November 2014 - Fatihah Fazlin

Rabu, 26 November 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
 ASSALAMUALAILUM


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.


Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya sendiri(Nik)

Umur pengguna? 21 tahun

Jantina pengguna? Perempuan :)

Jenis kulit? Berminyak

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
 Seperti yang nik nyatakan kat atas, kulit muka nik jenis yang berminyak. Tona kulit pulak memang tak sekata. Kalau tengok memang macam tak bermaya dan kusam walaupu tiada jerawat. Ditambah pulak dengan kulit yang agak gelap. Dari dulu lagi dah beli macam-macam produk online dan ofline, tapi kesannya tetap sama. Masih lagi mencari produk yang sesuai. Harapnya dapatlah nik cuba produk ephyra skin bar lepas ni memandangkan nik baca banyak testimoni berjaya dari blogger dan orang awam diluar sana. 
Pengguna Ephyra?  Tidak, tapi teringin sangat nak cuba.


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Sekian.

Sabtu, 22 November 2014

Blog saya lulus Mobile-Friendly Test.
ASSALAMUALAIKUM. 

Blog saya lulus Mobile-Friendly Test |  Kelmarin ramai blogger Malaysia update pasal Mobile-Friendly Test untuk blog ni. Tengah malam semalam ni tengok SIFU BLOGSPOT pun ada update pasal Mobile-Friendly Test ni. 

Pendapat nik la kan, benda ni penting jugak. Yelah, kalau kita sendiri tak tahu blog kita ni mesra smartphone ke tak, macam tak kena pulak. Tahu-tahulah, zaman 2020 ni, semua orang guna smakpong ! Dari umur 1 tahun sampailah ke atuk nenek kita. Dunia hujung jari orang bilang. 

Teringat perbualan dengan kawan nik kelmarin:_

NIK: Ain, belikan saya ubi nak buat Kuih cek mek molek.

AIN: hah? Kuih apa tu?

NIK: Ce ko google.

See. cari kuih pon google. Google pulak guna smartphone je. Pantas. Blog yang Mobile-Friendly Test ni untung sebab senang orang masuk. Nak nak lagi kalau nak buka link-link yang lain(pautan lain).

Dengan rasminya, nik dah cek blog ni dan kat bawah ni jawapannya!



Dia kata blog ni AWESOME!!! hehehe. so, tunggu apa lagi korang, jo cek blog korang jugak sama ada lulus Mobile-Friendly Test ke idokk.. Nak cek kat mana?Sini  ------> Mobile-Friendly Test.

Lepas ni boleh berblog dengan gigih lagi. Tak risau dah kalau orang baca blog nik guna smartphone. hehehehe.

Jumaat, 21 November 2014

Kenangan Banjir Di Unisza.
ASSALAMUALAIKUM.

Kenangan Banjir Di Unisza. Setahun je nik sempat belajar di Unisza, sekejap je kan? Ada yang sampai kata nik bodoh sebab berhenti belajar macam tu je. Tapi nik tak kisah pun. Dia tak duduk kat tempat nik, so dia tak tahu hujung pangkal cerita. For me, selagi hidup, selagi kita nak..ilmu kita boleh cari.

Tak nak bebel pasal tu, nik nak kongsikan kenangan banjir di unisza yang nik sempat rasa dulu. Rasa rindu pada Unisza. Kalau korang tengok berita, mesti tahu kan, Unisza sekarang tengah banjir. Begitu juga UMT. Biasalah, kat pantai timur hujung tahun macam ni kan?

Rasa nak balik ke Unisza pulak bila nik tengok gambar yang di kongsikan oleh kawan-kawan di FB. Musim banjir kat Unisza memang meriah. 

sumber: FB Unisza Gags


Tengok gambar kat atas. Cantik kan? Dah macam tempat peranginan mewah pulak. hahaha. Padahal kolej kediaman pelajar je pun. Tahun nik dulu, banjir masa exam. huh. jenuh mengharung banjir nak pergi exam. Basah habis kain. Nak pergi kelas ganti tu rasa malas yang teramat. Bab makan, oleh kerana malas nak turun ke cafe, bahan maggie je dalam bilik dengan roomate.Tak pun buat bubur.

