KERANA CINTA KLON BAB 1 - Fatihah Fazlin

Selasa, 13 Ogos 2013

KERANA CINTA KLON BAB 1

 BAB 1

Keheningan malam bertambah dingin apabila dihembus dengan tiupan angin yang menyeramkan jiwa manusia. Dada langit nun di atas sana disinari cahaya bulan dan jutaan sinar bintang-bintang yang hadirnya memberi kebahagiaan kepada setiap insan. Kegelapan malam yang selalunya mempunyai pelbagai persoalan misteri tentang dunia kadangkala bisa membuatkan penghuni alam semesta tidak dapat melelapkan mata walaupun malam sudah berlabuh dan dinahari kian menjelma. Namun begitu, ada yang tidak menghiraukan semua itu. Tika semua rakan-rakan asrama yang lain sedang sibuk menyelesaikan kerja sekolah dan membuat ulangkaji, Fazlia pula sedang menghayun langkah menuju ke kelasnya. Langkahnya jelas menampakkan dia adalah seorang gadis remaja yang kasar. Mungkin bagi sesetengah pelajar perempuan yang lain, tidak mungkin bagi mereka untuk melakukan perbuatan itu. Keluar dari asrama tanpa pengetahuan warden adalah satu kesalahan. Jika tertangkap mungkin boleh dibuang terus dari asrama. Apatah lagi jam sudah menunjukkan hampir pukul sebelas lima belas minit malam.
Tetapi bagi Fazlia, dia rela mengambil risiko itu kerana dendamnya yang terlalu mendalam. Tiada satu hal pun yang dapat menghalangnya daripada membalas dendam bagi membela kematian orang yang disayanginya. Sekali lagi dia melirik pada jam yang dipakainya.

‘Lambat la jantan ni, janji pukul sebelas lima belas tapi batang hidung pun tak naampak lagi’. Rungut Fazlia kecil. Dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada orang yang membuat janji dengannya. Fazlia mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya lantas menekan keypad. Tidak sampai tiga minit satu bayang-bayang manusia menghampirinya.

“Hai Faz..” ucap Faizol selamba.
“Kenapa sekarang baru sampai? Naik jenuh aku tunggu.”omel Fazlia, pekat loghat Kelantannya.
“Kau dapat tak mesej aku tadi?!”
“Emm..aku duduk atas motor,nak reply macam mana? Kau ni marah-marah pun masih cantik,tak rugi aku datang.”

Fazlia menjeling sinis.Dia sangat pasti rancangannya untuk menjatuhkan Faizol akan  berjaya sedikit masa lagi. Rancangannya diatur dengan menitikberatkan segala aspek. Dia ingin sangat melihat Faizol, rakan sekelasnya tidak lagi mengganggunya seperti selalu.

“Faizol, kita duduk kat sanalah!”Fazlia menuju ke wakaf Al-Sinar di luar kelas mereka dan Faizol mengikutnya dari belakangnya.

“Faz, kenapa baru sekarang kau terima pelawaan aku? Kalau dari dulu lagi kau berlembut hati, kita tak perlu jumpa kat sini!” Faizol memulakan bicara setelah mereka sama-sama duduk.
“Siapa cakap aku berlembut hati? Aku datang  sini sebab aku ada something nak buat. Kau jangan nak perasan okey.”ujar Fazlia menyedarkan Faizol.

Masing-masing ada agenda tersendiri. Siapa yang akan berjaya, mungkin selama-lamanya bermegah diri.
Straight to the point okey.Kenapa kau ajak aku datang jumpa kau kat sini?”Agak keras Fazlia bertanya.
“Takkan nak ajak kekasih sendiri keluar pun tak boleh..Kita datang sini sebab takde orang..Senang sikit nak…”
“Jangan jadi gila la..”balas Fazlia kasar yang memahami maksud Faizol.

Faizol bangun dan membelakangi Fazlia. Melihatkan perangai Faizol, Fazlia dapat mengagak apa yang akan terjadi selepas itu. Dia turut bangun.

