum..salam Khamis semuaa.. :-)

Jarang update blog, tapi tak bermakna nick tak jenguk blog kesayangan ni tau. Hari-hari duk usha. In the same time bw bloglist yg ada. Tak lupa pada pengkomen..nick jejak balik blog anda semua tau..tapi most of my jejak, nick jarang tinggal komen.nick jadi silent reader jerkk..huhuhu. sorryy . InshaAllah..ada kesempatan nanti nick bw lagi and komen pepanjang. Okeh? Sep!!




Samsung galaxy mega is mine ! 
Okey nampak muka happy plus exicited tahap gaban. ♥♥♥ tapi apa pun syukur. Rezeki Allah bagi. Memang niat asal nak beli note3. :'( tapi melihat pada peratusan bajet dalam beg, niat tu ditinggalkan begitu sahaja. Tak mampu eden nak miliki note3 CASH!! Hahaha..yang ni pun berfikir 44 kali.

KenaPa dan mengapa Samsung galaxy mega. Knp bukan samsung galaxy S4..???yang harganya pun lebih murah dari note3 ? Dan S4 pun mendahului carta. Jawapannya senang, kerana blog tersayang. MEGA besar. Memudahkan nick update blog. Nick sebenarnya dah jarang update blog guna laptop. Laptop pun dah lama berhabuk atas lemari. Nampak?! Laptop yg dulu dibeli dengan keringat peluh sendiri sudah di abaikan...woaaaahha...:'( 

Sebab kedua nick pilih mega, kerana masalah mata. Mata nick sedikit rabun. Sebelom ni guna sonny yg kecik cenoet tu, punyalah payah nak taip msg. Kena bulatkan mata baru dapat taip and baca msg dari orang kesayangan . Teeetttt..

Overall..guna mega ni pun best walaupun tak secanggih iphone 5,6,7 ; S4 and Note3.. :-) yang paling best...mega ni BESAR dia overdose. Hahaha..pokoknya senang la nak bekerjasama dengan mega ni.  
Haaa..entry ni entry yang pertama ditaip menggunakan Samsung Galaxy Mega  :) bestttttt.. mata dah tak juling2 taip entry guna fon. Tapi awass..jangan menaip jika anda mengantuk..jika Mega jatuh di atas muka..buruk padahnya...hahahahaha. benjol hidung. Patah gigi !!!! 

Wookehh..itu je kot.
Oppsss.lupa nak gtau. Nick ada beli powerbank..heee.warnanya opkos la biru muda. Next entry nick update.

Okey.till then.
Jumpa lagi..
Assalamualaikum..



Jumaat, 6 Disember 2013

Bukan Siapa Siapa.



Aku biasa.
biasa biasa saja
aku bukan siapa-siapa
aku cuma salah satu manusia mencari damai

Aku biasa.
ibuku biasa, ayahku biasa
kami biasa-biasa saja
dan bukan siapa-siapa.
kami cuma salah satu manusia mencari tenang.

Aku biasa.
sekolahku biasa, 
bukan sekolah agama mahupun pondok
sekolahku biasa-biasa saja
aku juga penuntut biasa-biasa saja
aku dan hidupku biasa-biasa saja

bukan siapa-siapa,
itu aku
tapi. 
tetap aku manusia mencari redha
tetap aku manusia mencari iman
tetap aku manusia mencari ilmu.
tetap aku bermimpi syurga.


Siapakah sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga?



ASSALAMUALAIKUM..



Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya: Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan, dengan katanya, 'Pernah Rasulullah SAW bersabda, "10 orang yang akan memasuki syurga iaitu Abu Bakar, 'Umar, Uthman, 'Ali, Zubair, Talhah, Abdul Rahman, Abu ‘Ubaidah, Sa’ad Bin Abu Waqqas..."  
Maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu, di manakah lagi seorang? Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid, "Demi Allah Wahai Abu A’awar! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu?" 
Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya, "Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga?" 
Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzi) menyatakan, "Abu A’awar itu sendiri adalah Said bin Zaid bin ‘Amru."
[Hadis sahih riwayat Imam At-Tirmidzi]


Jom. Kita selusuri sedikit kisah insan istimewa yang Allah janjikan syurga indah buat mereka.
Allahuakbar.


Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Siapa yang tidak kenal dengan sahabat agung yang seorang ini bukan? Selain terkenal sebagai sahabat karib Nabi dan antara orang terawal yang memeluk Islam, Abu Bakar juga terkenal dengan keteguhan imannya apabila membenarkan peristiwa Isra' wal Mikraj tanpa ragu-ragu, lantas beliau digelar dengan gelaran as-Siddiq,yang membawa maksud membenarkan. 

Abu Bakar merupakan sahabat hijrah Nabi, yang mana beliau diminta sendiri oleh Nabi untuk menemaninya berhijrah. Abu Bakar juga merupakan seorang dermawan terbilang, yang pernah menginfaqkan seluruh hartanya untuk kegunaan umat Islam di Perang Tabuk. 
Abu Bakar juga adalah bapa mertua Nabi, apabila mengahwinkan anak gadisnya, Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a. dengan Nabi. Abu Bakar adalah khalifah pertama dalam sejarah Islam selepas kewafatan baginda Nabi SAW.


'Umar al-Khattab r.a.
Seorang lagi sahabat yang Allah janjikan syurga buatnya ialah Umar al-Khatab.
Kisah pengIslaman 'Umar sering diulang-tayang untuk menggambarkan bagaimana seorang manusia yang bengis dan berjiwa keras juga akhirnya tewas dengan tamparan Hidayah. 'Umar yang sebelum Islamnya terkenal sebagai seorang yang amat tegar menentang Islam, menjadi pejuang dan pembela Islam yang paling berani selepas keimanannya. 
Betapa 'Umar mempunyai firasat seorang mu'min yang sangat tajam, sehinggakan kata-katanya sering dibenarkan Allah melalui firmanNya yang mulia. 'Umar juga sering berlumba-lumba dengan Abu Bakar dalam mengejar keredhaan Allah dan merebut cinta Rasulullah, sehingga menjadikan dirinya tidak pernah puas dengan amalan dirinya.
'Umar merupakan khalifah kedua khulafa' ar-rasyidin menggantikan Abu Bakar. Zaman 'Umar merupakan zaman kegemilangan Islam apabila banyak kejayaan dan pencapaian yang diperoleh umat Islam ketika itu. Satu fakta yang tidak diketahui ramai, 'Umar juga merupakan bapa mertua Nabi, apabila anaknya, Hafsah diperisterikan baginda SAW.  

 
Uthman ibn Affan r.a.
Siapa yang tidak berasa segan untuk menceritakan kehebatan sahabat yang seorang ini, yang mana para malaikat pun malu dengannya? Juga seorang sahabat yang sering disalahertikan dan difitnah dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Beliau adalah satu-satunya sahabat yang menjadi menantu Nabi dua kali, apabila memperisterikan Ruqayyah dan Ummi Kalthum, lantas diberi gelaran Zun an-Nur'ain, yakni yang memiliki dua cahaya. Uthman adalah seorang dermawan yang tiada tolok bandingnya, sehinggakan infaqnya untuk Perang Tabuk diiktiraf Nabi sehingga baginda bersabda,
"Tidak ada bagi Uthman sesuatu yang akan menimpanya setelah ini, tidak ada bagi Uthman sesuatu yang akan menimpanya setelah ini."
[Hadith riwayat at-Tirmidzi. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dengan sebutan, "Tidaklah akan membahayakan Uthman apapon yang dilakukannya selepas hari ini.]


Uthman merupakan khalifah ketiga, menggantikan 'Umar al-Khattab. Di zaman pemerintahannya, beliau bertanggungjawab mengumpulkan mushaf al-Quran yang ada dan menyusunnya agar mudah menjadi rujukan umat Islam yang semakin ramai dan berkembang ketika itu. ALLAHUAKBAR. 