Akan ada pelbagai benda yang di highlight masa banjir. Teruk juga banjir kali ni.Harapnya takde perkara buruklah yang berlaku pada kawan-kawan Unisza dan UMT. Jangan leka sangat main air eh. Kang terpijak cacing mahu lari satu U. Hahaha.




Berikut nik kongsikan Makluman Banjir yang di screenshot dari PORTAL RASMI UNISZA. Harap student Unisza alert dengan makluman dan pengumuman yang dibuat. Demi keselamatan masing-masing juga. 

Wallahua'lam.



Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2015
ASSALAMUALAIKUM.

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2015 | 2014 dah nak tiba di penghujung. Ramai mesti yang dah mula plan macam-macam untuk aktiviti tahun hadapan. Plan nak bercuti satu hal, yang lebih penting finance planning. Kalau yang ni lingkup, bercuti pun akan entah kemana.

So, meh baca Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2015. Mungkin ini sedikit sebayak dapat membantu perancangan anda tahun depan. 


Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2015

Kalau kita perhati, bulan JULAI tu gaji awal sangat kan? So, kena pandai bajetlah perbelanjaan nanti. Jangan boros macam orang ni ye.

Perhatian.. Jadual pembayaran gaji 2015 ni tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa. Untuk lebih tepat, kena rujuk laman web Jabatan Akauntan Negara ye.


Isnin, 17 November 2014

Puteri..Dia Suami Nur ! (Part 7)
Puteri..Dia Suami Nur ! (Part 7)




"Okey sayang. Kita dah sampai!" Mendengar ucapan sang suami yang begitu teruja, mata aku yang sudah nyawa nyawa ikan mahu tertutup segar kembali. Lebih kurang 3 jam perjalanan. Mana tak mengantuknya. Sedap je aku bermimpi indah kat sebelah pemandu tadi. Terjaga sekejap bila Megat Zamani kejutkan aku di stesen minyak. Lepas tu sambung bermimpi balik. Tidur punya tidur dah pun sampai. Alahai. Apa punya isterilah biarkan suami memadu seorang diri. 'Sorry abang'ucapkan dalam hati. Sebab aku tahu Megat Zamani tak kisah pun. Dia yang suruh aku tidur tadi. Hehehehe

"PD?" tanyaku pendek.

"Yess! Your most wanted place ever sampai honeymoon pun nak ke sini." Aku tersengih. Ya Allah. Tempat yang paling aku nak pergi dari aku sekolah rendah lagi.

"Thanks abang, sayang abang banyak-banyak tau. Sampai jugak Nur kat sini." jelas keterujaan aku di situ. Al maklumlah jakun dan kampung sikit aku ni, nak pernah sampai ke resort mahal-mahal macam ni. Dah memang nyata terang lagi bersuluh aku orang kampung kan. Kerja je kat bandar.

"Ala.. tapi tak de bawak baju. Semalaman je kita kat sini kan?"

"3day 2 night my dear. Our second honeymon, takkan semalam je kot! Don't worry." 

Sebaik menghabiskan ayatnya, Megat Zamani keluar dari kereta. Aku turun sekali. Okey fine! Banyak betul kejutan demi kejutan daripada laki aku ni. Rupanya dia dah siap packing awal-awal lagi. Pandai betul buat kerja tanpa pengetahuan aku ye. Aku pulak jenis blur lambat nak perasan.


"Make sure baju dalam ni yang elok-elok tau! Kalau tak siap abang." Ugutan aku bertempat. Aku kenal Megat Zamani. Bukan boleh kira sangat dia ni. Kang dibawaknya baju aku yang entah apa-apa tak ke naya!


