Puteri..Dia Suami Nur ! (Part 7)
"Okey sayang. Kita dah sampai!" Mendengar ucapan sang suami yang begitu teruja, mata aku yang sudah nyawa nyawa ikan mahu tertutup segar kembali. Lebih kurang 3 jam perjalanan. Mana tak mengantuknya. Sedap je aku bermimpi indah kat sebelah pemandu tadi. Terjaga sekejap bila Megat Zamani kejutkan aku di stesen minyak. Lepas tu sambung bermimpi balik. Tidur punya tidur dah pun sampai. Alahai. Apa punya isterilah biarkan suami memadu seorang diri. 'Sorry abang'ucapkan dalam hati. Sebab aku tahu Megat Zamani tak kisah pun. Dia yang suruh aku tidur tadi. Hehehehe
"PD?" tanyaku pendek.
"Yess! Your most wanted place ever sampai honeymoon pun nak ke sini." Aku tersengih. Ya Allah. Tempat yang paling aku nak pergi dari aku sekolah rendah lagi.
"Thanks abang, sayang abang banyak-banyak tau. Sampai jugak Nur kat sini." jelas keterujaan aku di situ. Al maklumlah jakun dan kampung sikit aku ni, nak pernah sampai ke resort mahal-mahal macam ni. Dah memang nyata terang lagi bersuluh aku orang kampung kan. Kerja je kat bandar.
"Ala.. tapi tak de bawak baju. Semalaman je kita kat sini kan?"
"3day 2 night my dear. Our second honeymon, takkan semalam je kot! Don't worry."
Sebaik menghabiskan ayatnya, Megat Zamani keluar dari kereta. Aku turun sekali. Okey fine! Banyak betul kejutan demi kejutan daripada laki aku ni. Rupanya dia dah siap packing awal-awal lagi. Pandai betul buat kerja tanpa pengetahuan aku ye. Aku pulak jenis blur lambat nak perasan.
"Make sure baju dalam ni yang elok-elok tau! Kalau tak siap abang." Ugutan aku bertempat. Aku kenal Megat Zamani. Bukan boleh kira sangat dia ni. Kang dibawaknya baju aku yang entah apa-apa tak ke naya!
***********************************************
Aku membelek kotak hadiah tadi. Bibir aku senyum lagi tiba-tiba. Terfikir juga macam mana Megat Zamani tahu yang aku berkehendakan telekung solat baru. "Thanks abang bagi Nur hadiah ni." tulus dari hati aku ucapkan ia pada Megat Zamani. Sungguh aku insan bertuah kerana memiliki suami sepertinya.
Ya Allah.. perlihara perhubungan kami hingga ke Syurga Jannah. Beri kami kesefahaman hingga hujung nyawa kami.
"Everything i do.. i just want you to be happy with me Nur. Cause i love you. Be my bidadari ya? Kita sama-sama kejar syurga."
Ubun ubunku di gosok olehnya perlahan. Sejurus itu.. aku peluk dia kejap. Terima kasih Allah. Kau hadirkan aku seorang imam untuk membimbing aku. Aku bahgia dengan limpahan kasih sayang dia. Terima kasih Allah..
Aku anggukkan kepala.
Bahagia.
Terlindung.
Tenang.
Semua bercampur bila mana Megat Zamani ada di sisi. Anugerah Allah yang tak ternilai untuk aku.
"Abang tahu tak, masa mula mula abang bagi hint yang abang nak datang rumah dulu kan..Nur bagitahu ayah supaya jangan terima lamaran abang. Sebab Nur tak suka perangai abang masa tu. Mendesak sangat." ayat itu aku habiskan dengan senyuman. Nasib baik ayah tak ikut cakap aku! Fuh.. kalau tak kempunan anak perempuan dia nak dapat suami caring macam orang di sebelah aku ni.
"Kejamnya bini abang ni! Masa tu Nur benci abang eh?" Soal Megat Zamani. Terdesak dia nak tahu.
Aku menggeleng laju.
"Mana ada Nur benci. Cuma Nur tak suka sebab abang macam poyo je masa tu. Tahulah hensomed."
Kembang kempis hidung suami aku bila di puji..ceh!
"Thats the truth my dear" ketawanya meledak.Aku buat muka.
"Allah tolonglah hambaMu di sebelahku ni. Jangan bagi dia perasan sangat." Aku tadah tangan tinggi-tinggi. Geram sangat dengan perangai over perasan si suami.
Hidungku ditarik.
Sudah! Mesti merah ni.