'Ali bin Abi Talib r.a.
Sepupu Nabi SAW Ali bin Abi Talib, yang merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam dan antara manusia terawal yang memeluk Islam. Beliau mengambil risiko dibunuh oleh kaum kafir Quraisy apabila  menggantikan Nabi di tempat tidurnya pada hari baginda berhijrah ke Madinah.
'Ali merupakan menantu Nabi SAW apabila mengahwini puteri kesayangan baginda, Fatimah r.a.. 'Ali merupakan khalifah yang keempat selepas Uthman. Malangnya semasa zaman pemerintahan beliau, keadaan umat Islam ketika itu kucar-kacir dek terlalu banyak fitnah dan ujian yang berlaku, sehinggakan meninggalkan noktah-noktah hitam di masa kekhalifahannya.
Keutamaan 'Ali disebut dalam banyak hadith-hadith sahih, antaranya bagaimana Nabi SAW menyifatkan 'Ali sebagai Harun kepada Musa. Namun, berhati-hati dalam mengambil dan mempercayai hadith berkaitan 'Ali, kerana dikhuatiri ia adalah hadith palsu yang direka-reka oleh puak Syiah yang ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mengagungkan beliau.  

Zubair bin al-Awwam r.a.
Beliau adalah antara as-Sabiqun al-Awwalun, yakni mereka yang mula-mula sekali memeluk Islam; ketika beliau berumur 15 tahun lagi. Agaknya ketika umur 15 tahun, apalah yang kita buat ya?
Zubair sangat terkenal dengan kepahlawanannya. Di dalam perang Badar, beliau telah berhasil menombak mata Ubaidah bin Said sehingga jatuh tersungkur dan mati, dan peristiwa ini menyebabkan pihak musuh terketar lutut ketakutan. 
Zubair amat dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda pernah bersabda,
"Setiap Nabi ada hawari (pengikut setia) dan hawari bagiku adalah Zubair al-Awwam."

Kehebatan Zubair semakin terbukti apabila 'Umar al-Khattab r.a. menghantar bantuan tentera kepada 'Amr al-Ash r.a. seramai 4 orang dengan menyifatkan setiap orang mewakili seribu orang parajurit yang gagah berani. Zubair adalah salah seorang daripadanya.


Talhah bin 'Ubaidillah r.a.
Talhah adalah sahabat Zubair. Talhah digelar sebagai 'Syuhada' yang berjalan di muka bumi' oleh Rasulullah SAW kerana keberaniannya dalam perang Uhud dan pengorbanannya melindungi baginda dalam perang yang sama. 
Dalam perang Uhud, beliau telah terkena lebih daripda 70 tikaman pedang atau panahan anak panah dan masih mampu bertahan. Ketika tersebar berita bahawa Rasulullah telah wafat, Talhah yang sedang memapah baginda ketika itu berkata, "Aku tebus dikau wahai Rasulullah dengan ayah dan ibuku," menggambarkan kecintaan yang besar beliau terhadap baginda rasul.


Abdul Rahman bin 'Auf r.a.
Abdul Rahman bin 'Auf adalah manusia kaya di zamannya. Namun kekayaan tidak pernah menggelapkan hati sahabat yang satu ini. Ketika turun perintah hijrah kepada para sahabat di Mekah, beliau meninggalkan seluruh harta benda yang telah dikumpulkannya semata-mata mahu menyahut seruan Ilahi. Dan di Madinah, beliau telah membuktikan kepakarannya berniaga yang tiada tolok bandingnya, apabila dalam masa yang sangat singkat beliau berjaya mengumpulkan kekayaan kembali.
Di dalam perang Tabuk, beliau pernah mengimami solat kepada ar-Rasul dan para sahabat, satu kemuliaan yang belum dipernah dikecapi oleh mana-mana sahabat yang lain. 
Abdul Rahman adalah salah seorang sahabat yang ditunjuki 'Umar untuk menggantikan beliau sebagai khalifah. Namun akhirnya beliau menawarkan diri untuk memegang amanah, bertanggungjawab menjadi 'Suruhanjaya Pilihan Raya' yang memilih khalifah antara 'Uthman dan 'Ali. 


Abu 'Ubaidah al-Jarrah r.a.
Sahabat yang mendapat gelaran 'Kepercayaan ummah' oleh Rasulullah SAW ini adalah seorang sahabat besar, yang membuktikan kesetiaannya kepada Islam melebihi segalanya apabila membunuh ayahnya sendiri di dalam perang Badar, sehingga Allah merakamkannya dalam surah al-Mujadilah, ayat 22.
Beliau adalah seorang pahlawan dan perwira yang gagah berani, diberi kepercayaan oleh 'Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah untuk memimpin tentera Islam bagi menggantikan Khalid al-Walid r.a..  