***********************************************

Aku membelek kotak hadiah tadi.  Bibir aku senyum lagi tiba-tiba. Terfikir juga macam mana Megat Zamani tahu yang aku berkehendakan telekung solat baru. "Thanks abang bagi Nur hadiah ni." tulus dari hati aku ucapkan ia pada Megat Zamani. Sungguh aku insan bertuah kerana memiliki suami sepertinya.


Ya Allah.. perlihara perhubungan kami  hingga ke Syurga Jannah. Beri kami kesefahaman hingga hujung nyawa kami.

"Everything i do.. i just want you to be happy with me Nur. Cause i love you. Be my bidadari ya? Kita sama-sama kejar syurga."

Ubun ubunku di gosok olehnya perlahan. Sejurus itu.. aku peluk dia kejap. Terima kasih Allah. Kau hadirkan aku seorang imam untuk membimbing aku. Aku bahgia dengan limpahan kasih sayang dia.  Terima kasih Allah..

Aku anggukkan kepala.

Bahagia.

Terlindung.

Tenang.


Semua bercampur bila mana Megat Zamani ada di sisi. Anugerah Allah yang tak ternilai untuk aku.

"Abang tahu tak, masa mula mula abang bagi hint yang abang nak datang rumah dulu kan..Nur bagitahu ayah supaya jangan terima lamaran abang. Sebab Nur tak suka perangai abang masa tu. Mendesak sangat." ayat itu aku habiskan dengan senyuman. Nasib baik ayah tak ikut cakap aku! Fuh.. kalau tak kempunan anak perempuan dia nak dapat suami caring macam orang di sebelah aku ni.

"Kejamnya bini abang ni! Masa tu Nur benci abang eh?" Soal Megat Zamani. Terdesak dia nak tahu.

Aku menggeleng laju.

"Mana ada  Nur benci. Cuma Nur tak suka sebab abang macam poyo je masa tu. Tahulah hensomed."

Kembang kempis hidung suami aku bila di puji..ceh!

"Thats the truth my dear" ketawanya meledak.Aku buat muka.

"Allah tolonglah hambaMu di sebelahku ni. Jangan bagi dia perasan sangat." Aku tadah tangan tinggi-tinggi. Geram sangat dengan perangai over perasan si suami.


Hidungku ditarik.

Sudah! Mesti merah ni.

"Sakitlah abang!" Tangan sasa Megat Zamani aku tepis. Huhhh.. Kekar gila tangan. Tepisan dari aku tak terkesan pun. Nilah padahnya bila bersuamikan lelaki stok Arron Aziz.. atau Fahrin Ahmad. Kuat! Tangan dia orang ni, kalau didepakan, kita yang kecil ni boleh bergayut baik punya!

"Jap sayang.. Sayang kata tak bagi ayah terima lamaran abang tapi kenapa sebulan lepas tu, abang kena terima dengan ayah? Menyesal eh nak nak lepaskan lelaki kacak macam abang?" Kan dah kata. Suami aku ni sedikit poyo ye rakan-rakan taulan.

Aku buat-buat muntah.

"Jangan perasan ye abang. Nur pilih suami bukan sebab muka okey." ujarku yakin. Badan sasa itu aku tolak sehabis kudrat. Nak minta laluan almari. Dari tadi Megat Zamani sekat pergerakan aku. Nak kena betul budak ni. Nasib baik dia mengalah juga akhirnya.

"Tell me why sayang."

"Nop. I wont" selamba aku jawab. Kadang-kadang kepoyoan Megat Zamani kena balas jugak. Aku ketawa geli hati.. tapi dalam hati je.

"Tell me or you will sleep with this tonight." Habis!

Mataku mencerlung ke arahnya. Tidur dengan tuala? Oh no.

"Abang. Janganlah." Aku cuba merayu. Tapi dari riak mata nakalnya aku dah boleh mengagak. Lebih baik mengalah kalau macam ni. Megat Zamani bukan boleh kira sangat. Perangainya unpredictable. Jangan nanti aku yang terkena balik dah.

