Ahad, 3 Ogos 2014

KERANA CINTA KLON Bab 10

BAB 10




“Riq, dah banyak hari Diana cari kau. She’s gone crazy. Aku dah tak tahu nak jawab apa. Do something bro.” Shahrul Hakimi mengadu. Dia sudah tidak tahan digangu dengan panggilan dan sms dari Mardiana. Dia penat nak menjawab.
“Kau jangan layan dia. Macamlah kau tak kenal Diana tu.” Hazriq sendiri sudah lali.
“Kau cuba slow talk dengan dia. Explain kat dia. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok dia tu. Masa dia datang sini cari kau, aku tengok macam kucing hilang anak. Berterus-terang je dengan dia kau dah ada orang lain. May be lepas ni dia faham and tak ganggu hidup kau dan aku dah.” Sengaja ditekankan perkataan ‘aku’. Mahu Hazriq sedar yang dia begitu bersungguh mahu Diana tidak mengganggunya lagi. Dia sangat tidak selesa. Masanya terganggu.  Sebagai pelajar tahun akhir, banyak tugasan dan kerja-kerja lain yang perlu dia selesaikan. Tapi selalu saja panggilan telefon dari Diana membantutkan segala urusan. Bukan dia tidak mahu menolong kawan tetapi dalam kes Diana, dia rasa Hazriq perlu buat sesuatu.
Hazriq mengeluh. Ada benarnya kata-kata Shahrul. Dia sendiri pun dah stress dengan perangai Mardiana.
“Bukan kau tak kenal aku Shah. Aku dah cuba sedaya upaya sedarkan dia yang antara kami tak ada apa-apa hubungan, but she still like that. Too obsess with our past relationship. Bila aku fikirkan balik, menyesal aku rapat dengan dia dulu. Aku tak pernah ada perasaan pun kat dia.” Hazriq meluahkan rasa. Dia yakin Shahrul mengerti. Dan dia yakin Shahrul boleh membantunya. Kerana selama ini pun hanya sahabatnya yang satu itulah banyak menghulur bantuan. Malah, banyak nasihat berguna yang diberikan.
Shahrul. Lelaki itu amat dihormatinya, sebagai kawan baik dan sebagai seorang abang. Dia senang mengenali lelaki itu. Alhamdulillah, Allah hadirkan dia seorang sahabat yang baik, yang mampu mengingatkan dia ke jalan-jalan kebaikan.
“Yang lepas tu biarlah berlalu. Kita tak boleh nak putar masa lalu. Tapi kita boleh ubah masa depan Riq. Jumpa dia, explain baik-baik yang kau ni dah ada orang lain. Sampai bila kau nak mengelak. Masalah tak akan selesai kalau kau asyik mengelak.”
“Yelah. Ada masa nanti aku jumpalah dia. Tapi kau teman akulah.”
“Kalau masa tu aku free, boleh je. Tapi inform aku awal-awal okay. Kawan kau yang seorang ni sibuk.” Shahrul ketawa. Hazriq mencebik.
“Sibuklah sangat!” Hazriq meninggalkan Sharul terkebil-kebil di ruang tamu. Dia masuk kebilik. Bersiap untuk ke kelas pukul tiga nanti. Di luar kedengaran pula suara Shahrul dan Ikmal berbual. Usai solat, Hazriq terus memecut keretanya ke kampus. Dia turun awal daripada biasa kerana mahu ke fakulti bertemu pensyarah.
************************************************
Sudah hampir dua bulan Hazriq menjalani kehidupan di kampus setelah selesai mejalani praktikal. Rindunya menggunung pada gadis bernama Fazlia. Kadang, bila dia kenangkan kembali, lucu rasanya. Jatuh cinta pada budak sekolah! Sedangkan dia sudah 23 tahun. Fazlia pula masih terlalu muda. Tapi apa ada kisah. Yang penting dia yakin dengan perasaannya. Dia juga percaya dengan Fazlia.
Hari-hari yang dilalui penuh dengan semangat yang luar biasa bila ada sms dari Fazlia. Walaupun hanya ucapan salam selamat pagi di subuh hari, itu sudah cukup baginya. Yang  penting dia tahu dia ada dalam ingatan gadis itu. Dan, tidak akan sesekali dia mahu mengganggu masa Fazlia dengan sms yang tidak penting. Dia mahu Fazlia tumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Dan dia sendiri pun hanya menghantar mesaj pada Fazlia sebelum tidur, hanya ucapan selamat malam.