Sa'ad bin Abi Waqqas r.a.
Di awal keIslamannya, Sa'ad diuji dengan begitu getir sekali; memilih sama ada mahu kekal dengan aqidah baharu yang menyejukkan imannya atau menuruti kehendak sang ibu tercinta yang mahukan dirinya kembali kepada agama nenek moyang mereka. Sang ibu sehingga mengugut Sa'ad untuk membunuh dirinya (dengan cara mogok lapar) andai Sa'ad tidak mahu akur dengan permintaannya.
Sa'ad juga merupakan orang yang pertama sekali melepaskan anak panah untuk Islam. Kehebatannya dalam memanah diakui oleh Nabi SAW sendiri, apabila dalam perang Uhud, baginda bersabda:
"Panahlah wahai Sa'ad! Ayah dan ibuku menjadi tebusan untukmu!"
Doa Sa'ad juga sangat makbul kerana pernah didoakan Nabi untuk memiliki keistimewaan sebegitu rupa.


Sa'id bin Zaid r.a.  
Inilah dia sahabat yang terbabit sama dalam pengIslaman 'Umar. Beliau adalah suami kepada adik 'Umar, Fatimah, dan ketika peristiwA 'Umar menampar adiknya itu, Sa'id ada bersama. Malah dikatakan, berkat kesabaran Sa'id dalam menanggapi 'Umar adalah antara punca mengapa 'Umar akhirnya terbuka untuk memilih Islam. 
Sa'id tidak pernah tinggal satu peperangan pon bersama Rasulullah, kecuali Badar. Itu pun kerana beliau telah dihantar untuk menjadi perisik kekuatan musuh ketika itu. Beliau juga terlibat dalam peperangan membebaskan Persia dari api Majusi dan juga Syam dari cengkaman kekufuran Nasrani. 

***********************************************************************************************************************************

Jadi.. Apalah yang kita dapat teladani dari kisah kisah para sahabat ini. jalan untuk ke syurga itu bukan satu, bukan dua, bukan juga tiga, tapi banyak!

Daripada Abu Bakar kita belajar, jalan ke syurga itu terletak pada keimanan yang tinggi, membenarkan apa sahaja yang diungkapkan oleh Allah dan RasulNya. Seorang sahabat sejati bukan hanya sampai mati, tapi syurga yang tertinggi!

Daripada 'Umar kita belajar, jalan ke syurga itu terbentang pada erti sebuah hijrah yang sebenar; perpindahan daripada jahiliah menuju hidayah.

Daripada Uthman kita belajar, jalan ke syurga itu diselusuri dengan sikap merendah diri dan malu. 
Daripada 'Ali kita belajar, jalan ke syurga itu dapat dititi dengan kecintaan dan pengorbanan yang besar. Juga mengrbankan kepentingan dan kehendak diri sendiri!

Daripada Zubair kita belajar, jalan ke syurga itu pasti buat mereka yang setia pada sunnah yang ditinggalkan baginda. 

Daripada Talhah kita belajar, jalan ke syurgaa itu akan terbuka buat mereka yang sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk menegakkan Islam.

Daripada Abdul Rahman kita belajar, jalan ke syurgaa itu bersinar cerah untuk mereka yang tidak terjerat dengan tipu-daya dunia.

Daripada Abu Ubaidah kita belajar, jalan ke syurga itu tidak mahal harganya buat mereka yang mendedikasikan seluruh hayatnya untuk agama.

Daripada Sa'ad kita belajar, jalan ke syurga itu terbina lurus buat mereka yang menjadikan kecinntaan kepada Allah dan RasulNyaadalah yang utama

Dan daripada Sa'id kita belajar, jalan ke syurga itu benar-benar milik mereka yang sabar.


kredit gambar kepada pemilik.


Walaupun para sahabat ini tahu bahawa mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah swt, namun sehingga ke akhir hayat mereka, mereka tidak pernah lelah berjihad dan menyampaikan risalah, beramal dan memohon keampunan, sehinggalah maut datang menjemput.
Para sahabat yang dijanjikan oleh Allah swt bukanlah hanya 10 orang di atas sahaja. Nama-nama mereka yang 10 ini disebut Nabi SAW dalam sebuah hadith secara sekaligus. Kerana itu mereka digelar 'sepuluh sahabat yang dijanjikaN SYURGA.' Namun selain daripada mereka, terdapat ramai lagi para sahabat yang dijanjikan masuk ke syurga abadi.

Sumayyah r.a., Mus'ab r.a., Bilal r.a., Hamzah r.a., Abdullah bin Jahsy r.a. dan ramai lagi para sahabat yang lainnya yang pernah dijanjikan syurga oleh Allah swt.

Abu Bakr. 'Umar. Uthman. 'Ali. Zubair. Talhah. Abdul Rahman. Abu 'Ubaidah. Sa'ad. Sa'id. 
Ingat nama-nama itu. Kerana mereka mengajar kita, nak kejar redha Allah itu boleh sahaja dengan mengayuh basikal, berjalan kaki atau menaiki kereta. Dan mereka mengajar kita, betapa nak masuk syurga itu boleh sahaja dengan apa-apa cara, asalkan asasnya TAQWA!

SEKIAN.
yang baik itu sesungguhnya dari ALLAH SWT.
segala kesilapan harap sudi perbetul. :)



kredit pada empunya kisah.

Khamis, 28 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat
  2. Masalah period / haid - 
  3. Masalah tumit / tapak kaki 
  4. Testimoni kuku dan rambut 
  5. Testimoni lelaki 
  6. Testimoni menyusukan anak 
  7. Pelbagai masalah lain 
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Ahad, 24 November 2013

Watch Dominoes!!






ASSALAMUALAIKUM.

Hari ni tak nak update panjang-panjang, just nak tunjuk and share kat semua tentang the very interesting games. act, i'm not sure samaada its a game or what. But, its raelly impressive! come! lest watch Dominoes!!




                 
                                                           












dah tengok baru boleh rasa kagum. hhuhuhu.
itu sajalah :)
happy watching and good night :)
xoxo


Isnin, 18 November 2013

Hanya ikan mati yang mengikut arus


ASSALAMUALAIKUM...


Bismillah...sebulan dua ni memang nick dah jarang update blog. tak tahulah kenapa. perasaan nak updete setiap hari tu memang ada, tapi bila buka blog ni, alahai.. tetiba hati kata 'biarla dulu..esok-esok jelah!'

nampak kan?  sebuah perasaan malas yang tak bertepi..sesungguhnya jangan sesekali biarkan malas menyelubungi hidup anda! ceh.  sebenarnya, sejak seminggu kebelakangan ni nick banyak fikir pasal kehidupan nick, pasal masa depan, pasal siapa nick akan jadi next 10 year, next 20 year...

kalau ikut cita-cita..heee.besar pangkatnya. tapi kehidupan bukan seperti yang kita rancang. Kita nak macam ni, Allah bagi macam tu. Kita nak buah manggis Allah bagi strawbery. kenapa? sebab Allah adalah perencana yang terbaik.  Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang kita mampu, dan apa yang kita tak mampu.. muhasabah.

kalau boleh nick tak nak 10 atau 20 tahun yang akan datang, nick masih macam ni. nick nak sesuatu yang lebih daripada sekarang, bukan tak mahu bersyukur dengan rezeki dan kehidupan sekarang tapi ada sesuatu yang buat nick yakin yang nick akan dapat. Tapi bukan dengan senang. kena ada USAHA disertakan dengan DOA dan seterusnya TAWAKAL.

Ya. Allah tu Maha Adil, letakkan seorang hambanya di roda paling bawah pada satu masa untuk Dia berikan peluang hamba itu mendaki naik ke atas. thats 
the point!!




siapa mahu hidupnya di bawah kan?
semua mahu senang.
semua mahu gembira.
semua mahu aman.
semua mahu berjaya.
semua mahu kaya.
pokoknya...semua mahu yang positive saja!

in the same time, kita tak sedar yang kemahuan tu just a 'kemahuan', langsung tak kita sertakan dengan usaha, right? okey, lets say ada yang usaha tapi still.. 

'urggghh..dah banyak kali try, tapi tak berjaya jugak.. fed up lah..'

hello! hello! hello! diri..?? awak sedar tak awak baru mencuba dua kali, then you still can say 'dah banyak kali'?? tahu tak orang nak buat kapal terbang tu dia cuba berapa puluh kali?? tahu tak? 
thats me! thats us! usaha tak setara mana, tapi mengalahnya lebih dari usaha. wake up diri. wake up nick. jangan hanya jadi ikan yang mati, yang hanya tahu mengikut arus sungai. cuba bangkit lawan arus. cuba jadi ikan yang hidup, mencari makanan melawan arus.

lawan arus bukan maksud langgar apa yang Allah dah tetapkan. tapi cuba buka dimensi hidup yang baru, yang lebih fresh! yang lebih beri motivasi pada hidup sendiri dan orang lain pada masa yang tak keluar daripada hukum-hukum Allah. yess! cuba tekadkan hati untuk buat sesuatu yang beri kesan positif pada next 10 or 20 years..cuba beranikan diri untuk GAGAL dan BERJAYA.

Sekian sahaja kisah nick. Nukilan ni sekadar entry rujukan untuk diri untuk sentiasa bermotivasi! yeah!
Good nite pada yang belum tidur.
Semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi. :)
xoxo.

Moga kita semua menjadi hamba yang bersyukur diatas nikmat yg diberiNYA
bersyukur dengan apa yg ada
Moga Allah terima amalan baik kita sepanjang hayat
Moga Allah hapuskan dosa kita
Jaga diri,jaga maruah,jaga iman,jaga amal,jaga aurat

Selasa, 5 November 2013

Diari Sahabat.



ASSALAMUALIKUM.


Blog ni dah tak di update dengan seeloknya sejak akhir-akhir ni. kenapa dan mengapa, nick pon confuse! heeeee. _^  sebelum nak tulis panjang-panjang rasanya elok ni ucapkan Salam Maal Hijrah 1435 kepada semua umat Islam. Hijrah pada zaman moden lagi berteknologi ni, bagi nick adalah perjuangan dan pengorbanan membawa diri ke arah yang lebih baik. kan?

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka apati di muka bumi ini tempat Hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiap yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya(sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

surah An Nisa ayat 100.

balik pada main point ya. Hari ni nick saja ambik sikit masa update blog dengan tajuk Diari Sahabat. tssk. tak ada ape pun sebenarnya. Nick cuma nak khaskan entry ni untuk sahabat nick sjak dari kecik lagi. Kami sekelas dari tadika sampailah form 5. acctually, dah lama tak jumpa dia. miss.:)

Untuk sahabat, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. SABAR, KUAT  dan TABAH ye.
me.. Always with my sahabat.











Ahad, 3 November 2013

Good Luck Untuk Kelantan Dan Pahang.



ASSALAMUALAIKUM..

cc gambar pada tuang punya.



Kejap lagi game dah nak start. Selamat berjuang untuk kedua-dua pasukan. harap-harap malam ni Kelantan sekali lagi boleh bawa balik piala ke Kota Bharu.

Gomo kelate Gomo!!

Rabu, 30 Oktober 2013

Shopping AURAWHITE, FIGURE UP, K-COLLY, EMILAY WHITENING, SHAKLEE dengan harga promosi!!!



 ASSALAMUALAIKUM..

Update entry kali ini khas untuk promosi giler kentang kat page bisnes nick HUMAIRA AULIYA BIZ. okay, kat sini nick nak buat promosi khas untuk pembaca blog ni.. anda kan mendapat  diskaun rm5 untuk setiap pembelian barang barang yang tersenarai di bawah.

1.  AURAWHITE 
2.  FIGURE UP
3.  K-COLLY
4.  EMILAY WHITENING
5.  SHAKLEE

Setiap pelanggan yang mahu mendapatkan harga diskaun ini haruslah seorang pembaca blog ini. tidak kira sama ada anda baru kali pertama singgah di blog ini atau sebaliknya. Anda layak mendapatkan diskaun tersebut. SMS "PROMOSI" ke 0138901926 atau pm "PROMOSI" di page HUMAIRA AULIYA BIZ.

 Promosi ini hanya sah sehingga 30.11.2013.



 

Shopping AURAWHITE, FIGURE UP, K-COLLY, EMILAY WHITENING, SHAKLEE dengan harga promosi!!!

Sekian..