Aku mengalah. "Fine. Nur bagitahu. Pergi duduk sana, Nur cerita." Megat Zamani patuh tanpa banyak soal. Dia duduk di birai katil.

"Sebelum abang datang tu, Nur dah kawtim dengan ayah.. Ajak abang tinggal rumah dulu sehari dua untuk lalui beberapa ujian. Lagipun masa tu takde siapa kat rumah. Umi dengan ayah je. So seperti dijangkakan. Masa abang datang sorang kat kampung dulu, memang ayah suruh stay sana kan?

Megat Zamani menggangguk. Aku sambung lagi. "Abang perasan tak macam macam ayah dera abang? Semua tu idea Nur tau. Nur pesan kat ayah.. kalau abang tak boleh buat salah satu dari apa yang ayah suruh, kami sepakat akan tolak pinangan yang abang akan hantar minggu berikutnya tu."

"Sampai hati Nur tau. Abang punya berpeluh bila kena panjat pokok kelapa dulu. First time tahu tak." Aku ketawa tak ingat dunia. Orang bandar, biasalah kan? Aku tahu Megat Zamani ni, turun ke sawah bendang pun tak pernah rasanya. Katanya first time masuk sawah bila dia ikut Fahmi pergi cari buluh masa nak buat lemang hari raya yang lepas. 

"Tapi sayang.. Ada soalan ayah yang abang tak boleh jawab tau. Bukan abang tak boleh jawab, tapi memang abang tak tahu. Ayah pesan.. balik nanti cari jawapan. Sekarang baru abang ingat, abang tak cari pun."

"Soalan pasal keturunan bani israel tu ye abang?" Laju nampaknya Megat Zamani mengganguk. Aku senyum. Soalan pengetahuam am je tu. 

"Ayah tanya Nur, Nur betul-betul tak nak kat abang ke. Nur cakap kena tunggu dulu. Tapi ayah kata Nur tunggulah lama mana sekalipun, tapi ayah akan setuju. Ayah nak terima pinangan.  Cerita sebenarnya, Nur istikharah. Tapi tak de jawapan. Even masa rombongan abang sampai pun Nur tak de jawapan. Nasib baik ayah pandai-pandai terima... Sebulan lepas tu baru Nur rasa Allah dah bagi hint... Nur suruh ayah call papa abang. Suruh tetapkan tarikh kahwin terus. "

Aku habiskan ayat dengan senyuman.

"Ooo.. abang masa tu dah frust tau. Sebulan tau abang tunggu jawapan dari ayah..Sampai ke Melbourne abang lari."

"I'm sorry abang. Nur bukan tak terima sebab abang tak dapat jawab soalan tu. Tapi sebab Allah belum bagi Nur jawapan." 


"Macam tu rupanya.. so memang sebelum tu pun sayang dah jatuh cinta kat abang kan?" Megat Zamani menebak. Pandai-pandai dia je.

"Nur tak kisah siapa suami Nur. Asalkan ayah dengan umi berkenan Nur rasa tak jadi masalah." aku melencongkan jawapan. Malas nak layan soalan maut yang satu tu. Nanti aku balik yang kena. Ataupun lelaki tu akan masuk bakul angkat sendiri. Bukan aku tak kenal.

"Nur memang dah jatuh cinta kat abang kan masa mula-mula kita jumpa?" Ini satu lagi sifat Megat Zamani. Kalau dia nak tahu sesuatu, sampai ke lubang cacing dia siasat.

**************************************************

Aku terimbau kembali pertemuan pertama kami berdua kali pertama. Peristiwa lucu itu tidak akan dapat lupa sampai bila-bila. Allah.. hebatnya percaturanMu. Kerana satu kejadian kecil, aku berjodoh dengan suamiku sekarang. Benar. Tiada lebih baik daripada perancangan Ya Rabbi.  Takdir tuhan, tiada siapa tahu.