Perlahan-lahan Fazlia dapat merasakan tangan Faizol merayap dibahunya. Tudung mini asrama yang dipakainya cuba dibuka oleh Faizol dan Fazlia hanya membiarkan. Sekejap lagi rancangannya akan berjaya seratus-peratus. Rambut Fazlia separas bahu yang diikat dibelainya, hati kecil Fazlia dapat merasakan kehadiran orang yang akan mengetahui perangai buruk Faizol.
Faizol yang tidak tahu apa-apa memeluk Fazlia.

“Faizol lepaskan aku! sakitlah…lepaskan aku bodoh!”
Tengkinngan Fazlia buat mengejutkan Faizol, tetapi dia langsung tidak mengendahkannya. Dendam Fazlia semakin membara dan semakin membara.

“Lepaskan budak tu Faizol!”
Satu suara bergema yang langsung tidak disangka oleh Fazlia apatah lagi Faizol.
“Siapa pula ni, macam mana dia boleh ada kat sini…kacau betul!”dalam kelam kabut Fazlia bertanya kepada dirinya sendiri.Lain yang dijemputnya lain pula yang datang.
“Faizol, lepaskan tangan aku, sakitlah.”sekali lagi Fazlia menjerit.Tangannya dipegang kejap oleh Faizol.
“Lepaskan dia Faizol! Saya tahu siapa awak,kalau awak tak nak mengadap PK HEM pagi esok, lebih baik awak lepaskan dia. Kalau apa-apa terjadi pada dia, saya takkan lepaskan awak!”ujar lelaki itu. Kemunculannya disaat-saat genting bagai seorang hero filem. Faizol kemudian melepaskan tangan Fazlia dan terus menghampiri  lelaki yang merosakkan rancangannya. Dia cuba menumbuk namun apa yang terjadi sebaliknya. Dia tersungkur.

“Kalau pengecut buatlah cara pengecut.”laung Fazlia apabila melihat Faizol tergopoh-gapah melarikan diri. Fazlia ketawa kecil. Faizol hilang di tengah-tengah kegelapan malam.
“Awak okey? Pakai tudung awak tu, kita kena pergi dari sini sebelum orang lain datang.”ujar lelaki itu.

Keadaan sekeliling yang gelap menyukarkan Fazlia untuk mengecamnya, namun dia akur dengan arahan tersebut.Dia mencapai tudungnya yang berada di atas meja dan memakainya kembali.

“Cepat la sikit.”arah lelaki itu lagi.
“Sabar la, saya  pun nak cepat juga. Apa yang awak buat kat sini? Saya nasihatkan, lain kali tolonglah jangan masuk campur hal orang. Menyusahkan orang jer!”bentak Fazlia kasar. Mereka berjalan menuju ke pintu pagar kedua asrama.
“Cik adik, niat saya nak tolong awak, yang awak marah-marah ni kenapa?”
“Awak tahu tak kedatangan awak tadi menyusahkan saya? Kalau awak tak datang tadi tentu Faizol dah …”
“Dah apa? Dah kena tangkap dengan PK HEM sebab buat macam tu kat awak?”lelaki itu menyampuk,dia ketawa kecil,sinis kedengaran tawa itu.

Fazlia semakin bengang. Semua rancangannya hancur. Dia cepat-cepat berjalan meninggalkan lelaki itu. Nasibnya baik kerana pintu pagar belum dikunci. Dia menyelinap masuk kedalam kawasan asrama dan seterusnya ke kawasan blok aspuri.

******************************************************************************************
“Hoi mak…Ya Allah kau ni Ila, tak ada kerja lain ke? Terkejut aku!”
Fazlia menggosok-gosok dadanya. Kawannya yang seorang ini suka mengejutkannya.
“Kau pergi mana Faz? Ada budak dorm atas cari kau tadi…”
Fazlia tidak menghiraukan apa yang ditanya Syakila.Dia membuka pintu dormnya, ramai yang telah tidur. Lampu dorm telah ditutup. Dia naik ke katil dan terus melelapkan mata sampai ke pagi.
                       
Loceng tamat rehat telah tiga minit berlalu. Fazlia dan Syakila yang masih lagi berada di kantin tersedar dan berjalan dibelakang beberapa pelajar lain. Lega mereka apabila mendapati cikgu Nor Hayati, cikgu Bahasa Malaysia mreka belum masuk lagi. Fazlia membelek-belek surat khabar yang dibelinya awal pagi tadi. Tidak ada yang menarik, semuanya berita biasa. Terdengar suara ketua tingkatan, Saiful mengarahkan semua pelajar bangun. Dia mengemas mejanya yang berselerak.

