Sabtu, 19 April 2014

Blogwalking Bermasalah.






ASSALAMUALAIKUM..

Tengah malam tadi tiba-tiba ada mood nak blogwalking.. Ini semua gara-gara sifu HH. Pergi blog beliau ingatkan nak join segmen untuk blogger-blogger baru tu.. tup tup baca beliau dah tamatkan segmen tu. Alahai. Menyesal la pulak nik tak join awal-awal. :'( Rugi. 

Sifu HH buat 4 part untuk segment ni. Satu part beliau listkan lebih kurang 10 orang blogger baru. Nik pun apa lagi, ambil kesempatan blogwalking la. Alang-alang keje tak buzy sangat. Gunakan masa sekejap. Dalam 50 blog jugak nik terjah semalam. Sebahagian nik jumpa blog diorang dalam segmen sifu HH.. sebahagian lagi yang tinggal jejak kat blog nik. 



Kiranya ni BW nik secara besar-besaran untuk tahun 2014...errrr.. Blogwalking tanpa diganggu best tau!! Line pulak laju.. heee..lagi la menambahkan semangat.! 

Bw punya bw.. ada la nik jumpa beberapa blog ni..cantik blognya. Kemas.. wanrna soft.. nik suka. Jatuh cinta gitu.. tapi ada yang takde ruang komen, ada yang xde shoutbox, ada yang xde tempat nak follow... adeeh... macam mana nik nak tinggal jejak sayang..  :'( nik ni jenis yang kalau singgah mana2 blog, memang nik akan at least tinggal jejak kat shoutbox. And bagi nik shoutbox tu teramatlah penting bagi blogger. Memudahkan pengunjung blog memberi pandangan atau tinggal jejak. :) sape sokong angguk okey! 

Masalah-masalah gini sebenarnya menyekat selera nik nak BW tau.. hehehe. Lagi satu, word verification... Alah benar nik denagn benda ni.. rasa nak ketuk 44kali okey!!  Tak sukaaaa!! Please buang ya sayang-sayang semua. Cara nak buang? Rujuk tutorial. Google je. :-)  huhuhu..

Jadi.. setakat ni dulu la nik berkisah. Nanti bila ada mood lagi, nik akan pecah rekod sendiri. Nak blogwalking sampai lebam tangan! Hahaha. Baca boleh, percaya jangan! 


Sekian.. Salam Sayang.
Senyum selalu.
-Nik-

3 ulasan:

  1. nuna memang selalu macam tuh. sekarang dah tak rajin sbb buzy... alaa biase lah tuh kan... huhuhu nuna klik nuff.. :)

    BalasPadam
  2. terblogwalking kat sini plk.. hehee

    BalasPadam
  3. salam perkenalan sis..jom singgah blog saya;)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.