"Sakitlah abang!" Tangan sasa Megat Zamani aku tepis. Huhhh.. Kekar gila tangan. Tepisan dari aku tak terkesan pun. Nilah padahnya bila bersuamikan lelaki stok Arron Aziz.. atau Fahrin Ahmad. Kuat! Tangan dia orang ni, kalau didepakan, kita yang kecil ni boleh bergayut baik punya!
"Jap sayang.. Sayang kata tak bagi ayah terima lamaran abang tapi kenapa sebulan lepas tu, abang kena terima dengan ayah? Menyesal eh nak nak lepaskan lelaki kacak macam abang?" Kan dah kata. Suami aku ni sedikit poyo ye rakan-rakan taulan.
Aku buat-buat muntah.
"Jangan perasan ye abang. Nur pilih suami bukan sebab muka okey." ujarku yakin. Badan sasa itu aku tolak sehabis kudrat. Nak minta laluan almari. Dari tadi Megat Zamani sekat pergerakan aku. Nak kena betul budak ni. Nasib baik dia mengalah juga akhirnya.
"Tell me why sayang."
"Nop. I wont" selamba aku jawab. Kadang-kadang kepoyoan Megat Zamani kena balas jugak. Aku ketawa geli hati.. tapi dalam hati je.
"Tell me or you will sleep with this tonight." Habis!
Mataku mencerlung ke arahnya. Tidur dengan tuala? Oh no.
"Abang. Janganlah." Aku cuba merayu. Tapi dari riak mata nakalnya aku dah boleh mengagak. Lebih baik mengalah kalau macam ni. Megat Zamani bukan boleh kira sangat. Perangainya unpredictable. Jangan nanti aku yang terkena balik dah.
Aku mengalah. "Fine. Nur bagitahu. Pergi duduk sana, Nur cerita." Megat Zamani patuh tanpa banyak soal. Dia duduk di birai katil.
"Sebelum abang datang tu, Nur dah kawtim dengan ayah.. Ajak abang tinggal rumah dulu sehari dua untuk lalui beberapa ujian. Lagipun masa tu takde siapa kat rumah. Umi dengan ayah je. So seperti dijangkakan. Masa abang datang sorang kat kampung dulu, memang ayah suruh stay sana kan?
Megat Zamani menggangguk. Aku sambung lagi. "Abang perasan tak macam macam ayah dera abang? Semua tu idea Nur tau. Nur pesan kat ayah.. kalau abang tak boleh buat salah satu dari apa yang ayah suruh, kami sepakat akan tolak pinangan yang abang akan hantar minggu berikutnya tu."
"Sampai hati Nur tau. Abang punya berpeluh bila kena panjat pokok kelapa dulu. First time tahu tak." Aku ketawa tak ingat dunia. Orang bandar, biasalah kan? Aku tahu Megat Zamani ni, turun ke sawah bendang pun tak pernah rasanya. Katanya first time masuk sawah bila dia ikut Fahmi pergi cari buluh masa nak buat lemang hari raya yang lepas.
"Tapi sayang.. Ada soalan ayah yang abang tak boleh jawab tau. Bukan abang tak boleh jawab, tapi memang abang tak tahu. Ayah pesan.. balik nanti cari jawapan. Sekarang baru abang ingat, abang tak cari pun."
"Soalan pasal keturunan bani israel tu ye abang?" Laju nampaknya Megat Zamani mengganguk. Aku senyum. Soalan pengetahuam am je tu.
"Ayah tanya Nur, Nur betul-betul tak nak kat abang ke. Nur cakap kena tunggu dulu. Tapi ayah kata Nur tunggulah lama mana sekalipun, tapi ayah akan setuju. Ayah nak terima pinangan. Cerita sebenarnya, Nur istikharah. Tapi tak de jawapan. Even masa rombongan abang sampai pun Nur tak de jawapan. Nasib baik ayah pandai-pandai terima... Sebulan lepas tu baru Nur rasa Allah dah bagi hint... Nur suruh ayah call papa abang. Suruh tetapkan tarikh kahwin terus. "
Aku habiskan ayat dengan senyuman.
"Ooo.. abang masa tu dah frust tau. Sebulan tau abang tunggu jawapan dari ayah..Sampai ke Melbourne abang lari."
"I'm sorry abang. Nur bukan tak terima sebab abang tak dapat jawab soalan tu. Tapi sebab Allah belum bagi Nur jawapan."
"Macam tu rupanya.. so memang sebelum tu pun sayang dah jatuh cinta kat abang kan?" Megat Zamani menebak. Pandai-pandai dia je.
"Nur tak kisah siapa suami Nur. Asalkan ayah dengan umi berkenan Nur rasa tak jadi masalah." aku melencongkan jawapan. Malas nak layan soalan maut yang satu tu. Nanti aku balik yang kena. Ataupun lelaki tu akan masuk bakul angkat sendiri. Bukan aku tak kenal.
"Nur memang dah jatuh cinta kat abang kan masa mula-mula kita jumpa?" Ini satu lagi sifat Megat Zamani. Kalau dia nak tahu sesuatu, sampai ke lubang cacing dia siasat.
**************************************************
Aku terimbau kembali pertemuan pertama kami berdua kali pertama. Peristiwa lucu itu tidak akan dapat lupa sampai bila-bila. Allah.. hebatnya percaturanMu. Kerana satu kejadian kecil, aku berjodoh dengan suamiku sekarang. Benar. Tiada lebih baik daripada perancangan Ya Rabbi. Takdir tuhan, tiada siapa tahu.
"Zara..pilih la dulu. Akak turun tingkat bawah jap. Nak beli air la." Zara angguk memberikan isyarat 'okey'
Kali pertama aku jejakan kaki ke Mid Valley ni. Perghh.. besar gila. Lenguh dan lapar beserta dahaga. Dua jam aku berjalan tanpa henti temankan Zara shopping. Lebih kepada window shopping kot rasanya. Haishh.. Tak teman kan, merajuk.
"Dik, bagi Oreo vanila." lemah suara penatku. Dalam pada tu aku dengar suara garau order benda yang sama dengan apa yang aku sebut tadi beberapa saat selepas aku. What??
Budak cool blog tu pandang aku. Kemudian dia pandang lelaki di sebelah aku. Poyo giler mamat ni. Tak nampak ke dia aku kat sini. Satu-satulah bro! First come first serve!
"Me first please. I have an urgent meeting in 10 minutes." Kisah pulak aku kau ada meeting in 1 second pun? Budak cool blog tu serba salah. Panasnya hati aku.
"Dik.. akak cancel ye." Sejurus tu aku berlalu pergi. Banyak lagi kedai lain, nak jugak dia cantas tempat aku. Poyo punya mamat. Nasib baik aku ni lembut. Kalau dengan Zara, dah kena sound ni. Eh jap.. lembut ke aku ni? Ahhh.. kisah pulak. Aku berkira kira nak naik balik ke tempat Zara. Tak hilang segala mood nak minum.
"Cik. Cik." Aku silap dengar atau memang ada sesuatu yang memanggil? Kenapa aku rasa macam panggil aku je? Perasankah aku? Ah.. buat tak tahulah.
"Cik pakai baju hijau muda.." sah akulah si gerangan baju hijau muda itu. Sekelip mata mamat poyo sudah berada di depan aku. Gabra. Tak pernah seumur hidup ini aku bercakap dengan lelaki yang aku tak kenal. Eh. Kalau ikutkan payah juga aku nak bercakap dengan lelaki. Tadi pun aku biar je sebab malas nak banyak cakap. Malas nak berlebih lebih.
"I'm sorry cik. Nah."
Tanpa signal bekas air cool blog bertukar tangan. Apesal aku terima pulak ni. Alahai tangan ni gatal betul.
"I'm really sorry. Saya betul-betul nak cepat. Saya belanja tanda minta maaf. Sorry again and got to go now. Assalamualaikum"
Semudah tu. Muka hensomed. Tapi note my taste. Gopoh sangat.! Woi Nur! Over jugak pemikiran.!
"Siapa tu akak?" Aku di sergah Zara. Kus semangat. Oh.. salam tadi aku jawab dalam hati.
" Entah. Dia berebut dengan akak nak beli cool blog." Ulasku jujur.
Zara beraksi pelik.
"Beli cool blog pun berebut? Ke dia berkenan dengan akak?" Mula dah mengarutnya si Zara ni. Asal lelaki je, dia kenenkan kat aku. Apa ingat akak dia ni tak laku ke? Came on Zara. Ramai yang kejar akakmu ni, it just me yang tak nak. Belum sampai seru lagi! Hehehehe.
"Macam budak-budak!" Zara buat kesimpulan sendiri.
*****************************************
"Nop! Masa mula-mula kita jumpa dulu Nur tak de apa-apa perasaan pun. Macam biasa je. Tapi Nur admit la terpegun jugak.. abang hensomed sangat masa tu"
"Abang tahu.."
"Jangan perasan boleh tak abang? Ni.. yang abang tanya Nur banyak banyak kenapa?"
"Saje je sayang. Thanks cause be my wife. The best wife!" Sebuah kucupan singgah di keningku.
"Abang pulak.. masa mula-mula jumpa tu abang dah fall in love dengan Nur kan? Abang saja berebut cool blog dengan Nur kan?"
Tiba-tiba pinggangku digeletek. Semput aku mencari nafas.
"Stop abang! please.." suaraku seakan merayu.
"Haa. Next time jangan perasan. Abang sorang perasan takpe." Aku tarik muka. Nafasku deras. Digeletek di pinggang memang aku lemah sikit. Geli!
"Sayang..itu bukan kali pertama kita jumpa sebenarnya tau.. kali ke tiga dah." Megat Zamani buka cerita.
Aku berminat nak tahu. Dudukku, aku perbetul. Dekat setahun kami berkahwin, tak pernah aku dan dia rungkai cerita lama kami. Pelik kan? Aku tiada masa untuk itu sebab kami memang bahagia. Aku rasa dia pun begitu. Tapi sekali sekali mengimbas cerita zaman muda seronok juga.
"Mesti sayang tak perasan kan? Sebelum tu banyak kali abang ke office sayang jumpa bos kesanyangan sayang tu."
"Encik Jai?" Soalku inginkan kepastian.
Megat Zamani angguk. Okey. Aku dah faham. Mereka berdua kan jaguh kampung badminton. Hikhik.
"Abang singgah office Abang Jai a few times minggu tu sebab kebetulan abang memang kena kerja area sana. Saja ajak dia lunch." Megat Zamani berjeda.
Kemudia dia menyambung.
"Abang ingat lagi hari kedua abang singgah sana ajak dia breakfast. Masa abang sampai, abang tengok sayang kena marah dengan dia pagi-pagi lagi. Abang tengok sayang masa tu pasrah je kena tengking. abang rasa nak tumbuk je bos sayang tapi macam tak macho la kan. So abang terus panggil dia ajak keluar. Tapi syang tak pandang pun hero sayang ni. Terima kasih pun tak de."
Aku cuba ingat balik peristiwa yang Megat Zamani ceritakan tu. Okey.. binggo. Tapi aku dah biasa kena tengking.. kena marah dengan bos macam tu. So hari tu pun aku bodohkan diri je. Dan semua rakan pejabat pun sama. Setiap hari, kena tengking tu perkara biasa. Dah lali sangat dah. Sebab tu muka aku muka pasrah. Aku geli hati.
"Abang mula berkenan kat sayang masa tu. Lama abang perhatikan sayang . Sayang senyap je kena marah. Sayang bagi muka toya je kat dia. Abang kagum. In the same time, memang abang berimpian nak cari teman hidup yang ciri fizikalnya macam yang abang tengok masa tu. Pakai tudung labuh. Pakai baju kurung. Muka lembut penuh keibuan. That time, abang tanam tekad untuk kenal sayang dan pinang sayang."
Aku tersenyum sipu mendengar pengakuan ikhlas Maegat Zamani. Pengakuan ini buat aku rasa terharu. Sungguh apa yang Megat Zamani ceritakan ini diluar jangkaan aku.
"Kalau boleh, abang nak sayang sentiasa pakai baju kurung kalau kat luar. Nampak sopan."
Aku mengangguk.
"Belikan Nur baju kurung banyak-banyak nanti tau." Aku melawak. Dah beberapa kali Megat Zamani mengingatkan aku tentang hal ni. Dia tak suka aku pakai baju lain kalau keluar kerja. Baju kurung atau jubah je. Aku tahu kenapa. Dan sesekali tidak akan aku pertikaikan sebab aku sedar dia menjaga aku. Menjaga maruah aku.
"Jaga diri kalau kat luar ye sayang. Jaga maruah sayang. Maruah abang. Maruah family kita."
"Insyallah abang. Nur cuba dan sentiasa cuba."
Masyallah. Megat Zamani ni kan. Kalau tak buat aku touching memang tak sah. Kalau tak buat aku tersentuh memang bukan dialah tu. Dia jaga aku, tatang aku bagai minyak yang penuh. Dia layan aku macam budak-budak. Tapi dalam masa yang sama dia bertegas dengan aku macam orang dewasa. Dia berbual dengan aku macam kawan baik tapi dalam masa yang sama dia jadi murabbi untuk aku. Dia tegur aku macam musuh tapi dalam masa yang sama dia jadi suami yang paling melindungi.
"Abang pun sama tau. Jaga mata. Jaga telinga. Jaga hati. Jangan pandang perempuan lebih dari sekali. Pandangan kedua tu bahaya."
"Sayang cemburu?"
"Kalau cemburu Nur ni boleh bawa abang ke syurga, apalah salahnya. Kan abang?"
Megat Zamani senyum kambing. Gedebuk. Hatiku jatuh. Jatuh cinta sekali lagi! Oh!!
Ya Allah. Megat Zamani ni sengaja buat aku jatuh cinta dan terus jatuh cinta padanya. Dari awal sikap poyonya itu buat aku tak tentu arah.
"Nur.. kalau Nur nak tahu, abang sengaja kacau Nur kat kiosk cool blog dulu. Ingatkan Nur akan marah abang ke, say something yang boleh buat kita akan contact lagi selepas tu ke. Tapi tak pun. Boleh pulak orang tu tinggal abang macam tu je. Nasib baik abang dari awal abang buat-buat kekward."
Aku pandang Megat Zamani.
"Nur tak layan la taktik nak mengorat macam tu. Tak de class orang kata."
"Eleh. Padahal dalam hati berbunga-bunga kan?" Aku nak tergelak mendengar telahan Megat Zamani yang entah apa-apa tu.
"Nur tak kisah pun kalau takde lelaki nak mengorat Nur, abang. Nur rasa abang pun tahu kan Nur macam mana. Zara mesti dah bongkar semua kan?" Manakan tidak, Zara dan Megat Zamani ni kamceng. Macam kawan baik pun ada. Perangai Zara pun happy go lucky dan lebih matang dari aku. Kalau orang tak tahu mesti mereka akan fikir aku ni yang paling bongsu. Sebab aku paling rapat dengan ayah. Kalau ada apa-apa, ayahlah yang aku cari. Semua kata aku manja kalah adik bongsu aku, si Muhammad Fahmi. Dahlah badan aku paling kecil kalau nak dibandingkan dengan Zara, Kak Za, Along dan si Fahmi budak kecik tu. Kat rumah, aku yang selalu kena buli dengan Fahmi dan Along. Ah.. rindu dengan mereka semua! Dah lama tak lepak ramai-ramai dengan adik beradik.
***********************************************
"Abang.." aku bersuara. Ada sesuatu yang mengganggu benakku.
"Kenapa Nur?" soalnya setelah nampak aku teragak-agak untuk bertanya.
"Kalau ditakdirkan kita tak akan dapat anak sampai bila-bila macam mana?" Aku cuba nyatakan kegusaran yang mula bertandang di hati sejak akhir-akhir ni.
Sungguh.
Aku takut untuk berdepan dengan perkara yang satu ni. Aku takut aku tak mampu hadiahkan anugerah terindah buat suami aku. Aku takut. Sebab aku tahu Megat Zamani memang mengiginkan zuriat. Megat Zamani juga seorang lelaki yang sukakan kanak-kanak. Dari awal perkahwinan lagi sudah dia sebutkan. Tak mahu merancang. Tak mahu mengawal. Berapa sahaja yang Allah bagi kami akan terima. Katanya, lagi ramai umat nabi muhammad lagi bagus. Dia mahu didik anak-anaknya menjadi khalifah berguna di bumi. Dia mahu didik anak-anaknya menjadi perindu syahid, pejuang Islam, macam arwah abangnya. Yang setiap hari tak pernah lekang di bibir nama Allah. Yang setiap hari tak pernah lekang memuji kekasih Allah. Yang setiap hari tak pernah lupa untuk berbuat sesuatu demi agama. Yang setiap hari kesal akan apa yang berlaku terhadap muda-mudi islam zaman sekarang.
Kerana aku sedar keinginan suami itu, aku agak takut.
"Sayang.. jangan pernah takut dengan takdir Allah. Kita bersangka baik. Mungkin Allah belum bagi kita rezeki anak sebab dia tahu kita masih belum mampu. Atau mungkin dia nak kita berdua lebih bersedia."
"Abang dah bersedia?" Aku mahu tahu rahsia hati Megat Zamani.
"Abang sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan Nur."
Walaupun jawapan sang suami sedikit sebanyak melegakan hati aku, tapi aku tetap merasakan bahawa jawapan itu sekadar jawapan untuk menyedapkan hati aku.