“Dah la Faz, simpan je surat khabar tu, cikgu pandang kau la..”bisik Syakila yang berada di sebelahnya.

Fazlia berdiri tegak, terkedu dia melihat cikgu di hadapan, langsung tak ubah seperti sepupunya. Sekali tatap tiada perbezaan ketara antara mereka berdua. Fazlia benar-benar tergamam. Dia seolah-olah berada di awangan. Memori lama kembali tertentang di layar fikirannya.

******************************************************************************************

Setelah mengarahkan pelajar duduk, dia memperkenalkan diri dengan menulis namanya di white board. MOHD HAZRIQ BIN HISYAM. Dia kemudiannya bersuara.
“Nama di white board tu nama saya. Untuk info, ni first time saya mengajar. Saya harap kita boleh berkomunikasi secara dua hala dan saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tahu kelas ini merupakan kelas harapan sekolah, guarantee semuanya bijak-bijak, so harap takde masalah untuk kita menjalani proses P&P.”Hazriq berhenti sekejap.

       “Untuk pengetahuan semua juga, saya bukan guru ganti, saya dari UPSI dan buat praktikal kat sekolah ni. Secara kebetulan Puan Nor Hayati baharu sahaja bersalin, saya akan menggantikan beliau. Kalau ada apa-apa awak semua boleh bertanya pada saya.”
Panjang lebar cikgu baharu kelas Fazlia memulakan salam perkenalan. Dalam beraninya masih nampak gementar.

Cikgu Hazriq membuka soalan untuk pelajarnya. Mungkin ada yang mahu bertanya sesuatu. Riuh-rendah suara rakan-rakan mengajukan soalan. Lepas satu-satu, sehinggakan cikgu dihadapan pening untuk menjawabnya. Apapun dia senang dengan kerenah mereka. Seorang demi seorang bertanya.Ada yang bertanyakan hal peribadi, tak kurang juga perkara formal.

“Okey, awak orang terakhir. Ada soalan tak?” Fazlia kelam-kabut. Tidak sedar akan gilirannya.
“Fazlia awak takde soalan ke?!”  Soal cikgu Hazriq lagi.

Seperti biasa, Fazlia dengan soalan bodohnya. Dia sekadar bertanya acuh tak acuh. Selamba Cikgu Hazriq menjawab walaupun sedar soalan itu tidak sepenting mana. Seketika Fazlia dapat merasakan bahawa dia pernah bersua muka dengan cikgu muda itu, tetapi bila, di mana, dan bagaimana mereka boleh berjumpa Fazlia tidak pasti, dan dia tidak dapat mengingatinya.

“Fazlia!Faizol!Lepas loceng pulang nanti saya nak jumpa awak berdua. Emm..tunggu saya kat sini petang ni ya.”

Faizol mengangguk serius, Fazlia hanya diam. Faizol. Masing-masing dalam kebingungan dan bermasam muka. Sepanjang penantian yang memakan masa selama tiga jam membuatkan Fazlia tidak senang duduk.


“Hei Faz! Siapa lelaki yang kau upah semalam hah?”
Dari jarak dua meter Faizol semakin dekat dengan Fazlia.
For your information, aku takkan bazirkan duit mak bapak aku semata-mata nak upah orang pukul kau. Tapi..best juga kan makan penumbuk free…Pengecut!”ujar Fazlia geram. Pandangannya dialihkan kearah luar.

“Faz kau jangan sombong, kau belum kenal siapa aku.”bentak Faizol. Berbau ugutan. Saat Fazlia mahu membalas Cikgu Hazriq sampai. Salamnya disambut acuh tak acuh.

“Saya minta maaf buat awak berdua menunggu.”tutur Cikgu Hazriq.
Senyuman berserta dengan kedua-dua belah lesung pipit mencomelkan wajah cikgu muda itu.
“Saya nak tahu apa yang awak berdua buat semalam.”