"Zara..pilih la dulu. Akak turun tingkat bawah jap. Nak beli air la." Zara angguk memberikan isyarat 'okey'

Kali pertama aku jejakan kaki ke Mid Valley ni. Perghh.. besar gila. Lenguh dan lapar beserta dahaga. Dua jam aku berjalan tanpa henti temankan Zara shopping. Lebih kepada window shopping kot rasanya. Haishh.. Tak teman kan, merajuk.

"Dik, bagi Oreo vanila." lemah suara penatku. Dalam pada tu aku dengar suara garau order benda yang sama dengan apa yang aku sebut tadi beberapa saat selepas aku. What??

Budak cool blog tu pandang aku. Kemudian dia pandang lelaki di sebelah aku. Poyo giler mamat ni. Tak nampak ke dia aku kat sini. Satu-satulah bro! First come first serve!

"Me first please. I have an urgent meeting in 10 minutes." Kisah pulak aku kau ada meeting in 1 second pun? Budak cool blog tu serba salah.  Panasnya hati aku.

"Dik.. akak cancel ye." Sejurus tu aku berlalu pergi. Banyak lagi kedai lain, nak jugak dia cantas tempat aku. Poyo punya mamat. Nasib baik aku ni lembut. Kalau dengan Zara, dah kena sound ni. Eh jap.. lembut ke aku ni? Ahhh.. kisah pulak. Aku berkira kira nak naik balik ke tempat Zara. Tak hilang segala mood nak minum.

"Cik. Cik."  Aku silap dengar atau memang ada sesuatu yang memanggil? Kenapa aku rasa macam panggil aku je? Perasankah aku? Ah.. buat tak tahulah.

"Cik pakai baju hijau muda.." sah akulah si gerangan baju hijau muda itu. Sekelip mata mamat poyo sudah berada di depan aku. Gabra. Tak pernah seumur hidup ini aku bercakap dengan lelaki yang aku tak kenal. Eh. Kalau ikutkan payah juga aku nak bercakap dengan lelaki. Tadi pun aku biar je sebab malas nak banyak cakap. Malas nak berlebih lebih.

"I'm sorry cik. Nah."

Tanpa signal bekas air cool blog bertukar tangan. Apesal aku terima pulak ni. Alahai tangan ni gatal betul.

"I'm really sorry. Saya betul-betul nak cepat. Saya belanja tanda minta maaf. Sorry again and  got to go now. Assalamualaikum"

Semudah tu. Muka hensomed. Tapi note my taste. Gopoh sangat.! Woi Nur! Over jugak pemikiran.!

"Siapa tu akak?" Aku di sergah Zara. Kus semangat. Oh.. salam tadi aku jawab dalam hati.

" Entah. Dia berebut dengan akak nak beli cool blog." Ulasku jujur.

Zara beraksi pelik.
"Beli cool blog pun berebut? Ke dia berkenan dengan akak?" Mula dah mengarutnya si Zara ni. Asal lelaki je, dia kenenkan kat aku. Apa ingat akak dia ni tak laku ke? Came on Zara. Ramai yang kejar akakmu ni, it just me yang tak nak. Belum sampai seru lagi! Hehehehe.

"Macam budak-budak!" Zara buat kesimpulan sendiri.

*****************************************

"Nop! Masa mula-mula kita jumpa dulu Nur tak de apa-apa perasaan pun. Macam biasa je. Tapi Nur admit la terpegun jugak.. abang hensomed sangat masa tu" 

"Abang tahu.."

"Jangan perasan boleh tak abang? Ni.. yang abang tanya Nur banyak banyak kenapa?"

"Saje je sayang.  Thanks cause be my wife. The best wife!" Sebuah kucupan singgah di keningku.

"Abang pulak.. masa mula-mula jumpa tu abang dah fall in love dengan Nur kan? Abang saja berebut cool blog dengan Nur kan?"

Tiba-tiba pinggangku digeletek. Semput aku mencari nafas.

"Stop abang! please.." suaraku seakan merayu.

"Haa. Next time jangan perasan. Abang sorang perasan takpe." Aku tarik muka. Nafasku deras. Digeletek di pinggang memang aku lemah sikit. Geli!

