Sabtu, 9 Mei 2015

AirAsia memperkenalkan T-shirts limited edition bagi mengumpul dana untuk MAKNA

Assalamualaikum


AirAsia memperkenalkan T-shirts limited edition bagi mengumpul dana untuk MAKNA | Sejak bernaung di bawah KBBA ni, macam macam pendedahan dah nik dapat.  Alhamdulillah. Ahli-ahli KBBA memang sporting dan tak lokek ilmu, begitu juga foundernya Ben Ashaari. Senang kata memang seronok la bersama KBBA ni..

Dengan KBBA juga nik dah terjoin satu komuniti lain iaitu Air Asia Blogger's Community (AABC) . Dan kali ni Air Asia sedang giat menjalankan kempen untuk mengumpul dana untuk di salurkan kepada  Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA).  


AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai.  T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan.
Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.


ni haa.. t shirtnya. Smart kan? 

So, bagi sesiapa yang teringin dan berniat untuk turut sama menyumbang, korang boleh dapatkan T-shirt #AirAsiaMAKNA di beberapa lokasi di bawah:



Lokasi
Tarikh & Masa
Beach Market Bazaar
Taman Gelora
Kuantan, Pahang
8, 9, 10 Mei 2015
10am – 10pm
Graduan Aspire 2015 KL Convention Centre, Kuala Lumpur
9 & 10 Mei 2015
12pm - 6pm
Taylor's University Lakeside Campus 
Subang Jaya, Selangor
13 Mei 2015
10am - 4pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang
Gurney Paragon Shopping Mall,
Persiaran Gurney, Penang
16 - 17 Mei 2015
10am - 10pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya
29 - 31 Mei 2015
10am - 10pm


AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Jun.

Bagi yang dekat dengan lokasi-lokasi kat atas ni, aa kata korang pergi beli baju tu, then ambil gambar cantik cantik post kat ig. Mana tau ada rezeki dapat tiket percuma kan... jangan lupa letak #AirAisaMakna tau !

untuk pelbagai maklumat lain, korang boleh baca lagi gi laman web air Asia sendiri ye - http://www.airasia.com/airasiamakna 

1 ulasan:

  1. Boleh saya dapatkan t-shirt ni melalui beli online? And ada lagi tak ?

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.