Fazlia terkejut. Faizol lagilah! Persoalan di minda yang bersarang sejak pagi tadi terlerai. Rasa kesal tercalit dihati Fazlia dek kerana sikap kurang ajarnya semalam. Lebih sepuluh minit menunggu Cikgu Hazriq berbincang dengan Faizol, Fazlia mengambil keputusan balik ke asrama sekejap. Perutnya terasa lapar.
 Fazlia masuk ke kelasnya dan menegur Cikgu Hazriq sekembali dari asrama. Resah bertandang dihatinya apabila mata lelaki itu merenungnya dengan renungan sayu.

“Kenapa cikgu?”Tanya Fazlia selamba, tujuannya untuk mengalihkan pandangan cikgu itu.Cikgu Hazriq cuma mengangkat kening.
“Cukuplah minum air berkabonat tu, tak elok untuk kesihatan.”

Lain jawapan yang diharap lain pula yang Fazlia dapat. Dia tetap tersenyum, terimbau kembali segala teguran-teguran sama yang pernah dilontar kepadanya ketika dulu. Tetapi inilah Fazlia, sekali dilarang sekali dia berhenti. Tak suka diarah, dan tak suka mengarah.

“Fikir apa?”
Pertanyaan Cikgu Hazriq mengejutkan Fazlia dari lamumannya.

Straigt to the point, saya cuma nak tahu kenapa awak benci pada Faizol dan kanapa awak perangkap dia semalam?”

Soalan Cikgu Hazriq membuatkan Fazlia lemah segala-galanya, hilang semua mood baiknya. Menyampah benar dia mendengar nama Faizol disebut. Bisa aman hidupnya jika dalam satu hari dia tidak mendengar nama itu.

“Faizol tu baik sebenarnya, dia cuma…”bagai halilintar yang memanah dadanya, pedih dan sakit yang teramat! Dia tidak menyangka Cikgu Hazriq akan turut menyebelahi Faizol sedangkan dia sendiri menyaksikan apa yang telah berlaku semalam.

“Kalau cikgu kata dia baik takkan adalah orang jahat kat dunia ni. Tapi biasala kan, cikgu dan dia sama-sama lelaki, sama-sama ego!”Hazriq katawa, tercuit hatinya dengan kata-kata Fazlia. Wajah gadis itu dipandang.

Dia tidak menyebelahi sesiapa, tidak Faizol tidak juga Fazlia kerana apa yang berlaku adalah rancangan kedua-dua pelajar itu. Atau dalam erti kata lain kedua-dua mereka memang bersalah.

“Cikgu jangan persendakan kata-kata saya sebab apa yang saya cakap ni semuanya benar. Cikgu tak tahu apa-apa!”Fazlia berhenti sekejap.
“:Cikgu tak tahu Faizol  dan keluarganya pembunuh!”

Butir bicara Fazlia mengejutkan cikgu dihadapannya. Wajah Fazlia yang merah dan penuh kebencian menjelaskan kedudukan Faizol dan keluarga dihati Fazlia. Tetapi perkataan ‘pembunuh’ menggerunkan Hazriq. Kenapa pembunuh? Siapa yang dibunuh Faizol dan keluarganya? Benarkah apa yang dibicarakan Fazlia? Dan kalau betul kenapa Faizol masih bebas? Hati Hazriq berbicara dengan pelbagai persoalan berat.  
              
“Fazlia, memang saya tak tahu apa-apa dan sebab tu awak kena bagi tahu saya.”

Fazlia menundukkan kepalanya. Bagaimana dia boleh bercerita, selama ini dia langsung tidak menceritakan kepada sesiapa kerana tidak sanggup untuk mengungkit kembali bagaimana tragisnya kematian orang yang disayanginya. Bila mengingati kejadian itu, dirinya bagai sudah tidak dapat dikawal dan dia tahu waktu itu apa sahaja boleh berlaku.

“Kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa yang meninggal?”teragak-agak Hazriq bertanya, takut kalau-kalau pertanyaannya mengguris hati pelajarnya yang bersandar dimeja.

Apa yang ditakutkannya terjadi. Ada riak sedih diwajah Fazlia. Tangan kecilnya menggosok mata yang berair. Dari pengamatan Hazriq, Fazlia cuba sedaya upaya menghalang air mata jernihnya supaya tidak membasahi pipi.

“Fazlia tak guna awak memaksa air mata awak daripada tidak terus mengalir, biarkan ia akan berhenti sendiri.”