Indah perasaan itu, hanya dia dan Allah yang tahu.
Tanpa sedar kuliah yang bermula jam dua tadi telah tamat. Tidak dia sedar Dr. Hamidah  sudah punkeluar dari dewan kuliah. Haish.. mengelamun lagi! Berangan tak sudah! Hazriq mengutuk diri sendiri. Kuliah entah ke mana, fikirannya ke mana. Astagfirullah. Dia meraup muka. Melihat sekeliling, rakan-rakan ada yang sudah mula bersurai. Dia bangun memangil kumpulan rakan lelaki yang lain, mahu mengajak mereka makan. Tengahari tadi dia tidak berkesempatan untuk menjamah nasi.
“Nak makan kat cafe ke kat luar ni?” salah seorang daripada mereka bertanya.
“Kat luarlah. Kita bukannya ada kelas pun lepas ni.” yang lain pula memberi idea.
Dua daripada mereka menaiki kereta Hazriq, dan dua lagi masing-masing ada motor sendiri. Mereka menuju ke tempat kegemaran. Hazriq menghantar dua kawannya itu ke rumah sewa mereka. Dia kemudian menuju kembali ke kampus. Niat dihati ingin ke perpustakaan dan mencari sedikit bahan untuk kertas kerja tahun akhir. Dia sudah siapkan kertas kerja tersebut, tapi mahu diperapikan lagi. Mahu buat sentuhan akhir. Mungkin minggu depan hasil kerjanya itu akan diserahkan kepada pensyarahnya. Bergantung pada hasil pencariannya hari ini.
Hazriq melihat skrin telefonnya menyala. Sudah  banyak kali begitu,  menunjukan ada panggilan masuk. Tapi tidak di hiraukannya kerana panggilan itu daripada Mardiana. Dia malas mahu melayan. Selain itu, dia masih belum bersedia memberitahu Mardiana. Dia tahu gadis itu akan meroyan jika mengetahui hubungannya dengan Fazlia. Berbelas sms dari Mardiana juga tidak dibalas.
Jam sudah menunjukan pukul 10 malam. Sekejap lagi pasti perpustakaan akan tutup. Hazriq berkemas. Sekali lagi telefonnya menyala.
Hello assalamulaikum Riq. Kau kat mana? Balik sekarang, Diana ada kat depan rumah ni.”
“Haa? Kau suruh dia balik la. Aku tak nak jumpa dia. Lagipun dah malam ni.” Salam Shahrul hanya di jawab dalam hati. Patutlah Mardiana banyak kali menelefonnya. Rupanya gadis itu berada di Perak.
“Aku dah bagitahu dah. Dia nak tunggu kau juga. Kau balik la dulu, aku rasa hanya kau yang boleh buat dia pergi.” Shahrul membalas. Pening juga kepalanya memikirkan hal Hazriq dengan Mardiana. Gadis itu keras kepala. Sudah orang tidak suka masih lagi mahu memaksa. Bagi Shahrul, Mardiana sudah meletakkan maruahnya sebagai seorang perempuan serendah-rendahnya. Dia sendiri malu mengenangkan perbuatan Mardiana. Tapi, apa sajalah yang boleh dia lakukan untuk membantu. Sudah dinasihatkan Mardiana untuk melupakan Hazriq, tidak diendahnya.
“Yelah. Kejap lagi aku sampai.” setelah meletakkan telefon, Hazriq menuju ke keretanya. Kepalanya ligat memikirkan apa yang mahu dibicarakan pada Mardiana nanti
Hazriq memakir kereta di garaj rumah. Kereta Mardiana ada di luar pagar. Dia menarik nafas panjang sebaik turun dari kereta. Mardiana sudah siap menunggunya. Gadis itu menuju ke arahnya. Setelah beberapa lama mengelak, akhirnya dia sudah tidak dapat lari. Nekad sungguh gadis itu. Ya. Tentunya dia dudah tahu bagaimana perangai Mardiana. Mereka kenal sejak zaman sekolah rendah lagi. Mereka teman sekelas, teman sepermainan, mereka teman rapat. Mereka juga berjiran sebelum Dato’ Hisyam berpindah ke banglo di Damansara Perdana. Tapi, bagi Hazriq, gadis itu hanya dianggapnya sebagai saudara kandung. Adik. Dia melayan Mardiana tidak lebih tidak kurang. Tidak pernah dia menaruh rasa cinta pada seorang yang dia anggap sebagai adik. Cuma Mardiana yang salah erti tentang rasa sayang yang dia pamerkan selama bertahun ini.
Mardiana yang Hazriq kenali memang seorag yang agak tegas dan keras kepala. Tapi, gadis itu juga seorang yang mudah tersentuh. Dia pantang melihat orang susah. Pasti mahu dibantunya semampu mungkin. Dia mudah kasihan pada pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua yang sentiasa ada di tepi-tepi jalan.
“Kenapa you layan I macam ni Riq? Apa salah I sampai you mengelak dari I sampai begini sekali?” tanpa salam, Hazriq dihujani soalan.
Memang terbit rasa kasihan, tapi dia tidak mahu terus membiarkan Mardiana salah faham tentang hala tuju hubungan mereka. Dia tidak mahu Mardiana terus menaruh harapan. Lebih dari itu, dia mahu mencari wanita untuk dijadikan isteri yang sempurna tertutup auratnya.
“Kita jumpa esok pagi boleh Diana? Tak manis kalau jiran I tengok. Dah lewat ni.” Hazriq cuba memujuk.
Nop! I nak bincang sekarang. Fullstop!” tegas Mardiana. Dia sudah malas mahu berdiplomasi dengan Hazriq. Banyak helah lelaki itu untuk tidak bertemu dengannya.
Now!” belum sempat Hazriq membuka mulut, Mardiana lebih cepat bertindak.
Hazriq mendengus kasar. Fahamlah dia Mardiana betul-betul bertegas mahu berbincang sekarang juga.
“Kalau macam tu you tunggu kat sini. I’ll be here in 30 minutes.” Seraya itu, Hazriq terus meninggalkan Mardiana. Malas dia mahu berbasa-basi lagi. Gadis itu sepatutnya sedar yang kehadiarnnya memang tidak diperlukan.
Hazriq mencapai barang-barangnya dikereta dan terus masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia keluar. Kali ini dengan wajah yang lebih segar.
You memang sengaja kan Riq?” soal Mardiana memulakan 'perang'.
“What?”
“Tak payah la nak berpura-pura tak tahu.” Balas Mardiana sinis. Dia bengang tahap maksima. Hazriq memang sengaja menduga kesabarannya.
You belum kenal I lagi Riq. You ingat senang-senang you boleh reject I? It’s not that easy dear. I akan dapatkan setiap benda yang I nak. Tanpa ragu-ragu.’ Mardiana bermonolog dalam hati. Sesekali dia tidak akan melepaskan sesuatu yang dia sayang ke tangan orang lain. Dia memandang Hazriq. Wajah itu yang dia igaukan setiap masa. Dia cintakan Hazriq. Lelaki itu mesti menjadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun.
Say it Diana. It’s getting late. I have a class tomorrow morning.” Lebih cepat mereka berbicara lebih baik. Hazriq tidak mahu lama-lama bersama Diana. Tengah-tengah malam begini, jika ada yang ternampak tidak manis.
You totally channged dear. Dulu you cakap you sayangkan I and we’ll be together sampai bila-bila. But now, look at you Riq, pandang I pun you tak mahu. Kenapa Riq? Kalau I ada buat salah I’m sorry. You tak boleh nak buat I macam ni Riq. I sayangkan you sepenuh hati I. In fact, parents kita pun sama-sama dah setuju nak jodohkan kita. Kenapa you berubah? Kenapa setiap masa you mengelak dari I Riq?” luah Mardiana panjang. Sudah lama dia mahu berbicara dari hati-ke hati begini. Dia cintakan Hazriq. Tiada siapa yang mampu mengubahnya. Dia nekad mahu memiliki lelaki itu. Wajah Hazriq dipandang, meminta secebis rasa. Ya. Rasa yang dia juga rasa. Rasa yang orang lain tak dapat rasa. Rasa cinta. Rasa mahu memiliki dan dimiliki.
Di hadapannya, Hazriq meraup wajah. Kedua belah tangan kemudiannya dimasukkan kedalam kocek seluar. Dia memandang wajah Mardiana, mencari sesuatu di wajah itu, tetapi tiada. Fikirannya ligat berfikir sesuatu. Tiba-tiba dia teringat tentang satu artikel yang dibacanya bebarapa hari lepas di internet. Artikel tentang wanita idaman lelaki.
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk sang Adam yang bengkok lantas menghiasi taman-taman indah dan menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika ada terdapat cacat atau celanya. Antara ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki adalah:
1.       Berpegang kepada agama.
Wanita yang berpegang kepada agama memilii keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat terpelihara dalam hidupnya akan mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Mana-mana lelaki yang mendapatkan wanita sebegini memang beruntung.
2.       Kecantikan dalaman
Wanita tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip hidup. Inilah  kecantikan dalam yang dicari oleh lelaki. Kalau cantik, itu memang bonus. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana nama dan harta.
3.       Manja
Lelaki memang sukakan wanita yang keanak-anakan atau lebih kepada sifat manja supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pelindung utuh. Namun, sifat manja yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4.       Berakhlak mulia        
Wanita yang berakhlak mulia dikenali sebagai wanita solehah. Wanita adalah perhiasan dunia, tetapi sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Merekalah yang akan menjadi ibu, isteri, kekasih dan tunjang kejayaan suami.
5.       Tidak mempamer keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka miliknya atau isterinya begitu kerana keindahan diri wanita bukan menjadi barang pameran untuk tontonan semua lelaki.
6.       Tidak cerewet
Lelaki suka kepada wanita yang tidak cerewet kerana wanita yang cerewet merimaskan mereka dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu. Biasanya, wanita yang cerewet suka menkritik apa sahaja yang tidak disenanginya walaupun itu hanya perkara kecil.
7.       Memahami lelaki
Wanita yang memahami lelaki biasanya memiliki intusi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam apa jua keadaan.
8.       Sejuk mata memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sebegini adalah termasuk bersopan santun, sentiasa memaniskan wajah dan memberikan senyuman ikhlas, menutup aurat, ramah mesra tetapi bersyariah, tidak terlalu cemburu dan menghormati orang lain.
9.       Pandai menjaga kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Wanita akan kelihatan bertambah cantik jika bijak mengurus penamapilan. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana ia akan membuat mereka bangga.
Arikel yang dibacanya itu baginya memang betul. Tetapi, dia sedar bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang pencipta yang Maha Esa, sang Khaliq.  Manakala segala kecatatan, keburukan mahupun kelemahan adalah dari manusia itu sendiri. Ya. Hazriq tahu dia bukanlah lelaki sempurna dan tidak dia mengharapkan gadis sesempurna itu, cuma sebagai sorang lelaki dia layak memilih. Dan pilihannya, bukan Mardiana.
***********************************************
I akan buat apa saja Riq untuk make sure hubungan kita tetap macam dulu. I belive, we still need each other.” Ujar Mardiana lagi.. tetapi...

bersambung....
terima kasih pada yang sudi membaca dan terus membaca. :)
BAB 9 
BAB 8 
BAB 7
BAB 6
BAB 5
BAB 4
BAB 3
BAB 2
BAB 1


2 ulasan:

  1. SELAMAT MALAM :)
    kembali blogwalking setelah bercuti raya...hehe..
    jom sewa tapak iklan..RM10 sebulan and if nak Syira review blog anda ..boleh emel ---->
    syiralokman21@yahoo.com.my atau PM https://www.facebook.com/syiralokman5?ref_type=bookmark :) RM10 je tau..

    BalasPadam
  2. Cepat2 buat sambungannya .. tak sabar nak baca :)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.