"Sayang..itu bukan kali pertama kita jumpa sebenarnya tau.. kali ke tiga dah." Megat Zamani buka cerita.

Aku berminat nak tahu. Dudukku, aku perbetul. Dekat setahun kami berkahwin, tak pernah aku dan dia rungkai cerita lama kami. Pelik kan? Aku tiada masa untuk itu sebab kami memang bahagia. Aku rasa dia pun begitu. Tapi sekali sekali mengimbas cerita zaman muda seronok juga.

"Mesti sayang tak perasan kan? Sebelum tu banyak kali abang ke office sayang jumpa bos kesanyangan sayang tu."

"Encik Jai?" Soalku inginkan kepastian.

Megat Zamani angguk. Okey. Aku dah faham. Mereka berdua kan jaguh kampung badminton. Hikhik.

"Abang singgah office Abang Jai a few times minggu tu sebab kebetulan abang memang kena kerja area sana. Saja ajak dia lunch." Megat Zamani berjeda.
Kemudia  dia menyambung. 

"Abang ingat lagi hari kedua abang singgah sana ajak dia breakfast. Masa abang sampai, abang tengok sayang kena marah dengan dia pagi-pagi lagi. Abang tengok sayang masa tu pasrah je kena tengking. abang rasa nak tumbuk je bos sayang tapi macam tak macho la kan. So abang terus panggil dia ajak keluar. Tapi syang tak pandang pun hero sayang ni. Terima kasih pun tak de."


Aku cuba ingat balik peristiwa yang Megat Zamani ceritakan tu. Okey.. binggo. Tapi aku dah biasa kena tengking.. kena marah dengan bos macam tu. So hari tu pun aku bodohkan diri je. Dan semua rakan pejabat pun sama. Setiap hari, kena tengking tu perkara biasa. Dah lali sangat dah. Sebab tu muka aku muka pasrah. Aku geli hati.

"Abang mula berkenan kat sayang masa tu. Lama abang perhatikan sayang . Sayang senyap je kena marah. Sayang bagi muka toya je kat dia. Abang kagum. In the same time, memang abang berimpian nak cari teman hidup yang ciri fizikalnya macam yang abang tengok masa tu. Pakai tudung labuh. Pakai baju kurung. Muka lembut penuh keibuan. That time, abang tanam tekad untuk kenal sayang dan pinang sayang."

Aku tersenyum sipu mendengar pengakuan ikhlas Maegat Zamani. Pengakuan ini buat aku rasa terharu. Sungguh apa yang Megat Zamani ceritakan ini diluar jangkaan aku.

"Kalau boleh, abang nak sayang sentiasa pakai baju kurung kalau kat luar. Nampak sopan."

Aku mengangguk.

"Belikan Nur baju kurung banyak-banyak nanti tau." Aku melawak. Dah beberapa kali Megat Zamani mengingatkan aku tentang hal ni. Dia tak suka aku pakai baju lain kalau keluar kerja. Baju kurung atau jubah je. Aku tahu kenapa. Dan sesekali tidak akan aku pertikaikan sebab aku sedar dia menjaga aku. Menjaga maruah aku. 

"Jaga diri kalau kat luar ye sayang. Jaga maruah sayang. Maruah abang. Maruah family kita."

"Insyallah abang. Nur cuba dan sentiasa cuba." 

Masyallah. Megat Zamani ni kan. Kalau tak buat aku touching memang tak sah. Kalau tak buat aku tersentuh memang bukan dialah tu. Dia jaga aku, tatang aku bagai minyak yang penuh. Dia layan aku macam budak-budak. Tapi dalam masa yang sama dia bertegas dengan aku macam orang dewasa. Dia berbual dengan aku macam kawan baik tapi dalam masa yang sama dia jadi murabbi untuk aku. Dia tegur aku macam musuh tapi dalam masa yang sama dia jadi suami yang paling melindungi.

"Abang pun sama tau. Jaga mata. Jaga telinga. Jaga hati. Jangan pandang perempuan lebih dari sekali. Pandangan kedua tu bahaya."

"Sayang cemburu?"

"Kalau cemburu Nur ni boleh bawa abang ke syurga, apalah salahnya. Kan abang?"


Megat Zamani senyum kambing. Gedebuk. Hatiku jatuh. Jatuh cinta sekali lagi! Oh!! 

Ya Allah. Megat Zamani ni sengaja buat aku jatuh cinta dan terus jatuh cinta padanya. Dari awal sikap poyonya itu buat aku tak tentu arah.


"Nur.. kalau Nur nak tahu, abang sengaja kacau Nur kat kiosk cool blog dulu. Ingatkan Nur akan marah abang ke, say something yang boleh buat kita akan contact lagi selepas tu ke. Tapi tak pun. Boleh pulak orang tu tinggal abang macam tu je. Nasib baik abang dari awal abang buat-buat kekward."

Aku pandang Megat Zamani.

"Nur tak layan la taktik nak mengorat macam tu. Tak de class orang kata."

"Eleh. Padahal dalam hati berbunga-bunga kan?" Aku nak tergelak mendengar telahan Megat Zamani yang entah apa-apa tu.

"Nur tak kisah pun kalau takde lelaki nak mengorat Nur, abang. Nur rasa abang pun tahu kan Nur macam mana. Zara mesti dah bongkar semua kan?" Manakan tidak, Zara dan Megat Zamani ni kamceng. Macam kawan baik pun ada. Perangai Zara pun happy go lucky dan lebih matang dari aku. Kalau orang tak tahu mesti mereka akan fikir aku ni yang paling bongsu. Sebab aku paling rapat dengan ayah. Kalau ada apa-apa, ayahlah yang aku cari. Semua kata aku manja kalah adik bongsu aku, si Muhammad Fahmi. Dahlah badan aku paling kecil kalau nak dibandingkan dengan Zara, Kak Za, Along dan si Fahmi budak kecik tu. Kat rumah, aku yang selalu kena buli dengan Fahmi dan Along. Ah.. rindu dengan mereka semua! Dah lama tak lepak ramai-ramai dengan adik beradik.

***********************************************

"Abang.." aku bersuara. Ada sesuatu yang mengganggu benakku.

"Kenapa Nur?" soalnya setelah nampak aku teragak-agak untuk bertanya.

"Kalau ditakdirkan kita tak akan dapat anak sampai bila-bila macam mana?" Aku cuba nyatakan kegusaran yang mula bertandang di hati sejak akhir-akhir ni.
Sungguh. 

Aku takut untuk berdepan dengan perkara yang satu ni. Aku takut aku tak mampu hadiahkan anugerah terindah buat suami aku. Aku takut. Sebab aku tahu Megat Zamani memang mengiginkan zuriat. Megat Zamani juga seorang lelaki yang sukakan kanak-kanak. Dari awal perkahwinan lagi sudah dia sebutkan. Tak mahu merancang. Tak mahu mengawal. Berapa sahaja yang Allah bagi kami akan terima. Katanya, lagi ramai umat nabi muhammad lagi bagus. Dia mahu didik anak-anaknya menjadi khalifah berguna di bumi. Dia mahu didik anak-anaknya menjadi perindu syahid, pejuang Islam, macam arwah abangnya. Yang setiap hari tak pernah lekang di bibir nama Allah. Yang setiap hari tak pernah lekang memuji kekasih Allah. Yang setiap hari tak pernah lupa untuk berbuat sesuatu demi agama. Yang setiap hari kesal akan apa yang berlaku terhadap muda-mudi islam zaman sekarang.

Kerana aku sedar keinginan suami itu, aku agak takut.

"Sayang.. jangan pernah takut dengan takdir Allah. Kita bersangka baik. Mungkin Allah belum bagi kita rezeki anak sebab dia tahu kita masih belum mampu. Atau mungkin dia nak kita berdua lebih bersedia."