“Tak, saya tak selemah yang cikgu sangkakan. Saya tak akan biarkan air mata melemahkan saya.”ujar Fazlia seyakin mungkin. Dia cuba mengukir senyuman tetapi senyumannya tetap kelat.
“Saya tak fikir awak lemah. Setahu saya awak kuat, tapi setiap kekuatan tu ada kelemahan. So, awak tak perlu nak sembunyikan semua tu. Bagitahu saya kenapa awak benci sangat dengan Faizol..”
Fazlia menjeling tajam pada Cikgu Hazriq.
“Cikgu ni tak faham ke? Kan saya dah kata dia tu jahat. Kalau dia baik takkan saya nak benci! Saya dah bosan dengar nama Faizol…Saya nak balik.”

Tanpa menunggu jawapan daripada cikgunya, Fazlia seperti lipas kudung mengambil bukunya dan terus berlalu dari situ. Walaupun Cikgu Hazriq memanggilnya, namun dia terus melangkah.Baginya,untuk apa dia terus disitu jika sekadar terpaksa menadah telinga mendengar pujian terhadap Faizol.         

Syakila usai mendirikan solat, lewat Asarnya hari ini.Dia,Fazlia dan Farhana bersiap untuk turun ke Dewan Selera. Kelihatan Siti Aqlima sudah siap menunggu mereka disitu. Dia melambai ke arah mereka sambil tersenyum. Aroma masakan dari dapur Dewan Selera menusuk ke rongga hidung. Masakan Mak Cik Ani, salah seorang tukang masak disitu memang sedap. Selain ramah,rata-rata penghuni asrama memuji keenakan masakannya.Jarang rungutan kedengaran. Kebanyakan rakan-rakan  lain sudah menjamu selera di meja masing-masing. Fazlia memilih meja yang paling hujung ke kiri dari lajur yang ketiga. Syakila, Farhana dan Siti Aqlima masing-masing dengan tray yang penuh dengan menu hari Isnin. Fazlia pula hanya dengan segelas air sejuk dan sehiris buah tembikai. Perutnya tidak lapar. Walaupun menu hari ini adalah kegemarannya tetapi seleranya memang mati sejak tengah hari tadi.
“Faz, betul ke kau tak lapar? Tengah hari tadi kau tak makan.” Syakila Marini bertanya.
Fazlia tersenyum, ingin menenangkan hati temannya.Dia memang tidak lapar dan kalau dia lapar sekalipun, pandai-pandailah dia cari makanan sendiri.
       “Kak Ila tu bukan apa dia risaukan Kak Faz aje.”sampuk Siti Aqlima pendek.
       “Dah tak lapar nak buat macam mana!”

Syakila mengeluh kecil. Kawannya itu memang degil. Setakat nasihat jika tak dipaksa tak mungkin akan didengarnya. Hatinya yang keras seperti batu itu tidak mudah untuk mencair. Dia tidak mudah untuk berganjak daripada keputusan yang diambil. Tiada siapa yang boleh mengubah keputusan Fazlia, jika ada yang membangkang habis-habisan sekalipun dia tidak akan mempedulikan. Putih katanya,putihlah kata insan disekelilingnya. Kerana hanya dengan satu ketidakpersetujuan kata, Fazlia mungkin akan kembali ke  dunia fantasi halus yang mana imaginasinya penuh kegelapan. Bukan diminta Fazlia untuk hidup sebegitu, malah sehabis daya dia cuba kuatkan diri menghadapi dan meninggalkan dunia berbeza itu. Mungkin takdir ALLAH yang menentukan. Siapa dia untuk menyalahkan takdir. Tapi, tetap ada usaha untuk suatu perubahan.


Sebagai kawan rapat, tumbuh akar kesedaran dihati kecil Syakila untuk menolong Fazlia sedaya-upaya supaya kawannya kembali seperti sediakala, ceria, kelakar, tabah dan berfikiran positif. Dia rindu akan sifat Fazlia yang dikenalinya dulu. Senyumannya ikhlas lagi manis, berbeza sekarang. Sukar untuk dia melihat Fazlia tersenyum apatah lagi ketawa. Semuanya berubah kerana satu KEMATIAN. 

2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard