Isnin, 21 April 2014

Puteri..Dia Suami Nur! (PART 4)






"Nur nak pergi rumah sewa Zara. Pagi tadi dia call cakap demam." aku memulakan perbualan. Di meja makan suasana sunyi sepi. Sungguh seleraku mati. Kalau waktu bujang dulu kalau tak berselera memang aku tak akan memasak. Usahkan buat tomyam, goreng telur separuh masak pun tak nak aih!

"Abang tak bagi." Tanpa memandang aku, dia menjawab.

Aku memandang Megat Zamani lama, mengaharap sebuah pengertian bahawa aku ni seorang kakak yang risaukan adik perempuannya. Adik perempuan yang sendirian di rumah sewa! Kawan yang lain semestinya balik kampung. Apatah lagi hujung minggu begini. Ahh.. Mesti zara menggharapkan aku datang menemaninya. Zara tu dahlah adik kesayangan aku dunia akhirat. Kesian Zara. Apalah alasan yang perlu aku berikan nanti. 

"Tapi Zara demam. Nur risau makan minum dia." aku cuba berdiplomasi walaupun aku tahu kami masing-masing berkeras melancarkan perang dingin.

"Tak boleh!"

Tersedak aku dijerkah begitu. Aku mengumpul kekuatan untuk memandang si pemilik suara. Tanganku sudah mula menggilil. Aku mengetap bibir. Perlukah aku marah ? Tak! Takde gunanya mencurah minyak pada api. Lebih baik aku diam. Pertama kalin disergah begini oleh lelaki yang aku hormati, terasa sentap jua di hati ni. fuhhh..Cari kekuatan Nur. Tarik nafas Nur.. Tarik.. Hembus..

Aku berkalih pandangan pada meja, nasi di pinggan masih banyak. Fuhh.. aku jemput sekali lagi kekuatan masuk ke segenap ruang tubuh.

"Takpelah..Nur tak pergi. Nur dah kenyang ni. Abang siap nanti tinggal je pinggan tu, nanti Nur kemas. Nur naik dulu. Nak solat." Lantas aku bawa pingganku ke sinki dan membasuhnya. Aku gapai chipsmore dan terus menuju ke atas. Sempat lagi! Ehehe. Untuk pengetahuan, chipsmore ni memang kegemaran aku. Kalau takde chipsmore biskut Tiger pun boleh.

Aku menahan air mata. Kenapa berubah abang. Kenapa begini.

Aku bersoal sendirian. Telekung aku capai setelah usai mengambil wudhuk. Aku bawa kaki melangkah ke bilik yang satu lagi. Tak lupa juga chipsmore tadi!  Tiba-tiba hati aku dipagut sayu. Sunyi!!! Sunyinya tanpa ada yang mengusik. Kalaulah aku ada anak.. terus laju saja air mata menitis. Apakah ketiadaan penyeri dalam rumahtangga kami buat abang berubah begini? Apakah abang sedang cuba mencari bahagia di luar??

*************************************************************************************

Jam 5 aku tersedar dari lelap. Masyaallah. Asar sudah banyak berlalu. Aku menyelesaikan apa yang patut. Kedengaran suara orang bercakap di bawah. Aku turun, mahu melihat siapa yang datang. Tuan rumah baru bagun tidur! Opss..

"Zara!" aku menjerit kecil, lantas tubuh pucat adik kesayangan aku peluk erat. Alahai.. kesian adik aku ni. Kalau demam mesti teruk. Sampai pucat lesu. Sudah hampir 4 bulan aku tidak ketemu dengan dia. Pertemuan akhir kami di kampung dulu. Masa aku pulang dengan Abang Megat, dia pulang kerana cuti semester. Rasa macam lama benar tak jumpa. Dia pun sekarang sibuk. Yelah, dah berada di tahun akhir pengajian. Macam-macam assignment, macam-macam tesis la kena buat. Aku dulu pun, masa diploma pening kepala. Hihihihi.. 

Tapi Zara ni jenis yang hantu study. 24 jam mengadap buku pun dia okey je. Takde masalah. Kalau aku, perggghh... mesti menangis keluar darah! Metafora sangat okey! 

Ada Zara bercerita padaku yang dia mahu sambung master nanti. Cita-citanya mahu sambung hingga ke peringkat phd.. Fuh.. berpeluh aku dengar agan-agan Zara tu. Tapi aku tahu dia akan capai angan-angan dia tu. Bukan macam aku. Diploma pun dengan liat nak habiskan. Hehehehe. Zara kata nak sambung master kat oversea. Dan aku menyokong sepenuhnya hasrat zara. Bolehlah aku pergi melawat Zara kat oversea nanti. Hehehe..


"Zara datang dengan teksi? Maaf ya kak tak sempat nak ambik Zara." ujarku penuh emosi. Sudah tak sanggup aku pandang wajah suami yang tengahari tadi begitu tegas. Kesian adikku.

"Eh..takpe Kak. Abang Megat wakilkan kak kan. Lagipun kak tak sihat. Abang Megat kata kak pening-pening. Ngandung eh?" 

Alahai.. bergurau la pulak si Zara ni. Aku dahlah tengah berasap ni. Nasib baik dalam hati ni masih menebal lagi rasa hormat  pada Abang Megat. Eh. Abang pergi ambil Zara? Tadi berkeras tak nak aku pergi. Alih-laih dia sendiri yang pergi. 

Suami aku ketawa. Sukalah dia. Tapi aku pun suka kalau aku menggandung. Tapi masalahnya kami belum ada rezeki. Aku kisah juga, tapi nak buat macam mana. Kami suami isteri semuanya Allah yang tentukan. Ajal, maut, jodoh semua ditanganNya.

"Kakak awak ni pening biasa je Zara.Jangan risau.." 

'Pandai ye abang kawal situasi.. mengekek pula dia ketawa.' 

Dalam diam aku memuji suami di dalam hati. Hensem seperti selalu. Tapi lebih terpancar ketampanannya bila dia ketawa. Ini yang buat aku jatuh hati sekali lagi pada suamiku. Dia tenang. Tapi tetap kejadian tadi aku tidak mampu lupakan. Masih terngiang-ngiang di memori. Tabahlah duhai hati. Dia suamimu, bersangka baiklah.

"Zara dah pergi klinik ke ni? Kalau tak jom kita ke klinik. Zara tunggu kak siap-siap jap." 

Belum sempat aku nak melangkah, Zara menarik tangan aku. aish.. Main tarik-tarik la pulak adik manja aku ni. Ingat ni filem hindustan ke apa??

"Zara dah pergi klinik la kak. Abang Megat bawa tadi."

"La..kalau macam tu jom, kita rehat kat bilik. Panas lagi ni badan Zara." Giliran aku pula menarik tangan dia dan mengambil beg separa besar yang dia bimbit dari tangannya. Dari riak mukanya aku tahu dia masih lagi tidak sesihat mana. Dahi pun masih panas..

"Sayang bawa Zara naik dulu.. Abang keluar pergi beli makanan kejap. Malam ni sayang tak payah masak la."

Aku melihat wajah suami tatkala dia berbicara. Sudah ada kelembutan pada suaranya. Sudah ada keredupan pada wajahnya, redup yang tenang, yang bikin aku jatuh hati pada suami sendiri..hehehe. romantik kan perasaan aku?

Habis dia berbicara, aku menggangguk taat. Aku bawa Zara ke bilik atas, dia menuju pintu untuk keluar.

Dalam hati, aku sudah pasang satu tekad!!......

Bersambung... 
:)

Puteri..Dia Suami Nur!
PART 1 
PART 2 
PART 3 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.