"Abang dah bersedia?" Aku mahu tahu rahsia hati Megat Zamani.

"Abang sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan Nur."

Walaupun jawapan sang suami sedikit sebanyak melegakan hati aku, tapi aku tetap merasakan bahawa jawapan itu sekadar jawapan untuk menyedapkan hati aku. 

Tetap juga aku risau. 






Rintik Hujan
ASSALAMUALAIKUM




Tiba hari baru
rintik hujan mula memburu
perlahan basahkan bumi
menyapa hati si sepi
lalu ada terukir senyum
gusar berlalu gundah menjauh

-Rintik hujan-
 
 


Ahad, 16 November 2014

5 Tips Simple Kuruskan Badan
ASSALAMUALAIKUM..


 GEMUK PUN GEMUK LA. AWAK SUSAH APA KALAU SAYA GEMUK, SAYA GEMUK SEBAB MAK SAYA MASAK SEDAP. AWAK KURUS MESTI MAK AWAK MASAK TAK SEDAP KAN KAN..HAHAHAHA


5 Tips Simple Kuruskan Badan  | Berat badan ni bagi sesetengah orang isu yang tersangat sensitif. Kadang kita tak boleh nak main hentam keromo je bila bercakap tu. Kalau hati orang sekeliling terguris kang, susah pulak nak memujuknya.

Bagi yang ada masalah berat badan, mari baca 5 Tips Simple Kuruskan Badan yang simple dan senang untuk diamalkan. Tips ni tidak akan berkesan kepada mereka yang tidak berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan tidak mampu mengawal selera. Tapi tidak salah mencuba. Kalau anda betul nak kurus, memang kena dan harus ikuti Tips yang simple ni terlebih dahulu.

1. Jangan skip sarapan.
Ramai yang silap pasal sarapan ni. Kononnya tak nak sarapan sebab nak kurangkan makanan yang diambil. Nik dulu pun macam tu. Punyalah mengelak nak sarapan. Cara diet yang sebetulnya, kita kena ambil sarapan dengan kuantiti yang betul dan lengkap.

2. Makan tepat pada waktu.
Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Tidak boleh skip salah satu. Sebaiknya jangan biarkan perut berlapar dan makan tepat pada waktu. Kalau perut lapar, ia akan buatkan kita makan lebih banyak dari biasa. 

3. Ambil buah-buahan dan sayuran.
Kena sentiasa pastikan stok buah-buahan mencukupi di rumah. Perbanyakkan makan sayuran hijau seperti lobak dan sawi. Buah-buahan adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat serta mengandungi kandungan lemak yang rendah.

Buah boleh dibuat jus. -

4. Minum 8 gelas air sehari. 
Air mengurangkan selera kita secara semulajadi dan akan membantu memetabolismakan simpanan lemak dalam tubuh kita. Jadi sebelum makan makanan yang berat, cuba minum air terlebih dahulu. Ini akan membuatkan kita akan makan dengan jumlah yang lebih sedikit.

Bagi mereka(diri sendiri pun sama je kan?) yang mempunyai berat badan melebihi 80kg, jumlah air yang perlu diambil mestilah lebih daripada 8 gelas.

5. Lakukan aktiviti fizikan secara berdisiplin. 
-Bersenam atau melakukan regangan. Ianya baik untuk otot dan sendi yang kaku selain dapat melancarkan perjalanan darah.
-Elakkan naik ke tingkat atas menggunakan lif. Kalau setakat tingkat tiga atau empat, amat digalakan menggunakan tangga.
-Berbasikal. Cara ni dapat mengecilkan bahagian paha. 


Orang kata nak seribu daya kan? So, kalau betul-betul mahu kurus secara sihat, ini antara perkara awal yang perlu kita amalkan. Nik pun dah dalam proses ni. hahaha. Baru nak kenal erti diet. So, untuk permulaan, nak amalkan 5 Tips simple kuruskan badan.
 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard